Recent Posts

Search This Blog

Wednesday, 29 June 2011

SALAM ISRAK MIKRAJ


assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah syukur kepada DIA kerana dengan izinNYA kita berkesempatan 'sampai' 26 Rejab 1432H bersamaan 29 Jun 2011 tahun ni.

Bagi negeri yang bercuti hari ni mesti alert dengan peristiwa Israk Mikraj jatuh pada hari ni. Kalau macam aku, hari ni adalah hari bekerja aku. Sampai office tengok kalendar baru sedar yang hari ni adalah hari berlakunya peristiwa Israk Mikraj. Astaghfirullahal'azim...teruk kan aku ni? Kononnya sibuk sangat bekerja sampai kurang alert dah dengan hari hari begini kalau nak dibandingkan dengan hari Maulidur Rasul dengan Maal Hijrah.

Jadikan iktibar lepas ni..jangan tunggu cuti baru nak alert! Haissshhh...

Malam ni sama ada di masjid atau surau mesti ramai imam imam berbicara pasal peristiwa Israk Mikraj kan?
Hmmm...
Boleh pulak aku selsema ambik MC hari ni...dugaan untuk aku hari ni...kerja tak boleh nak siapkan dan besok selamatlah aku mengadap mana mana kerja yang bertimbun timbun di office. Plus aku kena mengadap bos yang semestinya tanya bila kerja nak deliver? Hohoho...

Apa apa pun...
SALAM ISRAK MIKRAJ
semoga peristiwa Israk Mikraj ini dijadikan pengajaran kepada seluruh umat muslimin dan muslimat sepanjang hidup kita supaya menjalani kehidupan seorang mukmin yang lebih bermakna dan sentiasa diredhaiNYA.
Insya-ALLAH
Semoga ALLAH mengampuni kita dan DIA sentiasa bersama kita dalam menempuh segala apa jua dugaan sekali pun..
Ameen




2 comments:

  1. InsyaAllah Akoo...thanks sbb sudi visit..dah lama betul xupdate ni..xberkesempatan...sangat2 busy skg ni..balik keja da penat..mood nk update pun xde...ni pun sesekali bukak...tgk ada org masih tinggal kan komen..maceh byk2..hehe..

    ReplyDelete

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers