Recent Posts

Search This Blog

Tuesday 14 August 2018

Hamil Selepas 5 Tahun



ASSALAMU'ALAIKUM

Hampir 2 tahun blog menyepi tanpa sebarang entri. Sibuk dengan rutin harian, kerja hakiki dan proses mengembalikan berat badan ideal untuk badan yang lebih sihat, InshaaAllah. Almaklum badan dah gebu gebas. Hehehe...

Entri yang lepas berkenaan dengan ajakan untuk diet sihat. Alhamdulillah walaupun ambil masa yang agak lama, aku berjaya dapat berat badan ideal tapi berakhir dengan aku hamil lagi buat kali kedua selepas 5 tahun umur anak pertama.
Syukur rezeki Allah juga.

Hamil kali ni ibarat hamil kali pertama.
Serba serbi perlu bermula dari mula semula terutama dari segi persediaan mental dan fizikal. Pengalaman mengandung dan bersalin anak pertama masih terkesan di emosi.
Ambil masa beberapa minggu atau boleh kata hampir makan bulan juga, barulah ada kekuatan nak inform suami. 

Kenapa perlu tangguh berita happy?
Hakikatnya ambil masa sebab aku dok mengatur ayat sebenarnya macam mana nak inform suami. Nampak tak betapa terkesannya pengalaman dengan anak pertama? Haha.

Setelah ada kekuatan, barulah ceritakan hal sebenar dan Alhamdulillah, penerimaan suami positif dan faham apa yang aku cuba sampaikan pada dia.

Sekarang sudahpun 37 minggu kandungan.
InshaaAllah hujung bulan EDD.

Everything is still on track setakat ni. Alhamdulillah. Moga Allah permudahkan urusanku sepanjang hamil, bersalin dan berpantang...serta membesarkan anak-anak nanti. InshaaAllah.
Dan yang paling penting, mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan penyusuanku kali ni memandangkan aku gagal semasa dengan anak pertama.

Entri sekadar luahan kali ni. Pray for me InshaaAllah.

Amin.


Daisypath Friendship tickers