Recent Posts

Search This Blog

Showing posts with label Ibu Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Ibu Mengandung. Show all posts

Thursday, 9 January 2014

Pengalaman Bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya II


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...
Memandangkan trafik ke ENTRI sebelum ni berkenaan dengan Pengalaman Bersalin di Pusat Perubatan Univerisiti Malaya mendapat hit yang agak banyak...aku terpanggil untuk buat entri yang ke-2.

Tengok tu hit banyak, tapi tiada 1 pun yang tinggalkan komen. Mungkin memasing malu nak bertanya ataupun memang blog aku entah apa-apa. Hahaha. Apa-apa je lah ye. Aku tetap nak buat review tambahan pasal Pusat Perubatan Universiti Malaya ni.

Bagi aku di mana-mana hospital kerajaan, pusat bersalin kerajaan pun begini jugalah kaedahnya.
Kaedahnya macam mana tu ye?
Hmm maksud aku, kaedah yang dikatakan kita kena berdikari dalam segala hal.
Tapi...ada juga aku dengar-dengar pengalaman kawan-kawan yang bersalin di hospital kerajaan baru yang lain...so far Alhamdulillah tidaklah se-berdikari di PPUM. Hahaha..rezeki memasing la kot kan...
Begini ceritanya...
Biar aku jelaskan sikit sebab dari tadi asyik berkias, orang pun bosan menunggu bila lagi mak budak ni nak bercerita...

Dari apa yang aku nampak benda-benda utama, aku kurang berpuas hati dengan PPUM antaranya adalah:

1. Suami tidak dibenarkan bersama si isteri ketika di dalam labor room atas alasan tidak mencukupi staf sekiranya berlaku apa-apa kecuaian dari pihak si suami itu sendiri. 
Contohnya, si suami pengsan setelah melihat darah semasa si isteri bersalin. 
Contoh ni diberikan sendiri oleh jururawat yang bertugas ketika tu...semasa aku bertanyakan perihal tersebut.

2. Suami, malah si ibu sendiri tidak dibenarkan menunggu atau menemani si isteri yang nak bersalin di dalam wad. Hanya dibenarkan semasa waktu melawat sahaja atas alasan tidak mahu mengganggu pesakit yang lain (tidak begitu jelas dengan alasan ni. Harap sesiapa yang faham tolong jelaskan kepada aku) Huhu...

3. Aduan kekurangan gas pelali atau penahan sakit ketika menghadapi kontraksi dan menjahit selepas bersalin (bagi yang bersalin normal) diterima dengan sikap acuh tidak acuh.
Dimintanya aku terus menyedut gas tersebut tanpa sebarang semakan samada gas tersebut sudah habis atau tidak. Tapi mungkin juga ada buat semakan cuma aku je tak perasan. Wallahu'alam.

4. Ketika proses jahitan di jalankan, sudah tentu tenaga si ibu yang baru lepas berkerah tenaga melahirkan anaknya, sudah kehilangan seluruh kudrat. Kangkangan juga mestilah lemah tapi dimarahi pula sang doktor supaya kangkang betul-betul sambil menolak kaki dengan kasar. Maaf kalau bahasa kasar tapi ini realiti cuma tiada saksi. Sakit kot jahit tanpa bius kat bawah tuuu~ Tuhan jelah yang tau...Subhanallah. Cuba ko yang aku jahitkan hidup-hidup...boleh tahan tak sakitnya macam mana?? Info tambahan : Doktor lelaki OK! Huhu

5. Bayi yang baru dilahirkan, setelah dimandikan dan dibersihkan, ditolakkan ke kaunter hadapan dan dibiarkan tanpa pengawasan jururawat melainkan jururawat yang bertugas di kaunter sahaja.
Ni hasil maklumat dari encik suami yang disuruhnya azankan Adam di hadapan kaunter tanpa sebarang privasi. (Ni mungkin sebab aku bersalin malam dan ramai bayi lain nak diuruskan, jururawat pun tak sempat nak perhatikan secara teliti setiap bayi tapi aku masih tidak boleh terima. Huhu)

Setakat yang aku ingat itu sahajalah senarai yang aku kurang berpuas hati dengan servis di PPUM.
Kalau aku ada teringatkan lagi, nanti aku update semula.

Kesimpulannya di sini, kalau kekurangan budget untuk ke hospital swasta macam aku ni, silalah mencari hospital kerajaan yang lain. Bukan PPUM.
Kalau boleh kumpul duit, kumpullah seboleh sebanyak yang mungkin untuk bersalin di hospital swasta yang lebih banyak membantu kita melakukan gentle birth (boleh tanya Encik Google ye).

Isu menahan sakit jahitan, isu mengawal perasaan stres selepas bersalin boleh mengganggu penyususan susu badan kepada bayi.
Walaupun nampak kecil bagi sesetengah pihak, bagi aku sangat besar kesannya.

Harap sediki sebanyak mampu membantu bakal-bakal ibu pertama kali atau kedua kali atau keberapa kali pun diluar sana.



Tuesday, 16 April 2013

Perubahan Semasa Kandungan 39 Minggu

ASSALAMU'ALAIKUM
Tiba tiba aku terasa rajin pula nak menaip pepagi ni kan...
semalam macam rushing je cara aku update entri.
Hari ni aku cuba update in proper ways sikit.

Benda yang sama juga nak aku sampaikan hari ni. Alhamdulillah aku dah masuk minggu ke 39 dan Alhamdulillah setakat ni kandungan sihat tiada masalah mengikut kata doktor semasa akhir temujanji Jumaat lepas.
Kepala bayi menghala ke bawah dan dah pun engaged. Tapi buat masa ni masih belum ada tanda tanda seperti keluar darah bersama lendir atau air ketuban pecah lagi.
So, sampai ke hari ni aku masih mengaktifkan diri pergi ke tempat kerja macam biasa cuma dengan pergerakan yang amat amat slow. 

Apa yang aku maksudkan dengan perubahan semasa kandungan 39 minggu ni, perut aku dah mula kelihatan strech marks di sana sini walaupun dari awal kehamilan aku dah amalkan menyapu minyak zaitun pada perut aku. Yelah kita hanya merancang Tuhan menentukan segalanya. Tak apa lah, In Shaa Allah lepas ni akan difikirkan macam mana cara nak menghilangkan strech mark tu. 

Selain daripada tu, tidur anda juga akan terganggu atas sebab ketidak selesaan pada perut anda.
Ketidak selesaan yang bagaimana?
Aku percaya setiap ibu mengalami pengalaman yang berbeza dan setiap kehamilan juga berbeza.

Macam aku, di sebelah malam, aku sentiasa merasa perut menegang, mengeras, sesak untuk bernafas seperti biasa, kadangkala sentiasa berangin je perut ni.
Semua tu membuatkan aku tidak selesa untuk baring melentang, mengiring ke kiri apatah lagi ke kanan.
Paling selesa cuma secara duduk.

Itupun kadangkala ikut terus tak boleh nak menyandar langsung.
Huhuhuhu dugaan sungguh dan mencabar sungguh aku rasa.
Agaknya beginilah dulu keadaannya Mak aku semasa mengandungkan aku.
Sekarang aku faham perasaan tu.
Memang kena banyak banyak bersabar.

Lagi satu, pada trimester akhir ini, anda juga akan kerap terasa contraction. Simptom simptom yang aku nyatakan di atas pun boleh dikatakan sebagai braxton hicks. Atau boleh dikatakan contraction palsu, sebagai latihan kepada contraction yang sebenar nanti yang lebih kerap dan lebih sakit dan kuat.

Terasa ngilu di bahagian Miss V anda mungkin juga perkara biasa bagi sesetengah ibu mengandung setiap kali anda bergerak aktif.
Huhuhuhu.

Aku rasa hampir semua ibu mengandung pernah mengalami semua simptom simptom yang baru aku nyatakan ni.
Cuma diharapkan boleh membantu sedikit sebanyak kepada ibu ibu baru di luar sana seperti aku ni.
Jumpa lagi :)

Monday, 15 April 2013

Catatan Kandungan 39 Minggu

ASSALAMU'ALAIKUM

Berhabuk sudah blog aku hampir 2 bulan tak pernah nak menjenguk.
Aku kemalasan nak update blog sejak sejak mengandung ni.

Secara ringkasnya, Alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu ke 39. Tinggal seminggu je lagi untuk tiba ke EDD aku iaitu dijangka pada 23 April 2013 nanti.

Perasaan pada ketika dan saat ini, tak payahlah ditanya lagi sebabnya memang perasaan tu bercampur baur antara nervous, tak sabar dan macam macam perasaan ada.
Aku akhirnya membuat keputusan untuk bersalin di PPUM atau dalam perkataan panjangnya Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor.

Check up setiap minggu pun sudahpun bermula di hospital tersebut hampir 5 kali dah.
Alhamdulillah sepanjang pemeriksaan kandungan berada dalam keadaan baik, pergerakan janin juga Alhamdulillah baik.

Tahap kesihatan ada pasang surutnya kerana pada peringkat ini, tidur anda akan kembali terganggu sepertimana anda di trimester pertama.
Aku sendiri pun hampir setiap malam tidur tak lena asyik berulang ke bilik air selang sejam dan kadangkala aku terpaksa tidur sambil duduk. Ketidakselesaan pada perut membuatkan aku tak boleh tidur dengan lena. Tapi tak mengapalah, semua itu satu pengalaman yang tak akan aku lupakan seumur hidup aku. Sesuatu yang sangat bermakna walaupun keletihan yang amat sangat terasa di setiap sudut badan.

Apa apa pun, minta maaf kalau entri aku kali ni agak pendek. Seperti yang aku bagi tahu awal awal tadi, secara ringkasnya, ini saja coretan yang aku mampu taip dan diharapkan semuanya berjalan lancar, selamat semuanya sepanjang proses kelahiran.

In Shaa Allah.
Semoga aku sihat sihat sentiasa sementara menunggu kelahiran si comel di dalam rahim ku ini.

Doakan aku!! In Shaa Allah :)
 


Wednesday, 6 February 2013

29 Minggu

ASSALAMU'ALAIKUM

Alhamdulillah syukur kepadaNya sebab minggu ni kandungan aku dahpun masuk minggu yang ke-29.
Perut aku sekarang sedikit sebanyak dahpun menampakkan keboyotannya seperti gambar hiasan di atas ye. Hehehe. 
Syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk melihat dan merasa kebesaranNya ini.

Maaflah kalau aku dah jarang update sebab semakin hari semakin cepat aku rasa kepenatan dan keletihan tu. Di office pun tak sempat nak bukak blog beberapa hari lepas sebabnya agak kesibukan dengan kerja.
Hari ni aku cuba jugak luangkan sedikit masa untuk blog aku ni. Hehehe.

Kalau nak diikutkan aku dah masuk trimester ke-3. Kekerapan contraction tu dah semakin terasa di sebelah malam. Perut terasa mengeras, lenguh di sana sini, nafas pun semakin pendek. Agak sukar untuk bernafas. Alhamdulillah ada orang rumah yang sentiasa ada disebelah tolong redakan kesakitan tu.

Minyak zaitun sentiasa ada. Kalau rasa sakit, minyak tu ja yang aku berani nak sapu pada perut aku ni. Selain dari contraction, sedikit sebanyak aku dah mula rasa cepat sengal dan lenguh lenguh kaki. Kaki jugak semakin kerap membengkak dan sembab.
Mungkin kandungan semakin membesar, berat semakin bertambah untuk kaki menampung seluruh badan. Huhuhu.


Pertama kali aku rasa macam ni. Yelah, nama pun anak pertama. Baru sekarang aku faham kenapa kaki Mak membengkak dan mengembang sampai sekarang.
Beranakkan dua cahaya mata bukan perkara mudah namun harus bersyukur sebab semua tu berhikmah. InshaAllah :)

Kepada bakal ibu termasuklah aku, harap kita mampu bersabar menunggu kelahiran anak kita dengan tenang dan dengan hati yang terbuka seikhlasnya. Sesungguhnya setiap urat yang sakit di badan kita Allah akan kurniakan banyak pahala dan rahmatnya.

Jantina?
Hmm ramai saudara bertanya, tapi mintak maaf setiap kali scan masih samar samar. Hehehe. Perempuan atau lelaki Alhamdulilah asalkan sihat semuanya InshaAllah :)

Barang bayi pun hampir selesai. Set bersalin pun sudah tersedia. Cuma pam susu je belum lagi. Tengok keadaan nanti samada perlu ditangguhkan dulu atau bagaimana.

Doa doakanlah aku sama semoga dipermudahkan segalanya InshaAllah :)
Jumpa lagi!

Friday, 25 January 2013

Kerisauan Mencari Pengasuh



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi.
Di hari yang baik, dengan cuaca yang mendung, membuatkan aku malas sungguh nak menapak pergi kerja. Menapak? Yelah yelah aku pergi kerja pun orang rumah hantarkan. Hehehe.
Hari ni orang rumah aku cuti. Dipaksa cuti oleh majikannya katanya. So, terpaksalah aku bangun juga pagi tadi bersiap untuk ke tempat kerja sorang sorang.

Berbalik kepada tajuk utama entri aku, yeee aku sedang kerisauan mencari pengasuh untuk bayi kecilku nanti apabila dia dah keluar dari perut aku ni.
Begini rupanya perasaan seorang bakal ibu untuk anak pertama yang bakal dilahirkan tak lama lagi. Macam macam kena fikir untuk buat yang terbaik.

Bukan aku tak bertanya di merata tempat yang aku tahu dari awal.
Aku mula mencari sejak kandungan aku ni seawal 2-3 bulan lagi.
Tapi asyik penuh saja di mana mana pun.
Mungkin belum rezeki aku lagi agaknya nak berjumpa dengan tempat pengasuhan yang sesuai agaknya.

Pagi ni, memandangkan orang rumah aku cuti, sejurus lepas dia menghantar aku di kantor (erkkk bahasa Indonesia pulak), dia terus pergi ke tempat pengasuhan berhampiran Vista Angkasa Apartment, Kerinchi untuk menanyakan kekosongan yang ada.
Sepertimana yang aku dapat rasakan sebelum ni, dah juga penuh. Pengambilan hanya 3 orang setiap penjagaan bayi berumur bawah 1 tahun.

Tak apalah mungkin kami kena terus mencari dan cari lagi...
Googling membawa hasil ada 2 tempat pengasuhan berdaftar lagi di kawasan Pantai Dalam.
InshaAllah akan menyusul kedua tempat ini pula lepas ni.

Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga. InshaAllah.
Amin

Friday, 18 January 2013

Resipi Roti Gulung Sosej

(norhusny.blogspot.com)
ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi...
Semalam balik dari kerja, jalan sangatlah sesak, sampai rumah pun hampir Maghrib.
Walaupun rumah dengan pejabat dalam 10 minit kalau tak sesak, tapi tetap sampai lambat. Kalau rumah orang lain kat Klang nun, entah pukul berapa baru sampai rumah kan? Hmm..

Alih alih, menu makan malam aku dengan orang rumah cuma Roti Gulung Sosej Malas dengan naget je malam tadi. Masing masing kepenatan, nak makan apapun dah kurang selera, makan sebab risau perut masuk angin je.

Gambar di atas ehsan dari blog orang lain memandangkan malam tadi aku malas nak snap gambar. Rupanya begitu lebih kurang ye kawan kawan. Hehehehe. Aku backlink sekali blog beliau.

Resipi Roti Gulung Malas

BAHAN-BAHANNYA:
 
1. 6 keping roti keping Gardenia (atau apa saja brand yang suka)
2. 1 biji telur ayam
3. Secubit garam
4. Secubit serbuk lada hitam
5. 6 batang sosej ayam/daging
6. Minyak untuk menggoreng.

CARA-CARANYA:

1. Celur sosej tadi ke dalam air mendidih beberapa minit sampai bertukar saiz menjadi kembang sedikit dari saiz asal.
2. Pecahkan telur ayam, masukkan secubit serbuk lada hitam dan garam dan kacau lagi.

3. Lenyek dan nipiskan roti keping dan gulungkan sosej yang dicelur tadi kemas kemas.

4. Celupkan sosej yang digulung roti tadi ke dalam telur kemudian digorengkan ke dalam minyak yang panas sampai keperangan. Angkat dan hidang. Lapik dengan tisu dapur untuk hilangkan minyak terkumpul pada roti ye.

5. Makan bersama sos cili dan mayonis. Sedap dan kenyang! Alhamdulillah.

*Nak lagi sedap, gulungkan sekali dengan sekeping keju setiap gulungan roti tadi. Tapi disebabkan aku malas nak pegi beli kat kedai runcit, aku guna bahan apa ada jelah kat dapur tu. Hehehe.

Wednesday, 16 January 2013

Resipi Mee Hailam

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua....
Pagi hari lagi aku dah buang tebiat meng-Google resipi stok ayam.
Hahahaha...puncanya sebab malam tadi..niat di hati nak buat Mee Goreng Basah sekali terjadi Mee Hailam gara gara aku masukkan sekali kuah sup ayam a.k.a stok ayam.

Gambar mintak maaf tak dapat nak upload sebab aku terlupa nak bawak cable phone hari ni. Gambar ada dalam phone. Hehehe. Tapi kalau Google Mee Hailam, gitulah jugak rupa Mee Hailam yang terlanjur malam tadi cuma tanpa isi ayam. Hehehe.

(Gambar Hiasan dari Nureen Blogspot)
Resipi Mee Hailam Terlanjur

Hidangan untuk 2 orang makan.

BAHAN-BAHANNYA:

1. 4 ulas bawang putih*
2. 1/2 bawang besar*
* ditumbuk dan aku memang suka guna bawang besar sebab malas nak mengupas bawang merah yang kecik kecik tu.

3. 1 paket perencah Nasi Goreng Adabi (taknak guna ni pun boleh, guna cili kisar semata)
4. 1 sudu cili kisar (aku rebus cili kering potong dan dikisar bersama tomato dan bawang besar -  stok sedia ada dalam peti ais)

5. Sayur sayuran (sawi, kobis, lobak merah yang diracik ikut suka hati)
6. Kek ikan (fishcake)
7. Bebola ikan (fishball)
8. 1 sudu sos tiram
9. 2 sudu sos tomato
10. 2 sudu sos cili
11. Garam secukup rasa
12. Gula secukup rasa
13. 2 senduk kecil stok ayam (ikut selera masing masing nak berkuah banyak mana)
14. 1 paket mee kuning (boleh juga diganti dengan spegeti bagi yang tidak suka mee kuning)

 CARA-CARANYA:

1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang ditumbuk sehingga garing.
2. Masukkan 1 paket perencah Nasi Goreng Adabi/1 sudu cili kisar sehingga naik minyak.
3. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili serta garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan bebola ikan dan kek ikan sampai agak empuk dan campakkan sekali sayur sayuran yang keras dahulu supaya daunnya bahagian yang lembut tak terlalu layu.

5. Rasakan masin, masam, manisnya kemudian masukkan mee.
6. Kacau lagi dan masukkan pula stok ayam mengikut citarasa masing masing.
7. Kacau lagi sampai masak, angkat dan hidangkan panas panas.

*Boleh juga ditambahkan dengan udang/isi ayam/daging atau sotong mengikut selera. Aku tak letak sebab malas. Hahahaha.

Friday, 11 January 2013

Set Bersalin Shaklee, Loose Pack Nona Roguy

ASSALAMU'ALAIKUM

Buang tebiat pepagi hari ni, aku terajin nak update entri di blog aku ni.
Haihhh...mintak maaflah ye, sejak 2 menjak ni memang aku post pasal set bersalin, supplement ibu mengandung aje. Macam aku sorang je yang pernah mengandung kan? Tapi hade haku kesah? Blog aku kan....kalau rasa bosan then tak payahlah baca.

Sebenarnya ni lebih kurang macam entri tertunggaklah sebab rasanya hujung tahun lepas aku ada update pasal set bersalin apa yang akhirnya aku pilih.

Macam dalam gambar hiasan di atas, ya, aku memilih Set Bersalin Shaklee yang terdiri daripada 4 vitamin asas iaitu:

a) B Complex
b) VitaLea
c) Vitamin C
d) Zinc Complex

Dengan tambahan lagi 2 vitamin:

e) Alfalfa
f) Lecithin

Reasons aku memilih set bersalin ini sebabnya, aku sendiri pun belum pasti samada aku akan bersalin normal atau sebaliknya. So, set bersalin yang tidak panas begini sebagai tindakan play safe aku disamping ramai pengguna mengakui keberkesanannya untuk merawat luka dengan cepat dan dalam masa yang sama untuk penjagaan badan dalaman dan luaran. 



Untuk loose pack pula aku mengambil keputusan untuk membeli produk Nona Roguy yang berperanan untuk disapu ke bahagian tertentu sebelum memakai bengkung. Minyak ini juga sebagai tindakan play safe aku juga sebab ia sesuai untuk ibu yang deliver secara normal atau sebaliknya.

Harap kepada sesiapa yang masih ragu ragu untuk memilih set bersalin anda, entri kali ni membantu anda untuk membuat penilaian. Walaupun tak banyak sebab aku malas nak explain kebaikan setiap set, bolehlah merajinkan diri anda meng-Google sendiri ye. Hehehe.

Thursday, 3 January 2013

Susu Kambing : Pil Susu Kambing

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi...memandangkan kerja aku dah siapkan awal tunggu adhoc tasks sahaja, dari tak ada buat apa apa sempat kot aku update blog kejap kan. Hehehe.

Entri tertunggak. Isnin lepas setelah beberapa lama dok mencari pil susu kambing yang bersesuaian dan berkemampuan akhirnya aku jumpa pil susu kambing seperti dalam gambar di bawah ni di stokis Cosway, Sphere Bangsar South.


Alhamdulillah rezeki aku, masa tu tengah promotion year end sebotol cuma RM19 untuk ahli terkandung 300 biji didalamnya. Harga non-member RM48 sebotol. Aku ambil 2 botol terus dah alang alang dapat beli murah tu kan. Terima kasih kat kawan aku sebab sudi bagi member ID Mama dia untuk aku guna. Kalau tak jangan harap aku dapat beli dengan harga ahli semurah ni. Hahaha. Thanks in advance my friend, Suhaili Shahrul Annuar. Aku backlink blog dia sekali kat SINI.

Aku dah start makan supplement ni sejak hari Isnin lepas, Alhamdulillah aku dah tak ada masalah sakit gusi lagi. Mungkin selama ni sakit sebab aku kekurangan kalsium. Pengambilan susu Anmum Materna segelas sehari dan sebiji pil kalsium sehari masih tidak mencukupi untuk keperluan kalsium badan aku.

Sebenarnya ada lagi brand lain untuk produk susu kambing ni samada dalam bentuk serbuk, cecair atau pil. Paling rendah harga aku pernah jumpa di online dengan harga ahli RM22 sebotol kurang dari 300 biji di dalamnya. So, aku mengambil keputusan untuk mencuba brand ni yang berperisa Butterscotch. Sedap dan tidak berapa manis. Chewable. 

Brand lain yang aku jumpa ada juga berperisa asli (susu asli), strawberi dan coklat. Mungkin ada sesiapa yang berminat dengan perisa lain boleh cuba brand Hi-Goat. Juga brand yang dipercayai keberkesanannya dari segi penghasilan dan penjualannya.

Diharap sedikit sebanyak boleh membantu ibu ibu dan bakal bakal ibu yang mencari supplement susu kambing untuk mengelakkan bayi anda terkena jaundice selepas dilahirkan nanti. InshaAllah semuanya atas izin Allah SWT juga, kita hanya mampu berusaha.

Susu kambing juga sebenarnya bagus untuk ibu mengandung kata sesetengah ibu yang punya pengalaman. Tetapi susu kambing tidak sesuai untuk bayi baru lahir kerana sistem pencernaannya masih tidak mampu untuk mencernakan kandungan susu kambing sepertimana orang dewasa.

Kalau ada sesiapa di sini yang ingin menambah info mengenai susu kambing antara minuman kegemaran Nabi kita Rasulullah SAW ini, bolehlah tinggalkan komen di bawah. Jangan segan segan. Akupun masih belajar dan sama samalah kita belajar. Banyak khasiatnya yang kita tak tahu.

Monday, 31 December 2012

Hari Terakhir untuk Tahun 2012

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...
Alhamdulillah hari ni aku tetiba rajin nak post entry kat blog aku ni...dalam tak sedar dah pun 31 Disember 2012, hari terakhir untuk tahun ni dan akan bermula tahun baru pada besok harinya.

Tergendala pulak entri aku pasal review set bersalin. Haha. Aku malas nak menaip.
Padahal kerja aku pun hari hari menaip. Alasan sebenarnya malas nak berblog. Itu sebenarnya. Hehe.

REVIEW RINGKAS DARI ENTRI LEPAS...

Entri ringkas pasal review set bersalin, at last aku mengambil keputusan untuk menimbangtara 3 set bersalin daripada berpuluh puluh set tu. Antaranya ialah Shaklee, Nona Roguy dan akhir sekali Amway.
Masih di dalam mencari cari sebenarnya sampailah orang rumah restu dan izinkan aku beli salah satu darinya ataupun combine secara loose pack.
InshaAllah kalau aku rajin aku akan post entrinya nanti ye.

AZAM BARU?
Bercakap pasal tahun baru yang bakal menjelang besok, ada kat sini yang dah tanam azam baru?
Selalunya asal nak masuk tahun baru mesti nak tanya APA AZAM BARU ANDA? 

Orang rumah akupun pernah tanya kat aku soalan yang sama minggu lepas tapi aku tak tau nak jawap apa. Haha teruk kan? Aku malas nak berazam sebab setiap tahun azam tu tak pernah tercapai dalam erti kata lain salah sendiri tak berdisiplin nak capai azam tu. Kekekeke.
I'm going to be a mom next year. InshaAllah...untuk menjadi seorang ibu tahun depan merupakan salah satu azam aku. InshaAllah semoga dipanjangkan umur aku dan anak ini, semoga sihat dan sempurna hendaknya. Menjadi anak yang soleh/solehah, berilmu dan beramal soleh, seimbang dunia akhiratnya.
Semoga dimurahkan rezeki kami sekeluarga, dipermudahkan segala urusan kehidupan dan InshaAllah semoga DIA memberkati kami sentiasa.
 Amin.

Lagii....aihh bila dah menaip ni banyak jugak azam aku sebenarnya untuk tahun depan kan?
Lagi...aku sentiasa mendoakan semoga dipermudahkan urusan bersalinku nanti..diharap anak ini dilahirkan secara normal, sihat sihat sentiasa dan moga dimurahkan rezeki aku boleh menyusukan anak ini dengan susu badanku sendiri sehinggalah umur anak ini 2 tahun sekurang kurangnya.
Amin.

Lagiiii...semoga aku mampu jadi ibu yang baik untuk anak ni, dan isteri yang lebih baik untuk orang rumahku untuk tahun depan.
Amin.

Sebagai kata akhir entri aku kali ni, harap dimaafkan andai kata ada terlanjur kata dan perilaku. Aku cuma insan biasa yang serba kekurangan dan tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Harap dimaafkan ye.

Untuk silent reader, terutama 'orang' tuuuu...tahniahlah dah jumpa blog ni balik! Hahaha...lepas ni syokla dia dok membahan aku lagi kat FB.
Ok see ya next year! InshaAllah :)

Friday, 14 December 2012

Set Bersalin Afiat


ASSALAMU'ALAIKUM

Ok hari ni selepas beberapa hari aku dok mencari review pasal produk Afiat, aku rasa dah boleh buat entri pasal set bersalin kedua ni pulak.

Tak banyak review yang aku jumpa.
Feedback positif dengan negatif sama banyak tapi yang negatifnya bukanlah dari set bersalin tu sendiri tapi dari pengguna tu sendiri.

Kebanyakan ibu mengandung yang menggunakan produk ni katanya berkesan.
Bezanya dengan Set Bersalin Amway seperti yang aku review dalan entri yang LEPAS, ia tak ada pilis untuk diletakkan di dahi kita.
Bengkung ada sama dengan Set Bersalin Amway.

Dari segi negatifnya yang aku terbaca, bayi yang sensitif dengan bau, tidak begitu suka dengan balm/minyak produk Afiat ni sebabnya terlalu kuat baunya, tak berapa sesuailah terutama sekali masa nak menyusu.
Begitulah kata pengguna tu. Aku sendiri pun tak pernah guna kan.
Just take notes sajalah apa yang terbaca, bau balm/minyak badan produk Afiat ni berbau kuat.

Harga 1 set bersalin ni dalam lingkungan
RM85 - RM89 sahaja.
Lebih murah berbanding dengan Set Bersalin Amway.

Kalau ada sesiapa dari kalangan pembaca yang pernah menggunakan produk ini, sangat dialu alukan untuk berkongsi pengalaman bersama dengan meninggalkan komen di bawah ye.
Mintak jasa baik pembaca untuk tolong kawan kawan termasuklah diri saya sendiri untuk memilih produk set bersalin yang paling sesuai dan berpatutan.

Wednesday, 12 December 2012

Set Bersalin Amway (Tropical Herbs)



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...diharap semua sihat sihat ja hari ni ye..
Bagi yang bekerja di Selangor semalam, hari ni dah mula kerja balik kan?
Mesti tak terasa sangat kalau dah dapat cuti sehari ja...hehe..tapi kira OK la tu kan dari kami yang bekerja di Kuala Lumpur, cutipun tidak...kena bekerja seperti biasa...

OK berbalik kepada tajuk asal aku untuk entri kali ni berkenaan dengan Set Bersalin Amway (Tropical Herbs), bukan atas pengalaman aku menggunakan produk ni tapi hasil pembacaan aku di blog blog orang lain yang pernah menggunakan produk ni, semuanya memberikan feedback yang positif.

Yelah aku pun kan memang tengah mencari produk set bersalin yang sesuai, so aku pun merajinkanlah diri membaca sana sini.

Pada pendapat aku, produk ni tidaklah begitu tradisional dan tidak jugak begitu moden.
Kenapa? 
Sebabnya kita tak perlu merebus sebarang akar herba untuk diminum melainkan cuma perlu minum teh, 
2 jenis kapsul sayuran selain daripada air mandian.
Juga dibekalkan bengkung percuma.
Aku rasa agak sesuai bagi ibu mengandung anak pertama yang belum punya apa apa kelengkapan persiapan semasa berpantang.
Tunku bayi dan minyak bayi pun juga ada disediakan.

Jadual penggunaan pun dibekalkan bersama untuk kemudahan ibu ibu mengandung mengikut aturan yang ditetapkan.

Bagi ibu mengandung yang bersalin ceasar pun boleh cuba produk ni tapi sebulan selepas bersalin cara pengambilannya.
Kata orang Amway ni lah, tak perlu risau panas atau sebagainya bagi yang bersalin ceasar tu.

Tetapi, kekurangan produk ini setakat pembacaan aku,

Pertama, param atau pemanas badan yang perlu kita sapu sebelum memakai bengkung, ramai mengadu tidak cukup panas. Begitu juga dengan minyak yang perlu disapu pada kaki dan tangan si ibu pun tak cukup panas.
Ramai menggantikan dengan losyen Mustajab.

Keduanya, minyak bayi juga tidak cukup berkesan untuk mengeluarkan kembung angin dalam badan bayi.
Ada yang lebih selesa menggunakan minyak Telon.

Ketiga, kita tak boleh beli barangannya secara berasingan. Perlu beli 1 set terus.

Range harga produk set bersalin ini ialah
RM293-300 sahaja termasuk pos penghantaran
merangkumi 10 barang di dalam 1 set.
Boleh Google produk ni untuk tau lebih lanjut.
Aku malas nak taip pepanjang kat sini. 
Hehehe...

Setakat ni itu saja review aku pasal set bersalin Amway.
Kalau aku ada terbaca lagi, aku update lagi ye.

Sejujurnya pertama kali baca macam dah berkenan dengan produk ni sebab lengkap segala barangan yang diperlukan untuk penjagaan dalaman dan luaran si ibu selepas bersalin.

Namun, masih ada banyak masa nak survey set bersalin yang lain, meh sama sama kita teruskan pencarian set bersalin yang sesuai dengan kita.
Kalau ada yang pernah menggunakan produk ni dan ingin berkongsi pengalaman, silalah jangan segan silu tinggalkan komen anda. Bukan saja berkongsi dengan saya, tapi jugak dengan pembaca pembaca lain yang pasti tertanya tanya lebih lanjut pasal produk ni.

InshaAllah :)

Thursday, 6 December 2012

Senarai Set Bersalin Di Malaysia

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat petang dan salam sejahtera buat pembaca semua.
Petang yang hujan macam ni membuatkan aku rajin nak jenguk blog.

Aku sebenarnya tengah merajinkan diri survey pasal set bersalin.
Aku tak taulah berapa banyak set bersalin yang ada dipasaran sekarang ni tapi aku pasti terlalu banyak produk sampaikan kita bakal ibu ni keliru nak buat keputusan.

Kepada sesiapa saja diluar sana yang ada masalah macam aku ni, dan mungkin ada yang nak tau produk apa yang ada di Malaysia buat masa ni bolehlah rujuk senarai di bawah mudah mudahan membantu anda untuk buat survey yang mana paling bagus dan kita rasa sesuai dengan kemampuan kita dari segi kewangan dan badan kita.

1. Set Bersalin Amway (Tropical Herbs 2011, 2012)
2. Set Bersalin Afiat
3. Set Bersalin Ambar Kenanga
4. Set Bersalin Atika Beauty
5. Set Bersalin Air Mancur
6. Set Bersalin Biodex
7. Set Bersalin Beauty Umaira/Umairah
8. Set Bersalin Bidadari
9. Set Bersalin Bhidan Trubellai
10. Set Bersalin Bonda
11. Set Bersalin Biofeld
12. Set Bersalin Cosway
13. Set Bersalin CNI
14. Set Bersalin Cap Menara
15. Set Bersalin DCL
16. Set Bersalin Dnavechee
17. Set Bersalin Dunia Herbs
18. Set Bersalin De'Wajah
19. Set Bersalin Dimaz
20. Set Bersalin Felisa Cosmetic/Felisa Formula
21. Set Bersalin Gamat Healin
22. Set Bersalin Gamat Emas
23. Set Bersalin HPA
24. Set Bersalin Hiraq
25. Set Bersalin Har One
26. Set Bersalin Ibu Halimah Mak Dara/Jamu Mak Dara/Mak Dara
27. Set Bersalin Idaman
28. Set Bersalin Iris
29. Set Bersalin Khazah Bonda/Kzanah Bonda
30. Set Bersalin Kak Engku
31. Set Bersalin Kenanga
32. Set Bersalin Kak Roha/Roha
33. Set Bersalin Kak Lana
34. Set Bersalin Leesa Formula
35. Set Bersalin Mustika Ratu/Jamu Mustika Ratu/Mustika Ratu Selapan
36. Set Bersalin Muna Asy Syifa
37. Set Bersalin Manja
38. Set Bersalin Maharani
39. Set Bersalin Nona Roguy/Nyonya Roguy/NR
40. Set Bersalin Nouvelles Visages/NV
41. Set Bersalin Nyonya Meneer
42. Set Bersalin Nuriz
43. Set Bersalin Natasya
44. Set Bersalin Orang Kampung
45. Set Bersalin Puteri Rembulan
46. Set Bersalin Qurratu
47. Set Bersalin Revell
48. Set Bersalin Rojam
49. Set Bersalin R&Z
50. Set Bersalin Radix
51. Set Bersalin Sendayu Tinggi(Ammy 60 days)/ST
52. Set Bersalin Salindah
53. Set Bersalin Shaklee
54. Set Bersalin Sari Herba
55. Set Bersalin Sari Ayu
56. Set Bersalin Tanamera
57. Set Bersalin TYT
58. Set Bersalin Warisan Afiat
59. Set Bersalin Warisan Mama
60. Set Bersalin Yusmira
61. Set Bersalin Zura
62. Set Bersalin Zarina Zainuddin
Update (10/12/2012):
63. Set Bersalin Confinemum

Nanti senang senang, rajin rajin aku letak link kat semua set bersalin di atas sekurang kurangnya korang boleh klik terus pada senarai di atas untuk tahu maklumat lebih lanjut pasal set tu.


Tuesday, 4 December 2012

Kandungan 19 Minggu


ASSALAMU'ALAIKUM

Alhamdulillah dalam kesibukan ke sana ke sini...dengan urusan itu dan ini, sedar tak sedar, kandungan aku dah 19 minggu lebih dan besok cukup cukup 20 minggu bersamaan dengan 5 bulan umur kandungan aku.

Tak pernah aku update pasal kandungan aku dalam blog kan?
Hehehe ni kira kali pertama aku kongsi dengan korang.

Selama aku mengandung sampailah ke hari ni, Alhamdulillah, trimester kedua adalah fasa mengandung yang paling selesa buat aku. Tiada lagi alahan, tiada lagi morning sickness, cuma sesekali sahaja terasa pening amat sangat kalau terlambat makan. Doktor sendiripun kata sememangnya trimester kedua adalah fasa paling selesa untuk ibu mengandung namun pemakanan si ibu tetap kena jaga secara berterusan.

Diet pemakanan aku buat masa ni....

Pregnancy Vitamin
Calcium

Folic Acid, doktor klinik tu suruh aku stop apabila aku dah masuk trimester kedua ni, sambung dengan multivitamin warna pink dan kalsium pulak.

Itu saja yang aku ambil selain dari susu Anmum Materna 2 kali sehari bersamaan dengan 8 scoops setiap hari.
Kadang kadang aku skip jugak untuk sebelah malam sebab dah kenyang makan malam, perut aku dah tak boleh nak telan susu. Terasa kenyang sangat.
Susu tu buat aku kenyang. Haha.

Sebenarnya aku dah start ambil asid folik tu sebelum mengandung lagi.
Kawan baik aku yang bagi tau, asid folik elok ambil 3 bulan sebelum kahwin sebagai persediaan badan kita untuk mengandung.
Tapi disebabkan aku lambat tau, sebulan selepas kahwin baru aku start makan supplement tu. Hehehe.

Aku tak ada ambil supplement lain selain dari bawah saranan doktor tu sendiri.
Ada terbaca ibu ibu ambil Neorogain untuk pembentukan otak bayi yang sihat. Tapi aku tak ambil. Aku lebih selesa bawah saranan doktor sahaja selain daripada banyakkan makan sayur dan buah.

Kalau ada di antara pembaca yang ada pengalaman, bolehlah berkongsi cerita kat sini.
Sebarang nasihat amat dialu alukan memandangkan aku ni pun mengandungkan anak pertama. Tak pernah ada pengalaman sebelum ni dengan cara cara penjagaan pemakanan dan sebagainya untuk ibu mengandung.
Senang senang tinggalkanlah komen korang kat bawah ye. Mana tau boleh jugak berkongsi ilmu. Banyak lagi ni yang aku tak tau. Banyak lagi yang aku kena belajar. Hehehe.

Kepada kaum Adam pun kalau pernah ada pengalaman menjaga si isteri masing masing, dan tau sedikit sebanyak pasal diet pemakanan untuk ibu mengandung pun boleh berkongsi cerita kat sini.

Tak ada limitation dalam entri ni hanya untuk kaum Hawa sahaja. Open kepada semua untuk berkongsi ilmu. Tak salah kan? :)

Insha Allah senang senang nanti, aku update lagi.

Monday, 5 November 2012

Asma Ketika Hamil



ASSALAMU'ALAIKUM

Tajuk entri kali ni hampir sama dengan tajuk entri sebelum ni tapi ada tambahan sedikit satu lagi penyakit. Huhuhu. Apa apapun syukur Alhamdulillah setelah hampir sebulan, rasa batuk aku berkurangan. Hasil dari beberapa pantang yang aku amalkan selain ambil ubat yang disyorkan doktor.

Appointment aku dengan doktor baru baru ni, doktor suspek aku ada mild asthma tu sebab ada satu malam tu aku tiba tiba sesak nafas lagi. So, penjagaan untuk pesakit bronkitis adalah sama dengan pesakit asma. 

  1. Tak boleh minum ais/sejuk atau sewaktu dengannya. 
  2. Tak boleh aircond terlalu kuat. 
  3. Jaga pengudaraan di dalam rumah. 
  4. Jaga persekitaran kita sekiranya kita keluar dari rumah.
  5. Jangan mandi malam sebab kalau mandi jugak nanti mendedahkan kawasan dada kita kepada cuaca sejuk di sebelah malam lebih dari sebelah siang.
  6. Perbanyakkan minum air putih dan air suam/panas. Sebenarnya sememangnya pun ais tak bagus untuk kesihatan. Ia bukan saja boleh membekukan lemak di dalam badan kita untuk jangka masa panjang, ia juga memburukkan kesihatan kita terutama sekali selsema dan batuk.
  7. Kepada penggemar buah, tersangatlah bagus tapi buah tersebut mestilah bukan dari peti ais anda. Kalau ye, sama jugak kesannya seperti anda meminum air sejuk/ais.

Setakat ini, itu saja yang aku amalkan sepanjang aku kurang sihat ni. Semoga sedikit sebanyak membantu anda diluar sana. Apa apapun harap semua banyak banyak sabar sebab kita sendiri sedia maklum kalau sakit ketika hamil ni tersangatlah tak selesa.



Saturday, 6 October 2012

Bronkitis dan Selsema Ketika Hamil



ASSALAMU'ALAIKUM



Satu lagi kejutan yang aku terima selepas a good news ever that I'm pregnant, but this time, is a bad news.
Aku batuk dah lebih dari 2 minggu.
Pergi ke klinik biasa, macam biasa di beri ubat batuk dan antibiotik yang aku sendiri was was nak ambil disebabkan aku masih dalam trimester.
Satu malam, aku sukar untuk bernafas. Setiap kali aku tarik nafas, dada aku sakit sangat sampai satu tahap, I can't move!
Aku terus bagi tahu orang rumah supaya bawakan aku ke klinik secepat mungkin dan dapatkan reference letter ke hospital.

On the next day, aku pergi jumpa doktor pakar dan dapati aku mengidap bronkitis.
Selepas beberapa ujian dilakukan Alhamdulillah peparu aku bebas dari sebarang jangkitan kuman.
Aku dibenarkan pulang berehat di rumah dan disebabkan aku tengah mengandung, sukar untuk doktor berikan apa apa oral medicine. Cuma inhale medicine and herbal cough syrup. Itu saja ubat yang aku boleh ambil.

 Hari ni follow up pertama aku, disebabkan Khamis lepas aku selsema then again sukar untuk doktor tentukan ubat apa yang sesuai dengan aku.
I'm having Viral URI and bronchitis now.

Aku tak boleh tidur malam. Tidur pun sambil duduk itupun sebab dah terlalu letih menahan ketidak selesaan hidung dan batuk aku yang berterusan.

Blog aku ni pun dah jadi macam diari aku pulak kan.
Semoga sakit aku ni penghapus dosa dosa aku yang lalu dan InsyaAllah aku akan sembuh tidak lama lagi.

Kepada sesiapa yang juga pernah mengalami situasi seperti aku ni...kalau boleh elakkan pengambilan ubat ubatan kimia, cubalah perubatan tradisional seperti madu, buah dan sebagainya.
InsyaAllah dengan izin Allah akan sembuh atas kehendakNya.


 

Saturday, 29 September 2012

BATUK KETIKA HAMIL


ASSALAMU'ALAIKUM

Hampir seminggu lebih aku asyik batuk. Kalau batuk berkahak aku rasa orang lain pun lebih selesa daripada batuk tanpa kahak. Batuk tanpa kahak lagi perit dan penat segala bahagian badan. Sebabnya kita akan sentiasa batuk dan batuk lagi sebab sekali batuk tanpa kahak terasa sangat tak puas.

Batuk yang macam ni amatlah terasa perit nak nak lagi ketika hamil.
Ramai yang petua bermacam macam cara dan setiap petua sebenarnya bergantung juga kepada badan seseorang. Kalau sesuai dengan badan, Alhamdulillah tak ada masalah, InsyaAllah berkesan dan mujarab.

Antara petua petua kawan kawan aku pesan adalah:

1. Minum air asam jawa samada dibancuh dengan air ataupun tanpa air dan semestinya bukan dengan air sejuk.

2. Amalkan pengambilan 1 sudu plastik madu dan perahan limau nipis 2 kali sehari. Pagi sekali, sebelum tidur sekali. Lebih elok jika tanpa disusuli air tapi bagi sesiapa yang kurang gemar dengan kemanisan madu yang melampau dibolehkan campur dengan air pastinya bukan air sejuk.

3. Amalkan pengambilan air limau suam kalau keluar makan diluar, jangan order teh 'o' ais limau, sirap limau ais bagai ye. Kalau tak suka air limau suam, order air suam sudah. Jimat pun jimat. Sihat pun sihat. Hehehe.

4. Amalkan berkumur dengan air bancuhan garam untuk meredakan sakit tekak dan gatal tekak dan merah tekak atau sewaktu dengannya.

5. Jangan lupa vitamin C untuk sistem imun badan.

6. Amalkan pengambilan air barli suam untuk tujuan menyejukkan dalam badan sekiranya merasakan batuk disebabkan cuaca yang panas.

Ha itu sajalah petua yang aku dapat daripada kawan kawan sepejabat dan kawan kawan luar pejabat yang sangat suka membebel. Hehehe. Tapi bebel tanda sayang. Kalau dah batuk tanpa henti, sampai terkencing macam aku ni, takkan lah nak dibiarkan kan?

Ni semua sebab orang kata tak elok ambil ubat batuk ketika hamil walaupun kalau pergi jumpa doktor, doktor masih juga berikan ubat batuk tersebut.

Untuk aku sepanjang batuk seminggu lebih ni, aku hanya amalkan yang nombor 2 dan 3 sahaja.
Alhamdulillah nampak kesan mujarab tu cuma ambil masa sikit. Ubat batuk aku ambil juga kalau terlalu tak tahan batuk tanpa henti sampaikan aku tak tidur malam berhari hari. Tapi tidaklah kerap. Mungkin dalam nisbah 1:3 dalam masa 7 hari lebih ni.

Pendek kata pengambilan dos ubat batuk yang kurang dari biasa, aku tawakal jelah.
Setiap kali aku nak minum ubat batuk tu aku berdoa semoga anak di dalam kandunganku ini terus dipelihara agar sentiasa sihat InsyaAllah. Aku dah tak bermaya sebab setiap malam aku tak boleh tidur, tak dapat rehat yang cukup.

Update 19/10/2012 : Kalau boleh elakkan sebarang pengambilan ubat batuk biasa atau paling kurang herbal cough syrup ataupun Ivy Cough Syrup. Ubat batuk yang tak buat kita mengantok.

Wednesday, 19 September 2012

Pakat Pakat Mengandung?



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...macam biasa greeting yang membosankan daripada aku setiap kali update entri.
Hehehe...
Tajuk entri aku kali ni pelik sikit sebab aku dah tak tau nak letak tajuk apa.
Apa maksud tajuk entri aku kali ni?

Maksudnya, aku dapat berita gembira daripada kawan kawan baik aku bahawasanya dorang pun tengah berbadan dua juga.
Alhamdulillahhhh...syukur kepadaNya. Agaknya memasing rezeki selepas bulan Ramadhan yang baru saja meninggalkan kita.

Kawan aku yang pertama dari Butterworth. Kawan aku seuniversiti dulu. Ruziana Shuib atau Zana panggilan manja dia. Dah masuk 10 minggu lebih dah kalau tak silap aku. Sekarang ni tengah alah teruk katanya. Muntah bagai. Pening nak pitam semua ada.
Yang sorang lagi pula kawan aku dari sekolah menengah. Asma Dat atau pun lebih senang dipanggil dengan nama Asma.
Aku baru sahaja tahu yang dia dah masuk 5 minggu lebih. 

Alhamdulillah..semoga semuanya selamat, ibu dan kandungan sekali sentiasa sihat hendaknya, dan didoakan semoga kandungan memasing sihat membesar, seimbang dunia akhiratnya InsyaAllah..Amin.

P/S: Aku? Alhamdulillah hari ni dah masuk 9 minggu 2 hari InsyaAllah sentiasa menunggu....dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua..Amin

Friday, 7 September 2012

My Happy Moments Begin...Again..I'M PREGNANT!



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...
Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan hari ni untuk menyedut udara di muka Bumi Allah SWT ini.
Alhamdulillah...Syukrannn...
Tetiba nak cakap Arab pulak pagi ni ye..

Disini ingin saya menyatakan rasa maaf saya kerana lama tak update blog LG. Seperti entri entri yang sebelum ni saya selalu update mengenai kesihatan yang kurang mengizinkan saya untuk aktif berblog.

Tak sihat lagi ke?
Ehh...sekarang dah sihat dah Alhamdulillah cuma sesekali tu terasa pening sahaja.
Segala persoalan terjawap selepas balik semula ke Kuala Lumpur selepas raya kenapa aku sentiasa tak sihat adalah kerana aku MENGANDUNG!!

Alhamdulillah sekali lagi...
MY HAPPY MOMENTS BEGIN...AGAIN!

Maka bermulalah saat yang paling gembira dalam hidup aku dan orang rumah aku tanggal 26 Ogos 2012 SEKALI LAGI selepas buat ujian kehamilan. Alhamdulillah selepas beberapan dugaan, Allah berikan kami rezeki yang tidak ternilai dalam hidup kami.
Kenapa aku cakap SEKALI LAGI? Sebab...dalam hidup kita ni sentiasa ada saat paling gembira yang sentiasa berulang ulang...maksud aku..Allah SWT sentiasa memberikan saat gembira itu kepada hamba hambaNYA..cuma kita je tau menghargainya atau tidak...

Apa apa pun sekadar ingin berkongsi berita gembira ni dan berharap pembaca juga turut mendoakan kami sekeluarga :) InsyaAllah
Daisypath Friendship tickers