Recent Posts

Search This Blog

Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

Thursday, 14 January 2016

Tahun Baru 2016


ASSALAMU'ALAIKUM

Kembali aktif dengan blog nampaknya kawan kita ni ye...hahaha...
Jangan hangat-hangat pisang goreng sudahlah ye...
Almaklum awal-awal tahun, masih ada kelapangan, rajin la menjengah ye?

Dah pertengahan bulan Januari dah yang oiii...
Baru nak update pasal 2016 ke?

Buat malu jakk...Hahaha..
Mana taknya, 2015 melabuhkan tirai pun aku baru nak berlabuh hari tu...
ni anggaplah baru nak melebarkan sayap 2016 walaupun dah tengah bulan...

Tahun baru aku di kampung halaman...saja bawa anak bujang bercuti jumpa Maktok dan Tok Bah. Lagipun dah lama tak balik sana. Rindulah katakan.

Aktiviti di kampung?
Hmm macam biasa, menternak lemak, makan macam-macam sampai tak ingat baju dah makin mengecut!

Alhamdulillah Abah pun nampak makin sihat lepas keluar wad bulan 11 hari tu.
*Ni dikira imbasan 2015 serba sikit ye

Dah boleh berjalan walaupun masih menggunakan tongkat...tapi syukur sangat dah tu.
Dah boleh diajak berjalan sampai ke Kuala Perlis mencari ikan bakar berulam, nasik putih berkuah. Amboiii bukan main menu! 
Gambarnya harap maaf, tak ada sebab terlalu gelojoh makan sampai terlupa nak snap.

Aktiviti di kampung selama 6 hari berlalu dengan cepat, kembali ke Kuala Lumpur, berpijak pada bumi yang nyata semula, rutin harian bersambung seperti biasa.

Apa-apapun Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, diberi kesempatan untuk menghirup udara sampailah ke hari ini.

Semoga di tahun baru, ada perubahan positif lebih dari tahun sebelumnya InshaaAllah.

Senang-senang, sudi-sudikanlah menjengah saya di laman FB Fara Ada.
Di sana saya lebih aktif berbanding sini. Hehe.

SEKIAN


Monday, 22 December 2014

Episod Abah Lagi




ASSALAMU'ALAIKUM 

Seminggu lepas aku balik kampung.
Balik kampung secara tergesa-gesa selepas dapat tau dari Mak yang Abah akan dimasukkan ke wad pada hari Jumaat 12 Disember 2014.

Khamis malam 11 Disember 2014 terus kami bertolak ke Perlis sejurus selepas encik suami tiba dari Kuantan, Pahang.

Dari tengah terus ke utara semenanjung pula encik suami aku malam tu.

 JUMAAT (12 DISEMBER 2014) 

Turut serta bersama Mak bawa Abah ke hospital besar Kangar ke unit kecemasan.
Diperiksa, diminta tunggu giliran, dan diperiksa lagi, berakhir dengan keputusan doktor untuk dimasukkan ke wad sebab kata doktor, bekas luka di tapak kaki Abah terkena jangkitan kuman.

Dari pagi sampailah ke petang urusan kemasukan wad, Abah akhirnya ditempatkan di Wad Kelas 3.
Faham-faham sajalah keadaan wad di hospital kerajaan, Kelas 3 pula tu.
Tak apa, redha, sementara tunggu kekosongan di Wad Kelas 1 yang lebih selesa.

SABTU (13 DISEMBER 2014)

Masih di Wad Kelas 3, Abah diminta berpuasa dari jam 6 pagi sebagai persediaan untuk pembedahan di tapak kakinya yang dijadualkan pada hari tersebut.

Hampir ke malam masih belum ada berita dari unit operation theater (OT). Kami dah kurang sabar jadinya sebab Abah kelihatan sangat lemah. Sudahlah berpuasa dari awal pagi lagi.

Mak terus ke kaunter hadapan wad, menanyakan misi di situ. Masih jawapan yang sama barangkali Mak berpatah balik ke katil Abah.
Berulang alik lagi ke kaunter hadapan wad.
Dah terlalu lemah tengok Abah kata Mak, barulah misi bertugas bergegas bersama doktor, periksa Abah.

Bacaan ECG kurang normal kata doktor. ECG digunakan untuk membaca gerak nadi jantung pesakit barangkali. Kurang arif aku dengan peralatan hospital.

Bawak ke malam barulah Abah ditolak masuk ke OT.
Masa tu aku di rumah. Pelawat tidak dibenarkan stay di hospital melebihi waktu melawat.

Mak call bagi tahu yang pembedahan Abah berisiko tinggi sebab kuman dah sampai ke jantung Abah. Bimbang kalau Abah terkena serangan jantung ketika pembedahan, sangatlah bahaya kata doktor. 

Mak minta sama-samalah kita bacakan Abah surah Al-Kahfi. Mak dan Along baca di hospital, kami di rumah. Mendoakan yang terbaik untuk Abah.

Allah...
Bermacam-macam perasaan dah masa tu...
Namun, Alhamdulillah pembedahan selesai dengan jayanya.

************************

Hari-hari kami berulang ke hospital bergilir-gilir bersama kakak ipar dan anak menakan aku.
Along berjaga malam, Mak berjaga siang.
Mak berjaga malam, Along berjaga siang.
Aku?
Aku berjaga waktu melawat sahaja memandangkan si kecik tu memang susah berenggang dengan Mamanya. 
Sampailah ke hari Abah dipindahkan ke Wad Kelas 1, Alhamdulillah, lebih selesa di situ.
Hanya ada 4 katil sahaja dalam 1 wad berbanding Kelas 3 sebelum tu.

Sekali lagi syukur, luka di tapak kaki Abah beransur pulih, tapi kandungan gula dalam darah Abah pula tak stabil lagi sepenuhnya.

Sampailah ke hari Jumaat 19 Disember 2014, barulah Abah dibenarkan discharge ward.
Bersambung episod di rumah pula.
Apa-apapun lebih selesa di rumah sendiri kan?

Walaupun Abah masih nampak lemah, InshaaAllah moga Abah beransur pulih dan kuat semangat semula. Kembali ceria macam sebelum-sebelum ni.

Sama-samalah kita doakan Abah dan Mak kita semua sihat sentiasa.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Dah telefon Abah atau Mak di kampung?
Jom kita dail bertanya khabar!
InshaaAllah




Monday, 18 August 2014

Potrait Raya 2014


ASSALAMU'ALAIKUM

Dah nak hujung Syawal dah baru aku terhegeh-hegeh upload gambar raya ye?
...Hehehe...

Tahun ni turn kami beraya di Perak, rumah mertua aku, pertama kali. Diulang, pertama kali ye setelah 2 tahun berturut-turut beraya di Perlis.
Encik suami balas peram dekat aku. Hahaha.

Tak banyak gambar. Ini ja yang kami sempat bergambar selepas memasing bersalaman.

Apa-apa pun sekali lagi mohon maaf zahir & batin dari kami sekeluarga andai ada silap dan salah terlanjur kata terlanjur taip di blog ni sampai ada yang tersinggung ye.

Salam Lebaran Aidilfitri!
Kosong-Kosong!


Friday, 25 July 2014

Balik Kampung!

ASSALAMU'ALAIKUM

Tak berapa hari lagi dah Ramadhan tahun ni akan berakhir tapi peperangan di Gaza masih tiada penghujung. MH370 pun masih menjadi misteri dan dalam tempoh 4 bulan kemudian dikhabarkan dengan terkorbannya semua penumpang dan anak kapal MH17. Allahuakbar...Innalillahi wainna ilaihirhoji'un...
Terselit sikit pasal nasib saudara kita di sana sebagai tanda syukur kita di sini Bumi Malaysia, terkenangkan juga para penumpang dan anak-anak kapal MH370 dan MH17, semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya..

Apa-apapun moh le kita panjatkan doa untuk saudara seIslam kita di sana.
Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dan tidak ketinggalan sama-sama kita sedekah surah Al-Fatihah kepada semua mangsa muslim yang terkorban. Semoga roh mereka diletakkan bersama dengan golongan orang-orang beriman. InshaaAllah...Amin

Apa-apapun aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Maaf Zahir & Batin mana yang terkurang dan terlebih.


Tahun ni turn raya aku di Ipoh, Perak dulu.
Hoyeahhh!

...Hahaha...
Lama tak update blog terus jadik mereng kepala aku ni.

Selamat yaaa semuaa!! 
Hati-hati di jalan raya!

Friday, 18 July 2014

Resipi Daging Dendeng

(Gambar Hiasan)

ASSALAMU'ALAIKUM

Ahad lepas balik cuti ke kampung sempena Nuzul Al-Quran, tengok dalam peti ada daging. Teringat daging dendeng yang colleague selalu buat. Terus mintak resipi dan cuba.

Resipi ni hasil pengubahsuaian aku sendiri setelah digabungkan dengan pelbagai resipi lain.
Resipi lain aku rujuk blog Kak Nor di Secubit Garam.


Bahan-Bahannya: 

1. Daging lembu yang dipotong kiub 2inci x 2inci (ikut kesesuaian memasing).
2. Serbuk jintan manis.
3. Serbuk jintan putih.
4. Garam.
5. Gula perang/gula melaka/gula pasir.
6. Serai dititik.
7. Cili mesin.
8. Kicap lemak manis/kicap pekat manis.
9. Bawang besar.
10. Bawang putih.
11. Daun limau purut.
12. Halia.
13. Minyak masak.
14. Bunga lawang.
15. Bunga cengkih.
16. Kulit kayu manis.

Cara-cara Memasak:

1. Bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dimayang nipis, digoreng di dalam minyak masak sehingga garing dan naik bau wangi. Lagi banyak bawang lagi sedap. Setelah garing, diangkat,ditoskan dan diketepikan.

2. Boleh juga sesambil goreng bawang tadi, daging yang telah dipotong kiub direbus sehingga empuk. Simpan air rebusannya.

3. Setelah daging empuk, diangkat dan ditos, daging perlu dihiris nipis-nipis dan ditumbuk sikit bagi penyek. Perapkan bersama sedikit serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih lebih kurang 30 minit atau 1 jam.

4. Dengan menggunakan minyak gorengan bawang tadi, goreng daging rebus yang dah ditumbuk sehingga garing. Angkat dan tos.

5. Masih menggunakan kuali dan minyak yang sama, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih bersama serai yang dah dititik sehingga naik bau wangi.

6. Masukkan cili mesin. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan garam, gula secukup rasa dan kicap lemak manis/kicap pekat manis. Gaul sehingga rata.

7.  Masukkan air rebusan daging, renehkan sehingga pekat dan agak kering.
 
8. Masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama dengan daun limau purut yang dikelar atau ramas.

9. Akhir sekali masukkan bawang yang telah digoreng tadi. Siap dan hidang!


Selamat mencuba!



Wednesday, 7 May 2014

Harum Manis HABIS Terjual!


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat petang semua....
Mintak maaf ye sebab baru berkesempatan update blog. Baru berkesempatan nak menjengah blog ni...
Sibuk jual harum manis ke?
Eh dak lah...harum manis dah habis terjual dah 2 hari lepas tutup pesanan.

Mintak maaf ye sekali lagi kepada sesiapa yang PM aku untuk buat pesanan.
Supplier buka banyak ejen rupanya. Tu sebab cepat habis. 
Cuba bayangkan kalau seorang ejen saja dapat pesanan sampai beratus-ratus kotak..
Ejen pula ramai sangat..maunya tak cepat habis.

Tapi setahu akulah..musim masih ada cuma buah di ladang supplier aku tu ja dah habis...

Maaf sekali lagi...!
InshaaAllah tahun depan boleh cepat-cepat selitkan pesanan.
InshaaAllah harga boleh dirunding ikut persetujuan bersama.

Terima kasih kepada customer yang sempat buat pesanan.
Harap berpuas hati dengan kualiti buah!

Tuesday, 22 April 2014

Musim Harum Manis Kembali!


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat petang semua!
Tiba-tiba aku teringat nak update entry pasal buah harum manis nih..

Buat pengetahuan semua sekarang tengah musim yee...
Buah ni memang terkenal di negeri Perlis dengan kemanisannya yang luar biasa.
Manis-semanisnya macam letak air gula tambahan disetiap suapan kita ke dalam mulut...
Hahaha..




Kalau di Perlis, kebanyakan rakyat orang tempatan suka makan buah ni dengan pulut.
Sepertimana sesetengah negeri makan durian dengan pulut kan?

Sesiapa yang tengah mengidam, teringin nak merasa, 
boleh PM atau Whatsapp di nombor : 017 619 0035

Sekotak 3kg
Harga termasuk pos
Flat rate postage cost seluruh semenanjung!

Sementara tengah musim jom pakat-pakat beli!


Wednesday, 12 February 2014

Cuti Hari Natal 2013 Di Perlis

ASSALAMU'ALAIKUM

Bosan asyik sebut Hari Krismas, kita tukar angin sikit sebut Hari Natal.
Terlepas pandang pula masa cuti Hari Natal tahun lepas kami ambik peluang balik Perlis.

Masa tu boleh dikatakan musim sejuk. Tidur malam tak perlu dah bukak aircond. Selalu tu berbahang. Perlis kan memang terkenal dengan suhu tingginya, tempat panasnya, berbahangnya tapi hari tu kami balik macam di Cameron Highlands pula.
Walaupun hari cerah tapi angin sejuk sepoi-sepoi bahasa.

Macam biasa, enjoy habis-habis selama balik kampung tu. Sebab tau lepas ni mesti dah susah nak balik Perlis lagi. Almaklum jauh 1 hal, cuti encik suami pula tak banyak. Kedekut betoi company tempat dia kerja tu. Menyampah tau!

Sementelah susah nak balik selalu, sempat juga snap beberapa gambar masa kami bawak Mak Abah berjalan ke Kuala Perlis.
Makan di tepi pantai lagaknya.
Pantai yang airnya tak ada. Hahahaha.




Taraaa! 
Hasil Abahnya menangkap gambar masa bersantai di tepi pantai Kuala Perlis tempoh hari.
Mamanya pun sibukkan diri masuk sekali. Hehehe.
Mak Abah sibuk menunggu di meja sebab Abah dah tak larat nak berjalan sangat.
Kami sibuk ber-shooting. Hehehe.

Rindunyalah kampung Perlis nih.
Entah bila lagi boleh balik ke sana :(

Harap Mak Abah sihat-sihat saja di sana ye.
Anak sentiasa mendoakan Mak Abah sentiasa.
InshaaAllah berkelapangan berkesempatan panjang umur ada rezeki, kami balik lagi jenguk Mak dan Abah ye.



Thursday, 10 February 2011

'BUS-SICK' Bukan 'HOMESICK'

Erghhhh...
Hari ni dah masuk hari keempat aku masuk opis...tapiii aku rasa semacam ja sejak sejak bercuti lama sempena Tahun Baru Cina minggu lepas...arghhhh!! Aku bawak balik penyakit pelik sekali ke KL ni dari Perlis? Adehh~ Penyakit apa? Haaa aku rasa korang pun sama kot pernah rasa penyakit ni...apa lagi M.A.L.A.S disebut dengan pronounciation MALAS!!

Seriously aku rasa nak mengadap tasks aku tak ada mood langsung! Muka seposen ja..Entah entah kurang dari seposen dah kot. Aku tak tau la kenapa aku rasa macam ni..Bukannya tak pernah balik kampung bercuti lama lama...sebelum ni elok ja...Aku rasa aku bukan malas apa pun ni..BUS-SICK kot nih! Haisshh...

Aku balik sini 6hb Februari 2011 bas gerak dalam jam 10 pagi. Macam biasalah Mak Abah aku hantar kat stesen. Sepatutnya jam 6-7 petang aku da sampai tapii...nak dijadikan cerita..aku sampai jam 2 pagi!!! 14jam aku dalam bas!!! Agak agak tu kalau nak ikutkan 14 jam tu aku dah boleh sampai Singapore dah tau. Dah rasa macam duduk dalam beg travel! MasyaALLAH...aku tak tau la nak cakap keadaan highway hari tu...tak kisah lah sama ada dari Utara ke Selatan atau pun dari Selatan ke Utara...dua dua hala sama ja..JAMMED!!! Dari 3 lanes...masa tu jadi 5 lanes! Tak kisah lah jalan lama ataupun jalan baru highway tu sama ja. Aku rasa time cuti Hari Raya Puasa pun tak se-jammed nih. Yelah..time Hari Raya Puasa mana ada  Chinese nak sibuk sibuk balik sama. Time Cina raya, Melayu siiiiibukkk nak balik sama. Hahahaha..Cuba bayangkan la..nasib lee aku tak ada camera nak snap time tu..kalau tak leh jugak aku upload masuk sini...  

Aku rasa mesti aku BUS-SICK tak habis lagi ni tu sebab rasa macam lemau je badan aku ni masuk opis. Starting from last Monday, aku masuk opis check emails, blogging, tasks haram tak jalan langsung. Hari ni masuk kena SEPOK dengan BONDA baru la terasa macam celik sikit mata aku...

HARAP HARAP BESOK AKU DAH WAKE UP!!!! 

Thursday, 30 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamu'alaikum wbt...

Sebelum apa-apa aku nak minta maaf andai kata aku ada terkasar bahasa atau terlajak perilaku melampaui batas sepanjang perkenalan kita dari hujung rambut sampai hujung kaki yee...agaknya masih belum terlambat kot aku nak mohon maaf hari ni kan memandangkan kita masih dalam bulan Syawal...

Mana tau aku ada terambil ke...terpinjam tak bagi tahu ke...tersentuh tanpa izin ke...terkentot sampai pening ke..minta maaf ye semua...sebab bukan disengajakan..kadang-kadang aku terlupa. Minta maaf Zahir dan Batin. Harap tahun ni lebih bermakna dari tahun-tahun lepas penuh dengan hikmah dan rahmat kurniaNYA. Amin.

Hari ni dah berapa Syawal ye? 21 Syawal 1431 Hijrah, baru hari ni aku tersedar aku tak upload gambar raya aku laaa...wakukiiii....tapiiii...sebenarnya tak sempat bergambar pun hari raya tuu...

Nak dijadikan cerita sebelum balik raya pagi Rabu (8 September) pergi opis macam biasa...dan macam biasa jugak sampai awal pagi tak ada sapa pun lagi...memang selalu pun macam tu lah akan sampai awal. Dalam jam 7 lebih baru ada nampak 1-2 batang hidung lain.

Jam 9 budak unit aku masih tak menampakkan batang hidung masing-masing lagi. Aissshhhh....setahu aku lah yang cutinya memang la sah-sah tak datang...yang tak cuti ni pergi mana pulok...tunggu sampai jam 10, Pido baru sampai. Tup...Tup jam 11 Pido kemas beg nak balik...internet pun macam sengal je...aku pun apa lagi..kemas beg terus balik...

Jam 3, aku gerak pergi Bandar Baru Bangi lepas siap kemas beg.
Jam 5 lebih selepas Asar, sama-sama gerak pergi param dengan Along, Akak, Ben-Ben....

Param? Mesti ada yang tak pernah dengar dan tak tahu apa itu param kan? Param sama waktu jek dengan Pasar Ramadhan...kekekeke aku kenal word tu pun dari Along aku. Dia kata orang Penang panggil tuu...

Ben-Ben pula nama samaran anak buah aku yang comel...

(Thanks kak bagi pinjam gambar Mu'adz)
Ok let's back to the topic, jam 10 kami pun mula bersiap-siap dan terus bergerak ke PERLIS....

9 September 2010, Khamis, jam 7-8 pagi, kami sampai ke teratak ayahbonda ku..disambut dengan senyuman oleh bondaku yang tercinta tapi macam biasa lah..Mak tak mandi lagiiii..hahaha tapi kupeluk salam juga Mak yang amat-amat aku rindu tu...walaupun ucuk..hehehe ampun Mak mengumpat Mak dalam blog..Mak tak kisah kaaannn...hehehe

Next angkat beg-beg, guni-guni masuk dalam umah..

Masuk umah je huwarghhhhhhhhhhhh lamanya aku tak jejak kaki kat teratak Aba ni...
Aba! Anak-anak mu dah sampaiiii....hehehe
Sejurus letak beg dan guni Along Akak Ben-Ben, aku terus ambil alih keje lama aku jadi driver Mak pergi pasar beli barang dapur...(masa ni langsung tak mandi lagi terus pegi paso, macho x? hahaha)
Sebelah petang tu aku Along Akak ketiduran sebab malam tadi jauh 8 jam perjalanan tidur tak menentu...Along lagilah tak tidur sangat pun sebab sepanjang malam ke pagi dia drive...sape suh tak mintak gilir..wakakakakaka...aku sedap jugak tidur malam tu..hehe

Besoknye pagi Syawal, macam biasa bangun solat sunat Aidilfitri, berziarah dan diziarahi saudara mara...sampai raya tahun ni aku tak berkesempatan langsung menziarahi dan diziarahi kawan-kawan sekolah aku. Tapi tak apalah, sebab apa yang penting aku dapat luangkan masa dengan seluruh keluarga aku.

14 September, jam 9 pagi aku Aba Mak bertolak balik Kajang naik bas. Kami sambung beraya kat KL pulaaakkk...yahooo...

Tapi sayangnya sepanjang raya tahun ni aku tak sempat langsung nak snap gambar...
How hard it is...I'm the happiest person in the world bila dapat bersama-sama dengan seluruh keluarga aku yang disayangi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUAAA....

Selamat menunaikan puasa sunat 6 dan jangan lupa ye nak ganti posaaaa....
Daisypath Friendship tickers