Recent Posts

Search This Blog

Wednesday, 6 February 2013

29 Minggu

ASSALAMU'ALAIKUM

Alhamdulillah syukur kepadaNya sebab minggu ni kandungan aku dahpun masuk minggu yang ke-29.
Perut aku sekarang sedikit sebanyak dahpun menampakkan keboyotannya seperti gambar hiasan di atas ye. Hehehe. 
Syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk melihat dan merasa kebesaranNya ini.

Maaflah kalau aku dah jarang update sebab semakin hari semakin cepat aku rasa kepenatan dan keletihan tu. Di office pun tak sempat nak bukak blog beberapa hari lepas sebabnya agak kesibukan dengan kerja.
Hari ni aku cuba jugak luangkan sedikit masa untuk blog aku ni. Hehehe.

Kalau nak diikutkan aku dah masuk trimester ke-3. Kekerapan contraction tu dah semakin terasa di sebelah malam. Perut terasa mengeras, lenguh di sana sini, nafas pun semakin pendek. Agak sukar untuk bernafas. Alhamdulillah ada orang rumah yang sentiasa ada disebelah tolong redakan kesakitan tu.

Minyak zaitun sentiasa ada. Kalau rasa sakit, minyak tu ja yang aku berani nak sapu pada perut aku ni. Selain dari contraction, sedikit sebanyak aku dah mula rasa cepat sengal dan lenguh lenguh kaki. Kaki jugak semakin kerap membengkak dan sembab.
Mungkin kandungan semakin membesar, berat semakin bertambah untuk kaki menampung seluruh badan. Huhuhu.


Pertama kali aku rasa macam ni. Yelah, nama pun anak pertama. Baru sekarang aku faham kenapa kaki Mak membengkak dan mengembang sampai sekarang.
Beranakkan dua cahaya mata bukan perkara mudah namun harus bersyukur sebab semua tu berhikmah. InshaAllah :)

Kepada bakal ibu termasuklah aku, harap kita mampu bersabar menunggu kelahiran anak kita dengan tenang dan dengan hati yang terbuka seikhlasnya. Sesungguhnya setiap urat yang sakit di badan kita Allah akan kurniakan banyak pahala dan rahmatnya.

Jantina?
Hmm ramai saudara bertanya, tapi mintak maaf setiap kali scan masih samar samar. Hehehe. Perempuan atau lelaki Alhamdulilah asalkan sihat semuanya InshaAllah :)

Barang bayi pun hampir selesai. Set bersalin pun sudah tersedia. Cuma pam susu je belum lagi. Tengok keadaan nanti samada perlu ditangguhkan dulu atau bagaimana.

Doa doakanlah aku sama semoga dipermudahkan segalanya InshaAllah :)
Jumpa lagi!

6 comments:

  1. baby memalu ler pulak...kikiki...

    ReplyDelete
  2. hehe tu lah yan..
    sampai sekarang xpasti lagi jantina bb dlm perut ni..

    *lepas bc entri sendiri skema mak inang pulak ayt haku..wakakaka

    ReplyDelete
  3. Semoga segalanya dipermudahkan. Tak tahu takpa, nnt tahu jugak. Yang penting sihat. Take good care.

    ReplyDelete
  4. tenkiu pah! InshaAllah aminnn...

    ReplyDelete
  5. moga kandungan sihat dan semuanya dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  6. tenkiu! In Shaa Allah...aminn... :)
    dah masuk 33 minggu dah sekarang ni...
    rasa contraction makin kerap...
    kerap ke bilik air dugaan jugak bila tido malam terganggu tp xpelah semua ni rahmat dr Dia jugak Alhamdulillah :)

    ReplyDelete

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers