Recent Posts

Search This Blog

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Thursday, 3 July 2014

Felixia Yeap : The Chinese Girl in Hijab


ASSALAMU'ALAIKUM

Sekarang nama Felixia Yeap bukan lagi nama asing di kalangan kita rakyat Malaysia.
Hebah sana sini pasal khabar dia sudah bertudung litup.
Manis orangnya apabila dikenakan hijab.

Terpampang sana sini mukanya di dada akhbar dan di kaca televisyen. Tak kurang menjadi sebutan ramai juga.

Alhamdulillah sempena bulan Ramadhan ni dan sempena tarikh lahir beliau pada 3 Julai, Felixia Yeap sendiri telah mengumumkan di blog, bahawa dia akan menjadi muslim secara rasmi.

Tahniah FELIXIA YEAP!
Semoga kita sama-sama bergerak ke arah yang lebih baik InshaaAllah.

Untuk lebih info mengenai selebriti kita ni boleh KLIK SINI.


Tuesday, 24 June 2014

Ramadhan 1435H 2014 : Menghampiri Bulan Puasa

(Kartu Bulan Ramadhan 2014)

ASSALAMU'ALAIKUM

Tak lama lagi bulan puasa...kurang seminggu ja lagi...apa agaknya persiapan kita ye?
Diharap apa sekali pun persiapan kita, mudah-mudahan dipermudahkan Allah SWT untuk kita jadik yang lebih baik InshaaAllah...

Bukan dalam bulan puasa ja tau...mudah-mudahan dengan azam baru di tahun baru, kita istiqamah sampailah ke bulan seterusnya jugak. Aminnnn...

Aku tengok tahun ni dugaan jugak la dengan jerebunya, dengan catuan airnya yang dah pun start di sesetengah tempat...tak taulah berapa lama pulak kali ni air kena catu ye...

Sudahlah bulan puasa tekak kering, air pun nak kering jugak...
Moga kita dipermudahkan seluruhnya untuk hadapi dugaan kali ni...

Selamat Berpuasa ye semua!!

Tuesday, 10 June 2014

Aib Orang, Aib Sendiri

(Sumber Gambar : Muslim Show)

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua....semoga sihat selalu hendaknya.. :)
Malam tadi kan...ada seorang kakak ni tanya aku berbunyi gini...
"Betul ke Fara macam ni...macam tu...? Dia bagi tau akak gitu aritu..."

Hmmm...terkejut juga aku dengar. Kenapalah agaknya hamba Allah tu mencanang nama aku di depan kakak ni. Dah la kenal rapat juga. Sedih tapi dalam masa yang sama aku macam tak dak perasaan marah sangat juga.

Sebenarnya aku tak pernahpun cakap sepertimana yang kakak tu dengar...
tapi sebaliknya pulak yang berlaku...

Hmmm takpalah mungkin sebelum ni aku pernah terbukak aib orang lain tanpa sedar..
so malam tadi Allah bukak aib aku pula di depan orang lain...
Allah bayar cash kat aku di atas kesalahan aku yang lepas....Subhanallah...

Takpalah...
Lepas ni ambik iktibar jangan dibukak-bukak lagi aib orang lain kalau tak mau aib sendiri di bukak Allah SWT di dunia atau di akhirat kelak InshaaAllah.

Hmm sabar ja lah...

 “Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Terdapat beberapa lagi hadis berkenaan degan AIB. Untuk lanjutan boleh klik SINI

Friday, 6 June 2014

Zakat : Jenis-Jenis Zakat


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...sudah sarapan? Jangan tinggal sarapan ye...sebab penting untuk metabolisme kita sebenarnya...tiba-tiba cakap pasal diet ni dah kenapa pulak ye...hehehe

Bab diet tu lain cerita sebab aku sendiri pun tak cukup master pun lagi bab diet pemakanan.

Sekarang ni aku tengah study pasal zakat...
Mencari di Google. Hasilnya terjumpa dekat 1 blog ni...Brother Adam
Blogger Muhammad Adam Bin Roslan merupakan pelajar Sarjana Kepujian Akaun di UIAM Gombak. Menurut pembacaan beliau, terdapat beberapa jenis zakat di dalam Islam.




2. ZAKAT HARTA

Zakat harta terbahagi pula kepada beberapa jenis seperti di bawah:

i) Zakat Ma'adin, Kunuz & Rikaz


Itu antara jenis-jenis zakat yang ada di dalam ajaran Islam. Untuk lanjutan boleh klik pada link masing-masing di atas.
Aku terpanggil nak study ni sebabnya tiba-tiba aku dapat rasakan macam ada sesuatu tak kena ja dengan aku ni...
Agaknya mungkin ada lagi yang aku tertinggal perkara wajib aku patut buat tapi aku tak buat.
Tu sebab rasa kurang tenang ja kan hati ni...macam ada kurang keberkatan gitu...

Tergerak hati nak tanya Google. Nah! Aku jumpa ni! Rupanya bukan zakat pendapatan ja aku kena bayar. Ada banyak lagi zakat lain yang perlu kita ambil tahu dan dititik beratkan.

Tambahan info...

Zakat Ma'adin - Ma’adin bermaksud segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

Zakat Kunuz - Kunuz pula bermaksud harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).


Zakat Rikaz - Rikaz ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)

Terima kasih kepada Brother Adam dengan penjelasan yang ringkas tapi padat.

Thursday, 22 May 2014

Hierarki Cinta Anak Perempuan Selepas Berkahwin



ASSALAMU'ALAIKUM

2 hari lepas aku terbaca 1 entri di blog Abang NAZALI NOOR berkenaan pasal hierarki cinta anak perempuan selepas berkahwin.

Tentu-tentunya watak utama dalam entri tu mestilah anak perempuan beliau, Najwa.

Kata Abang Naz, hierarki cinta seorang anak perempuan selepas berkahwin adalah ALLAH, RASULULLAH, SUAMI. Pembacaan aku terhenti sekejap diakhir ayat Abang Naz, di situ.
Aku macam pernah terdengar isu ni dibincangkan sebelum ni.
Ok baru aku teringat, Prof.Dr.Muhaya pun pernah membincangkan isu ni dalam show beliau.

Sebenarnya, hierarki penuhnya adalah ALLAH, RASULULLAH, SUAMI, IBU BAPA MERTUA, barulah IBU BAPA KANDUNG.

Abang Naz pun menyatakan benda yang sama kepada Najwa. Dahulukan ibu bapa mertua baru ibu bapa kandung.
Persoalan KENAPA keluar dari mulut Najwa. Aku sendiripun pernah tertanya persoalan yang sama masa aku tengok show Prof.Dr.Muhaya dulu. Aku teruskan membaca entri Abang Naz walaupun dah tahu jawapannya. Cuma ingin tahu jawapan dari Abang Naz sendiri untuk anak perempuannya pula.

Jawapannya tetap sama.

Berbalik kepada asas hierarki anak lelaki. ALLAH, RASULULLAH, IBU BAPA KANDUNG, barulah ISTERI.

Syurga anak lelaki adalah pada restu ibu dan bapanya.
Syurga isteri pula atas kasih sayang dan redha suami kan?

Jadi tentulah isteri kena sayang ibu bapa mertuanya lebih daripada ibu bapa sendiri. Begitu kata Abang Naz kepada Najwa.

Betul kata Abang Naz, dari situ kita boleh nampak kekhilafan akan hierarki cinta seorang menantu perempuan pada ibu dan bapa mertua berbanding pada ibu bapanya sendiri.
*Boleh refer maksud 'khilaf' di SINI

Entri Abang Naz kali ni betul-betul mengingatkan aku kepada ceramah Prof.Dr.Muhaya yang lalu, secara tak langsung membuatkan aku terfikir,
*cukupkah kasih sayang yang aku curahkan kepada ibu bapa mertua aku selama ni?

Kata Abang Naz lagi, jangan pula muncung sedepa kalau suami sayang ibu bapa mereka lebih.
*Aku ada tak muncung sedepa..? Huhuhu....

Astaghfirullahal'azim...
Tak dinafikan kadangkala kita terlepas pandang benda-benda macam ni kan?
...Huhuhu...
Semoga sama-sama ambil iktibar
...InshaaAllah...

Monday, 31 March 2014

Cerita Cinta AHMAD AMMAR



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat petang...

Pernah dengar tak ungkapan seperti di dalam gambar di atas?
"Dunia Biarlah Berpenat Akhirat Tempat Aku Berehat"
Perjuangan yang belum selesai....



Ungkapan tu sebenarnya dari buku Cerita Cinta AHMAD AMMAR.

(BEST SELLER!)


Aku beli buku ni last Friday on 28th March 2014 hanya RM23.00 sahaja keluaran Karangkraf.

Terpanggil nak beli buku ni sebab tertanya-tanya betulkah seperti yang didengar betapa hebatnya hamba ALLAH ini...

Aku baru start baca introduction Jumaat lepas ni sesambil tunggu encik suami sampai.
Blackout pulak office masa tu. Tergerak hati nak mengoyak plastik yang membalut dan buka untuk baca...

Sejujurnya walaupun baru saja baca introduction buku ni...hati aku rasa macam berdebar sikit.
Berdebar sebab apa?
Takut?
Nervous?
Envious?
Teruja? 
Uishhh...haha
Sebenarnya terasa tak sabar tunggu Isnin untuk sambung baca tapi sedar diri masih ada 2 buah buku yang belum aku habiskan.
Asyik separuh jalan. Hahahaha....

Entri ni just nak share yang aku dah capai hajat aku nak memiliki buku ni...
Tunggu ye aku baca nanti...Sabar sabar...
Bila dah baca baru aku boleh kata recommended atau sebaliknya...
Tapi dari pendengaran aku buku ni sangat membawa makna kepada setiap pembacanya..
Tak rugi kalau beli dan baca menambah ilmu...hehehe
Tinggal nak tak nak je, tinggal rajin tak rajin je nak memilin setiap hurup dan kata ayat di dalamnya...
Hehehehe

Tuesday, 26 November 2013

Peta Hidup


ASSALAMU'ALAIKUM

Bak kata Prof.Muhaya, mari kita refleks diri...inshaaAllah semoga kita boleh jadi lebih baik dari hari semalam dan semoga besok lebih baik dari hari ini...Amin 

Thursday, 22 August 2013

Laman KisahMuslim.Com


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...diharap semuanya di dalam keadaan sihat hendaknya...haishh dah serupa aku menaip surat tak rasmi pulak pepagi ni kan...Hehehe

Sebenarnya aku teringin nak berkongsi pasal satu application smart phone dengan anda. Alkisahnya bermula apabila aku kebosanan asyik mengadap Facebook yang dah habis sampai ke bawah aku scroll tapi langsung tak ada yang menarik perhatian aku.
Aku pun terus ke application stores menggatalkan tangan mencari-cari kot ada yang menarik untuk aku download.

Alhamdulillah dah jodoh aku agaknya terjumpalah dengan KisahMuslim.Com. Satu application yang banyak berkongsi cerita mengenai kisah-kisah Islam. Haa..apa lagi cepat-cepatlah download. Boleh juga buat bacaan masa lapang kan?
Kepada yang tidak mempunyai kemudahan smartphone, anda jangan risau sebab anda boleh terus layari laman web mereka di SINI atau dengan mengklik gambar yang tertera di atas dan ada penambahan info. Anda boleh juga mengikuti Kisah Muslim di laman sosial Facebook 'Kisah Muslim'.

Selamat membaca!! :)

Monday, 21 February 2011

KISAH CINTA NABI ADAM A.S YANG SUNGGUH ROMANTIS

Assalamu'alaikum..

Tiba tiba aku teringat petikan yang aku baru baca petang semalam di Berita Harian Online yang di-post pada 29 November 2009, aku teringin nak berkongsi dengan semua kat sini. Boleh tak? Aku rasa kita perlu ambil iktibar...dan perlu ambil tau akan kisah cinta Nabi kita. Tak salah kan? ^_^ Sesuai untuk mana mana yang sudah berkahwin atau pun belum berkahwin.
Dan aku pasti mesti ramai lagi di luar sana tak tau kisah cinta Nabi Adam kita ni.

Semoga cerita ini boleh menjadi halwa pemanis mata dan hati semua pada pagi ni. Selamat membaca ^_^ Tapi kalau ada yang rasa malas nak baca sebab tengok panjang sangat...terpulanglah. Aku tak paksa. Mintak mahap awal awal sebab aku tak akan summarized kan cerita cerita yang terang terang bukan dari aku. Entri ni sekadar ingin berkongsi. Ilmu yang betul betul mana ada jalan singkat. Renung renungkan...Selamat beramal! Hikhikhik

Kita hidup kerana-Nya melalui satu ‘peristiwa’ yg sama…

“Syurga yang serba nikmat…Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan…bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

P/S: Menjadi lumrah manusia perlukan teman. Tu sebablah Allah SWT jadikan manusia itu berpasangan. Yang pegi caik teman sejenis tu kenapeee....? Jangan la salah paham bila dah dijadikan berteman nak berteman yang sama jenis pulak. Huuu~ Wallahu'alam. 


Hawa diciptakan

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.

Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata Kun! maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

P/S: Untuk kaum Hawa, fahamilah bahawa kita ni dijadikan dari tulang rusuk kiri kaum Adam. Memang kita tak boleh dipisahkan dan saling melengkapi. Jangan lah yang kaum Hawa dok merendah rendahkan kaum Adam walau setinggi mana pun korang...begitu jugak lah sebaliknya untuk kaum Adam, janganlah memandang rendah kami kaum Hawa...saling bertolak ansur dan saling memahami. Insap pulak aku baca part ni. Nasihat untuk diri aku jugak nih!

Pertemuan Adam dan Hawa

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.

Adam terjaga….! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.

Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.

Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.

P/S: Di manakah sifat malu kaum Hawa zaman sekarang? Uhuk uhuk terbatuk aku.. 


Adam terpikat

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini? Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
Aku Hawa, sambutnya ramah. Aku dari Pencipta! suaranya tertegun seketika. Aku….aku.. ..aku, dijadikan untukmu! tekanan suaranya menyakinkan.

Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa….tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.

Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: Aku….aku.. ..aku, dijadikan untukmu! Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: Kekasihku, ke marilah engkau! Suaranya halus, penuh kemesraan.

Aku malu! balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.

Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini! Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.

Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik malu terselit rasa mahu. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
Hai Adam….tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!.

Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.

P/S: Haa part ni lah yang dikatakan...bak kata pepatah...jangan perigi mencari timba...tapi sebaliknya...biarlah timba yang mencari perigi...tak gitu kawan kawan? Kekeke... 


Perkahwinan Adam dan Hawa

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon Syajarah Thuba, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!

P/S: Part ni aku suka! Wahaha...Aku tak nak komen banyak. Apa aku nak tulis kat sini...yang mana mana belum tawen tapi dah ada pasangan masing masing...CEPAT CEPAT LA TAWENN! Hikhikhik


Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
Mana mahar? tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.

P/S: Yang niii...haa sefaham aku kiranya majlis perkahwinan biarlah dikoba kobakan pada orang ramai untuk mengelakkan fitnah.. 

Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?.

Bukan! kata Tuhan.

Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya? tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

Bukan! tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!.

Allah SWT. berfirman: Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat- Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!. Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu, perintah Allah, dan dapatlah ia sebagai isterimu!.

Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim.

(Al-Araaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

(Al-Baqarah: 38)

P/S: Untuk kaum Adam...mahar atau mas kahwin...jangan lupa ye! Kalau tak tido luar la korang..wakakakaka..


Andai ada kata kata salah dari aku...mohon mahap dan mintak perbetulkan...sesungguhnya yang baik itu semua dari DIA...yang buruk tu dari aku sendiri. Wallahu'alam.

Sehingga bertemu lagiii.....di lain entri. Dah macam channel tebisyen pulak. Kekeke... 

Sunday, 20 February 2011

SEBALIK PERKATAAN 'SALAM'

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kalau tak silap aku semalam aku terbaca satu artikel dari wall Facebook seorang member aku nih yang bertajuk jangan guna perkataan 'SALAM'.

Setahu aku pernah dulu timbul isu berkenaan perkataan 'SAMEKOM', 'AKUM' dan macam macam lagi lah then  baru lah timbulnya isu semua tak mahu guna perkataan tu lagi tapi diganti dengan perkataan 'SALAM'.
Tapi semalam aku dapat tau..perkataan 'SALAM' pun tak boleh. Aku tertarik betul nak tau hal sebenar benarnya. Aku pun klik la link dia dan apa aku dapat adalah seperti yang aku attachkan sekali di bawah ni.

Harap info ni boleh membantu korang jugak di luar sana sebagai sesuatu yang baru yang perlu kita ambil tahu dan dititikberatkan. Kadang kadang kita tak tau pun apa yang kita ucapkan seharian. Honestly, aku bagi tau awal awal ye...aku ambik petikan artikel ni dari page member aku jugak. Mungkin dia pun ambik dari orang lain. Yang pastinya bukan originally dari aku. Kang tak pasal aku kena tuduh plagiarisme pulak. Haha..selamat membaca dan menambah ilmu...^_^



JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".


Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


baik gunakan...ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...


Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.


Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”


Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”


dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,


saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.


Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;


“WAALAI KUM SALAM”


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata


“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…


Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.


Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.


Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.


Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.


* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”


* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.


* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”


P/S: Semoga sama sama manfaat dan khabar khabarkan lah pada saudara Islam kita yang lain juga ye ^_^ Wallahu'alam. Semoga Allah SWT ampunkan aku...kalau aku salah harap korang lah tego tego yee..InsyaAllah sama sama menasihati...
As Salam.....hingga bertemu kembaliii..
Daisypath Friendship tickers