Sementara aku tunggu kerja aku siap running kepala aku terfikirkan pasal perang di Gaza.
Anda kenal siapakah mereka di dalam gambar di atas?
Ya, merekalah anggota Al-Qassam!
Sejujurnya sebelum ni aku tak pernah terfikir langsung pasal kelayakan untuk menjadi anggota Al-Qassam.
Tetapi beberapa hari lepas aku terbaca di wall Facebook abang Afdlin Shauki,
status dia yang menerangkan mengenai kelayakan ni dari kawan beliau bernama saudara Farhash.
Aku ingatkan sesiapa sahaja rakyat Palestine yang berjiwa kental boleh menjadi anggota Al-Qassam.
Rupa rupanya, menjadi anggota Al-Qassam merupakan cita-cita seluruh rakyat Palestine kerana tugasnya menjaga tebing Gaza itu adalah kerja yang sangat mulia yang bukan sesiapa sahaja suka suka boleh mengambil tempat untuk menjadi Mujahidee.
Menurut perkongsian saudara Farhash sendiri, untuk melayakkan diri menjadi Mujahidee minimum 6 bulan bersembahyang jemaah di masjid tak tinggal. Selepas itu baru DIPERTIMBANGKAN oleh Imam Masjid sama ada mereka boleh memulakan latihan untuk menjadi salah seorang Mujahidee.
Subhanallah! Kalau bagi kita, berjemaah di masjid untuk waktu Subuh itulah yang paling berat untuk dilakukan.
Semoga diberi petunjuk dan pengajaran untuk kita bersama.
Baru tadi aku terbaca status Akademi Al-Quran yang menceritakan tentang rombongan Sheikh Maulana Tariq Jamil.
Aku pendekkan ceritalah ye...nak tau cerita penuh aku minta sahabat semua Like Page Akademi Al-Quran dalam Facebook.
Ceritanya begini...
Setelah rombongan Sheikh selesai bersembahyang jemaah Subuh di sebuah masjid dekat dengan perbatasan (Al-Hudud), tiba tiba seorang tentera Israel datang menjenguk ke dalam masjid itu kemudian beredar.
Sheikh bertanya kepada tentera itu tadi dan dijawapnya hanya ingin melihat berapa ramai jemaah yang hadir ketika itu.
Sheikh bertanya lagi (kenapa?) dan dijawap, di dalam kitab Thaurat mereka ada tertulis :
"Jika di seluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk berjemaah Subuh di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumaat, maka saat itu Israel akan hancur"
"Jika di seluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk berjemaah Subuh di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumaat, maka saat itu Israel akan hancur"
So, korang nampak tak kat situ kenapa solat berjemaah Subuh tu amat penting dalam kelayakan untuk menjadi antara salah seorang Mujahidee di Gaza?
Bukanlah maksud aku apa yang tertulis di dalam kitab Thaurat tu satu satunya penyebab kepada kelayakan anggota Al-Qassam begitu. Ada banyak lagi faktor kenapa jemaah Subuh itu penting disamping terselitnya faktor disiplin yang tinggi di situ yang menjadi titik tolak utama yang dipertimbangkan untuk menjadi anggota Al-Qassam.
Wallahu'alam.
Yang baik dari ALLAH SWT, yang buruk dari aku sendiri. Kalau aku salah tolong betulkan apa yang aku nyatakan dalam entri ni.
Lepas tu perhati balik diri ni.. Keciknya rasa..
ReplyDeleteyep betul tu iz...keciknya rasa diri kita ni kan...hmmm pengajaran utk kita..supaya ambik iktibar
ReplyDeletekecik2 lagi dah menghafaz Al-Quran .
ReplyDeletemoga mereka sentiasa dirahmati Allah swt .
betul tu..kecik2 lagi dah menghafaza al-Quran..kita? kecik2 dulu buat apa?
ReplyDeletedah besar ni pun dah hafaz belum? hmm sendiri nk jwp pun rasa malu...
alamak tersalah eja pulak..
ReplyDelete*menghafaz...
mcm dlm entri ni anak2 kecik semangat betul menghafaz 30 juzuk:
http://faraada.blogspot.com/2012/11/semangat-anak-anak-di-bumi-gaza.html
:)