Recent Posts

Search This Blog

Showing posts with label Pengasuh Bayi. Show all posts
Showing posts with label Pengasuh Bayi. Show all posts

Wednesday, 21 May 2014

Pengasuh Bayi : Beralih Tempat Asuhan Lagi!


ASSALAMU'ALAIKUM

Gambar di atas ni sebagai hiasan. Tertarik dengan gambar ni sebab Subhanallah, indah sungguh ciptaan Tuhan kan? Mana-mana, rata-rata bayi, semuanya comel, sejuk betul mata memandang.
Tak tergamak dan tak terlintas langsung di hati kita nak apa-apakan bayi secomel ni...

Ok mukadimah aku semacam je...Adam kena dera ke?
Bukann...kalau ikutkan tajuk entri aku kali ni...memang sekali baca mungkin ada kaitan dengan kes dera pun boleh jadi penyebab aku beralih tempat asuhan Adam lagi. Lagi??
Hmmmm....sebenarnya aku nak cerita yang aku tukar pengasuh Adam lagi...Huhuu..

Selepas TM Dynamic Kids menjadi pilihan, kami beralih ke Balai Polis Pantai sebagai tempat asuhan Adam.
Namun, jodoh Adam di situ tak panjang, pengasuh di situ menelefon kami mengatakan tak boleh jaga Adam lagi. Katanya takut dipersalahkan kalau apa-apa terjadi pada Adam.

Takut dipersalahkan?
Kami tak pernah menyalahkan diapun. Kira ok lagi la boleh consider juga. Kalau parents lain mesti dah kena marah. Haihhh...

Cuma ada sehari tu bila sentuh kepala Adam terasa ada benjol.
Adam pun nampak sakit bila disentuh.
Akupun telefon menanyakan pengasuh pasal benjol tu.

Adam ada jatuh ke? Ada katanya dalam bilik air.
Hmmm dah berapa kali jatuh pun tak tahulah tapi kenapa tak diberitahu awal-awal.
Adam dah muntah-muntah demam lagi, ibu mana yang tak risau.

Sekadar bertanya, bukan menyalahkan. Salah ke kita sebagai parent bertanya kalau ada yang tak kena pada anak. Anak kitakan bawah tanggungjawap dia sepanjang kita hantar ke rumah dia untuk mengasuh?
Agaknya mungkin sebab pertanyaan tu terlalu sensitif bagi dia, seolah-olah aku tidak meletakkan kepercayaan penuh kepada dia menjaga Adam, so memang tak boleh kata apalah kan..
Lagi alasan katanya ibu-ibu kepada anak-anak yang lain risau kalau Adam menjangkiti anak-anak mereka pula. Asyik sakit katanya. Wallahu'alam entah betul entah tidak. Padahal Adam cuti sakit baru sekali sepanjang bawah jagaan dia. Entah kat mana yang Adam selalu sakit agaknya ye.
Hmmm dah macam anak aku pulak yang bawa penyakit. Subhanallah...

Kalau dah begitu katanya, alkisahnya, itulah pengasuh yang keempat untuk Adam dalam tempoh setahun sebulan ni....

Operasi mencari pengasuh yang baru berterusan lagi...
Lepas satu, satu dugaan datang...
Alhamdulillah...

Semoga pengasuh yang baru nanti serasi dengan Adam inshaaAllah.
Kesian Adam asyik bertukar sana sini...Hmmm...kalaulah Mama boleh berhenti kerja kan..

Friday, 18 April 2014

TM Dynamic Kids : Day 1 & Day 2 Adam Farhan


ASSALAMU'ALAIKUM

Tak berkesempatan aku nak meng-update blog sejak-sejak masuk April ni kan sebabnya si kecil aku yang seorang ni tak sihat sangat. Aku sekali dah macam panda makan batang buluh dah jadinya sebab kurang tidur.
Sebelum aku meroyan pasal Adam kurang sihat, aku rasa elok aku cerita dulu tempat asuhan Adam yang baru seperti yang aku janjikan sebelum ni.

Gambar di atas hasil tangkapan encik suami. Hari pertama Adam ke TM Dynamic Kids bertempat di Menara TM Kuala Lumpur. Agak well known di kalangan staf TM ye sebenarnya.
Begitulah keadaannya bilik atau kelas untuk bayi berumur seawal 7 bulan hingga ke 2 tahun ditempatkan.

Dihamparkan tilam secara selari sepanjang bilik dan haruslah setiap tilam dah berpunya. Adam masih baru ditempatkan paling hujung berhampiran pintu masuk.
Sedih sebenarnya nak meninggalkan Adam di sini tapi apakan daya Mama terpaksa.

Cuba berfikiran positif yang Adam akan mula bergaul dengan kawan-kawan yang lain dan InshaaAllah akan bertambah baik selepas ni. Aku pasti ibu bapa yang lain pun berperasaan seperti aku juga. Tak pernah terniat nak meninggalkan anak di tempat yang tidak selamat. InshaaAllah semua akan ok.

Namun, persepsi aku pada taska ni mula berubah pada hari kedua Adam dihantarkan ke taska.
2 April 2014, selepas kerja aku bergerak awal dari biasa terus ke taska.

Adam tertidur di sisi tilam dengan keadaan kaki terjuntai ke lantai. Pendek kata tidak diletakkan di tilam secara proper. Point untuk kenakan taska ke? Eh, tidak. Aku faham mungkin Adam selesa tidur begitu dan dibiarkan cikgunya dalam keadaan begitu.

Aku angkat Adam dengan harapan Adam masih tidur tapi sebaliknya berlaku.
Adam terjaga dan terus menangis secara tiba-tiba.
Badan Adam agak panas.
Sampai rumah, OK Adam demam.
Adam demam biasa atau sebaliknya?


Bersambung entri seterusnya sebab nak asingkan tajuk entri...

Wednesday, 12 March 2014

Pengasuh Bayi : Pengasuh Adam II

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat tengahari menjengah ke petang sudah. Entri kali ni boleh dikatakan sambungan kepada entri terdahulu (klik SINI). 

SELEPAS 6 BULAN

Selepas 6 bulan aku menghantar Adam ke rumah pengasuh di Balai Bomba & Penyelamat Bangsar, aku dan encik suami mengambil keputusan untuk tidak menghantar Adam ke situ lagi atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Aku tak akan menyatakan di sini sebab-sebabnya demi menjaga kesensitiviti yang mungkin akan timbul pada sesetengan pihak.

Terima kasih banyak kepada keluarga Kak Rusidah kerana sudi menjaga Adam selama hampir setengah tahun. InshaaAllah panjang umur, ada rezeki, kami akan singgah lagi ke rumah.

FEBRUARI 2014

Bermula di rumah pengasuh baru. Isteri kepada teman sepejabat aku menawarkan diri untuk menjaga Adam. Alhamdulillah. Ada yang sudi menawarkan diri, nak lagi dekat dengan pejabat aku. Senang kalau aku nak berulang alik sekiranya ada kecemasan. Pengasuh Adam yang baru ni namanya Laila.

(Adam & Adik Pengasuh)

Haaa gambar di atas tu, gambar selfie Adam dengan adik pengasuh Adam yang sekarang. Alhamdulillah seluruh keluarga pengasuh sayang Adam macam anak sendiri. Dari Mak, Adik, Ayah, Nino (nenek dalam bahasa Kerinchi), semua sayang Adam.
Tapi biasalah kalau dah terlalu selesa, Allah menguji kita dengan meminjamkan kepada kita kejap je. Adam tak lama dengan Laila.

Sebab....

MAC 2014

Aku dapat panggilan dari taska The Dynamic Kids di Menara TM, nama Adam dah naik. Dah sampai giliran untuk kemasukan segera. 
Aku daftar nama Adam dah lama. Kalau tak silap aku bulan 7 2013, baru sekarang dipanggil namanya.
Tapi tak sangka pula secepat ni. Mungkin aku terasa cepat sebab dah selesa hantar Adam ke rumah Laila. 

Sedih Laila & Fariq (kawan sepejabat aku) apabila tau bulan ni, bulan last aku hantar Adam. Laila sampai menangis. Huhuhu. Even keluarga Laila pun sedih sampaikan adik Laila (dalam gambar) berat hati nak lepaskan Adam suruh Adam stay juga.

Kenapa tak nak stay? Hmmm aku & encik suami bukan tak nak stay tapi memikirkan Laila & Fariq, keluarga Laila yang pasti teringin nak punya anak dan cucu sendiri. Laila akan mengandung tak lama lagi InshaaAllah, mesti tak larat nak jaga Adam yang makin lasak. Fuhh...panjat sana sini, merangkak sana sini, memaut sepah semua barang ikut suka hati.

Mintak maaf kepada Laila sekeluarga kerana kami terpaksa buat keputusan yang berat ni. Lepas ni Adam terpaksa berdikari sebab perlu berkongsi perhatian dengan bayi yang lain.

Diharap ada hikmah disebalik semua ni. Laila pun boleh sambung berehat selepas 2 kali keguguran. Adam pun InshaaAllah boleh belajar bergaul dengan bayi dan bebudak lain. Sebagai persediaan juga kepada kami sebagai Mama dan Abah,  Adam akan bersekolah juga 1 hari nanti.

Adam akan membesar. Semoga hidup yang dipilihnya nanti berdasarkan jalan yang 1 iaitu jalan yang ditetapkan Allah SWT. Moga jadi anak yang soleh. InshaaAllah. Amin.

Jadinya kami buat keputusan untuk menerima tawaran kemasukan taska Menara TM tu mulai bulan depan, April 2014.


APRIL 2014

Coming soon....mungkin entri pasal taska tempat mengasuh baru Adam pula selepas ni. InshaaAllah.

Jumpa lagi.... :)

Monday, 28 October 2013

Pengasuh Bayi : Pengasuh Adam

ASSALAMU'ALAIKUM

Cerita ni 3 bulan yang lalu. Operasi mencari pengasuh sejurus selepas balik dari berpantang terus diusahakan sebelum aku naik kerja semula. 
Sebelum berpantang pun, even sebelum aku bersalin lagi aku dah mula mencari pengasuh. Kononnya nak booking awal sebelum tempat penuh. Tapi setiap kali aku singgah di setiap rumah pengasuh semuanya jawap, "Haaa bersalin dulu dik. Dah bersalin nanti call akak ye?!" 

Dah gitu katanya, aku pun dah sarat nak bersalin lepas tu, penyakit malas mula meresap dalam badan. Tu sebablah lepas berpantang baru aku mula balik operasi mencari tu. 

Kriteria Pengasuh
  1. Berpengalaman menjaga bayi dari umur 3 bulan sekurang-kurangnya (selalunya lepas pantang 2-3 bulan baru ibu-ibu hantar anak masing-masing kan)
  2. Perempuan (Sudah tentu)
  3. Tidak mengasuh terlalu ramai dalam 1 masa (paling kurang 2 orang bayi sahaja termasuk Adam)
  4. Berdekatan dengan office (in case kalau perlu berkejar ke rumah pengasuh senang aku nak 'berlari')
  5. Keadaan sekeliling yang selamat untuk bayi yang sedang membesar
  6. Pastinya waras (tak mau jadi macam kes dera dalam berita)
  7. Hmmm dah tak ingat sebab terlalu banyak aku rasa...
Mencari punya mencari tak semua ketujuh-tujuh tu pun aku berjaya penuhi. Sebab sebenarnya sangat susah nak mencari yang betul-betul sesuai dan kita yakin dia mampu jaga anak kita dengan baik. Nak sebaik dan sepuas sendiri jaga susah la kan. So, aku tawakal hantar juga kat seorang pengasuh ni di Balai Bomba dan Penyelamat Bangsar. Lebih kurang 700 meter sahaja dari office aku.

(Pengasuh Adam secara rasminya)
Aku tawakal hantar Adam ke situ atas sebab aku berjaya cari lebih baik dari apa yang aku senaraikan di nombor 3. Dia hanya mengasuh seorang saja dalam 1 masa. Kiranya dia mengasuh Adam seorang sahaja. Alhamdulillah.

Tapi selepas sebulan, aku semakin risau apabila kriteria ke-5 agak berisiko. Sebabnya, pengasuh ni ada bela 2 ekor kucing. Huwarghhhh....ada pernah sekali ternampak bulu kucing ada di puting botol susu anak aku...oh tidakkk....!

1 lagi kadangkala, pengasuh ni suka buat Adam macam anak dia sendiri. Ada sekali mungkin dia terlepas cakap bagi tau yang dia ada bagi Adam 4oz air rebusan beras. Tau tak air rebusan beras tu macam mana? Bila kita masak nasi, semasa mendidih, ada air separa jernih keluar dari beras yang hampir masak tu, yang agak pekat tu...ha itu lah air rebusan beras yang diberinya kepada Adam.

Apa perasaan ibu-ibu di luar sana apabila anak kita diperlakukan sebegitu? Tak salah kalau tak membahayakan bayi tu tapi masalahnya sekarang walaupun Adam tak cedera, tapi masa tu Adam belum lagi makan apa-apa semisolid apatah lagi solid food. Sekurang-kurangnya, umur bayi 6 bulan baru perut bayi cukup matang menerima sebarang makanan selain susu ibu atau susu formula.

Mungkin bagi sesetengah pihak sangat menggemari dengan kenyataan ni...
"Alaaa dulu akak bagi anak-anak akak ok je..membesar elok sihat je sampai sekarang..."
Hmmm masalahnya setiap bayi, setiap anak tu sendiri pun berbeza penerimaannya. Tak sama ye kak, makcik. Tolong jangan samakan anak saya dengan anak akak-akak,makcik-makcik sekalian. Hmmm...kalau apa-apa jadi, siapa yang susah? Hmmm..

Aku dan encik suami cuba bersabar, pesan apa patut supaya dia tak ulang lagi dan dengan harapan dia lebih berjaga-jaga dan berhati-hati setiap apa yang dia buat. Kami masih menjaga hati kakak tu.
Kalau orang lain, aku rasa, dah habis kena sound. Hmmm...Ya Allah semoga Kau lindungi anak ini daripada sebarang musibah dan penyakit inshaaAllah Amin.

Kepada para ibu dan bakal ibu atau sesiapa saja yang sedang mencari pengasuh dan penah dengar cerita dari saudara mara mengenai masalah ni, ada pengalaman seperti ni yang sudi berkongsi jangan segan-segan tinggalkan komen. 

Bersambung lagi selepas ni dengan entri yang lain pula...terima kasih sudi baca sampai habis...hehe



Daisypath Friendship tickers