Recent Posts

Search This Blog

Sunday, 7 August 2011

PUASA DAY 3 : Dari DIA dan kepadaNYA jua...



ASSALAMU'ALAIKUM...


Dah berhari aku tak renovate rumah bak kata Xavi De tapi bukan sebab busy kerja ye pakcik. Huhuhu...baru sampai dari kampung sebenarnya pagi tadi. Hari Rabu lepas bersahur, dapat panggilan dari sepupu sebelah Mak yang Abanya meninggal. Terkejut aku apabila dapat berita tu. Yelah siapa sangka tak ada ribut...tak ada angin hujan...tengah tengah bulan puasa ni dapat berita saudara meninggal, kembali ke rahmatullah.

Tanpa berlengah terus aku call Mak dan Aba kat kampung...sejurus call Mak Long...Pak Anjang dan Pak Su...agak kelam kabut pagi tu..Along yang baru balik dari kerja pun ambik keputusan nak balik kampung pagi tu jugak. Aku pula terpaksa ambil Emergency Leave. Tak pasal je bos aku dapat mesej aku panjang panjang pepagi buta tu. Kalau dia bangun sahur tak apa la jugak..ini tak masakan nak bersahur sebab bos aku bangsa Punjabi...uhuhuhuhu..

Arwah ialah adik kepada Mak aku. Arwah Pak Lang, setahu aku tak pernah dengar menghidap penyakit kronik. Tahu tahu begini pula jadiknya. Innalillahi Wainnailaihi Rhaji'un...dah sampai ajalnya..tak kira tua muda..ALLAH tetap akan memanggil...Moga ALLAH meletakkan arwah bersama dengan golongan orang orang yang beriman.

**************************************

Kepada Irda,

Akak harap Irda bertabahlah. Akak tau mungkin mudah untuk berkata sabar tapi susah untuk menempuh keadaan seperti ni di tengah tengah bulan puasa ni. Mama pula tak kerja. Adik adik masih belajar. Sekarang tanggungjawab Irda sebagai anak sulung memegang amanah, kuat untuk Mama (Mak Lang aku lah). Erry sebagai anak lelaki sulong mesti kuat jugak untuk kakak Erry... :)

Akak mintak maaf sebab tak sempat sampai menatap wajah arwah buat kali terakhir. Walau bagaimanapun akak tetap bersyukur, akak sempat sampai ke tanah perkuburan sebelum semua balik. MasyaALLAH sebak ati akak da....

Akak doakan roh arwah dicucuri rahmatNYA. Macam tu jugak arwah Tok Ayah dan arwah Tok Ma. 
Sabar ye Irda. Apa apa boleh contact akak.


**************************************

Keesokan malamnya baru aku dan keluarga berkesempatan untuk menziarah keluarga arwah buat kali kedua. Mak sendiri terasa akan ketiadaan arwah adik dia sejurus lepas menjejakkan kaki ke dalam rumah tu. Aku tau walaupun Mak nampak jernih mukanya..tapi dalam hati hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Aku rasa dah tak ada apa apa lagi yang nak aku tulis. Semua dah sedia maklum kan kenapa aku tak renovate rumah? :) Alang alang dah balik kampung sebab ada kematian saudara...aku sambung saja cuti aku sampai hujung minggu. Bukannya dekat nak balik selalu.

Semoga ALLAH mengampuni dosa dosa kita yang telah lalu dan akan datang. Apa yang berlaku sepanjang beberapai hari ni, aku bolehlah jadikan ia sebagai iktibar untuk masa hadapan. InsyaALLAH.




4 comments:

  1. guna ayat pakcik...
    kena bayorrr....hehe...
    mati tu xmengenal usia, tempat dan masa. so kita kena bekalkan diri dengan segala amalan utk survive disana. takziah pakcik ucapkan pada kamu sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. hehehe bukan guna..sekadar mengulang utk PERLI pakcik.wakakaka...
    hmm tulah...mati itu pasti...
    kena byk2 bersabar je lah...untuk keluarga arwah...dugaan dlm bulan puasa kehilangan org yg paling kita syg...

    ReplyDelete
  3. oh...takziah buat keluarga sepupu ada...

    kematian seseorng itu sentiasa mengingatkan kita kepda mati...n memberi kita kesedaran....esok belom tentu milik kita...

    Semoga roh Arwah Pklang Ada di tempatkan dalm golongan orng beriman..amin..

    ReplyDelete
  4. @azanaInsyaAllah ameen...moga arwah dicucuri rahmatNYA...tksh zana :) berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul... :)

    ReplyDelete

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers