Recent Posts

Search This Blog

Sunday 8 April 2012

TM Career & Education Fair 2012


ASSALAMU'ALAIKUM

Dah terlambat baru nak update? Haha harap maaf sebab tak berkesempatan nak update pasal benda ni.
Kang kerap update dua tiga entri dalam masa sehari dikatanya gian berblog pulak kan..

Hari ni aku terajin nak update sebab berkesempatan pergi ke fair ni. Sebenarnya dari hari Jumaat sebelum perasmian lagi aku ada singgah sekejap, kununnya nak usha line. Nak tau jugak seramai mana orang seluruh Malaysia ni yang sanggup turun ke Kuala Lumpur untuk menghadirkan diri ke fair ni. Kesimpulan, tersangatlah ramai. Belum rasmi dah berduyun duyun datang, beratur di lobi Menara TM Jalan Pantai Baru, punyalah panjang! Dari meja pendaftaran sampai memenuhi kawasan lobi tempat pertanyaan.
Masa tu aku terasa betapa ramainya yang berhajat untuk masuk berkhidmat dengan TM tak kira dari lepasan SPM sehinggalah yang dah pun berpengalaman kerja bertahun tahun.
Banyak jugak post yang TM bukak untuk semua dan pastinya banyak saingan.

Hari Jumaat agak sesak dengan pelbagai lapisan umur datang mencuba nasib menghantar resume masing masing. Aku pusing jelah menyesakkan lagi suasana. Bukan memeriahkan. Hehehe..pusing pusing..snap gambar dua tiga then balik...hasilnya ha nih...

(Pintu masuk ke TMCC)

(Ruang legar TMCC dari pintu masuk depan ke dewan fair)

(Ruang legar TMCC bahagian bawah)

(Ruang masuk ke laluan introduction screening mengenai TM)

(Kolam air? Eh tak, ini pembuka fair, 'screen-on-floor')

(Usaha mencari peluang di TM)

('Screen-on-wall')

(Paspot sebagai pas masuk untuk drop resume dan temuduga)

(Lagi 'screen-on-wall')

(Replika patung Regional Network Officer (RNO)..eh betul ke? Aku lupa! hukhuk)

(Menunggu sebelum perasmian bermula)

(InsyaAllah semoga semua berjaya! )
Haaa tu sedikit sebanyak gambar yang aku sempat snap. 
Masa tu aku sekadar pusing melawat kawasan je.
Hari ni baru betul betul aku datang ke Menara TM jam 9.30 pagi bersama Along, Akak ipar dan anak buah, dengan satu tujuan iaitu juga melawat kawasan. Hehehe..

Along aku ada temuduga sebenarnya. Hehe.
Jam 3 petang baru selesai.
Menurut kata Along aku, ada 4 peringkat semuanya.
Perghh banyak betul. Susah jugak ek nak masuk kerja di TM ni.
Apa yang 4 peringkat?
Hmm..4 peringkat ni termasuklah ujian bertulis dan 2 temuduga lisan.
Kenapa berperingkat?
Sebab ia ibarat filteration purpose.
Kena passed setiap peringkat baru boleh.
Ada juga belum masuk peringkat dah kena rejected.
Based on clarification and qualification in background samada sesuai atau tak dengan tawaran kerja yang ditawarkan di situ.

Apa apa pun aku doakan semuanya berjaya dengan impian dan hajat masing masing.
Rezeki tu semua atas ketentuan DIA. Kita hanya mampu merancang dan berusaha.
Insya-Allah..ameen~

Friday 6 April 2012

Autodesk Sketchbook


ASSAMU'ALAIKUM

Any of you ever use this application? Huhuhu...Trust me this kind of 'creature' is not too bad itself. You can feel as you are using the same application on graphic tablet or any drawing/graphic devices. But somehow for whom already comfort with a real pencils and sketchbook on paper, it must be takes time to get friendly with it. 

However, it's a good start for a beginner that have a smartphone instead of planning to have a graphic tablet. Try this cool thing first and we will see how it will be going then.


Ada sesiapa kat sini yang suka melukis, suka dengan sketch, ada smartphone, bolehlah mula surf cari application ni sekarang jugak dan cuba! 

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday 4 April 2012

HOSPITAL KERAJAAN


ASSALAMU'ALAIKUM

Maaf pada sesiapa yang ada kena mengena dengan tajuk entri aku kali ni...
Isunya di sini bukan soal nak berkongsi definisi perkataan 'Hospital Kerajaan' tetapi hanya nak berkongsi pengalaman sepanjang hidup aku yang terpaksa berkejar ke tempat yang sama selama dua kali...

Dua kali?
Yes, memang kekerapan yang tak berapa nak impress untuk melayakkan aku bercerita pasal tempat ni tapi dalam dunia ni tolong bagi tahu aku ada sesiapa yang suka ke tempat ni??
Tak ada kan?
Tapi kalau dah ketentuan Yang Maha Esa nak menguji hambaNYA dengan penyakit yang memerlukan kita untuk mendapatkan rawatan...tempat inilah antara tempat kita untuk berikhtiar bukan?

Ok berbalik kepada isu utama yang aku cuba nak kongsi di sini ialah...
tanggal 02 April 2012, aku terkena keracunan makanan selepas makan di kafeteria office aku.
Sebelah malam jenuh aku muntah dan cirit birit sampai dah tak lalu nak keluar apa apa dah dari dalam perut aku ni...
terlalu lewat gerak ke klinik semuanya dah tutup beralih ke hospital terdekat...
yang aku tak akan namakan hospital tersebut dalam entri ni tapi ini dah masuk kali kedua aku ke sini tapi kali kedua juga mengecewakan aku...
kenapa?

kali pertama
aku terkena alahan makanan yang amat teruk...
itching, rashes, sesak nafas tak boleh bernafas..sakit di bahagian bawah perut sampai tak boleh bangun hanya mampu mengerang kesakitan tapi dikatanya aku histeria oleh pihak hospital tersebut sebagai alasan tidak boleh hantar ambulan ke rumah sewaku...
padahal sekentot je dari hospital tu....
sampai di hospital selepas berusaha bangun walaupun dah penat lesu kepucatan
masih tidak dapat layanan hampir 3 jam lebih yang berakhir dengan pendarahan dalaman seolah olah aku kedatangan haid...pun masih doktor tak banyak membantu hanya dapat injection di bahagian montot...huhhh...
menjadi misteri aku tak tau kenapa aku 'berdarah'...

kali kedua
, 02 April 2012 tu lah...sampai di situ niat untuk mendaftar dalam keadaan mata aku kabur disebabkan sepanjang perjalanan aku menahan sakit, tapi layanannya?
sangat mengecewakan...
"kak, pesakit dari petang tadi pun belum selesai, doktor belum tengok lagi...saya sarankan akak pegi ke klinik swasta biasa...(dalam hati semua klinik dah tutup dik non! tu sebab aku datang sini!)"
haaahh tak apa lah...

SUNGGUH PUN RAMAI PESAKIT...MANA PERGINYA DOKTOR DOKTOR YANG TERMASYHUR SEKALIAN???
unit kecemasan kah? huhuhu..macam tak sesuai je kan? hmmmm....

kalau sakit macam aku ni hanya sekadar keracunan makanan yg dehydrate, boleh balik tidur sapu minyak minum air...dengan makan pil poh chai...bagaimana kalau aku bukan sekadar keracunan makanan???
bagaimana kalau insan insan lain yang kesesakan nafas??

hmmmm....dah tak tau nk taip apa dah...sangatlah kecewa...
Alhamdulillah hari ni aku dah sihat...
dah boleh ke pejabat macam biasa walaupun sekali sekala perut aku masih berkeroncong..huhuhu...

fikir fikirkan lah...terasa fobia nak ke hospital kerajaan macamni..
kalaulah ibu bapa yang bermasalah kewangan nak bawak anak sakit...jenuh la kalau nak ke klinik swasta biasa...
mungkin aku masih kurang faham scope of work dunia perubatan agaknya..hmm tak apalah...
kalau aku salah anggapan silalah tinggalkan komen nyatakan pendapat korang pulak..
mungkin aku kategori salah anggapan selepas baru 2 kali berkunjung ke tempat sedemikian rupa...

Sunday 1 April 2012

4 Bulan 2012


ASSALAMU'ALAIKUM

Hmmm...dah masuk bulan ke empat dah dalam tahun ni langsung aku tak update apa apa dalam blog...
MasyaAllah...
Langsung tak sedar kan? Macam baru semalam masih dalam bulan Januari..sekarang dah pun bulan April..

Mintak maaf kepada followers yang menunggu walaupun aku tau tak ramai yang rajin jenguk blog aku ni kecuali aku sendiri..hahaha...Tak apa lah kan...lagi pun blog aku ni pun sekadar tempat nak lepaskan luahan hati aku time bosan...

What I've been through in the last 3 months?
Hmmm...banyak sangat kalau aku nak update untuk entri kali ni..
Kenapa tak update sikit sikit?
Hmm orang kata kalau dah MALAS tu memang tak boleh nak buat apa dah kan?
hehehe

My quality time with my 'room' during weekends have to be sacrifice for the past 3 months...
Setiap hujung minggu, ada saja aktiviti aku ke sana dan ke sini, uruskan itu, uruskan ini..
Tapi Alhamdulillah 1hb April ni aku boleh mengadap lappy, menaip entri...
Aku tengok ramai jugak update entri pasal April Fool..
Aku terlupa hari ni April Fool. Belum sempat aku terfikir idea nak kenakan orang..
awal awal pagi aku dah terkena dengan Along aku!! Dimmm...

Nak tau tak apa Along aku kenakan aku?
Hmmm..ceritanya begini..
for the last 3 months selain aku menguruskan hal sendiri, dalam masa yang sama aku tolong uruskan rumah sewa Mak aku..urusan cari orang untuk menyewa, urusan orang nak menyewa tu nak view rumah dan macam macam lagi..
Apabila dah jumpa penyewa, siap bayar sebahagian daripada deposit pun, tiba tiba last minutes tak jadi masuk then I've to return her money back macam tu saja then start looking another serious tenant again...
Once dah dapat sorang tenant ni, tiba tiba pagi tadi Along aku mesej bagi tahu yang ada sorang lagi sedang mencari rumah sewa juga. Orang tu katanya sangat sangatlah memerlukan rumah tak kisahlah kalau kena bayar berganda ganda sekali pun...
Aku tak fikir panjang aku terus menolak mohon maaf sebab dah ada orang booked dan aku tak boleh nak mungkir janji semata nak sewaan lebih..tak berkat duit aku nak hulur Mak Abah aku nanti
Along aku terus menggesa...
Aku tetap menolak...
Lastly, aku terkena rupanya!
APRIL FOOL!!!!

Dimmmmmmm...!!



Daisypath Friendship tickers