Recent Posts

Search This Blog

Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Thursday, 14 January 2016

Tahun Baru 2016


ASSALAMU'ALAIKUM

Kembali aktif dengan blog nampaknya kawan kita ni ye...hahaha...
Jangan hangat-hangat pisang goreng sudahlah ye...
Almaklum awal-awal tahun, masih ada kelapangan, rajin la menjengah ye?

Dah pertengahan bulan Januari dah yang oiii...
Baru nak update pasal 2016 ke?

Buat malu jakk...Hahaha..
Mana taknya, 2015 melabuhkan tirai pun aku baru nak berlabuh hari tu...
ni anggaplah baru nak melebarkan sayap 2016 walaupun dah tengah bulan...

Tahun baru aku di kampung halaman...saja bawa anak bujang bercuti jumpa Maktok dan Tok Bah. Lagipun dah lama tak balik sana. Rindulah katakan.

Aktiviti di kampung?
Hmm macam biasa, menternak lemak, makan macam-macam sampai tak ingat baju dah makin mengecut!

Alhamdulillah Abah pun nampak makin sihat lepas keluar wad bulan 11 hari tu.
*Ni dikira imbasan 2015 serba sikit ye

Dah boleh berjalan walaupun masih menggunakan tongkat...tapi syukur sangat dah tu.
Dah boleh diajak berjalan sampai ke Kuala Perlis mencari ikan bakar berulam, nasik putih berkuah. Amboiii bukan main menu! 
Gambarnya harap maaf, tak ada sebab terlalu gelojoh makan sampai terlupa nak snap.

Aktiviti di kampung selama 6 hari berlalu dengan cepat, kembali ke Kuala Lumpur, berpijak pada bumi yang nyata semula, rutin harian bersambung seperti biasa.

Apa-apapun Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, diberi kesempatan untuk menghirup udara sampailah ke hari ini.

Semoga di tahun baru, ada perubahan positif lebih dari tahun sebelumnya InshaaAllah.

Senang-senang, sudi-sudikanlah menjengah saya di laman FB Fara Ada.
Di sana saya lebih aktif berbanding sini. Hehe.

SEKIAN


Friday, 14 August 2015

Natijah Anak Melasak

ASSALAMU'ALAIKUM

Malam tragis apabila anak melasak,si Mama pula tak fokus...
Dilibasnya usb phone charger terkena betul-betul di tepi mata...
Tercalar sikit tapi sakitnya MasyaAllah...
Tindakan luar kawal terus terjerit kuat!!!

Alhamdulillah seraya terjerit tangan tak naik ke anak..
Itupun anak tetap nangis sebab terkejut dengar Mama menjerit kuat agaknya...

Mungkin dia ingat aku marah dia...padahal aku terjerit sebab tak sengaja...tak tertahan rasa sakit tu...almaklum tak ready menerima serangan..huhuhu..
Baru sikit tu kan...baru sorang anak bujang..belum berbujang dan berdara..kekekeke

Maaf ye nakk...Mama tak marah Adam pun tapi sakit sangat tadi...huahuahua
ALLAH hai lah karenah anak...macam-macam..

Friday, 20 March 2015

Energy Drain Out Project, Adam


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...hampir sebulan juga ye aku tak update blog aku ni...
Busy ke? Taklah sibuk cuma tak berkesempatan hahaha...bukan sama maksud ke dua tu?

Apa-apa ja lah ye...

Entri tertunggak yang aku patut up  2 minggu lepas tapi lambat pula keretapi sampai. Banyak tol!
Sejak bila keretapi dikenakan tol pun aku tak pasti. Hahaha...

2 minggu lepas, aku ke Meru, Klang sebab ada kenduri kesyukuran anak kawan aku sempena genap umur anaknya 2 tahun. Selepas kenyangkan perut, terus lajak ke Setia Alam City Mall, nawaitu nak draining out this boy's energy dengan harapan dia tidur awal malam nanti.

Selepas kami kepenatan melayan Adam main dekat playground, kami yang energy drained out dulu. Adam steady  je lagi. Kering tekak menjeritkan budak ni, nak mencari air jauh sangat nak masuk ke dalam. Ternampak abang jual aiskrim potong terus meluru tak pandang kiri kanan dah. Hahaha. RM1 sebatang, macam-macam perisa ada. Petak hampir segiempat sama bentuknya. 
Selalu tu bentuk segiempat tepat tirus slim. Haha hentam sajalah. Tekak aku dah kering. Banyak lagi tenaga nak guna untuk budak tu nanti.

Adam share aiskrim dengan paknya. 1st time aku bagi dia makan aiskrim. Ehh reti pulak budak ni menjilat. Entah-entah dekat rumah pengasuhpun dah biasa makan agaknya. Adeii...sabar ja lah.
Tak berapa yakin sebenarnya nak bagi budak ni makan aiskrim. Takut batuk. Tapi TERRRbagi juga ni! Hahaha...

(Adam & His Ice cream)
Happily enjoy his moment with the vanilla ice cream bought by Mama! Layannnnn....

Habis sebatang aiskrim, meluru ke tengah padang pula. Tengok macam menarik ja ramai dok main bubbles!! Haa gambar di bawah ni, Adam sibuk mengejar bubbles pulak.

Pada sesiapa yang pernah sampai ke sini, sedia maklum padangnya di tengah-tengah ye, berbentuk bulatan kalau tak silap aku. Dikelilingi tasik buatan, mungkin. Tak tau pulak sejarah tasik ni kan...hehe

Ramai juga yang rajin mencampakkan makanan bagi ikan makan. Siap ada orang jual makanan ikan lagi dekat titi menyeberang ke tengah padang tu. Sepaket RM2. Tapi kami tak beli pun lah.
Sibuk mengejar bubbles  je. Sampaikan Adam hampir lajak berlari masuk ke dalam tasik semata kejarkan bubbles tu. Nasib baik paknya perasan. Kalau takk...splussshhhh lah dalam tasik tu ye nakk...!

(Adam berparti buih...oppsss)

Jam hampir ke jam 7 malam. Ajak paknya balik sebab risau tak sempat Maghrib di rumah pula nanti.
Aksi berperang mengalihkan perhatian Adam dari bubbles dan bola pun bermula. Pantang nampak bubbles atau bola, nak diambilnya buat macam harta sendiri. Waduhhh...bikin ribut ini budakkk...

Jenuh paknya cuba control anak bujang yang seorang ni tantrum, apa lagi, melalak sampailah ke kereta, sumbat susu baru diam.

Fuhhh...misi tak berjaya. Budak ni masih banyak tenaga. 

Sehingga berjumpa lagiii...hehehe

Friday, 3 October 2014

"Abang Balik Hari Ni!"


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...
Dah lama betul aku tak update ye.

Who's coming home?
Encik suami balik hari ni setelah 5 hari ke Gebeng atas urusan kerja di sana.
My 2nd phase for having a-hard-time-mom disease will be end by the end of today, InshaaAllah.

Bukan senang ye adik, kakak, abang, pakcik dan makcik di luar sana menjadi single-mom. Ini baru anak seorang belum lagi berorang-orang ye. Hahaha.

Seperit sepenat mana pun aku balik dari kerja, aku cuba juga cari ruang masa untuk melayan anak yang mesti rindu dan tunggu aku datang ambik dia di rumah babysitter. Mana taknya, baru bagi salam dari depan rumah, aku dah dengar suara Adam merengek kat dalam suruh Umminya bukakan pintu...kalaulah boleh bercakap, seolah-olah ayat ini yang keluar agaknya...

"Ummi bukakan pintu tu...Mama Adam dah sampai. Cepat la mi!"

Haaa..gitulah kekdahnya....
Nampak ja aku terus datang dekat dan dipeluk ciumnya aku. Seolah-olah faham Mama dia sangat penat baru balik kerja.
MasyaAllah hanya Allah ja tau perasaan aku masa tu. Betapa bahagianya aku disayangi oleh anak kecil ni. Itupun satu rahmat Allah juga kan?

Alhamdulillah habis hilang segala penat macam luruhnya dedaun kering dari pepohon kayu. Aicehhh ayat novel pulak...

Petang ni encik suami balik, mudah-mudahan selamat perjalanannya.
Selamat sampai inshaaAllah
...Aminnnn...

Tuesday, 17 June 2014

Giant Hypermarket Shah Alam : Hasil Tangkapan!

ASSALAMU'ALAIKUM
 
Marathon menaip entri hari ni nampak gayanya...berselang seli pulak kan...

Ahad lepas, dari nak menyinggah Pasaraya Matahari berdekatan dengan rumah, terlajak pula ke Giant Hypermarket Shah Alam Seksyen 13...

Alasan asal nak mencari minyak Geliga untuk Adam ja pun...
Tapi takpalah sambil menyelam sambil telan air orang kata...dah alang-alang dah lama sangat tak menjejakkan kaki di Shah Alam, boleh juga aku mencuci mata di tempat bermulanya campus life aku di Shah Alam ni...

Dulu di Giant ni lah tempat aku cari barang rumah bagai...
Sekarang dah banyak perubahan...
Food-court pun dah bertambah cantik dan tersusun walaupun masih crowded dengan orang ramai.
Tu memang tak boleh elak la kan...kecuali UiTM Shah Alam cuti semester baru terasa lengang sikit bumi Shah Alam nih...


Tapi apa yang aku nak cerita pasal 'hasil tangkapan' kali ni...ni haaa yang kat bawah nih...


Hehehe sempat lagi si kecik Mama ni 'tangkap' 1 buat test drive bak kata Abahnya.
InshaaAllah nanti mintak Abah belikan ye...
...lalalala...

Midvalley Megamall : Noodle Station

(Noodle Station Logo)

ASSALAMU'ALAIKUM
Hari apa tah memasing tatau nak makan apa bila singgah ke Midvalley Megamall.
Lastly, "Kita makan dekat Noodle Station ja lah...dah lama tak makan sana kan?"

Encik suami pun OK. Dah lama sangat tak merasa makan yang sedap-sedap sesekali kan.

Antara menu kegemaran kami kalau makan di situ...haaaa yang bawah nih...

(Fried Rice with BBQ Chicken)
Nasi goreng dengan Ayam BBQ kegemaran aku. 

(Tom Yam Fried Rice)
Haa atas ni pulak kegemaran encik suami. Spicy sikit nasi gorengnya. Boleh add on extra rice juga kalau suka. Tapi kuantitinya boleh di makan 2 oranglah ye. Sebab sangat memenuhi ruang pinggan yang besar tu. Hahaha.

Banyak lagi menu lain sebenarnya. Dekat sini namanya ja Noodle Station, tapi tak semestinya menu mee je ye...

Menu mee dia aku pernah try sekali dulu laaaaamaaa sangat...

(Springy Noodle With Smoked Original Drumstick)
Kalau tak silap aku menu mee spring ni kot...tah la tak ingat sebab dah lama sangat.
Bukannya selalu pun dapat makan sedap-sedap gini kan...

Tapi recommended kalau sesekali nak ubah selera. 
Harganya standard Kenny Roger's, 2-3 hidangan, bawah RM60.

KUALA LUMPUR

MID VALLEY MEGAMALL, S-069, 2ND FLOOR MID VALLEY CITY
LINGKARAN SYED PUTRA, 59200 KUALA LUMPUR
TEL: 03-22877558 / FAX: 03-22877558

Sementara aku tengah habiskan makan, Adam dah tak boleh duduk setempat.
Dah tak nak duduk dalam babychair. 
Abahnya terpaksa bawak dia jalan dan hasilnya....taraaaaa....


Sempat lagi si kecik ni window shopping kan? Haha...

Monday, 16 June 2014

Adam : Demam Campak!

(Gambar hiasan dari yamieonline.com)

ASSALAMU'ALAIKUM

 Selamat pagi semua....maaf ye gambar di atas tu bukan gambar Adam.
Tak sempat nak tangkap gambar dia bercampak di badan, campaknya dah hilang. So, terpaksa pinjam gambar baby Irfan. Campak Adam pun lebih kurang sama macam campak baby Irfan kena tu.

Aku backlink blog ibunya di SINI. Ada petua cara-cara merawat campak juga di blog ibu Irfan. Boleh klik pada link tu tadi ye.

Berbalik pada cerita si Adam nih....
Isnin lepas 10 Jun 2014, Adam demam panas. Berlanjutan selama 2 hari dengan suhu yang agak tinggi. Tak selsema, tak batuk.
Aku suspect demam panas biasa. 
Di bawa ke klinik, diberi PCM syrup, antibiotic, ubat sakit tekak (sebab tekaknya kelihatan merah kata doktor).

Hari ketiga, Khamis, demam kebah tapi Jumaat pagi 13 Jun 2014, penuh bintik-bintik merah macam baby Irfan kena tu di badan Adam.

OK, rupanya demam 2-3 hari lepas campak ni la nak keluar ni. Aku pulak dah terbagi PCM syrup. Hmmm...takpalah dah tatau...nak buat macam mana kan.

So, apa yang aku buat sepanjang Adam campak?

1. Stop consume PCM syrup memandangkan demam Adam dah kebah 2 hari sebelum tapi masih monitor suhu badan.

2. Sapukan calamine lotion untuk kurangkan kegatalan.

3. Perbanyakkan minum air kosong.

4. Teruskan penyusuan dan pemakanan macam biasa - memandangkan Adam berselera dan aktif macam biasa. Alhamdulillah.

5. Bagi Adam makan sup ayam untuk mengeluarkan campak/'panas dalam' tu sampai 'habis', orang tua pesan sampai ke tapak kaki dan tangan.

6. Bagi minum air kelapa - aku belum bagi Adam minum lagi. InshaaAllah petang ni balik dari kerja nak pergi cari air kelapa. Huhuhu...

Apa yang selalunya ibu-ibu di luar sana buat apabila anak terkena campak? Apa petua-petua yang boleh kita cuba?

1. Calamine lotion antara salah 1 cara untuk mengurangkan kegatalan selain menggunakan daun semambu - dilapik/dialaskan di tilam anak atau direndamkan di dalam air mandian anak.

2. Bedak sejuk juga antara salah 1 cara untuk mengurangkan kegatalan.

3. Bagi minum air kelapa dan sup ayam.

4. Kalau anak masih demam dalam masa yang sama, pastikan suhunya terkawal. Pakaikan baju nipis dan tak berpotensi menambahkan kegatalan di badan. Biarkan 'panas dalam' keluar secara semulajadi.

5. Penyusuan tetap diteruskan. Lebih baik sekiranya susu ibu sebab sedia maklum susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak-anak kita.

6. Untuk penyusuan ibu, si ibu perlu berpantang dari memakan makanan yang berpotensi gatal dan elakkan beri anak makan makanan yang gatal (udang, sotong, seafood etc.), makanan yang berminyak/bergoreng especially toddlers yang dah mula makan makanan solid.

Hmmm setakat ni tu saja petua yang aku terbaca di blog ibu-ibu lain yang boleh dikongsi bersama. Kalau ada tambahan info bolehlah ditambah kat ruang komen bawah ye.

^_^

Wednesday, 21 May 2014

Pengasuh Bayi : Beralih Tempat Asuhan Lagi!


ASSALAMU'ALAIKUM

Gambar di atas ni sebagai hiasan. Tertarik dengan gambar ni sebab Subhanallah, indah sungguh ciptaan Tuhan kan? Mana-mana, rata-rata bayi, semuanya comel, sejuk betul mata memandang.
Tak tergamak dan tak terlintas langsung di hati kita nak apa-apakan bayi secomel ni...

Ok mukadimah aku semacam je...Adam kena dera ke?
Bukann...kalau ikutkan tajuk entri aku kali ni...memang sekali baca mungkin ada kaitan dengan kes dera pun boleh jadi penyebab aku beralih tempat asuhan Adam lagi. Lagi??
Hmmmm....sebenarnya aku nak cerita yang aku tukar pengasuh Adam lagi...Huhuu..

Selepas TM Dynamic Kids menjadi pilihan, kami beralih ke Balai Polis Pantai sebagai tempat asuhan Adam.
Namun, jodoh Adam di situ tak panjang, pengasuh di situ menelefon kami mengatakan tak boleh jaga Adam lagi. Katanya takut dipersalahkan kalau apa-apa terjadi pada Adam.

Takut dipersalahkan?
Kami tak pernah menyalahkan diapun. Kira ok lagi la boleh consider juga. Kalau parents lain mesti dah kena marah. Haihhh...

Cuma ada sehari tu bila sentuh kepala Adam terasa ada benjol.
Adam pun nampak sakit bila disentuh.
Akupun telefon menanyakan pengasuh pasal benjol tu.

Adam ada jatuh ke? Ada katanya dalam bilik air.
Hmmm dah berapa kali jatuh pun tak tahulah tapi kenapa tak diberitahu awal-awal.
Adam dah muntah-muntah demam lagi, ibu mana yang tak risau.

Sekadar bertanya, bukan menyalahkan. Salah ke kita sebagai parent bertanya kalau ada yang tak kena pada anak. Anak kitakan bawah tanggungjawap dia sepanjang kita hantar ke rumah dia untuk mengasuh?
Agaknya mungkin sebab pertanyaan tu terlalu sensitif bagi dia, seolah-olah aku tidak meletakkan kepercayaan penuh kepada dia menjaga Adam, so memang tak boleh kata apalah kan..
Lagi alasan katanya ibu-ibu kepada anak-anak yang lain risau kalau Adam menjangkiti anak-anak mereka pula. Asyik sakit katanya. Wallahu'alam entah betul entah tidak. Padahal Adam cuti sakit baru sekali sepanjang bawah jagaan dia. Entah kat mana yang Adam selalu sakit agaknya ye.
Hmmm dah macam anak aku pulak yang bawa penyakit. Subhanallah...

Kalau dah begitu katanya, alkisahnya, itulah pengasuh yang keempat untuk Adam dalam tempoh setahun sebulan ni....

Operasi mencari pengasuh yang baru berterusan lagi...
Lepas satu, satu dugaan datang...
Alhamdulillah...

Semoga pengasuh yang baru nanti serasi dengan Adam inshaaAllah.
Kesian Adam asyik bertukar sana sini...Hmmm...kalaulah Mama boleh berhenti kerja kan..

Friday, 18 April 2014

Adam : Isolated!



ASSALAMU'ALAIKUM

Pagi Sabtu memecah keheningan bila Adam mula menangis dan merengek kurang sedap badan agaknya.
Doktor meminta Adam dimasukkan ke wad sebab dia dijangkiti HFMD dan semestinya kena isolated.



Disebabkan urat atau vein Adam terlalu halus, banyak kali juga doktor cucuk Adam untuk drip air.
Lastly di kaki juga yang jumpa uratnya.

Punya menangis fobia kalau nampak misi berbaju biru.
Terbeliak menahan sakit setiap kali dicucuk keluar masuk. 
Runtun betul hati ni rasa masa tu tapi terpaksa.

Persepsi aku pada taska semakin kurang best.Huhu.



Hari kedua di wad, Alhamdulillah Adam nampak sangat cergas. Makan minum kembali seperti biasa cumanya bintik-bintik merah masih kelihatan di seluruh badan.

Adam dibenarkan pulang rehat di rumah tapi masih perlu dikuarantin selama seminggu sebelum dihantar ke taska semula. Hukhuk.



P/S: Nak dijadikan cerita selepas 2 hari Adam dihantar ke taska semula, Adam kembali tak sihat. Muntah cirit lagi pulak dan sampai ke hari ni, aku sendiripun dah fobia nak hantar Adam ke taska tu. Tengah giat mencari pengasuh baru sekarang ni. Tak mau lagi hantar Adam ke taska tu....

Mungkin Adam kurang rasi dengan tempat tu agaknya sebab budak lain aku tengok ok ja...Hmmm..

Adam : Demam Lagi!


ASSALAMU'ALAIKUM

Entri bersambung tanpa gambar sebab memang aku tak sempat nak tangkap gambar Adam masa dia demam. Aku kerisauan sebab demam Adam terlalu tinggi dan hari Khamis 3 April 2014, aku nampak ada bintik-bintik merah di perut Adam.

Encik suami tak ada pula.
Outstation ke Melaka. Aku risau Adam denggi. 
Aku terpaksa minta tolong Ayah kepada pengasuh lama Adam bawakan aku ke hospital berhampiran untuk check darah Adam.

Alhamdulillah, susah payah Pakcik Roslan dengan isteri, serta pengasuh Adam yang lama tolong aku bawa ke hospital. Aku sangat-sangat berterima kasih atas kesudian mereka menolong aku dan Adam.
Aku langsung tak terfikir macam mana aku nak balik rumah nanti, hanya Adam dalam kepala aku masa tu.

Selepas saja darah di ambil, aku diberitahu boleh balik dan tunggu doktor sendiri yang akan call aku bagi tahu keputusan darah.
Alamak! Macam mana aku nak balik dalam keadaan hujan lebat. Kat mana aku nak dapatkan teksi hujan-hujan gini...

Aku rehat dulu di ruang lobi, dan terfikir nak bertanya pada receptionist hospital.
Rupanya aku boleh dapatkan teksi di kaunter lobi di luar. Alhamdulillah sambil aku tunggu teksi, doktor call. Menurut kata doktor, Adam negatif denggi cuma sel darah putihnnya mengandungi sedikit kuman.

Padahal malam sebelum tu aku dah ke hospital yang sama, doktor kata Adam demam viral.
Hmm tak apalah yang pasti aku nak anak aku sihat semula seperti biasa.

Sampai di rumah, aku tuam Adam seperti biasa.
Tapi sebelah malamnya suhu Adam sangat tinggi mencecah 39.7 darjah, aku terus mengajak encik suami ke hospital lagi pada hari Sabtu pagi.

Terus doktor sahkan Adam dijangkiti HFMD. Perlu dimasukkan ke wad.

Persepsi aku pada TM Dynamic Kids bertambah buruk tapi masih cuba berfikiran rasional. Sakit tu boleh dijangkiti di mana-mana sekalipun tanpa kita sedar.

Jadinya 3 kali aku ke hospital tu, Adam didiagnosiskan sampai 3 jenis sakit:

1. Demam viral
2. Jangkitan kuman pada sel darah putih
3. Hand Foot and Mouth Disease (HFMD)

Bersambung...

TM Dynamic Kids : Day 1 & Day 2 Adam Farhan


ASSALAMU'ALAIKUM

Tak berkesempatan aku nak meng-update blog sejak-sejak masuk April ni kan sebabnya si kecil aku yang seorang ni tak sihat sangat. Aku sekali dah macam panda makan batang buluh dah jadinya sebab kurang tidur.
Sebelum aku meroyan pasal Adam kurang sihat, aku rasa elok aku cerita dulu tempat asuhan Adam yang baru seperti yang aku janjikan sebelum ni.

Gambar di atas hasil tangkapan encik suami. Hari pertama Adam ke TM Dynamic Kids bertempat di Menara TM Kuala Lumpur. Agak well known di kalangan staf TM ye sebenarnya.
Begitulah keadaannya bilik atau kelas untuk bayi berumur seawal 7 bulan hingga ke 2 tahun ditempatkan.

Dihamparkan tilam secara selari sepanjang bilik dan haruslah setiap tilam dah berpunya. Adam masih baru ditempatkan paling hujung berhampiran pintu masuk.
Sedih sebenarnya nak meninggalkan Adam di sini tapi apakan daya Mama terpaksa.

Cuba berfikiran positif yang Adam akan mula bergaul dengan kawan-kawan yang lain dan InshaaAllah akan bertambah baik selepas ni. Aku pasti ibu bapa yang lain pun berperasaan seperti aku juga. Tak pernah terniat nak meninggalkan anak di tempat yang tidak selamat. InshaaAllah semua akan ok.

Namun, persepsi aku pada taska ni mula berubah pada hari kedua Adam dihantarkan ke taska.
2 April 2014, selepas kerja aku bergerak awal dari biasa terus ke taska.

Adam tertidur di sisi tilam dengan keadaan kaki terjuntai ke lantai. Pendek kata tidak diletakkan di tilam secara proper. Point untuk kenakan taska ke? Eh, tidak. Aku faham mungkin Adam selesa tidur begitu dan dibiarkan cikgunya dalam keadaan begitu.

Aku angkat Adam dengan harapan Adam masih tidur tapi sebaliknya berlaku.
Adam terjaga dan terus menangis secara tiba-tiba.
Badan Adam agak panas.
Sampai rumah, OK Adam demam.
Adam demam biasa atau sebaliknya?


Bersambung entri seterusnya sebab nak asingkan tajuk entri...

Monday, 31 March 2014

Adam vs. Adamia


ASSALAMU'ALAIKUM

Weekend lepas, baru ni, parent mertua datang ke KL sebab nak menghadiri majlis doa selamat di rumah anak saudaranya di Taman Permata Wangsa Maju. Doa selamat selepas Zohor, birthday party di sebelah petang. Kami ni tak berapa gemar attend birthday party tapi disebabkan sekali harung dengan doa selamat sebelumnya...tunggu jugalah sampai ke petang...

Memang tak sah kalau my parent in law datang KL tak singgah rumah.
MESTI singgah sebab nak jumpa cucu sulong yang sorang ni!

Tak tidur di rumah kami ke?
Takk...deme tidur di rumah biras aku di Wangsa Maju.
Hari Sabtu aku dan encik suami ada juga ke rumah biras berkampung sana sampai ke malam.
Hehehe...
So hari Ahad semalam, sebelum bertolak balik Ipoh, PIL singgah rumah aku hantar adik ipar aku kejap. Adik ipar aku tinggal sekali dengan kami di rumah tu. Diapun pergi berkampung di rumah biras aku tu semalaman tidur di sana. 

Walaupun sekejap je deme singgah (ehhh tercakap peghok pulak hehehe, actually my PIL orang Perak)...ok sambung..
walaupun sekejap je deme singgah, tapi sempat jugak la melanyak si kecik sorang tu...dah puas main dengan cucu sorang lagi di Wangsa Maju, si comel Khalish, datang main dengan Adam pulak...

Nak tengok tak apa jadik dekat si kecik hasil kerja Atok dan Opahnya??






Hahahaha...ini lah dia perkenal kan

ADAM vs ADAMIA!!!

Hehehe...kesian anak Mama sorang ni kena buli...
Tapi Mamanya pun tumpang gelak sekali...
Hahaha

P/S: Thank you adik! Ehsan gambar Adam ni ha...Adik ipar lelaki aku punya kerja tukang snap gambar. Hehe..

Wednesday, 12 March 2014

Pengasuh Bayi : Pengasuh Adam II

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat tengahari menjengah ke petang sudah. Entri kali ni boleh dikatakan sambungan kepada entri terdahulu (klik SINI). 

SELEPAS 6 BULAN

Selepas 6 bulan aku menghantar Adam ke rumah pengasuh di Balai Bomba & Penyelamat Bangsar, aku dan encik suami mengambil keputusan untuk tidak menghantar Adam ke situ lagi atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Aku tak akan menyatakan di sini sebab-sebabnya demi menjaga kesensitiviti yang mungkin akan timbul pada sesetengan pihak.

Terima kasih banyak kepada keluarga Kak Rusidah kerana sudi menjaga Adam selama hampir setengah tahun. InshaaAllah panjang umur, ada rezeki, kami akan singgah lagi ke rumah.

FEBRUARI 2014

Bermula di rumah pengasuh baru. Isteri kepada teman sepejabat aku menawarkan diri untuk menjaga Adam. Alhamdulillah. Ada yang sudi menawarkan diri, nak lagi dekat dengan pejabat aku. Senang kalau aku nak berulang alik sekiranya ada kecemasan. Pengasuh Adam yang baru ni namanya Laila.

(Adam & Adik Pengasuh)

Haaa gambar di atas tu, gambar selfie Adam dengan adik pengasuh Adam yang sekarang. Alhamdulillah seluruh keluarga pengasuh sayang Adam macam anak sendiri. Dari Mak, Adik, Ayah, Nino (nenek dalam bahasa Kerinchi), semua sayang Adam.
Tapi biasalah kalau dah terlalu selesa, Allah menguji kita dengan meminjamkan kepada kita kejap je. Adam tak lama dengan Laila.

Sebab....

MAC 2014

Aku dapat panggilan dari taska The Dynamic Kids di Menara TM, nama Adam dah naik. Dah sampai giliran untuk kemasukan segera. 
Aku daftar nama Adam dah lama. Kalau tak silap aku bulan 7 2013, baru sekarang dipanggil namanya.
Tapi tak sangka pula secepat ni. Mungkin aku terasa cepat sebab dah selesa hantar Adam ke rumah Laila. 

Sedih Laila & Fariq (kawan sepejabat aku) apabila tau bulan ni, bulan last aku hantar Adam. Laila sampai menangis. Huhuhu. Even keluarga Laila pun sedih sampaikan adik Laila (dalam gambar) berat hati nak lepaskan Adam suruh Adam stay juga.

Kenapa tak nak stay? Hmmm aku & encik suami bukan tak nak stay tapi memikirkan Laila & Fariq, keluarga Laila yang pasti teringin nak punya anak dan cucu sendiri. Laila akan mengandung tak lama lagi InshaaAllah, mesti tak larat nak jaga Adam yang makin lasak. Fuhh...panjat sana sini, merangkak sana sini, memaut sepah semua barang ikut suka hati.

Mintak maaf kepada Laila sekeluarga kerana kami terpaksa buat keputusan yang berat ni. Lepas ni Adam terpaksa berdikari sebab perlu berkongsi perhatian dengan bayi yang lain.

Diharap ada hikmah disebalik semua ni. Laila pun boleh sambung berehat selepas 2 kali keguguran. Adam pun InshaaAllah boleh belajar bergaul dengan bayi dan bebudak lain. Sebagai persediaan juga kepada kami sebagai Mama dan Abah,  Adam akan bersekolah juga 1 hari nanti.

Adam akan membesar. Semoga hidup yang dipilihnya nanti berdasarkan jalan yang 1 iaitu jalan yang ditetapkan Allah SWT. Moga jadi anak yang soleh. InshaaAllah. Amin.

Jadinya kami buat keputusan untuk menerima tawaran kemasukan taska Menara TM tu mulai bulan depan, April 2014.


APRIL 2014

Coming soon....mungkin entri pasal taska tempat mengasuh baru Adam pula selepas ni. InshaaAllah.

Jumpa lagi.... :)

Wednesday, 12 February 2014

2 Beranak Dimasukkan Ke Wad Akibat ROTAVIRUS

ASSALAMU'ALAIKUM

Masuk entri ketiga dah aku rasa yang ni. Haa lantakkan memandangkan aku memang tengah bosan tak ada kerja nih. Cerita ni 2 minggu lepas punya cerita. Pendek kata bulan lepas punya cerita.

Pada 25 Januari 2013, jam 1 pagi, Adam merengek. Aku check lampin, basah dan penuh. Bukak nak salin, Adam cirit sampai bocor! Hmmm tak apa-apa kot. Jam 3 pagi, Adam cirit lagi sampai bocor! Hmm lain macam je nih. Tak pernah Adam cirit sampai bocor dan sekerap ni.

Sampailah ke siang, Adam bersambung episod cirit biritnya. Suhu badanpun semakin naik. Bawak ke klinik, doktor kata, cirit biasa. Bertahan lagi. Pun bertambah kerap ciritnya, sampai ke malam tu kami bawa ke klinik lain pula sebab najis Adam dah bertukar jadi puri rumpai (warna hijau betul!) Haiyaaa ini tak boleh jadi. Pergi ke klinik malam tu, terus mintak surat rujukan ke hospital berdekatan in case kalau-kalau Adam semakin teruk walaupun doktor klinik kedua kami pergi tu kata tak ada apa yang perlu dirisaukan.

Cirit Adam berterusan. Besoknya 26 Januari 2014, aku terus mengajak encik suami ke Hospital Pantai.
Doktor suruh admit untuk ambil sampel najis Adam.

(Tengah diambil blood pressure)

Kesian aku tengok Adam, macam dah letih sangat asyik cirit dan muntah. Boleh tertidur tak sedar apa masa misi mai ambik BP dia. 

(Happy je tengah main)
Lampin dah berapa kali tukar dah masa ni kan. Tapi dia tetap senyum. Alhamdulillah anak mama kuat kan? Hehehe. Masa ni doktor dah mengesahkan Adam terkena jangkitan rotavirus. Kami syak mesti terjangkit masa di rumah pengasuh. Sebab sebelum tu pun pengasuh dan anak pengasuh sendiri pun terkena cirit birit dan muntah juga. Kesian Adam. InshaaAllah cepat sembuhnya.

(Aikk Mama sekali masuk wad?)
Haa ni apa cerita pulak nih? Hahaha. Nak dijadikan cerita. Aku terlupa yang aku tak boleh kongsi bekas makanan dengan Adam. Sebab dari perkongsian tu pun boleh berjangkit. Horror tak rotavirus nih? Huhuhu. Aku kongsi sudu dengan Adam di sebelah petang dalam jam 5 atau 6 petang. Selepas Maghrib je aku dah terasa lain macam. Asyik cirit dan muntah. Aku ingatkan larat la tahan. Pergi turun bawah ambik ubat, makan ubat pun termuntah balik. Terus aku lembik.

Terpaksa pergi ke emergency room. Hahahaha. Sudah dengan Mamanya sekali masuk wad mintak katil sebelah anak. Alhamdulillah senang dapat. Kesian Abahnya nak menjaga kami 2 beranak. Terpaksa panggil Mama Abah mertua aku datang untuk bergilir jaga sementara encik suami pergi kerja. Seksanya rasa bila tak boleh bergerak bebas, tangan dicucuk untuk drip. Sudah nak berulang ke bilik air lagi berak-berak dengan drip sekali aku terpaksa angkut. Tak pernah aku rasa seteruk ni.

Tapi sebenarnya dalam aku tak sedar, terima kasih kepada kawan baik aku Asma Dat sebab mengingatkan aku, mungkin Allah nak aku rehat setelah terlalu penat menguruskan macam-macam urusan. Hmm fikir-fikir balik betoi jugak kata Asma tu.

Walaupun aku nampak lemah terlantar di katil dan asyik ke bilik air, dalam masa yang sama sebenarnya Allah nak aku rehat. Rehat betul-betul di hospital dengan rawatan yang secukupnya. Alhamdulillah. Terbuka sikit mata hati aku ni untuk menerima dugaan Tuhan ni dengan hati yang terbuka.

Dah tu sebelum ni tak redha lah? Haip haipp...bukanlah tak redha cuma biasalah syaitonirrajim dok membisik tepi telinga suruh pesong dari redha...tapi Alhamdulillah ada kawan macam Asma yang sentiasa mengingatkan aku di kala aku terlupa...supaya bukak mata hati tu luas-luas lagi..jangan kecik-kecikkan...Saling mengingati tak salah kann..Hehehe..

(Yeay dah boleh balik!)
Kesimpulannya, Adam, dari hari Ahad sampai ke hari Rabu, aku pula hari Isnin sampai ke hari Rabu dimasukkan wad. Kami semakin sihat dan boleh dikeluarkan dari wad rehat di rumah pula. Lagi seminggu kena datang lagi untuk appointment follow up.

Asalnya masa cuti Tahun Baru Cina tempoh hari, kami sepatutnya balik Ipoh. Rumah mertua aku. Tapi dah Mama Abah pun terpaksa datang sini, kami masuk wad lagi. Tak jadi balik Ipoh. Huhuhu.

InshaaAllah nanti berkelapangan hujung minggu lain hari kami balik ye...Jumpa lagiii~

P/S: Terlupa nak buat review sikit pasal servis di Hospital Pantai ni.
Ini kali kedua Adam dimasukkan ke wad hospital ni.
Kenapa kami datang lagi untuk kali kedua?
Sebab kami sangat puas hati dengan servis di hospital ni.
Encik suami juga pernah menerima rawatan di sini untuk penyakit pneumonianya dulu.

Memang recommended bagi sesiapa berhampiran dengan Hospital Pantai Bangsar.

Tapi kalau tak sebab company insurance aku tak mampu juga nak masuk hospital ni sebenarnya.

Alhamdulillah.



Got A Haircut For My Little Pumpkin!


ASSALAMU'ALAIKUM

Tengok tajuk macam gempak kan? Hehehe. Tiba-tiba nak cakap orang putih! Menyampah betoi!
Tajuk je la bahasa mat salleh pun. Isi entrinya minah belacan jugaaa...Hahaha.

Tak reti aku nak mengarang melampau dalam bahasa asing tu.
Lagi laju aku menaip bahasa lidah belacan aku ni.

Hari Jumaat (10/01/2014), encik suami mengajak ke Midvalley Megamall selepas kerja petang tu.
Aku tanya, "Nak buat apa ke sana?"
Dia jawap, "Nak potong rambut Adam. Boleh?"
Aku lagi sambung, "Haihh...buang tebiat gamaknya nak potong rambut Adam kat sana? Kedai mamak biasakan banyak"
Dia jawap lagi, "Alaa..tak apa. Selesa sikit sana ber-aircond. Hehe"
Dalam hati aku, elehhh~ kepala sendiri boleh pulak kedai mamak. Haa ikut suka hatilah. Aku lagi suka mengekor pergi berjalan. Hehehe.

Jalan punya jalan, sampailah ke kedai gunting rambut tu.
Abahnya, "Boleh gunting rambut baby tak?"
Amoi, "Woo kalau dia duduk diam saya cuba lohh~"
Abahnya, "Hmm macam mana? Nak potong tak rambut Adam?"
Aku, "Hmmm tah..hehe ikutlah"
Abahnya lagi, "Ke nak makan dulu?"
Amoi, "Haa apa kata you pergi makan dulu nanti you datang balik"
Sudahnya kami pun mengangguk setuju pergi la cari makan dulu.
Usai makan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi tu.
Tunggu turn akhirnya sampai turn Adam!
Amoi tadi bagi 1 kerusi tinggi sikit, letak Adam di situ.
Beginilah rupanya my little pumpkin while having his haircut! Hehe.

(Apa nih? Apa nih? Haha)
(Sibuk dok mencari bunyik mesin rambut!)
(Hampir siap!)

(Alaa rambut Adam dah tak ada laa hehe)

Haa itulah dia pengalaman membawa anak 9 bulan pergi potong rambut. Alhamdulillah mahu duduk diam melainkan touch up hujung-hujung tu dia dah start merengek rimas.

Hari ni marathon update blog ye kawan-kawan sekalian.
Dah masuk entri kedua dah ni. Hehehe.

Bersambung dengan entri sempena Hari Tahun Baru Cina...

Cuti Hari Natal 2013 Di Perlis

ASSALAMU'ALAIKUM

Bosan asyik sebut Hari Krismas, kita tukar angin sikit sebut Hari Natal.
Terlepas pandang pula masa cuti Hari Natal tahun lepas kami ambik peluang balik Perlis.

Masa tu boleh dikatakan musim sejuk. Tidur malam tak perlu dah bukak aircond. Selalu tu berbahang. Perlis kan memang terkenal dengan suhu tingginya, tempat panasnya, berbahangnya tapi hari tu kami balik macam di Cameron Highlands pula.
Walaupun hari cerah tapi angin sejuk sepoi-sepoi bahasa.

Macam biasa, enjoy habis-habis selama balik kampung tu. Sebab tau lepas ni mesti dah susah nak balik Perlis lagi. Almaklum jauh 1 hal, cuti encik suami pula tak banyak. Kedekut betoi company tempat dia kerja tu. Menyampah tau!

Sementelah susah nak balik selalu, sempat juga snap beberapa gambar masa kami bawak Mak Abah berjalan ke Kuala Perlis.
Makan di tepi pantai lagaknya.
Pantai yang airnya tak ada. Hahahaha.




Taraaa! 
Hasil Abahnya menangkap gambar masa bersantai di tepi pantai Kuala Perlis tempoh hari.
Mamanya pun sibukkan diri masuk sekali. Hehehe.
Mak Abah sibuk menunggu di meja sebab Abah dah tak larat nak berjalan sangat.
Kami sibuk ber-shooting. Hehehe.

Rindunyalah kampung Perlis nih.
Entah bila lagi boleh balik ke sana :(

Harap Mak Abah sihat-sihat saja di sana ye.
Anak sentiasa mendoakan Mak Abah sentiasa.
InshaaAllah berkelapangan berkesempatan panjang umur ada rezeki, kami balik lagi jenguk Mak dan Abah ye.



Monday, 13 January 2014

TESTIMONI SUFFY GOAT : Demam/Selsema Cepat Kebah

ASSALAMU'ALAIKUM

Salam petang buat semua pembaca blog sekalian...

Monday blues ke semua hari ni?
Aku pun terasa juga monday blues tuh...petang-petang macam ni sementara tunggu kerja masuk, baik aku menyempatkan diri up entri 1 kan?!
Hmmm...ni entri testimno kedua aku berkenaan dengan pengambilan susu Suffy Goat untuk Adam.
Aku perasan sejak dua menjak ni, sepanjang Adam minum susu kambing Suffy, Alhamdulillah, kalau Adam selsema atau demam, dalam masa 1-2 hari dah kebah. Hingus pun dah kering.
Sebelum ni mau makan seminggu juga nk kering...
Begitu juga berkesan untuk kahak...
Setiap kali selsema pasti ada batuk berkahak, pun Alhamdulillah cepat redanya...

Yelah semua tu atas izin Allah Taala juga kan...
Kita usaha mencari ubatnya setiap kali kita sakit dan cuba elak untuk sakit...
Itulah yang aku cuba buat...berusaha dapatkan apa saja yang terbaik untuk Adam
Kita hanya mampu merancang Tuhan saja menentukan...

Lagi pula kitapun sedia maklum khasiat susu kambing ni kan..
Apa-apa pun semua atas izin Allah Taala...

Itu saja untuk entri kali ni..terima kasih sudi singgah...Hehehe

Thursday, 9 January 2014

Pengalaman Bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya II


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...
Memandangkan trafik ke ENTRI sebelum ni berkenaan dengan Pengalaman Bersalin di Pusat Perubatan Univerisiti Malaya mendapat hit yang agak banyak...aku terpanggil untuk buat entri yang ke-2.

Tengok tu hit banyak, tapi tiada 1 pun yang tinggalkan komen. Mungkin memasing malu nak bertanya ataupun memang blog aku entah apa-apa. Hahaha. Apa-apa je lah ye. Aku tetap nak buat review tambahan pasal Pusat Perubatan Universiti Malaya ni.

Bagi aku di mana-mana hospital kerajaan, pusat bersalin kerajaan pun begini jugalah kaedahnya.
Kaedahnya macam mana tu ye?
Hmm maksud aku, kaedah yang dikatakan kita kena berdikari dalam segala hal.
Tapi...ada juga aku dengar-dengar pengalaman kawan-kawan yang bersalin di hospital kerajaan baru yang lain...so far Alhamdulillah tidaklah se-berdikari di PPUM. Hahaha..rezeki memasing la kot kan...
Begini ceritanya...
Biar aku jelaskan sikit sebab dari tadi asyik berkias, orang pun bosan menunggu bila lagi mak budak ni nak bercerita...

Dari apa yang aku nampak benda-benda utama, aku kurang berpuas hati dengan PPUM antaranya adalah:

1. Suami tidak dibenarkan bersama si isteri ketika di dalam labor room atas alasan tidak mencukupi staf sekiranya berlaku apa-apa kecuaian dari pihak si suami itu sendiri. 
Contohnya, si suami pengsan setelah melihat darah semasa si isteri bersalin. 
Contoh ni diberikan sendiri oleh jururawat yang bertugas ketika tu...semasa aku bertanyakan perihal tersebut.

2. Suami, malah si ibu sendiri tidak dibenarkan menunggu atau menemani si isteri yang nak bersalin di dalam wad. Hanya dibenarkan semasa waktu melawat sahaja atas alasan tidak mahu mengganggu pesakit yang lain (tidak begitu jelas dengan alasan ni. Harap sesiapa yang faham tolong jelaskan kepada aku) Huhu...

3. Aduan kekurangan gas pelali atau penahan sakit ketika menghadapi kontraksi dan menjahit selepas bersalin (bagi yang bersalin normal) diterima dengan sikap acuh tidak acuh.
Dimintanya aku terus menyedut gas tersebut tanpa sebarang semakan samada gas tersebut sudah habis atau tidak. Tapi mungkin juga ada buat semakan cuma aku je tak perasan. Wallahu'alam.

4. Ketika proses jahitan di jalankan, sudah tentu tenaga si ibu yang baru lepas berkerah tenaga melahirkan anaknya, sudah kehilangan seluruh kudrat. Kangkangan juga mestilah lemah tapi dimarahi pula sang doktor supaya kangkang betul-betul sambil menolak kaki dengan kasar. Maaf kalau bahasa kasar tapi ini realiti cuma tiada saksi. Sakit kot jahit tanpa bius kat bawah tuuu~ Tuhan jelah yang tau...Subhanallah. Cuba ko yang aku jahitkan hidup-hidup...boleh tahan tak sakitnya macam mana?? Info tambahan : Doktor lelaki OK! Huhu

5. Bayi yang baru dilahirkan, setelah dimandikan dan dibersihkan, ditolakkan ke kaunter hadapan dan dibiarkan tanpa pengawasan jururawat melainkan jururawat yang bertugas di kaunter sahaja.
Ni hasil maklumat dari encik suami yang disuruhnya azankan Adam di hadapan kaunter tanpa sebarang privasi. (Ni mungkin sebab aku bersalin malam dan ramai bayi lain nak diuruskan, jururawat pun tak sempat nak perhatikan secara teliti setiap bayi tapi aku masih tidak boleh terima. Huhu)

Setakat yang aku ingat itu sahajalah senarai yang aku kurang berpuas hati dengan servis di PPUM.
Kalau aku ada teringatkan lagi, nanti aku update semula.

Kesimpulannya di sini, kalau kekurangan budget untuk ke hospital swasta macam aku ni, silalah mencari hospital kerajaan yang lain. Bukan PPUM.
Kalau boleh kumpul duit, kumpullah seboleh sebanyak yang mungkin untuk bersalin di hospital swasta yang lebih banyak membantu kita melakukan gentle birth (boleh tanya Encik Google ye).

Isu menahan sakit jahitan, isu mengawal perasaan stres selepas bersalin boleh mengganggu penyususan susu badan kepada bayi.
Walaupun nampak kecil bagi sesetengah pihak, bagi aku sangat besar kesannya.

Harap sediki sebanyak mampu membantu bakal-bakal ibu pertama kali atau kedua kali atau keberapa kali pun diluar sana.



Friday, 20 December 2013

TESTIMONI SUFFY GOAT : Alhamdulillah...Hilang Bau Nafas

(Google Image)

ASSALAMU'ALAIKUM

Apa yang dimaksudkan dengan bau nafas ye? Hmm maksud aku di sini, sebelum aku kenal susu Suffy Goat, aku bagi anak aku minum susu Anmum. Awal-awal alhamdulillah tiada masalah dengan susu Anmum. Tapi lama kelamaan masuk bulan ke 5, nafas Adam berbau sikit.

Aku semakin risau, bimbang kalau mulutnya ada infection yang serius yang menyebabkan penghasilan bau tersebut. Hari demi hari aku cuba buat pemerhatian dari segi keaktifan Adam, penerima susu dan macam-macam lagi lah. Alhamdulillah Adam masih minum susu macam biasa, tiada pengurangan dan masih aktif. Malah bertambah aktif.

Terus jumpa doktor.
Doktor Izeta, pemilik klinik Mutiara di Wangsa Maju, jelaskan pada aku, selalunya, bau nafas bayi berpunca dari bau susu yang mengalami fermentasi.Susu yang diminum bayi tertinggal di dalam mulut bayi boleh menyebabkan bau kurang enak.

Pada masa tu, mulut Adam memang ada jugak kesan putih di dinding mulut dan lidah.
Doktor nasihatkan supaya rajin mencuci bahagian dalam mulut Adam menggunakan kain bersih yg dicelup dengan air suam.

Tetapi Alhamdulillah sejak aku bertukar kepada susu Suffy Goat, kesan bau tu semuanya hilang dengan hanya baru 2 hari sahaja. Mungkin setiap bayi berbeza kesannya. Ataupun mungkin hanya kebetulan sahaja bau nafas Adam hilang.

Apa-apapun syukur sangat sebab risiko disebabkan jangkitan kuman mulut Adam berbau tu definitely bukan penyebabnya.
Semata-mata kerana susu terutama sekali bayi yang minum susu formula.
Aku hanya menceritakan pengalaman aku dan Adam sepanjang pengambilan susu Suffy Goat sahaja.

Nantikan tertimonial yang lain di entri akan datang...
terima kasih sudi singgah ke blog ini :)
 

Friday, 15 November 2013

Suffy Goat - Pemakanan Sunnah





ASSALAMU'ALAIKUM
 

~ Susu kambing yang diformulasikan dengan pemakanan sunnah serta diterapikan dengan terapi ruqyah daripada ayat-ayat syifa' pilihan.

APA KELEBIHAN SUSU SUFFY GOAT DENGAN SUSU KAMBING YANG SEDIA ADA?

SUFFY GOAT adalah merupakan susu kambing organik. Di mana penternakan serta pengawalan makanannya adalah terkawal dari segi sumbernya dan tanpa sebarang bahan kimia atau suplimen tambahan.

SUFFY GOAT, susu kambing keluaran My Suffy Marketing merupakan susu kambing terbaik yang diformulasikan dengan tmbahan MAKANAN SUNNAH seperti KURMA, MADU dan DELIMA. Kemudian ditambah baik lagi dengan KHASIAT RUMPAI LAUT.


Susu ini sangat baik untuk bayi berumur 6 bulan dan ke atas. Malah baik juga untuk ibu-ibu mengandung, meyusukan dan juga golongan dewasa yang mementingkan penjagaan kesihatan. Pakar-pakar pemakanan sedunia telah bersetuju bahawa komposisi susu ibu dan susu kambing HAMPIR SAMA.

Susu kambing mengandungi 3.1% lemaknya sama dengan peratus lemak susu ibu. Dari segi proteinnya pula susu kambing mengandungi 3.7% dan peratusan ini juga sama dengan susu ibu. Kerana itulah pada zaman Nabi SAW, susu kambing menjadi alternatif kepada ibu ketika mana ibu tidak dapat menyusukan anak.

Sebab itulah juga amalan meminum susu kambing amatlah digalakkan. Hikmah yang cukup besar kerana berpotensi melahirkan anak hebat, cerdik, cergas dan IQ yang tinggi. Insyaallah.

Berat: 500gram
Harga:RM40
(1 unit) / RM35 x 15 unit (1 katon) 


PM sekiranya berminat untuk mencuba! :)
Emel : nintaizuyoku@gmail.com atau
tinggalkan pesanan pada ruangan komen atau
SMS/Whatsapp : 017 6190 035
 
Daisypath Friendship tickers