Recent Posts

Search This Blog

Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Monday, 30 May 2011

TECHNO #3 : Tikus Canggih dalam Rumah

Assalamu'alaikum...

Selamat pagi semua. Dah jam 7.19 pagi. Aku ingatkan nak tido semula lepas Subuh tadi sebab rasa badan tersangat sangatlah penat. Tapi dah tak boleh tido pulak bila kepala sendiri confuse hari ni cuti ke kerja?! Hakhak...kenapa la dengan ko ni pompuan? Dah dah wake up!

Sekali lagi aku terjumpa something dalam peti surat emel aku. Wakakaka tetikus paling menarik pernah aku tengok. Korang aku tak tau lah. Mungkin dah biasa tengok kan?! Uwaaaaa nak satuuuuu....! 



Hohhh jenuh haku dok meng-upload gambo gambo ni....secanggih mana pun tikus tikus ni...aku tetap nak Graphic Tablet jugak!...
Oh Bamboo Fun!


Saturday, 28 May 2011

Japan's Mouth-Watering Plastic Food Display

Assalamu'alaikum...

Malam ni aku tersangat lah bosan. Aku malas nak bercakap dengan sesiapa sekalipun sebab kalau aku start bersuara mesti aku rasa bengang sangat sangat. Tiba tiba tersangatlah emo okay! Hahaha. So I'm in a silent mode! Please avoid from me till tomorrow morning! Hopefully InsyaAllah.

Mesti korang tertanya tanya apa kena mengena tajuk entri aku dengan bebelan aku tadi kan? Hahaha tadi tu mukadimah berbentuk bebelan. Harap maklum!

Ni sebenarnya apa yang aku nak bebelkan. Mesti semua pernah makan di restoran restoran kan? Tak kisahlah restoran mahal atau pun murah, semestinya sebelum order makan, tentunya kita nak tengok menu kan? Nak nak lagi time tengah mengada tak tau nak makan apa ataupun tak pernah try lagi restoran tu, tak tau menu apa yang dorang serve.

Bagi kita, menu yang ada gambar menarik pun dah terliur kan? Dah cukup dah bagi kita kan? Tapiii tidak di Jepun. Bukan setakat tengok gambar tapi nak kena tengok bentuk makanan tu sendiri selepas masak macam mana rupanya. Laaagiii laaa meningkatkan nafsu selera makan kita kan? Menarik kan? Di Jepun, dorang guna makanan plastik sebagai display untuk menarik pelanggan datang. Zzzzzzz...kat foodcourt JJ Malaysia ni pun ada aku pernah nampak. Mesti ramai cakap macam tu. Hahaha aku dah agak dah sebab aku pun pernah terfikir benda yang sama. Tapi kalau korang nak tau. Ni lagi menarik ko tau?? Lagi special teknologi dorang guna.  Nak tengok? Haaa jap! 

(Hahaha menarik kan? Haa ada lagi. Next....)
(Erkkk....Alhamdulillah kenyang aku tengok replika makanan ni..haha neexxttt)
(Hahaha serious horror aku tengok replika makan macam ni...AKU JAKUN! Haha)
Pertama kali aku tengok real benda alah ni kat foodcourt JJ Bukit Raja. Masa tu jakun habis aku cakap ko! Hahaha..tapi kunun cover macho la kan. Tak tunjuk la sangat..

Tapi kat Jepun, strategi tarik pelanggan gaya gini start masa tahun 1917-1926 okay! Hahaha. Umur korang berapa masa tu? Belum lahir lagi kan? Haha. Tahun 1932, Iwasaki Ryuzo, tubuhkan satu company khas untuk buat makanan palsu macam ni dan sekarang sangat sangat popular di kalangan plastic food manufacturer di Jepun. Kagum tak? Haha jangan nganga sangat mulut tu..aku baling selipar masuk kang. Haha.

Kebanyakan restoran mewah sanggup membelanjakan berjuta juta yen semata untuk strategi sebegini. Betapa kayanya negara Jepun dengan kos hidup selain teknologi yang jauh ke depan dari kita. 

HOW THIS FAKE FOOD BEING MADE? Good question guys! Dulu dulu sebelum ni, ia diperbuat daripada wax. Apabila ia mencair, ia akan dituangkan ke dalam acuan kanten (sejenis rumpai laut), tetapi sekarang Jepun menggunakan acuan silikon. Cecair plastik akan dituang ke dalam acuan tu, dipanaskan sampai keras. 

HOW WAS THE PROCESS OF ORDERING THESE THINGS? Haaaa aku pun ada terfikir benda sama. Pemilik sesebuh restoran akan hantar makanan sebenar atau omputeh cakap real food that they want to replicate, bersama sama dengan gambarnya sekali. Kemudian, silikon akan dituang ke dalam acuan dan dipadatkan. Lepas tu dicampur pulak dengan cecair plastik dan dimasak dalam ketuhar. Part paling susah apabila nak membentuk makanan makanan palsu tadi dengan lebih details. Maksudnya nak bentuk mee kuah, haaa nak susun bentuk mee tu...kuah tu macam mana. Complicated kan?? Dorang akan guna cat minyak, berus, air brushes, pisau, alat mengukir, dan segala alat alat lain yang tertentu. Dorang rahsiakan teknik yang dorang guna daripada direveal

Tapi sedikit sebanyak kita dapat agak kan it's not a simple works. We can say it..it's so artisitic. Fabolous artistic. Hehehe...sebagai balasan kesabaran korang baca aku bebel. Ni ada lagi beberapa gambar.


PLEASE ENJOY YOUR MEAL SIR! ^_^


Wednesday, 27 April 2011

TECHNO #2 : BOB THE BUILDER IS REAL!!

Assalamu'alaikum...

Hehehe hari ni aku rasa macam nak post lebih dari 1 entri. Korang penah dengar tak BOB THE BUILDER? Tak penah?? Haishh dunia kanak kanak korang tak best la kalau tak layan kartun ni. Haaa ingat kan..kan? Dan dan ingat. Wahaha...


Aku layan jugak kartun ni kalau ada masa ter-remote 'tebisyen' tu tup tup haaa keluar kartun ni. Aku selalu terfikir alangkah bagus nya kalau Bob The Builder ni betul betul wujud dalam dunia nyata! Nak buat rumah main pasang siap je...nak buat toilet pun main pasang macam pasang lego je! Ada lagi! Nak buat jalan berturap bata tu..yang ada corak corak tu kan? Aku fikir dunia nyata sekarang jenuh la nak susun menda alah tu satu satu atas jalan raya yang panas terik tu.

Rupanya!!!!!?

Dah ada dalam dunia kita yang nyata ni!!!
Percaya tak?? Tak percaya? Haa meh sini aku tunjuk bukti bukti di tempat kejadian...tak percaya ek...tengok tengok! Jangan tak tengok!




Sekarang percaya ke tak??
Aku tak tipu la!!

:-P











LilySlim Diet days tickers

Friday, 8 April 2011

TECHNO #1 : 10 Watches Most Difficult To Read!

Assalamu'alaikum...

Hari ni aku tak tau nak mengarut apa kat entri aku ni. Tu yang lambat sikit aku publish hari ni. Mintak maaf ye korang. Walaupun aku tau tak ada siapa pun yang tunggu aku upload new entry. Wakakaka...tapi aku pedulik hape!! Hahaha...suka hati aku la nak syok sendiri ke apa ke...Kekekeke..

Tengah syiokkkk....check emails Yahoo, ada satu emel ni very make me impressed! Tajuk emel tu (aku tak tau sape yang translate cam pelik pulak bunyik dia).............. 
10 JAM TANGAN PALING SULIT DIBACA! 
Emel tu ditulis dalam Bahasa Melayu, jadiknya aku nak sedap dengar sikit aku ubah tajuk dia dan intisari minachi dia dalam English jadik.................... 
10 WATCHES MOST DIFFICULT TO READ! 
Haaaa....menarik tak tajuk entri aku kali ni walaupun bukan originally dari aku tapi aku dengan senang hatinya teringin sangat nak share dengan korang.

**********

EQUALIZER HIGH FREQUENCY 2

Jam High Frequency 2 sebenarnya menggunakan konsep equalizer dengan tujuan untuk mempercepatkan baca masa (yang lagi menyusahkan ada la! hahaha). Di skrin LCD jam ni ada lampu LED bergerak turun naik macam grafik equalizer menunjukkan masa untuk 5 saat. Tau tak equalizer tu apa? Alaa macam kat Winamp korang tu laa..dan secara teknikalnya, High Frequency 2 adalah antara jam yang tercanggih. LCD dicipta hanya menggunakan 1 LED sahaja, sampaikan daya konsumsi (aku pun tak tau konsumsi ni apa..jenuh Google) ia sangat rendah. 

E35 JLR7

See it closely and what you will see?
Jam ini pulak dicipta oleh Eri dan Eiichi atau E35, dikenali dengan nama JLr7.
If korang nak tau sekarang/masa tu pukul berapa, korang tekan je knob untuk lihat L's grid shaped notch tu bernyala. Jam, minit dan saat dikod menggunakan geometries pattern. 
2 baris pertama yang bernyala, terdiri daripada 12 lampu, mewakili jam (hours). Barisan nyalaan yang ketiga yang berikutnya adalah untuk menentukan 15 minit dan 14 minit (jangan tanya aku kenapa dia sebut 15 minit dulu, baru 14 minit...tunggu aku beli pakai sendiri nanti aku explain balik kat korang ekk...kekeke) dan nyalaan berikutnya mewakili 1 minit masing masing. 3 nyalaan terakhir pula mewakili saat.

Haaa bawah ni cara cara nak baca jam nih..sila buat ulangkaji kalau rasa rasa sekarang ni tengah sihat tak pening kepala...hehehe:

OBERON
This watch is really swanky! Ia menggunakan concentric ring untuk menunjukkan waktu/masa. Setiap LED diluar cincin considered as 1 hour. LED yang kedua pulak mewakili 1 minit masing masing dan mana mana yang di ring dalam. 10 minit masing masing. Yang bagusnya, LED dipasang sejibik macam jam biasa. So suppose lagi mudah nak paham kan? Hee~

E35 GEOMESH
Ce tengok jam ni; nak baca E35 ni kita kena buat kira kira sikit. Vertical lights mewakili jam (hour) dan yang horizontal lights mewakili minit (baik 5 minit ataupun 1 minit selepas depends pada lampu tu sendiri di mana kedudukan dia. Bawah ni lebih kurang cam tutorial macam mana nak baca jam ni:

Ada 10 horizontal lights (green - meaning it is 10:00), 6 lights (yellow) * every 5 minutes + 3 lights (red) * every 1 minute = 33, made up 10:33

ELEENO KION ELITE
If you closer and closer, you will see this is the only one watch that showed us the minutes. So that it obviously the watch showed us it is already 7:50.

TOKYO FLASH 1000100101
 Jam ni hampir sama dengan jam dalam filem Sci-Fi tahun 1960 pasal masa depan. Selain dari ia sangat cool (disebabkan LED dia banyak colors), jam ni mampu mengajar anda Matematik. Wakakakaka
Setiap kali nak check masa, korang kena buat sedikit mental arithmetics (jam lain pun sama je susah betul nak baca...menyusahkan! Haha): 
LED pertama mewakili 10 jam, lagi 9 mewakili 1 jam masing masing.  
Lagi 5 mewakili 10 minit masing masing, manakal yang ke 9 mewakili seminit terakhir.
So that 1000+100+30+5 made up 11:35.
Now don't you ever said that you'll never use Maths! :-P


RADIOACTIVE ACTIVE REACTOR

Jam ni pulak memerlukan rumus Matematik. Jam (hour) diwakili pada 'Dangerous' bar (dengan peringatan tombol menandakan 6 jam)


SHINSOKU




Shinsoku adalah produk stainless steel, mengikat pergelangan tangan kita dengan matriks berlubang yang diisi dengan 29 LED yang bernyala, menentukan masa dan waktu.
Untuk version multicolors, 12 LED merah menunjukkan jam (hour), 3 LED hijau menunjukkan 1 per 4 jam (15 minit), dan yang 14 LED (kuning) menunjukkan 1 minit setiap satu. 
Arloji di atas menunjukkan jam 8:35


KYOKUSEN

In Japanese, Kyokusen means a curve line, yang merupakan sebahagian besar pada jam itu sendiri. Setiap segmen yang bernyala dari curve menunjukkan 1 jam (hour).
Array melingkar lampu minit. Setiap titik di luar ring adalah 5 minit, dan 4 titik bahagian dalam 1 minute respectively. Bawah ni contoh la kalau korang nak tengok.


TWELVE 5-9 Q VERSION

Jam ini berkonsepkan 'biomechanise' ; bentuk jam mempunyai efek gelombang berkontur (aku pun tak paham apa yang aku tulis ni. Aku cuma taip apa yang aku paham selebihnya aku follow je sebijik sebijik macam dalam emel aku dapat..wakakaka).Terdapat 5 strip kecil terdiri daripada 26 LED multicolors yang sangat terang.
Just like its name, jam ini menggunakan method 12-5-9 (12 jam, 5*10 minit, 9 minit tunggal). Bergerak seperti jam biasa yang kita pakai...pusingan ke kanan...dua baris pertama LED menunjukkan jam (hours). Baris berikutnya adalah hingga 50 minit, dengan selebihnya 10 minit. Manakala 2 baris terakhir adalah 1 minit dengan satu LED untuk setiap minit (mintak maaf kalau korang pening tapi aku sendiri pun pening...aku akan make sure entri akan diupdate dari semasa ke semasa untuk lebih difahami)

**********

Inilah antara 10 jam tangan yang sangat sangat memeningkan kepala aku sebab sambil aku menaip, aku cuba nak paham apa yang aku nak taip ni supaya korang mudah faham. Ini saja aku buat masa terdekat ni. Aku akan pastikan entri ni sentiasa diupdate selalu.

Wahhhhhhhh!! Akhirnya berjaya jugak aku siapkan entri untuk hari ni....Alhamdulillah...
Sekarang aku dah mula pening balik...sorry aku tak dapat nak buat satu lagi entri...

As Salam....... 

Daisypath Friendship tickers