Recent Posts

Search This Blog

Showing posts with label ABAH. Show all posts
Showing posts with label ABAH. Show all posts

Thursday, 14 January 2016

Tahun Baru 2016


ASSALAMU'ALAIKUM

Kembali aktif dengan blog nampaknya kawan kita ni ye...hahaha...
Jangan hangat-hangat pisang goreng sudahlah ye...
Almaklum awal-awal tahun, masih ada kelapangan, rajin la menjengah ye?

Dah pertengahan bulan Januari dah yang oiii...
Baru nak update pasal 2016 ke?

Buat malu jakk...Hahaha..
Mana taknya, 2015 melabuhkan tirai pun aku baru nak berlabuh hari tu...
ni anggaplah baru nak melebarkan sayap 2016 walaupun dah tengah bulan...

Tahun baru aku di kampung halaman...saja bawa anak bujang bercuti jumpa Maktok dan Tok Bah. Lagipun dah lama tak balik sana. Rindulah katakan.

Aktiviti di kampung?
Hmm macam biasa, menternak lemak, makan macam-macam sampai tak ingat baju dah makin mengecut!

Alhamdulillah Abah pun nampak makin sihat lepas keluar wad bulan 11 hari tu.
*Ni dikira imbasan 2015 serba sikit ye

Dah boleh berjalan walaupun masih menggunakan tongkat...tapi syukur sangat dah tu.
Dah boleh diajak berjalan sampai ke Kuala Perlis mencari ikan bakar berulam, nasik putih berkuah. Amboiii bukan main menu! 
Gambarnya harap maaf, tak ada sebab terlalu gelojoh makan sampai terlupa nak snap.

Aktiviti di kampung selama 6 hari berlalu dengan cepat, kembali ke Kuala Lumpur, berpijak pada bumi yang nyata semula, rutin harian bersambung seperti biasa.

Apa-apapun Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, diberi kesempatan untuk menghirup udara sampailah ke hari ini.

Semoga di tahun baru, ada perubahan positif lebih dari tahun sebelumnya InshaaAllah.

Senang-senang, sudi-sudikanlah menjengah saya di laman FB Fara Ada.
Di sana saya lebih aktif berbanding sini. Hehe.

SEKIAN


Tuesday, 23 December 2014

Kawan Kaunselor


ASSALAMU'ALAIKUM

Ni cerita semalam. Tapi tak sempat nak post entri ni . Memandangkan semalam pun semangat suam-suam kuku ja naik kerja. Hehehe.

Kawan baik aku, Asma, kenal sejak dari tingkatan 1, tegur aku di Skype.

"Assalam Fara. Ayah hang dah sihat?"

"Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah luka di kaki tu beransur OK, cuma badan dia ja masih lemah."

"Alhamdulillah"

"Mungkin ambik masa lama sikit. Takpalah InshaaAllah mudah-mudahan Abah aku makin OK.
Dia seolah-olah hilang semangat ja Asma. Banyak sangat dalam kepala dia fikir sama kot."

"Hmmm yelah kan...bila diri kita sakit macam tu lah rasa. Staf aku, kaki dia kena potong sebab kencing manis. Dah berbulan juga. Tapi minggu lepas time nak balik dia mai jumpa aku. Dia kata, saya rasa saya perlu bercakap dengan Puan Asma."

"Hmmm itulah...aku rasa dia hilang semangat...dia fikir dia sakit...teruji dengan dugaan Tuhan yang sekaligus datang menimpa dia. Ibarat dia sendiri tak tau larat ke tidak nak tempuh semua tu. Fikirkan keadaan Mak aku lagi yang dah tak berapa kuat. Fikirkan Maktok aku lagi yang dah uzur."

"Ayah hang tak kena potong kaki kan?"

"Alhamdulillah setakat ni dak. Tapi doktor dah pesan jaga elok-elok, jangan terkena jangkitan lagi. Kalau terkena jangkitan kuman lagi, kemungkinan besar kena jugak potong kaki dia. Sebab dah tak ada ruang dah nak korek buang daging mereput, tulang pun dah mereput."

"Allah..."

"Sebelum ni pun Abah aku jenuh jaga, cuci hari-hari juga. Tapi kuasa Tuhan kan."

"Kalau jadi kat sesiapapun akan hilang semangat Fara"

"Aa betoi. Aku sendiri pun tak tau macam mana nak rangkul semangat aku sendiri apatah lagi nak rangkul balik semangat Abah aku"

"Dia pun macam kita, pernah muda, tak pernah terfikir benda macam ni akan berlaku ke atas diri dia. Kita tak pernah sedetik pun bersedia dengan semua keadaan tu. Letak diri kita dalam kedudukan dia. Rasa sakitnya dia, rasa rendah diri, rasa useless, rasa hilang kebebasan."

"Dia cakap dekat aku, kalau aku dan Along tak ada, susah dia. Mak aku dah tak kuat katanya.
Mak nak jaga Maktok lagi. Lepas tu dia nangis."

"Tu maksudnya dia rasa hilang security"

"Hmmm...aku nak cakap SABARLAH ABAH pun macam tak layak ja untuk aku keluarkan ayat-ayat gitu sebab aku rasa dia lebih kenal erti sabar tu lebih dari aku."

"Cakap kat Abah hang, kita usaha apa yang patut sehabis boleh. Tak perlu suruh dia bersabar, sebab memang dia tengah bersabar."

"Hmm itulah, aku pun dah tak mampu nak cakap apa dah masa tu. Diam ja lah. Aku nampak kesedihan dia tu, penderitaan yang dia sedang rasa tu, tapi aku sendiripun tak tau nak luahkan macam mana."

"Betoi Fara, tapi bila dia luahkan tak mampu tu, hang kena bagi dia satu  cahaya/sinar untuk dia. Bukan harapan yang kita sendiri tak dapat tunaikan. Bagi kenyataan yang boleh diusahakan. Sedihnya tengok ayah kita nangis kan? Alamak aku lak terasa sebak nak nangis nih...."

Berakhir perbualan kami di situ. Ni lah natijahnya kalau dah berkawan dengan kaunselor ye. Hehehe.
Penuh emosi bila bercakap.
Tapi ada betulnya, ada logiknya di situ.

Saja share dekat sini, mudah-mudahan sedikit sebanyak kita boleh praktikkan dalam kehidupan harian kita apabila kita sedang menghadapi masalah dan situasi yang sebegini. Huhuhu.

InshaaAllah

Monday, 22 December 2014

Episod Abah Lagi




ASSALAMU'ALAIKUM 

Seminggu lepas aku balik kampung.
Balik kampung secara tergesa-gesa selepas dapat tau dari Mak yang Abah akan dimasukkan ke wad pada hari Jumaat 12 Disember 2014.

Khamis malam 11 Disember 2014 terus kami bertolak ke Perlis sejurus selepas encik suami tiba dari Kuantan, Pahang.

Dari tengah terus ke utara semenanjung pula encik suami aku malam tu.

 JUMAAT (12 DISEMBER 2014) 

Turut serta bersama Mak bawa Abah ke hospital besar Kangar ke unit kecemasan.
Diperiksa, diminta tunggu giliran, dan diperiksa lagi, berakhir dengan keputusan doktor untuk dimasukkan ke wad sebab kata doktor, bekas luka di tapak kaki Abah terkena jangkitan kuman.

Dari pagi sampailah ke petang urusan kemasukan wad, Abah akhirnya ditempatkan di Wad Kelas 3.
Faham-faham sajalah keadaan wad di hospital kerajaan, Kelas 3 pula tu.
Tak apa, redha, sementara tunggu kekosongan di Wad Kelas 1 yang lebih selesa.

SABTU (13 DISEMBER 2014)

Masih di Wad Kelas 3, Abah diminta berpuasa dari jam 6 pagi sebagai persediaan untuk pembedahan di tapak kakinya yang dijadualkan pada hari tersebut.

Hampir ke malam masih belum ada berita dari unit operation theater (OT). Kami dah kurang sabar jadinya sebab Abah kelihatan sangat lemah. Sudahlah berpuasa dari awal pagi lagi.

Mak terus ke kaunter hadapan wad, menanyakan misi di situ. Masih jawapan yang sama barangkali Mak berpatah balik ke katil Abah.
Berulang alik lagi ke kaunter hadapan wad.
Dah terlalu lemah tengok Abah kata Mak, barulah misi bertugas bergegas bersama doktor, periksa Abah.

Bacaan ECG kurang normal kata doktor. ECG digunakan untuk membaca gerak nadi jantung pesakit barangkali. Kurang arif aku dengan peralatan hospital.

Bawak ke malam barulah Abah ditolak masuk ke OT.
Masa tu aku di rumah. Pelawat tidak dibenarkan stay di hospital melebihi waktu melawat.

Mak call bagi tahu yang pembedahan Abah berisiko tinggi sebab kuman dah sampai ke jantung Abah. Bimbang kalau Abah terkena serangan jantung ketika pembedahan, sangatlah bahaya kata doktor. 

Mak minta sama-samalah kita bacakan Abah surah Al-Kahfi. Mak dan Along baca di hospital, kami di rumah. Mendoakan yang terbaik untuk Abah.

Allah...
Bermacam-macam perasaan dah masa tu...
Namun, Alhamdulillah pembedahan selesai dengan jayanya.

************************

Hari-hari kami berulang ke hospital bergilir-gilir bersama kakak ipar dan anak menakan aku.
Along berjaga malam, Mak berjaga siang.
Mak berjaga malam, Along berjaga siang.
Aku?
Aku berjaga waktu melawat sahaja memandangkan si kecik tu memang susah berenggang dengan Mamanya. 
Sampailah ke hari Abah dipindahkan ke Wad Kelas 1, Alhamdulillah, lebih selesa di situ.
Hanya ada 4 katil sahaja dalam 1 wad berbanding Kelas 3 sebelum tu.

Sekali lagi syukur, luka di tapak kaki Abah beransur pulih, tapi kandungan gula dalam darah Abah pula tak stabil lagi sepenuhnya.

Sampailah ke hari Jumaat 19 Disember 2014, barulah Abah dibenarkan discharge ward.
Bersambung episod di rumah pula.
Apa-apapun lebih selesa di rumah sendiri kan?

Walaupun Abah masih nampak lemah, InshaaAllah moga Abah beransur pulih dan kuat semangat semula. Kembali ceria macam sebelum-sebelum ni.

Sama-samalah kita doakan Abah dan Mak kita semua sihat sentiasa.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Dah telefon Abah atau Mak di kampung?
Jom kita dail bertanya khabar!
InshaaAllah




Monday, 19 November 2012

Kesan DIABETES : Alhamdulillah...Kaki Abah Semakin Pulih


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat petang semua...salam hormat untuk tetamu baru...
Kerja di pejabat Alhamdulillah hampir selesai..
Tinggal 1 je lagi request yang tiba tiba boleh masuk emel..tak apalah kita layankan sajaa...

18/11/2012

Selepas beberapa hari aku tak bercakap dengan Abah, hari ni baru aku dapat bercakap dengan Abah.
Tak bercakap?
Eh jangan salah faham! Bukan maksud aku tak bercakap tu aku gaduh dengan Abah cumanya tak berkesempatan nak bercakap. Setiap kali aku call kampung, Mak yang jawap.
Abah pula dah masuk tidur.

Kali ni kami berbual agak panjang dari biasa.
Alhamdulillah dari cara Abah cakap, kaki dia makin pulih.
Bleeding dah stop. Cuma masih ada saki baki air bisa. Itupun hari makin hari setiap kali ke klinik untuk buat cucian, air bisa makin berkurangan.
Alhamdulillah syukur kepada Tuhan..sekurang kurangnya nampak juga perubahan pada luka Abah aku tu..

Tapi Abah masih memerlukan kerusi roda buat masa ni.
Sebab dia dinasihatkan tidak menjejakkan kaki untuk mengelakkan luka tu terganggu dengan jangkitan lain.

Harapan aku, berdoa agar segala rasa sakit Abah sepanjang lepas ni akan makin berkurangan dan makin sembuh seperti sedia kala walaupun sesekali Mak bagi tau yang Abah muntah muntah.

Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah urusan harian Mak dan Abah, mudah mudahan Mak dan Abah dilindungi dari sebarang penyakit berbahaya dan sembuhkanlah penyakit Abah. Sesungguhnya Kau lah Maha Penyembuh segala penyakit yang tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Friday, 16 November 2012

Kesan DIABETES : Abah Masuk Hospital Lagi


ASSALAMU'ALAIKUM

Tak ada gambar yang sesuai untuk aku letakkan sebagai hiasan entri kali ni.
Maaf ye.

9/11/2012

Hmm Jumaat malam lepas aku bertolak balik kampung sebab Abah aku hospitalized lagi. 
Abah aku kena bedah kaki kiri, buang daging yang terkena jangkitan kuman.

Sebelum ni bengkak mengeras, lepas tu terpecah, terluka dan bernanah. Doktor mintak ke pusat kecemasan segera dan dimasukkan wad.

12/11/2012

Isnin malam lepas Alhamdulillah selamat selesai pembedahan jam 10.
Walaupun aku demam selsema sampai bengkak bengkak mata, berat kepala semua, aku gagahkan jugak badan aku ni bangun pegi jugak jenguk Abah sebelum dia dibedah.

Masuk bilik bedah jam 9.15 malam selesai jam 10.
Alhamdulillah Abah tetap senyum mungkin disebabkan anak anak isteri dan cucu turut sama tunggu pembedahan tu selesai.

Mu'adz Firas satu satunya anak buah akulah yang mungkin jadik penyejuk hati Abah.
Mu'adz lambai lambai tangan kat Abah semasa Abah ditolak keluar dari bilik bedah.
Walaupun Mu'adz masih kecik tak faham situasi masa tu, tapi dengan telatah dia, senyuman dia dah cukup sejukkan hati kami semua masa tu yang bermacam macam perasaan ada.

14/11/2012

Hari Rabu Alhamdulillah Abah dah dibenarkan keluar hospital tapi masih perlukan bantuan untuk bangun berdiri. Tak mampu nak berjalan sendiri disebabkan kaki dia masih lagi bleeding.

15/11/2012

Along bawak Mak Abah pegi beli kerusi roda. Supaya Abah mudah nak bergerak ke mana mana nanti memandangkan kaki dia masih belum boleh menampung badan. Setiap hari Abah perlu ke klinik kerajaan untuk buat cucian kaki dia.

Ya Allah mudah mudahan luka di kaki Abah cepat kering, cepat daging tu tutup semula tulang kaki Abah, dan semoga Abah cepat boleh berjalan seperti sedia kala semula.
InsyaAllah dengan izinMu tiada yang mustahil.

"Ya Allah, kasihanilah kedua orang tuaku sepertimana mereka mengasihaniku, dan sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku...Amin Ya Rabbal 'Alamin"

Tag : Entri Pasal Abah

Wednesday, 28 December 2011

GENAP 8 BULAN






ASSALAMU'ALAIKUM

Hari ni aku terasa nak update banyak kali pulak...terlebih idea kah?
Tak laaahhhh...cuma terlintas sesuatu dalam kepala aku ni..
Ada follower aku bertanyakan pasal kesihatan Aba aku, baru aku sedar yang aku dah lama tak update apa apa pasal Aba..

Sambungan kepada entri yang LEPAS....
Aba aku tak dapat puasa penuh untuk tahun ni..sebab dia tersangatlah tak larat dan tak mampu untuk berpuasa penuh macam kita...
Dan dia juga sudah tidak mampu untuk berjemaah di masjid setiap hari Jumaat memandangkan dia dah tak mampu untuk bersolat berdiri...
Aba perlukan kerusi
Subhanallah..ALLAH Maha Suci dan Maha Mengetahui apa yang Aba aku sedang lalui...
Hari ni genap 8 bulan Aba buat AVF...
Selepas buat pemeriksaan terbaru dengan pakar..Aba diminta kurangkan pengambilan dos ubat..
Alhamdulillah Aba dah tak sakit leher, Aba dah boleh makan, Aba dah boleh berjalan, Aba dah boleh senyum tu yang pastinya :) 
Alhamdulillah syukur kepadaMU Ya ALLAH
Walaupun kaki Aba masih sama bengkak seluruhnya, kebas tapi aku lega nampak Aba senyum...

Sebelum ni Aba selalu merungut akan keadaan dia..
Tapi sekarang aku nampak dia redha..
Dia dah tak merungut..
Selagi dia rasa dia boleh buat...dia akan tetap buat....

Baru baru ni dia datang dengan Mak melawat kami anak beranak walaupun kami risau akan keadaan dia dan harap dia boleh tunggu kami yang balik ke kampung bukan dia yang datang..tapi Aba tetap nak datang...

Walaupun Aba tak pernah keluarkan dengan kata kata tapi aku dapat rasakan..Aba redha dengan keadaan dia...dia tak merungut lagi..
Dia berserah segalanya pada ALLAH Maha Penyembuh segala penyakit...
Dia sembunyi segala resah risau dia...
Apa yang dia hanya nak tengok anak anak menantu dan cucu yang seorang bahagia, happy selalu..

Semoga ALLAH SWT memberkatimu Aba dan Mak..
Kurniakanlah kesihatan kepada kedua orang tuaku

InsyaALLAH
Ameen~

Friday, 12 August 2011

PUASA DAY 12 : KESIHATAN ABA


Assalamu'alaikum dan selamat pagi semua...


Sebelum apa apa aku nak mengucapkan selamat berpuasa dan selamat bekerja kepada readers yang bekerja...selamat beristirehat kepada readers yang tak pegi sekolah arini...amalkan kehidupan sihat *jangan selalu demam buat buat 'demam' sebab nak monteng sekolah ye (haku tuko sikit ayat sebab kang ada orang salah paham perasan aku kata kat dia..hikhik)....tak baik untuk kesihatan adik adik...hehehe..apa apapun thanks sebab sesibuk mana pun semua...setidak-sihat *ada ke dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka? hahaha...mana pun semua...korang masih ada masa meluangkan masa nak baca blog aku. *ayat perasan tak boleh blahh..haha

Mintak maaf lah kalau tak selesa dengan entri aku sejak dua menjak ni sebab asyik post pasal Aba aku je. Tapi itulah yang sering bermain dalam fikiran aku sejak dua menjak tinggal jejak ni....
Semalam...aku dapat panggilan daripada Aba aku kat kampung. Aku ambik point penting jelah ye...panjang panjang pun korang bukan nak baca sangat..hehehe

Aba dengan Mak aku mintak aku tanyakan company aku bekerja sekarang, support ke tak pembiayaan perubatan untuk parent. Aku pun apa lagi call PMCare. Unfortunately, PMCare cakap kena refer company tu sendiri sama ada allow ke tidak. Aku pun call HR pulak. Rupanya tak support. Adoiii....hampanya rasa.




http://www.emocutez.com


Serba salah aku nak bagi tau Aba dengan Mak aku. Namun apa yang terjadi, aku tetap perlu berterus terang dengan parent aku perkara yang sebenar. Aku pun selepas tu bagi tau Mak dengan Aba. Suara dorang macam agak mengecewakan. Aku mintak maaf banyak banyak. Tapi aku tau mesti Mak dan Aba aku faham. So aku tekad...aku akan tolong dorang dalam apa jua keadaan pun.




http://www.emocutez.com


Aku perlukan plan B..C dan seterusnya. Aku mesti buat sesuatu untuk meringankan beban Mak dan Aba. Sebab aku tau Mak pun dah penat sangat terkejar ke sana ke mari memandangkan Aba aku dah tak upaya nak buat kerja kerja berat..kerja kerja luar...sepanjang masa perlu berehat di rumah saja.

Hampir setiap hari Aba rasa sakit bahagian belakang leher. Sekali sakit memang aku boleh bayangkan betapa sakitnya masa tu sampaikan Aba langsung tak boleh buat apa apa dah. Hanya perlu berbaring, mengurut sikit sikit supaya keadaan tu kembali tenang.

Selera makan langsung dah tak ada. Makan pun secara paksa. Masuk hari ni...kita dah hari ke 12 berpuasa, Aba pulak dah masuk hari ke 4 dia tak boleh berpuasa. Dia tak larat sangat. Kadang kadang selalu muntah muntah.




http://www.emocutez.com


InsyaALLAH hari Ahad hujung minggu ni, Mak, Aba, Pak Long Manap dan cousin aku nak bawak Aba pergi buat check up di salah sebuat pusat rawatan swasta di Kedah atau lebih dikenali sebagai Kedah Medical Center. Sebab di situ sahaja pusat rawatan pakar yang terdekat.

Aku harap selepas buat check up di sana, sekurang kurangnya segala persoalan kami mengenai penyakit Aba terjawap dan boleh bertindak sesuatu untuk cuba menyembuhkan penyakit Aba.

Semoga ALLAH SWT sentiasa memberi kekuatan dan kesihatan kepada kedua orang tua kita. Ameen.

Sunday, 7 August 2011

PUASA DAY 5 : ABA & MAK TAK PENAH PENAT


Tapak tangan kita pernah sebesar ini kan?
Keciknye lahhhaiii...
Tapi kecik kecik pun Aba tetap sayang kita...


Apabila dah besar sikit dah boleh berjalan...
kita dah boleh pegang jari kelingking Aba kita macam ni kan?

Mesti korang dah dapat agak apa aku nak story kan?
Yesss...of course pasal Aba aku.

*********************************************
Rabu lepas aku balik kampung sebab ada saudara meninggal...
Hari Jumaat pula Aba aku ada temujanji dengan doktor di hospital untuk buat pemeriksaan perut dia yang sering cirit birit dan kurang selera makan...
Dikhuatiri ada kompilasi dari penyakit buah pinggang yang dihidapi Aba selama ni..

Selepas beberapa jam Aba di dalam bilik minor OT, selepas beberapa jam Aba buat pemeriksaan dengan memasukkan tiub sebesar paip getah washroom kita tu ke dalam mulut...
Barulah Aba dapat keluar dalam keadaan yang sangat tidak bermaya.

Aba menggigil kesejukan...
Kami diminta menunggu lagi diluar bilik untuk mendapatkan slip farmasi dan keputusan dari doktor pakar yang memeriksa...
Kesian Aba kesian Mak yang dah banyak berkorban untuk Aba...

Along teman Aba untuk keluar hospital memandangkan Aba dah terlalu kesejukan..
Sementara aku teman Mak di dalam sambil menunggu panggilan daripada doktor yang bertugas...

Mata aku dengan Mak mengiringi perjalanan Along dan Aba keluar dari hospital..
Lalu Makpun berkata...
"Cuba tengok Aba...yang dah bertahun tahun dia menjaga kita...dah tak larat sangat dah dia sekarang...jalan pun terhuyung hayang"
Mak senyum.

Aku faham maksud Mak tu.
Betul cakap Mak. Tanpa sedar. Aba yang dulunya kuat bersusah payah mencari rezeki nak menjaga kami anak beranak sungguh berbeza dengan yang sekarang.
Begitu cepat masa berlalu....

Ya ALLAH...
di kala malam yang aku tak boleh nak tidur walaupun sangat sangat lah kepenatan ni...
aku menadah tangan..memohon doa..moga KAU sembuhkanlah penyakit Aba..
sihatkanlah tubuh badan kedua orang tuaku itu..
Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami malah lebih dari mereka kasihani kami hendaknya...
Ameen



Monday, 1 August 2011

ABAH TAK PUASA


ASSALAMU'ALAIKUM...


...selesai entri meraban aku pasal puasa pertama aku tahun ni...tetiba aku teringat yang aku tertinggal sesuatu...Alhamdulillah salah satu niat aku untuk kedua orang tua aku tertunai juga hari ni...syukur sangat...mungkin berkat sempena hari pertama Ramadhan ni...syukur sangat...sangat sangat la terasa lega...

....niat apa? hehehe aku rasa tak perlu aku kecah kan sangat tentang sesuatu perkara yang aku ikhlas InsyaALLAH moga diberkati ALLAH TAALA..ameen....
walaupun tak seberapa...tapi aku sangat berharap...dapat menggembirakan sedikit hati kedua orang tua aku...

...Aba aku tak dapat puasa hari ni...tak larat katanya...sempat sampai tengahari je puasanya...perut dia kembali tak sedap..terpaksa berbuka...
beberapa hari lepas Aba aku sering cirit birit...aku fikir Aba salah makan..atau termakan makanan pedas..tapi berlarutan pula berhari hari...InsyaALLAH 05/07/2011 ni Aba ada appointment sekali lagi dengan doktor...

doktor nak masukkan tiub ke dalam kerongkong Aba untuk check saluran pemakanan Aba...dikhuatiri dijangkiti kuman...

...moga semuanya berjalan lancar dan didoakan Aba beransur pulih....penyakit buah pinggang dia pun Alhamdulillah setakat ni ada kemajuan...

hanya kepada ALLAH sahaja kami sekeluarga berdoa..dan berharap...mendoakan Aba akan sembuh seperti sediakala...

.....prayer and hope only to ALLAH.....!

Thursday, 5 May 2011

ABAH dengan TK, KC dan KS-nya

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah hari ni kepala aku tak weng macam semalam. Aku boleh tidO dengan nyenyak malam tadi. Asyik Aba ko je Fara oi hari hari...ko doa doa semoga dia sembuh sudah la. Buat apa nak kecah kat blog setiap hari pasal Aba ko?! Mesti korang bosan kan?

Hmmm aku tak pernah bosan! Lantaklah kalau ada sesiapa yang bosan tu. Hari ni aku nk share dengan korang sedikit sebanyak treatment yang Aba aku ambil untuk menyembuhkan penyakit buah pinggang yang dihidapinya atas izin ALLAH jugak.

Selama ni aku selalu mengadu Aba aku kejang badan, tak selera makan, muntah, kaki dia bengkak sampai tak muat kasut, sakit kepala, pening nak pitam kan? Macam macam lagi simptom orang yang berpenyakit buah pinggang ni.

Mesti ada yang tertanya tanya apa itu TK, KC, KS yang aku tulis as title entri aku kali ni kan? Itu antara ubat ubat tradisional yang Aba amalkan selain dari ubat ubat kimia provide by hospital. Orang yang menghidapi penyakit ni, buah pinggang yang rosak tidak mampu lagi untuk membersihkan toksin dalam badan justeru membuatkan darah seseorang itu pun kotor. Pendek kata macam minyak silinder kereta yang tak ditukar tukar. Betapa pekat dan hitamnya minyak tu yang membuatkan sesebuah kereta tu semput semput.


Haaaa sama jugaklah dengan badan manusia, kalau dah darah kotor, kelancaran tu dah berkurang boleh buat badan sentiasa sakit sakit dan ada saja yang tak kena. Kesejukan melampau yang boleh mendorong kepada kekejangan terlampau. Begitulah apa yang terjadi jugak pada Aba aku selama ni. Tak semua ubat dari hospital boleh membantu kita merawat penyakit sebab ubat ubat dari hospital adalah dari bahan kimia atau senang ceritalah..dadah! Sebab tulah Aba dan Mak, kami sekeluarga ambil keputusan setuju kalau Aba mengamalkan jugak ubat ubatan tradisional seperti Telinga Kera (TK), Kurma Cina (KC) dan Kembang Semangkuk (KS). Aku selitkan sikit gambar gambar tumbuhan ni kat bawah ni...

(Pokok Telinga Kera)

(Kurma Cina)
Ni lah 3 jenis tumbuhan yang boleh membantu pesakit buah pinggang dalam rawatan selain dari rawatan hospital. Mungkin berbeza orang, berbeza kesannya. Tapi tak salah kalau ingin mencuba sebab rawatan dengan cara ni bukan sengaja diada adakan malah doktor yang merawat Aba aku sendiri yang syorkan. Doktor tu sendiri ada tanam pokok Telinga Kera di dalam pasu dalam bilik dia. Bagus kan? Seorang doktor yang berpengalaman bertahun tahunpun mempercayai akan kehebatan rawatan tradisional ciptaan ALLAH.

Apa fungsi dan macam mana tumbuhan ni bertindak? Hmmm aku nak terang secara details pun, aku bukannya tau secara saintifik. Tapi sefaham aku dari penerangan Mak aku sendiri, hasil rebusan air pokok Telinga Kera dan Kurma Cina boleh membantu melancarkan pengaliran darah dalam badan, cuci buah pinggang yang sedia tidak berfungsi tu. Minum salah satu je tak boleh ke?

Hmmm macam Aba aku tak boleh makan salah satu sebabnya..pokok Telinga Kera tu akan menyejukkan badan Aba yang melampau, tu sebab perlu dicombine dengan Kurma Cina untuk memanaskan serta menambah darah baru dalam sistem badan. Pendek kata kalau minum salah satu macam tak balance lah.

(Pokok Kembang Semangkuk)
Pokok kembang semangkuk tu apa pulak? Secara tradisinya, air rebusan pokok ni boleh membantu membuang toksin dalam badan. Pesakit akan selalu lesu dan letih sebab terlalu banyak toksin dalam badan apabila buah pinggang tidak lagi berfungsi untuk menapis segala toksin hasil pemakanan kita seharian. Kiranya ini satu alternatif untuk membantu pesakit tu jugak lah. Semuanya atas izin ALLAH.

Mak aku tanam sendiri dalam pasu pokok Telinga Kera tu kat kampung. Kurma Cina tu boleh didapati di mana mana kedai perubatan cina berdekatan manakala pokok Kembang Semangkuk tu, Mak aku cakap boleh dapat di pasar ataupun di perkampungan. Orang kampung memang suka tanam pokok pokok berubat ni. 

Kepada sesiapa yang punya sedara menghidapi penyakit yang sama boleh lah cuba cuba rawatan seperti ni. Sekadar berkongsi kerana tentunya kita sayang sedara kita. Tentunya kita tak sanggup tengok dorang menjalani rutin harian cuci darah (hemodialisis) 3 kali seminggu yang memakan kos yang tersangatlah banyak.

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segala...

Wednesday, 4 May 2011

ABAH KURANG MAKAN

Assalamu'alaikum...

Selamat pagi Malaysia... :)

 
Alhamdulillah masih panjang usia aku hari ni. Hohoho boleh makan nasik kerabu hari ni! Hee~ Kenapa nasik kerabu? Kenapa tak nasik dagang? Lohh sebabnya hari ni En.Bos nak belanja nasik kerabu. Kekeke...
Meraban je aku pagi pagi ni! Haishh...Dah lama aku tak update blog. Terasa malas tiba tiba. Mood tak sampai orang kata. Tapi hari ni mood sampai.Wakakaka..

Aku masuk 'sarang' lambat sikit hari ni sebab kononnya aku nak 'balas dendam' kena kerja pagi seawal jam 2.30 pagi tadi. Selesai Subuh aku ketiduran semula sebab rasa kepala ni macam tak kena semacam. Kekeke tak bagus kan tidur selepas Subuh. Adehhh....memang kalau aku kena kerja pagi buta macam tu memang kepala ni 'weng' sikit la sementara nak biasa. 

Aku ada call Aba pagi ni. Tiba tiba teringatkan dia kat kampung :) Alhamdulillah Aba dah boleh makan walaupun sesuap dua tapi kita fahamlah masih tak cukup untuk penggunaan seluruh badan kalau setakat sesuap dua untuk mengisi perut. Sudahlah memang badan sedia lemah. Tapi nak buat macam mana kan memang Aba tak selera nak makan banyak banyak macam orang normal sihat.

Mak ada mentioned juga tadi Aba kurang makan tu sebab seawal jam 3 pagi Aba kejut Mak bagi tahu yang dia terasa macam nak pitam. Orang kampung aku panggil terasa nak 'kelam'... sama makna dengan pitam, pengsan la tuh....

Aku suruh Aba aku rehat rehat dulu, nanti dah terasa kuat nak bangun, baru bangun pegi jamah sikit sesuap dua. Kerapkan sikit makan tu.


Friday, 29 April 2011

ALHAMDULILLAH ABAH MAKIN SIHAT

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Tengah sedap tido pagi ni...aku terdengar bunyik macam air menitik atas atap zink kat kampung masa aku tido di rumah Maktok aku masa kecik kecik dulu. Hmmm nyaman dan sayu je bile teringatkan zaman aku masa kecik kecik. Apabila aku bukak je mata aku, hmmmm...baru aku sedar semua tu sudahpun berlalu hampir 20 tahun lalu masa arwah Mak Andak dan arwah Mak Cik aku masih ada. Apa yang aku nampak sekarang cuma bilik malap yang hampir 3 bulan lebih aku menyewa.


Handphone alarm aku berbunyik lagu Flow. Hmmm...hujan pagi ni rupanya. Alhamdulillah rahmatMU YA ALLAH di pagi Jumaat, penghulu segala hari. Dah jam 6.35 minit pagi. Aku belum Subuh. Aku pun lantas bangun ke bilik air.

Dah siap mandi, pakaian, solat Subuh...makan supplement 'memantapkan' diri (heee~ jangan tanya supplement apa), aku ambik beg laptop, tag nama sarung ke leher, last sekali kunci rumah. Terus turun lantas berjalan menuju ke stesen LRT. Tapi sebelum tu singgah gerai 'akak karipap'. Hehehe. Hari hari aku wajib singgah gerai Akak tu. Karipap dia sedap. Ada macam macam inti. Daging, Ayam, Kentang dan paling aku suka inti Sardin. Selalu aku beli 3 biji seringgit. Ada juga sesekali aku beli bihun goreng campur sambal dengan telo mata, 2 ringgit sebungkus untuk dibuat lunch :) Tapi hari ni aku beli 3 biji je buat breakfast. 

On the way berjalan sebelum sampai bangunan office aku, aku teringatkan Aba kat kampung (wahhh panjang beno mukadimah, padahal nak cerita pasal Aba je..hee~ :-P) 
"Truut truuuuttt....truutt truuuuttt....truu truuuttt..."

"You're call have been forwarded to the voicemail. Please leave..." 
Tak sempat pompuan tu habis cakap aku dah letak. Dalam hati mana Aba ni pegi. Tak berjawap pulak.
"Truutt...trruuutt...truuutt..."

Tak sempat nak apa apa Mak dah angkat. Aku call Mak pulak.
"Assalamu'alaikum Mak. Mak dah pi sekolah?"

"Haa dah dah..dah sampai pagaq sekolah..."

"Owhhh...ingatkan Mak kat rumah lagi. Aba sihat Mak?"

"Alhamdulillah...Aba bangun awai sikit hari ni. Tadi Mak siapkan makan Aba dulu baru mai sekolah. Tu yang lambat sikit..."  

"Owhh hari ni Aba makan nasik lagi la ye Mak? Alhamdulillah...tak apalah kalau macam tu Mak..Take care..Assalamu'alaikum"
 
Masa tu dah jam 8 lebih. Lepas tu aku call Aba semula. Borak kejap dengan Aba tanya khabar. Aba bagi tau yang Mak dah panaskan lauk. Nanti dia makan. Tadi dia tak angkat sebab tengah gosok gigi. Hehehe. Tak apalah. Alhamdulillah dah masuk hari KEEMPAT, Aba boleh makan nasik tanpa muntah. Ce kira dah berapa hari Aba AVF? Alhamdulillah aku tengok Aba dah beransur OK sikit cuma sengal sengal badan tu masih ada. Besok Along balik dengan dua orang kawannya. Katanya kawan Along, seorang Haji tu boleh berubat orang. So Along berikhtiar mintak Haji tu tengokkan Aba nanti. Mudah mudahan dengan izin ALLAH Taala Aba sembuh seperti sedia kala tak lama je lagi. Ameen :)







LilySlim Diet days tickers



Wednesday, 27 April 2011

HARI KEDUA ABAH MAKAN NASIK

Assalamu'alaikum

Selamat pagi semua...! :) Alhamdulillah aku masih bernafas hari ni nak post entry kat blog untuk tatapan korang. Cewah! Perasan! Followers baru 6 orang dah kecah beriya itu ini kan? Pang!! Perasan ko pompuan! Wakaka

DAY 11

Perkara wajib aku kena update sekarang adalah berkenaan dengan Aba aku. Aku baru call dia tadi. Guess what? Haa aku rasa korang dah dapat agak kot kalau dah mukadimah aku macam happy je hari ni kan? Yess...betul tu! Alhamdulillah Aba aku beransur pulih InsyaAllah di masa masa akan datang pun harap entri aku semuanya berita gembira pasal Aba aku. Dia da bangun awal awal pagi ni tengok 'tebisyen' sambil baring golek golek atas batu. Huhu untuk apa? Haa tu maksudnya dia lenguh badan. Dia memang suka tido atas batu sungai satu tu. Peberet dia! 

"Aba muntah tak hari ni?"

"Aba tak muntah hari ni..."

Alhamdulillah syukur sangat walaupun dengan ayat tu je, aku dah rasa syukur sangat sangat. Sekurang kurangnya tu petanda Aba aku dah boleh makan nasik lagi HARI NI (HARI KEDUA). Mudah mudahan sampai ke malam dan hari hari seterusnya Aba aku tak akan muntah muntah lagi, catat lagi satu hari sehari tanpa muntah. Kekejangan dengan lenguh badan tu tak apa lah. Perlahan lahan beransur ok jugak nanti :)











LilySlim Diet days tickers






Tuesday, 26 April 2011

ABAH DAH BOLEH MAKAN NASIK

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat petang everybody! :)

Hmmm hari ni dah masuk 26/04/2011 Selasa bersamaan dengan 22 Jamadil Awal 1432.
Dah masuk hari ketiga aku di KL setelah seminggu berkampung di Perlis. 

DAY 10

Aku bundle 3 hari sekali la ek. Sebab hari ni dah masuk Selasa. Aku sampai Kajang jam 6.30 pagi. Aku tunggu Along aku ambik di stesen hampir 1 jam baru dia sampai sebab dia habis keja jam 7 pagi. Aku terjelepok tepi jalan sebab terlalu sejuk dan mengantok malam tu atas bas aku tak boleh tido sangat.

Macam biasa setiap hari pagi siang dan malam aku akan telefon kampung tanya khabar Aba Mak. 

Yang menyenangkan hatiku hari ni....Alhamdulillah Aba dah boleh makan nasik! Sebelum ni asyik makan bubur nasik je. Itu pun sesuap dah muntah. Hari ni Alhamdulillah Aba dah boleh telan nasik walaupun sikit dan tak muntah. Syukur Alhamdulillah. Sekurang kurangnya kurang sikit seksa sakit dia muntah kosong tu.

Aku bersyukur kepadaMU YA ALLAH! Sebab makbulkan doa aku kurangkan kesakitan Aba aku walaupun sikit. Berkat doa Mak Along dan semua. Alhamdulillah. Moga moga Aba akan beransur pulih tak lama lagi. Aku tak sanggup tengok Aba aku menderita. Kalaulah boleh pindahkan kesakitan Aba pada aku. Aku sanggup YA ALLAH. Sesungguhnya KAU sedang menguji kami seluruh keluarga. 







LilySlim Diet days tickers
 




Monday, 25 April 2011

ABAH SAKIT

Assalamu'alaikum...

Selamat semua....apa khabar? Harap harap semua sihat sihat selalu. Walaupun baru seminggu aku tak update blog aku ni, aku rasa macam dah lama sangat pulak aku tak online. Terasa gian sangat sangat tapi memandangkan kat kampung tu susah nak dapat internet access, terpaksalah aku bersabar menahan gian aku tu.

Kenapa aku tak update lama? Korang tak tanya pun, aku nak jawap jugak! Walaupun aku tau tak ramai pun tunggu aku update. Hehehehe
Aku balik kampung sebenarnya. Jumaat (15/04/2011) tengah malam lepas tengok Maharaja Lawak (memang selalu pun kalau balik dengan Along dia suka gerak tengah malam, kereta tak banyak), aku dan keluarga Along aku gerak balik Perlis. Aba aku tak sihat dan perlu menjalani pembedahan minor pada Ahad (17/04/2011). 

Sabtu jam 10 pagi kami sampai Perlis. Aku langsung tak gilir drive dengan Along sebab aku tido tak sedarkan diri. Mungkin terlalu penat kerja sebelah petang Jumaat tu.

Aku tengok muka Aba yang sangat sangat lah kepenatan (muka orang tak sihat) sangat sangatlah lesu. Sayu aku tengok Aba. Aba sakit apa? Pembedahan apa?

Aba aku didapati mengidap penyakit buah pinggang. Perlu lakukan pembedahan AVF. 

Apa itu AVF? 

Aku pun kurang pasti samada AVF atau AVS. Tapi ia shortform pada word Arteriovenous Fistula. Mungkin lebih kepada AVF kan? Mana mana jelah. Nanti aku check balik. Almaklum masa kelas Biologi aku tak masuk sebab memang tak ambik langsung subjek tu. Ada rasa nak lempang tak?? Pang!!! Mengade ko ni Para!! Hahaha.

Apa itu Arteriovenous Fistula?

Haaa kalau nak tau details baik aku buat blog pasal medication (klik DI SINI untuk tau lebih lanjut). Wakakaka aku terangkan secara ringkas je lah ye. Actually pembedahan tu adalah untuk menyambung vien dengan artery. Tak paham? Aku pun tak paham sangat. Tapi untuk memudahkan kita sama sama paham, aku pun Google la gambo. Haa ni rupanya keadaan yang dikatakan AVF tu...


Tak berapa nak jelas tulisan tu kan? Macam terpotong pulak kan? Tak apa lah aku terangkan sikit. Pembedahan ni kalau nak senang paham kena terang betul betul macam nak terang kat anak anak kecil. Aicehh...pendek kata pembedahan untuk combine dua urat supaya urat tu jadik lebih besar memudahkan proses Hemodialysis.


DAY 1

Ok lah aku malas nak bercerita panjang pasal AVF ni. Aba aku buat AVF di kawasan pergelangan tangan kiri. Pembedahan dibuat kat Hospital Besar Alor Setar tapi sekarang dikenali sebagai Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar setelah hospital besar baru siap, Hospital Sultanah Bahiyah. Kenapa tak buat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar? Sebabnya kat Kangar tak ada pakar. 



Sesudah Subuh kami gerak dari rumah, seawal jam 7.30 pagi kami tiba di hospital tu. Sampai saja di wad tu, nurses comey comey belaka mintak Aba salin baju pakai pakaian wad hospital. Dah check bagai tak lama lepas tu Aba diminta pindah ke stretcher untuk disorong ke bilik pembedahan. Lebih kurang jam 9.30 pagi Aba masuk. Sejam 40 minit kemudian barulah Aba keluar. Kesian Aba. Letih benar nampak muka dia masa tu. Agaknya masih lali dengan ubat bius walaupun tak bius seluruh badan. Tapi dengan keadaan Aba yang tak sihat, bius sikit pun dah layu.


Aba tak stabil sangat selepas pembedahan. Darah kejap naik, kejap turun. So doktor pun tak izinkan Aba balik lagi. Dibiar terbaring rehat dulu. Sementara tu aku pun sempat terlelap di koridor luar wad. Sebab terlalu mengantok bangun seawal jam 5 pagi hari tu. Nak lelap di kerusi, kerusi tak ada. Aku bagi Mak aku duduk sebelah katil Aba.


Sampai petang Aba masih belum stabil. Aku dan Along aku dah tak tahan sangat sangat mata ni. Lebih kurang jam 2.30 petang, Along aku ~

"Dik, jom kita tidoq dulu dalam keta. Along tak tahan dah mata ni." 

Aku sengih! Itula yang aku tunggu tunggu dari tadi. Memandangkan Aba akupun ketiduran. Along aku ~

"Mak, saya dengan Adik tidoq dulu sat na. Apa apa mak call Adik. Handphone saya dah abeh bateri"

Yahoo!! Leh tidoO! Aku pun bagaikan mengantok disorong bantal. Tanpa diajak, aku dulu ke depan dari Along aku. Sampai je kat kereta...aku ambik port seat belakang terus baring. Lelap! Tak sedar!

Jam 3.00 terjaga sebab terlalu panas. Mak call. Mak bagi tau Aba dok rehat lagi. Doktor pun tak datang datang lagi. Aku sambung balik tido sebab masa cakap dengan Mak tadi pun, aku mamai lagi. Along aku lagi la tak sedar. Malam tadi drive straight dari KL kan. Selalu tu bergilir dengan aku. Tapi disebabkan aku pengsan malam tu memang TAK la! Hukhuk sorry long. Memang sengaja! 

Tup tup lebih kurang jam 3.30-4.00 petang...Mak call lagi. bagi tau yang Aba dah stabil dan dibenarkan balik cuma kena tunggu surat doktor dulu. Aku pun pegi lah masuk wad balik. Tolak bahagi darab tambah, lebih kurang jam 5.00-6.00 petang baru kami gerak balik Perlis.

Hari berganti hari...

DAY 2

Aba nampak cergas sikit dari semalam. Walaupun malam tadi Aba kekejangan teruk. Sampai Aba menangis menahan sakit. Kesian aku tengok dia. Aku tak sedap hati. Bangun pagi, macam biasa kena rehat rehat dulu. Tak boleh terus bangun dari katil dan berjalan. Nanti Aba akan terasa pening nak pitam. Kesian Aba kan? Maka bersyukurlah kita yang diberi nikmat untuk bangun pagi dengan cergas. Itupun masih liat nak bangun Subuh. Aishhhh...Astaghfirullah. Ambik iktibar ye untuk diri aku dan semua.

Aba boleh senyum gelak macam biasa tengok telatah Mu'adz Firas, anak sedara aku :) Syukur Alhamdulillah lega sikit aku tengok Aba boleh senyum. Tapi raut muka keletihan tu masih nampak. Tak apalah. Aku fikir mungkin ambil masa untuk rehatkan badan. 




DAY 3

Aba nampak penat sangat sebab hari ni Aba makin kerap muntah. Makan sikit je muntah. Setiap kali makan wajib muntah antara 10-15 minit sekali dan kekerapan muntah tu antara 3-8 kali sehari. Muntah yang tak keluar apa apa. Lagi kesian tengok setiap kali lepas muntah, badan Aba akan kejang. Mula dari tengkuk, pegi ke kepala terus turun ke bawah kaki. MasyaALLAH. Hanya Allah saja tau keadaan Aba masa tu. Macam semalam lah. Sekali lagi Aba menangis menahan sakit. 

Aku tak sanggup tengok. Tapi aku kena berhadapan dengan semua tu. Aku pun tak boleh biarkan Mak dengan Along je yang tolong mengurut Aba, tenangkan Aba semula. Walaupun air mata aku tak tertahan nak meleleh sama masa tu. Aku kuatkan jugak diri aku.

Sampai ke malam keadaan Aba masih sama. Aku bertambah tambah risau sebab mengikut plan asal, malam ni aku dan Along akan bertolak balik KL semula. Masakan aku boleh balik kalau keadaan Aba sedemikian?? Last minute punya keputusan. Aku masuk bilik Aba.

"Aba, biar Along lah balik dulu. Adik ambik cuti sampai Jumaat ye? Tak sedap hati tengok Aba macam ni Bah..."

"Abah OK. Jangan risau. Balik la dengan Along. Nanti Bos marah pulak cuti lama lama tuu..."

"Hmmm tak apa la Bah. Boleh dibincang dengan Bos tu. Adik boleh ambik EL. Pasal cuti Abah jangan lah risau"

"Hmmmm..."

"Boleh la Baaah..."

"Hmm yelah!"

Alhamdulillah dalam hati aku rasa sangat sangat lega apabila Aba izinkan. Walaupun orang akan kata cuti je lah buat apa nak tanya tanya Aba. Terang terang Aba sakit. Cuti je lah! Yeee aku tau boleh je nak cuti macam tu. Tapi aku memang selalu akan mintak izin dulu. Baru aku rasa macam Aba Mak restu niat aku tu. Baru lah aku terasa tenang sikit. Kalau tak serba salah mak nenek aku akan rasa tak sedap bagai. Haaa...

DAY 4

Aku bangun pagi ni tengok Along aku dah balik.Tah bila aku terlelap malam tadi tak sempat nak tengok Along aku gerak balik. Adehhh....Tak apalah. Nanti aku balik Kajang, Along aku ambik dekat stesen jumpa lagi InsyaAllah. Apa aku nak buat pagi ni ye? Hmmm tengok Aba. Terbaring keletihan di katil.  

Tak lama lepas Aba dah ready semua, aku tolong Mak aku siap siap kan Aba lepas Aba selesai mandi. Selalu Mak yang akan mandikan Aba. Pagi tu aku try mandikan Aba dengan air panas. Aku tengok dia macam kurang sikit kejang. Siap siap kan Aba pakai baju seluar. 

Aku kena bawak Aba pegi poliklinik Arau. Cancelled pegi Hospital Kangar sebab Aba tak larat nak pegi jauh jauh. Sampai sahaja di poliklinik atau klinik kesihatan tu, doktor tak on duty pulak hari tu. Yang ada cuma pembantu dia sahaja. Aku fikir tak mengapalah kan. Kami cuma nak cuci tempat pembedahan gantikan swab dan kapas baru. Apabila bukak tampalan, ini yang aku nampak ~






Awal awal aku mintak maaf sebab kamera 'DSLR' handphone aku tak berapa nak sharp. Wakoko. Almaklum 2.0 mpx sajO. Tak nampak sangat rupa sebenar. Actually ada gap antara tempat carikan hari tu. Mungkin sebab Aba aku juga pengidap kencing manis. Luka lambat sembuh. Kulit lambat cantum semula. Setelah cuci semua, kami dibenarkan balik. Aku pun terus balik sebab Aba dah tak larat sangat. Dia rasa nak muntah.

DAY 5

Macam biasa rutin harian, setiap pagi bangun tunggu Aba betul betul ready baru siap siap untuk mandikan Aba. Hari ni aku nak bawak Aba aku pegi Hospital Besar Tuanku Fauziah Kangar pulak. Nak jugak jumpa doktor atas nasihat Mak Lang Malini aku yang jugak kerja di hospital tu tapi unit lain. Tapi still nasihat dia boleh diterima pakai untuk pegi ke unit MOPD.

Biasalah hospital kerajaan memang mengambil masa yang lama untuk tunggu giliran. Aku suruh Aba aku duduk tempat lain dulu sebab depan bilik doktor penuh. Sementara Mak aku tunggu betul betul depan bilik doktor tunggu untuk dipanggil.

Hampir 2 jam kami tunggu giliran baru dipanggil masuk ke bilik doktor. Paling hampa, doktor tu cakap dia tak boleh nak tolong part gelembung air yang naik kat tangan Aba aku. Dia tak berani nak usik sebab dia bukan pakar AVF. 

DAY 6 

Sehari lagi sudah berlalu, hari ni tempuh hari baru yang sama. Aba terus terusan muntah dan kejang. Hari makin hari risau aku bertambah tambah tak pernah berkurang. Nak nak lagi besok malam aku dah nak balik KL semula. 

Dah masuk tengahari aku masih tangguh nak pegi beli tiket bas balik KL atau pun tak. Kalau aku tak balik, macam mana pula dengan bos aku? Sudahla ambik EL 2 hari untuk semalam dan hari ni. Dah nak seminggu sudah aku tak masuk office. Petang tu selepas Zohor dalam jam 3 petang aku mintak izin Mak nak ke Kangar beli tiket. Aku buat keputusan besok malam aku balik. InsyaAllah weekend ni aku balik lagi kalau Along tak jadi balik dengan 2 orang kenalannya. Aba pun dah izinkan.

DAY 7

Aba masih dalam keadaan yang sama. Hari ni kekerapan Aba muntah makin menjadi jadi. Tapi aku cuba untuk menunjukkan muka risau aku depan Aba dan Mak. Tapi aku tau mesti Mak rasa ralat tapi terpaksa izinkan aku balik KL. Aku terdengar Mak cakap dengan Mak Cik Leha yang datang mengurut Aba hari ni, anak nak balik KL, susah lah dia sorang sorang. Hmmm..kesian Mak. Mesti dia penat tak menang tangan nak urus itu ini.

Bas Sani Express gerak jam 10 malam ke KL. Sedih aku tengok Mak aku pegi ke kereta nak balik rumah. Aku suruh Mak aku balik dulu sebelum bas gerak. Tak mahu dia tunggu lama lama di stesen lewat lewat malam. Di kampung bukan macam KL, even 2 pagi pun masih ramai orang dan banyak kereta. Di Perlis, jam 9 malam jalan raya dah sunyi sepi nak nak lagi kawasan kampung aku tu :)

Bersambung episod aku di KL lepas ni.....

Monday, 21 February 2011

AKU PUNYA ABA YANG SENGET CAM AKU JUGAK!

Assalamu'alaikum...

Selamat petang semua....sihat kah? Dah petang petang ni aku dah bosan mengadap keja aku walaupun aku tau hari ni tak banyak sangat keja yang aku settlekan...pegi meeting ja.
Apa lagi teringat satu cerita nak kongsi....kejadian ni berlaku petang semalam. Tapi hari ni aku buat status pada YM aku. Wahhh banyak betul sambutan...Hahahaha so timbul idea untuk aku share kat blog aku pulak.
Nak tau kejadian apa? Haa tengok tajuk entri agak agak tau tak apa dia? Yesss...watak utama dia of course lah aku dengan Aba aku! Kekeke...tak ada orang lain kalau dah kepala sengal sengal ubi ni kalau tak aku dengan Aba aku.

Petang semalam aku call Aba aku. 

Aku: 
"Assalamu'alaikum...Aba...buat apa tu?"

Aba: 
"Wa'alaikumussalam...Aba dok potong dahan pokok mempelam tu haa...tepi mesin basuh tuu..." (sambil   suara cungap cungap sikit)

Aku:
"Lohhhh larat ka tuu....benti benti pi la tengoh! Satgi kaki bengkak pulak lagii...ishhh"

Aba:
"Haaaa nak buat lagu manaaa...tak dak orang tulongg..."

Aku:
"Ishhhh....dah dah la tuu....penat satgiii...makan apa dah ni? Mak ada? Abang Pin tak dak ka? Abang Nizam? Mintak la depa tulong samaa.."

Aba:
"Tak makan apa pun lagi aihhhhh....adoii tak larat la nii...kaki bengkak dah...dok buat buat keja penat..lapaq ayaq...minum..pastu kaki bengkak...Mak tak dok...Mak pi koloh (sekolah bagi siapa siapa yang tak tau bahasa utagha..kekeke)! Abang Pin pun baru balik dari koloh...Abang Nizam pun petang maren (kelmarin = semalam) ja dia tolong tolak dahan dahan pi tempat sampah nak bakaq. Adik bila nak balik sini mai tulong Aba niii...tak larat la dik oiii...Aba bayaq gaji mau? Gaji sama la dengan gaji adik la ni kat sana tu....haaa tak yah sewa rumah mahai mahai macam kat Kolumpo nu...mau mau?"

Aku:
"Hahahahahahaha Aba ni biaq betoii!..."

Aba:
"Aba sungguh niiii...(dengan nada serius)...Aba bagi gaji...sungguh ni aih..Adik tulong la potong dahan dahan tu...kemas laman belakang umah tu..kemas umah...masak makan Aba dengan Tok...semua semua lah...bukan teruk pun keja...Aba bagi gaji laaa...tapi.."

Aku:
"Hahahaha..adehhh Aba nii...dah dah la tu benti benti...satgi penat pulak tuu....ishh ketegaq nya laaa Aba nii"

Aba:
"Hehehehe....orang nak mai buat bumbung tak bapa hari dah...satgi kelam kabut Aba sorang sorang dok angkat itu ini...sekaligus...mau dak ni? Aba bagi gaji...sama macam gaji Adik la ni..tapi bilik tidoq Adik tu Adik bayaq la sewa kat Abah....Hahahahahahaha"

Aku:
"Hahahahahahaahahahahahahahahaha Abaaaaaaa..!! Mana aciii!" (tiba tiba rasa macam dunia ni freeze kejap bila dengo Aba aku cakap macam tu...berdarah hidung! haha) 


Aba:
"Lohhh tak aci apanya pulokk...Adik bukan buat keja apa sangat pun....gaji besaq Aba bagi...haaa bayaq la kat Aba! Wahahahaha"

Haaaa gitulah serba sedikit perbualan antara aku dengan Aba aku petang semalam. Aku tak larat nak gelak dengan keletah Aba aku tu...Dia mula la tu bosan bosan...sunyi sunyi tak ada kawan kat rumah....
Sian Aba aku...awal bulan 4 nanti dia nak kena operation. Walaupun cuma minor operation tapi aku Along dan Akak ipar aku tetap bimbangkan kesihatan dia. InsyaAllah ramai ramai kami akan balik teman Aba ye.

Operation apa? Aba kena buat AVS. Aku tak ingat short term untuk apa. Korang Google la ye. Pembedahan tu untuk buat saluran keluar masuk masa proses hemodialisis nanti. Hemodialisis tu apa? Haaa senang cerita...cuci darah lah sebab buah pinggang Aba ada masalah. Dah tak boleh nak tapis toksin toksin badan dengan sempurna. Tu sebab lah kaki dia selalu bengkak...air kena kurang...semua semua lah kena pantang. Dah kurus sikit Aba aku sekarang. Yelah makan pun dah tak sedap mulut kan.

Apa apa pun doakan sama kesihatan Aba aku ye ^_^ Jumpa lagiii!!
Adik dan Along semua sayangkan Aba!
Daisypath Friendship tickers