Recent Posts

Search This Blog

Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts

Friday, 6 May 2011

Aokigahara (SUICIDE FOREST)

Assalamu'alaikum....

Ya Allah sejuk betul cuaca pagi ni. Nak kata hujan...tak hujan pun. Tiba tiba teringat kampung halaman kedua aku di Seoul, Korea. Hahahaha perasan betul ko pompuan! Pang! Asyik asyik Korea. Meluat ko to tak? Hahahahaha...meraban je aku pagi pagi ni.

Harap sangat hari ni tak ada kerja sangat. Aku malas betul nak buat kerja hari Jumaat. Besok cuti! Hoyeahhh!! Ahad malam (Isnin pagi buta) baru aku keja balik. Sebelum tu aku nak tanya pernah dengar tak word Aokigahara Forest? Bagi yang pernah harap boleh berkongsi cerita. Bagi yang tak pernah meh sama sama menyelami rahsia hutan misteri ni. Aku pun baru dapat tau pagi ni. Colleague aku forward emel. Terasa nak berkongsi dengan rakan blog pulak. 


Horror tak korang? Wahahaha...dah macam cerita seram pun aku tengok gambar atas tu. Aku percaya mesti dah ramai bloggers dalam dunia ni dah pernah reveal pasal hutan ni. Malangnya aku baru tau hari ni. Sedihkan? Tapi tak apa lah aku pun percaya mesti masih ramai yang tak pernah tau kan?


Hutan ni terletak di bawah pergunungan Fiji, Jepun. Hutan ni tempat bunuh diri ketiga paling terkenal di dunia. Dahsyat kan? Purata dalam 30 orang setiap tahun akan bunuh diri dalam hutan ni. Aku pun tak nak la story banyak banyak sangat sebab korang boleh tanya en.Google sendiri. Lagi banyak info korang boleh dapat. Aku selit kan sedikit sebanyak gambar je lah ye. Any more info, I'll update it later :) Enjoy!

Hutan ni jadik sebutan bukan dalam masyarakat Jepun saja malah di seluruh dunia. Ada yang sanggup datang dari jauh hanya untuk merasai sendiri pengalaman masuk dalam hutan ni. Sampaikan dibukukan oleh Wataru Tsumirui bestselling book : The Complete Manual of Suicide.  Hameekkk siap buat manual ko! Hahaha aku pun tak pernah tengok apa content buku ni sebenarnya. Tapi tajuk dia, aku dah terbayang cara cara nak bunuh diri kat hutan ni. Mungkin dia reveal cara cara orang yang datang ke situ untuk bunuh diri. Sampaikan dia klasifikasikan sebagai the perfect place to die! Menarik kan?


Aku jumpa satu laman web owner dia Michelle Hwang, dia buat semata mata tentang hutan ni. Video pun ada dia upload tapi aku tak boleh bukak pulak kat office ni. Tapi masih under construction lagi.


Jangan sampai ada yang lemah semangat tu terbayang bayang nak tido malam sudah la ye. Nak kata 18PL punya gambar, tak ada la sangat. Hehehe...

Monday, 11 April 2011

Aku Tak Solat...Tapi Aku Berjaya...

Assalamu'alaikum...

Selamat pagi....macam biasa..Monday Blues...malas betul aku nak bangun pagi ni pegi keja. Rasa macam nak tarik selimut, tarik bantal...sambung lelapkan mata. Hehehe...

Tengah godek godek folders and files dalam laptop aku ni, niat hati nak clean up mana mana fail yang aku dah tak guna. Dah tak guna buat apa nak simpan kan. Aku terjumpa satu fail .txt (Notepad). Mana pulak la datangnya fail ni. Double-click fail, baca. Mungkin ada yang pernah terbaca tapi niat aku hanya nak berkongsi :)

**********

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi perniagaannya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan umat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah apa yang kita faham selama ini tidak benar? Kita dah salah sangka?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu ISTIDRAJ?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, 
“Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkannya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.


Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula




P/S: Pesanan dan peringatan untuk diri aku jugak..Betulkan aku kalau aku ada tersilap bahasa. :) Yang baik tu dari DIA, yang buruk datangnya dari aku sendiri. Wallahu'alam

Wednesday, 9 March 2011

RUMAH SERAM SEKSYEN 2 SHAH ALAM - Episod 6

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Aku malas nak intro la arini...boleh tak aku terus ja sambung cerita ni...kekekekeke

Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat dikebumikan kat Raub, Pahang.

Seminggu lepas tu, keadaan dah ok sikit cuma Salleh je yang sakit sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal tu dia ada cakap kat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari 1st day kitorang masuk rumah tu, Naim dengan Salleh dah buat hal. Dia pegi cangkulnya busut kat belakang rumah tu. Si Naim pulak boleh kuis kuis dengan kaki dia. Mungkin pasal tu la kaki dia accident kot (dalam hati aku la). Lepas tu Salleh cerita la, kan ada malam yang kitorang satu rumah kena kacau tu dia dengan Naim pun kena jugak. Tapi hantu tu siap kejar diorang lagi sampai kat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah macam mana datangnya kereta tiba tiba dah hentam diorang. Naim tercampak kat tengah jalan, yang dia pulak kat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa apa sampailah kitorang jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya, macam mana dia boleh duduk kat atas busut sedangkan dia kata dia dah lari ke tengah jalan besar? Kenapa Naim sorang yang kena teruk sangat tapi Salleh tak?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku dia jatuh sakit. Tak tau lah sakit apa tapi 3 bulan lepas tu dia meninggal. Family dia sendiri bingung sebab doktor pun tak tau sakit si Salleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang pegi gali tu. Aku dengan geng geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat...yang tak boleh lupa kitorang semua nangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu....



Aku, Azmi 'dagu', Sam 'banjar', Wak, Bob dengan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian kat UiTM ni. Buat Naim dengan Salleh, kitorang tetap akan ingat ko sampai bila bila....AL-FATIHAH

Oppss...rumah banglo kat Seksyen 2 tu sampai sekarang ada lagi (agaknya). Setiap kali aku lalu area situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu, masa hari last kitorang kat rumah tu si Wak ada tertinggal handphone dia kat bilik atas. So pada siapa siapa yang berani, boleh la ambil handphone tu tapi itupun kalau korang berani la....Nokia 3310.

Sedih pulak kan kalau nak bayangkan kita kat tempat bekas budak budak UiTM ni kan? Ada tak terasa macam nak pegi tengok sendiri rumah tu. Aku sendiri pernah lalu situ semata nak tengok rumah tu masih ada lagi ke tak bulan lepas. Masih ada. Siap ada kereta 2 bijik...van sebijik...aku tak pasti tuan rumah punya atau memang dah ada orang duduk atau rumah sebelah punya, tumpang parking atau pun aku yang salah aim rumah. Wakakaka...siapa siapa yang pernah tinggal di Shah Alam...cuba lah pegi usha usha rumah tu. Kalau tak silap aku kan...rumah tu yang paling tepi sekali. Memang ada pokok besar tapi aku sendiri tak pasti betul ke tak rumah tu. Nak pasti kena masuk la then alami sendiri keseraman tu. Hehehe

Sekian cerita seram aku. Actually dah last episode rupanya. Hehehe sorry la kawan kawan..ingatkan panjang lagi cerita ni. Hehehe...Selain just for fun, ambik lah iktibar dari cerita ni walaupun kita tak tau kesahihan cerita ni.

Tu sebab la orang cakap mulut tu jangan celupar....kaki tangan tu jangan gatal kacau tempat baru yang tak pernah kita kenal.

Wassalam :)


UPDATE 21/10/2011 : SEMAK SINI UNTUK PENJELASAN

Saturday, 5 March 2011

RUMAH SERAM SEKSYEN 2 SHAH ALAM - Episod 5

Assalamu'alaikum...

Selamat pagi semua...Alhamdulillah...Tuhan masih izinkan aku bernafas dimuka bumi ciptaan DIA. Semua sihat ke pagi? Anything bad news this morning?  Hopefully, everyday is a bright day for us to begin a new life. InsyaAllah mudah mudahan. Ok! Seperti yang dijanjikan....aku sambung semula cerita rumah seram tu ye....good reading guys ^_^

Masing masing dah serba salah jadinya. Bingung pun iye jugak. Tak tau sama ada nak melawat Naim dekat Hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kitorang call tuan rumah untuk tengok apa patut. Aku dengan Sam pulak pegi Hospital Klang tengok keadaan Naim macam mana. Kalau memang tenat sangat, aku akan inform yang lain lain suruh datang la. Yang lain aku suruh cari Salleh kat keliling rumah, takut takut dia kena sorok. Kami masing masing tawakal je. Masa on the way ke Hospital Klang ni, aku tak tau la si Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat cakap yang hal ni tak habis lagi.

Sampai hospital, aku terus cari Naim. Sebak betul hati aku tengok Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri aku kuat cakap yang umur Naim ni tak panjang sebab darah banyak gila keluar. Sam pulak tak sanggup tengok, air mata dia dah berjurai jurai macam air terjun.


Doktor pun cakap yang dia ni dah nyawa nyawa ikan tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk kat tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut sangkut. Dia minta maaf sebab buatkan kitorang jadi susah. Berulang ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap ni. Akhirnya dia meninggal jugak....aku gagahkan hati aku telefon kawan kawan lain bagi tau pasal Naim dah meninggal. Aku tengok Sam dah terduduk kat tepi balkoni dengan mata merah sebab menangis banyak sangat. Tak lama lepas tu parent Naim sampai. Aku tak sanggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai kat rumah, aku tengok ramai gile orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa. Habis satu rumah dia geledah. Lastly, ada orang tua kat situ minta tolong seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz tu tapi lepas Asar baru kitorang jumpa Salleh duduk atas busut belakang rumah. Yang hairannya da 5-6 kali orang cari tapi tak ada pulak jumpa dia dekat situ. Tak kisah la janji jumpa balik Salleh ni. Kitorang punya la suka jumpa si Salleh ni balik. Masing masing ambik keputusan pindah dari rumah tu hari tu jugak. Kebetulan pulak kat Seksyen 7 (pintu belakang UiTM) ada satu rumah untuk disewa, kitorang pindah situ la. Barang barang Naim kitorang angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gile tengok muka tuan rumah sebab tak bagi tau yang rumah ni 'keras'. Patutla dia suruh bayar RM50 je dulu lepas tu tak bagi bawak barang banyak banyak. Cissss.....


Sedih....sebak semua ada, time dapat tau Naim meninggal tu kan? Tuan rumah tu pun aku rasa macam nak bunuh pun ada. Kokyepun...'samak' la dulu rumah tu...bahasa sopan, bersihkan lah dulu rumah tu sebelum nak menyewakan pada orang lain. Tapi aku tak pasti pulak tuan rumah tu bangsa apa. Korang perasan tak ada mention ke tak? Ok lah kawan kawan...aku meminta izin untuk mengundur diri dulu sebab dah lebih jam 09:00 pagi. Aku sepatutnya dah kena mulakan keja. Huhuhu....nanti sambung lagi ye...^-^


UPDATE 21/10/2011 : SEMAK SINI UNTUK PENJELASAN

Friday, 4 March 2011

RUMAH SERAM SEKSYEN 2 SHAH ALAM - Episod 4

Assalamu'alaikum...

Selamat Pagi semua...hari aku rasa macam tak bermaya je nak datang office. Kepala aku sakit! Uwaaaa...Apa dia? Kenapa datang keja jugak kalau dah tak sihat? Sebab sebab...aku diamanahkan untuk pass semua reports compilation kat Oracle hari ni. So, nak tak nak aku kena bangun jugak pagi tadi...mandi, solat...siap siap terus ke office. Wuwuwuwu...tapi sempat jugak la aku nak bukak blog aku ni...nk sambung cerita hantu seperti yang dijanjikan....selamat membaca! ^-^

Tengah sibuk sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Member member aku yang lain pun bau jugak. Rupanya si Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baiklah malam tu tak ramai sangat orang kat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak boleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk sibuk cerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.


Tengah sibuk sibuk ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh dengan Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi 'dagu', Sam 'Banjar', Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai ramai tu cuma Bob sorang je yang bawak handphone, so kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat. Try call Salleh pulak, sama jugak tak ada orang angkat. Lepas tu Lan ambik handphone Bob tu, dia baca apa entah agaknya pastu dia suruh Bob call Naim lagi sekali. Bob call dan loud speaker. Korang tau apa jadi? Ada suara perempuan mengilai. Gila gila punya mengilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last last kitorang sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah tu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan mengilai kat handphone tu, tak ada sorang pun antara kitorang bercakap sampai Subuh!!!!


Jam 7:30 pagi baru kitorang gerak dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar debar. Yang lain lain aku tak tau lah. Sampai kat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan gate dah terbukak seluas luasnya. Ni kalau pencuri masuk ni, memang dia kaya sebab laptop, wallet dengan handphone kitorang semua tinggal macam tu je. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada siapa pun yang berani masuk rumah tu dulu....aku ingat ada la dalam 20-30minit kitorang tercangak kat depan rumah sebab tak ada siapa siapa pun berani masuk. Entah macam mana agaknya handphone Bob berbunyi. Hati aku da tak sedap. Jangan la kata hantu tu call kitorang suruh masuk. Lan yang angkat. Sebenarnya dalam ramai ramai ni, Lan yang paling berani tapi kadang kadang dia jadi penakut jugak la. Pihak hospital call, katanya Naim ada kat wad kecemasan Hospital Klang. Accident katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor Bob ni, tu yang dia call nombor handphone Bob ni....oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim accident??


Hmmm....confuse kan? Macam mana la si Naim ni boleh accident pulak?! Sedangkan pagi pagi buta tadi masa semua sibuk lari sebab ketakutan keluar dari rumah, bukan ke semua orang ada kat luar tu?? Time bila pulak si Naim ni boleh accident?? Hmmm...jangan pening pening...kita sambung di episod seterusnya nanti ye. Mesti terjawap segala persoalan kita tu...Hehehe...

Dah nak jam 09:00 pagi ni, aku dah kena start buat keja. Hehehe...jumpa lagi yee...^_^

UPDATE 21/10/2011 : SEMAK SINI UNTUK PENJELASAN

Thursday, 3 March 2011

RUMAH SERAM SEKSYEN 2 SHAH ALAM - Episod 3

Assalamu'alaikum....

Selamat pagi semua. Kalau dalam bahasa Jepunnya...Mina-san Ohaiyo Gozaimasu! ^^
Hari ni aku masuk office lambat pulak. Huhuhu...tapi still sampai office before 8:30AM. Almaklum rumah sebelah office je pun. Kekekeke..

Ok ok sambung balik cerita seram rumah Seksyen 2 Shah Alam ye....

Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sekarang ni dah jam 3 pagi. Nak mintak tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tau. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang Cina. Last last Salleh ajak lepak Restoran Hakim je sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing masing semua tak pakai baju. Pastu pakai boxer dengan kain pelikat. Mau tak mau terpaksalah jugak kitorang masuk rumah tu balik sebab nak ambik seluar, wallet dengan kunci motor.

Oleh sebab bilik si Bob dengan Naim je yang kat bawah, maka kitorang decide le nak pinjam baju dengan seluar dia. Masing masing da takut nak naik tingkat atas. Wallet pun aku tinggal. Masing masing pakat guna duit Naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut kat dinding (tempat penyangkut). Masa nak keluar dari rumah tu, Wak pulak perasan ada budak perempuan kat pintu dapur tengah senyum sambil melambai tangan kat dia. Yang aku pulak boleh terperasan budak tu jugak sebab aku tengok muka Wak dah kejung dan pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam seluar la...kepala lutut aku menggigil sampai kat Restoran Hakim!!!!


Lepas sampai kat Restoran Hakim tu, masing masing sibuk bukak cerita termasuk dengan aku sekali la. Mula mula Wak cerita la, malam tu lebih kurang jam 12 lebih, dia sibuk download lagu tiba tiba ada bunyi macam orang baling batu kat tingkap bilik dia. Bila dia jengah, dia nampak ada seorang perempuan duduk kat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih, kekuningan, koyak koyak, rambut panjang. Yang sadisnya, perempuan hodoh tu boleh senyum kat dia pulak. Wak ni apa lagi tutup tingkap bilik dia terus nak keluar pegi bilik aku la kononnya. Malangnya, lagi sekor pulak hantu duduk kat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. So dia ambik keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik je tak patah.

Azmi 'dagu' pulak cerita la yang dia nampak ada budak perempuan melambai tangan kat dia (yang ni, aku pun kena jugak ok). Aku confirm yang budak ni bukan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!!! Sam pulak cerita dia nampak hantu tu kat siling rumah!! Bila bukak mata je, hantu tu betul betul eye-to-eye dengan dia. Kiranya masing masing semua kena kacau la ni. Dan aku orang yang last cerita.

Aku cakap la yang aku kena tarik dua dua kaki masa tido sampai kepala aku terhental kat lantai. Pastu aku cakap le yang aku nampak diorang tengah layan DVD kat hall tapi si Azmi tiba tiba menyampuk "Bila masa pulak kitorang tengok DVD ni??" Rupa rupanya tak ada orang pun yang tengok DVD pagi tu!! Dah tu sape yang aku nampak? Haru betul!!! Kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah tambah kuat menggigil.


Wuwuwuwu....aku yang baca banyak kali dah ni pun sesekali ulang baca balik....meremang jugak bulu roma aku ni...ok lah kawan kawan...kita sambung kat next episode ok? Jangan risau....masih panjang lagi cerita ni. Hehehe...Till we meet again guys! ^-^

UPDATE 21/10/2011 : SEMAK SINI UNTUK PENJELASAN

Wednesday, 2 March 2011

RUMAH SERAM SEKSYEN 2 SHAH ALAM - Episod 2

Assalamu'alaikum

Sebelum aku blogging ni...aku kena usha dulu depan belakang, ada orang ke tak dok skodeng aku sekarang ni...?! Hmmm line clear! Wahaha...aku mengantok! Tengok skrin pun dah bertindih tindih semua huruf dalam tu. So, aku ambik kesempatan ni post something on my wall seperti yang dijanjikan. Ehehehe...

Cerita semalam sampai mana ye? Haaa pasal 3 syarat tu kan? Ok ok...jom kita sambung bercerita....

Malam pertama duduk rumah tu kitorang tak tido sebab semua sibuk punggah dan kemas barang, layan DVD Korea. Cerita seramnya start masa hari kedua. Tak payah tunggu malam, siang siang pun kitorang dah kena kacau. Azmi 'dagu' orang first kena.

Masa tu baru jam 10:30 pagi (anggaran aku la), si Azmi ni bangun nak memerut. So dia pegi la toilet bawah tu tapi dalam toilet ada orang (sebab pintu tutup). Toilet atas pulak rosak, tuang rumah kata nanti dia betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar keluar orang dalam toilet ni. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pegi tengok peehal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu sape yang kat dalam toilet tu? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi....dalam ramai ramai ni, Lan sorang je yang berani sikit (mungkin pasal dia ni keturunan Bugis kot), dia pegi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last last si Azmi tak jadi berak....mungkin pasal takut kot.

Malam tu kitorang kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tido malam tu, tiba tiba jek ada orang tarik kedua belah kaki aku sampai jatuh katil. Kepala aku terhentak kat lantai!! Ape lagi, hangin la aku sebab ingat budak budak nak buat pedajal kat aku tapi bila aku bangun tak ada orang pulak. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta kat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tido mati. Bila aku
keluar bilik, aku dengar budak budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD kat hall bawah. Aku pun masuk balik bilik sebab still bingung lagi tapi baru aku terperasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahhh sudah!


Dengan perasaan berani berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu and guess what?? Ada batu nisan yang dah retak retak dan automatik bilik aku diselebungi bau hapak dan hanyir yang sangat sangat kuat!!!


Masa ni korang jangan tanya aku la ape aku buat sebab kalo menda ni jadik kat korang pon tak akan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku da tak jejak tanah da sebab lari laju sgt. Ak lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg macam haram jadahnya member ake sorang pun dah tak ade kat hall. Nak tau diorang kat ner? Semua da duduk kat luar umah!! Rupanya diorang awal awal lagi da kena kacau. Yang lak-hanat nye, tak ade sorang pon kejutkan aku....taik betul diorg ni.

Ok...aku dah hilang mengantok...aku stop dulu story kat sini ye..Wakakaka lain kali doakan aku terus terus mengantok ye kalau nk aku sambung bercerita panjang panjang sikit...

Papaiiii....^-^

UPDATE 21/10/2011 : SEMAK SINI UNTUK PENJELASAN

Tuesday, 1 March 2011

RUMAH SERAM SEKSYEN 2 SHAH ALAM - Episod 1

Assalamu'alaikum...

Bertemu kembali setelah sepurnama kita tidak ketemu di laman blog Lembu Gemok ni ye...wahahahaha menyampah pulak nak cakap cakap skema ni..padahal baru hujung bulan lepas aku post entri aku.

Aku bawak story seram untuk semua hari ni...ada tak siapa siapa yang duduk Shah Alam atau pun bekas penduduk Shah Alam? Haaa ada pernah dengar tak pasal story rumah dekat Seksyen 2 tu?? Aku pun dikira bekas penduduk Shah Alam. Aku pernah menginap di sana selama hampir 3 tahun lebih. Di Shah Alam lah aku mula menapak sebagai seorang perantau...Ceewahh!! Aku pernah dengar sebelum ni pasal story rumah ni tapi tak tahu kesahihannya betul ke tak dan tak pernah dengar story yang betul betul story. Just sekadar tajuk 'berita' RUMAH SEKSYEN 2 BERHANTU...tu je lah...

So, hari ni hati aku tergerak nak share dengan semua pasal story rumah seram ni kat blog aku. Actually  aku dapat story ni dari emel kawan office. Kalau Ana terbaca ni...thanks ye sebab sudi share story  seram ni.

Cerita dia begini......

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar kat UiTM Shah Alam. So, perkara pertama yang aku kena fikir ialah aku nak duduk mana sebab aku tak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keprihatinan yang ada pada aku dan kawan kawan, maka dapat le aku dengan kawan kawan aku rumah sewa....dekat dekat dengan area Seksyen 2 berhampiran dengan Wet World (kalau korang tau la).

Rumah tu banglo 2 tingkat dengan 4 bilik. 3 bilik kat atas dan 1 bilik kat bawah. Kitorang semua berlapan, kiranya 2 orang untuk 1 bilik. Aku ringkaskan je lah, kitorang masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas, takut semua ada.


Pertama, tuan umah hanya amik RM50 je sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bile masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama ni free la....[?]

Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawak barang banyak banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya...

Ketiga, pokok ara tepi rumah tu besar sangat sampai dahan dia boleh masuk kat tingkap bilik atas.

....Agak agak tu memang ada something wrong somewhere  tak dengan rumah ni? Ce fikir...ce fikir..hmmmppp....mesti ada cerita disebalik syarat syarat tuan rumah tu kan? Untuk story seterusnya harap semua tunggu next entry nanti aku sambung ye...sebab sekarang ni aku nak sambung buat kerja aku yang berhari hari sudah tertunggak walaupun tak ada duedate tetap lagi...kekekeke...
 
Tunggu yeeee....... ^_^


UPDATE 21/10/2011 : SEMAK SINI UNTUK PENJELASAN

Monday, 6 September 2010

Kejadian-Kejadian Misteri Di Perang Gaza

 ASSALAMU'ALAIKUM

Sebelum timbul salah faham, aku nak bagi tahu artikel ni aku ambil dari emel opis aku...ada member aku share dari blog seorang HAMBA Allah ni...aku hanya nak berkongsi pula dengan semua kat blog aku....

Aku tak ubah apa-apa melainkan besarkan sikit gamba dan cuba dapatkan sekali video mengenai perbincangan hangat mengenai isu ni....

(Ambik dari En.Google)
GAZA, itulah nama hamparan tanah yang luasnya lebih dari 360km persegi. Berada di Palestin Selatan, "potongan" itu "tersepit" di antara tanah yang dikuasai penjajah Zionis Israel, Mesir, dan lautan Mediterranean serta dikepung dengan tembok di sepanjang daratannya.

Sudah lama Israel bernafsu menguasai wilayah ini. Sudah banyak cara yang mereka lakukan untuk menundukkan kota kecil ini. Israel membuat pelbagai sekatan supaya rakyat kesulitan memperoleh makanan, ubat-ubatan, dan senjata, telah dilakukan sejak tahun 2006 sehingga kini. Namun, penduduk GAZA tetap bertahan, bahkan perlawanan GAZA atas penjajahan Zionis semakin menguat. Namun sekali lagi negara yang tergolong memiliki militer terkuat di dunia ini masih tidak mampu menguasai GAZA.

Dunia juga menyaksikan bagaimana kapal-kapal bantuan dari negara lain dihalang dari memasuki GAZA. Umat ISLAM yang peka risau tetapi negara-negara kuasa veto buat tak tahu malah bersekongkol dengan Israel. Pemimpin-pemimpin negara ISLAM juga seperti malu-malu alah dengan Amerika kecuali dua Perdana Menteri yang lantang menyelar Israel dan Amerika iaitu Mahmoud Ahmadinejad, PM Iran dan sekarang PM Turki,Recep Tayyip Erdogan.

(Recep Tayyip Erdogan menyelar hebat Israel secara depan Shimon Peres di World Economic Conference di Davos)

Di atas kertas, kemampuan senjata AK47, roket anti tank RPG, ranjau, serta beberapa jenis roket buatan tempatan yang biasa dipakai para mujahidin Palestin, tidak mampu menghadapi pasukan Israel yang didukung kereta kebal Merkava yang dikenali terhebat di dunia. Apalagi menghadapi pesawat tempur canggih F-16, helikopter tempur Apache, serta ribuan tan "bom canggih" buatan Amerika Syarikat.
Akan tetapi di sana ada "kekuatan lain" yang membuat para Mujahidin mampu membuat "kaum pengganas" itu tidak dapat menguasai Gaza, walau mereka hanya dengan berbekalkan senjata-senjata "kuno".
Itulah pertolongan dari Allah Subhanahu wa Taala kepada hamba-hambaNYA yang taat dan ikhlas. Kisah tentang munculnya "pasukan" lain yang ikut bertempur bersama para Mujahidin, semerbak harum jasad para syuhada, serta beberapa peristiwa "aneh" lainnya ketika pertempuran, telah beredar di kalangan masyarakat Gaza, ditulis para wartawan, bahkan disebarkan para khatib Palestin di khutbah-khutbah Jumaat mereka.

 Pasukan "Berseragam Putih" di Gaza
 
Ada pasukan lain membantu para Mujahidin ketika pertempuran. Pasukan Israel sendiri mengakui tentang kewujudan dan kehadiran pasukan misteri tersebut.

Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Khasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi pasukan Israel.
Seluruh anggota keluarga dikerah duduk di sebuah ruangan. Salah seorang anak lelaki keluarga itu disoal siasat mengenai ciri-ciri para pejuang Al Qassam.
Saat disoal siasat, sebagaimana ditulis laman Filisthin Al-Aan (25/01/2009), memetik cerita seorang Mujahidin Al-Qassam, lelaki itu menjawab dengan jujur bahawa para pejuang Al-Qassam berseragam hitam. Namun, pasukan Israel tidak berpuas hati dengan jawapan lelaki itu lalu memarahi dan memukul pemuda malang itu sehingga pengsan.

Selama 3 hari berturut-turut pasukan Israel mendapat jawapan yang sama iaitu pejuang al-Qassam berseragam hitam. Akhirnya pasukan Israel berkeras mengatakan, "Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih!"

Dari sumber lain yang disampaikan oleh penduduk Palestin di laman milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga ada menyebut mengenai kewujudan "pasukan lain" yang tidak dikenali. Pada mulanya, sebuah ambulan disekat oleh sepasukan Israel lalu menyoal pemandu itu sama ada pemandu tersebut dari kelompok Hamas atau Fatah. Pemandu itupun lalu menjawab, "Saya bukan dari mana-mana kelompok, saya cuma pemandu ambulan".
Pasukan Israel mengajukan soalan lagi kepada pemandu tersebut, "Pasukan yang berpakaian putih-putih dibelakang kamu itu dari pasukan mana pula?" . Pemandu tersebut dengan kebingungan menjawap, "Saya tidak tahu", sebab dia tidak nampak seorang pun dibelakangnya.

Suara Misteri
Ada lagi kisah karamah Mujahidin yang kali ini disebutkan oleh khatib masjid Izzuddin al-Qassam di wilayah Nashirat Gaza yang telah ditayangkan di televisyen siaran Al-Quds, yang juga ditulis oleh Dr.Aburrahman Al Jamal di laman Al Qassam dengan judulnya Ayat Ar Rahman fi Jihad Al Furqan (Ayat-ayat Allah dalam al Furqan).
Khatib bercerita ada seorang pejuang telah menanam periuk api yang telah sedia menunggu tentera zionis melalui jalan tersebut.

"Saya telah menanam sebuah ranjau. Saya kemudian terlihat sebuah helikopter menurunkan sejumlah besar pasukan disertai dengan kereta-kereta kebal menuju ke tempat saya menanam periuk api", kata pejuang tersebut.

Akhirnya, pejuang tersebut mengambil keputusan untuk pulang ke markas kerana menyangkakan periuk api tersebut tidak akan berfungsi seoptima yang disasarkan dengan jumlah musuh yang begitu ramai.
Akan tetapi, sejurus para pejuang ingin berganjak dari lokasi, terdengar satu suara mengatakan, "Utsbut tsabatkallah" yang membawa maksud tetaplah ditempat maka Allah akan menguatkanmu. Kata-kata itu terdengar berulang-ulang kali sebanyak 3 kali.

"Saya mencari disekeliling dari mana arah datangnya suara itu. Akan tetapi saya malah terkejut kerana tiada sesiapa pun bersama saya", ucap mujahidin itu.
Akhirnya sang mujahid memutuskan untuk tetap berada di lokasi. Ketika sebuah kereta kebal melewati periuk api yang tertanam, sesuatu yang “ajaib” terjadi. Periuk api itu tiba-tiba meledak amat dahsyat. Kereta kebal yang berada di dekatnya turut hancur. Ramai tentera Israel meninggal terus. Sebahagian dari mereka terpaksa diangkut oleh helikopter. “Sedangkan saya sendiri dalam keadaan selamat,” kata mujahid itu lagi, melalui lidah khatib.

Cerita yang disampaikan oleh seorang penulis Mesir, Hisyam Hilali, dalam situs alraesryoon. com, ikut mendukung kisah-kisah sebelumnya. Abu Mujahid, salah seorang pejuang yang melakukan ribath (berjaga) mengatakan, “Ketika saya mengamati gerakan tank-tank di perbatasan kota , dan tidak ada seorang pun di sekitar, akan tetapi saya mendengar suara orang yang bertasbih dan beritighfar. Saya berkali-kali mencoba untuk memastikan asal suara itu, akhirnya saya memastikan bahwa suara itu tidak keluar kecuali dari bebatuan dan pasir.”

Cerita mengenai “pasukan tidak dikenal” juga datang dari seorang penduduk rumah tersusun wilayah Tal Islam yang hendak meninggalkan rumah bersama keluarganya untuk menyelamatkan diri dari serangan Israel .

Di tangga rumah ia melihat beberapa pejuang menangis. “Kenapa kalian menangis?” tanyanya.
“Kami menangis bukan karena khuatir keadaan diri kami atau takut dengan musuh. Kami menangis kerana bukan kami yang bertempur. Di sana ada kelompok lain yang bertempur memporak-perandakan musuh, dan kami tidak tahu dari mana mereka datang,” jawabnya

Saksi Tentera Israel
Cerita tentang “serdadu berseragam putih” tak hanya diungkap oleh mujahidin Palestin atau warga Gaza . Beberapa tentera pasukan Israel sendiri menyatakan hal serupa.
Laman Al-Qassam memberitakan bahwa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang ikut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta.
“Ketika saya berada di Gaza , seorang tentara berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, hingga saat itu juga saya buta,” kata anggota pasukan ini.
Di tempat lain ada tentera Israel yang mengatakan mereka pernah berhadapan dengan “hantu”. Mereka tidak diketahui dari mana asalnya, bila munculnya, dan ke mana menghilangnya.
Masih dari Channel 10, seorang tentera Israel lainnya mengatakan, “Kami berhadapan dengan pasukan berbaju putih-putih berjanggut panjang. Kami tembak dengan senjata, akan tetapi mereka tidak mati.”
Cerita ini menarik perhatian ramai penonton. Mereka bertanya kepada Channel 10, siapa sebenarnya pasukan berseragam putih itu?

Sudah meletup tetapi ranjau masih utuh
Semasa para mujahidin tersepit, haiwan-haiwan dan alam tiba-tiba ikut membantu, bahkan menjelma menjadi sesuatu yang menakutkan.
Sebuah kejadian “aneh” terjadi di Gaza Selatan, tepatnya di daerah Ai Maghraqah. Semasa itu para mujahidin sedang memasang ranjau. Di saat mengulung kabel, tiba-tiba sebuah pesawat pengintip Israel menjejak mereka. Bom pun dijatuhkan ke lokasi itu.

Nasib baik para mujahidin selamat. Namun, kabel pengubung ranjau dan pemicu yang tadi hendak disambung menjadi terputus. Tidak ada kesempatan lagi untuk menyambungnya, karena pesawat masih berputar-putar di atas.

Tak lama kemudian, beberapa kereta tank Israel mendekati lokasi di mana ranjau-ranjau tersebut ditanam. Bukan sahaja melintasi, kereta-kereta tank itu malah berhenti tepat di atas peledak yang sudah tak berfungsi itu.

Apakan daya, kaum Mujahidin tak mampu berbuat apa-apa. Kabel ranjau jelas tak mungkin disambung, sementara kereta-kereta tank Israel telah berkumpul di atas ranjau.
Mereka merasa amat sedih, bahkan ada yang menangis ketika melihat pemandangan itu. Sebahagian yang lain berdoa, “Allahumma kama lam tumakkinna minhum, allahumma la tumakkin lahum,” yang bermaksud, “Ya Allah, sebagaimana Engkau tidak memberikan kesempatan kami menghadapi mereka, jadikanlah mereka juga tidak memiliki kesempatan serupa.”

Tiba-tiba, ketika fajar tiba, terjadilah keajaiban. Terdengar ledakan dahsyat persis di lokasi penanaman ranjau yang tadinya tak berfungsi.
Setelah tentera israel pergi dengan membawa kerugian akibat ledakan lersebut, para mujahidin segera melihat lokasi ledakan. Sungguh aneh, ternyata seluruh ranjau yang telah mereka tanam itu masih utuh. Dari mana datangnva ledakan? Wallahu a’lam.

Masih dari wilayah Al Maghraqah. Semasa pasukan Israel menembak peledak ke salah satu rumah, hingga rumah itu terbakar dan api menjalar ke rumah sebelahnya, para Mujahidin rasa khuatir jika api itu semakin tak terkawal.
Seorang dari mujahidin itu lalu berdoa,”wahai dzat yang merubah api menjadi dingin dan tidak membahayakan untuk Ibrahim, padamkanlah api itu dengan kekuatan-Mu.”
Maka, tidak lebih dari tiga minit, api pun padam. Para Mujahidin menangis terharu karena mereka merasa Allah Subhanuhu Wa Ta’ala (swt) telah memberi pertolongan dengan terkabulnya doa mereka dengan segera.
Daisypath Friendship tickers