Recent Posts

Search This Blog

Thursday, 26 September 2013

5 Bulan Berlalu di PPUM


ASSALAMU'ALAIKUM

Setelah 5 bulan, baru sekarang aku mula menjengah semula blog aku yang dah bersawang nih...Selepas 39 minggu kandungan aku hari tu terus aku mendiamkan diri sebab aku terpaksa dimasukkan ke wad atas sebab musabab bayi di dalam kandungan kurang bergerak (kurang 1 pergerakan je pun dari 10 pergerakan dalam tempoh 12 jam) Aku patut rehat di rumah je sebenarnya, tak perlu ke hospital tapi disebabkan aku bimbang akan keadaan kandungan aku pergi juga ke PPUM.

Aku fikir dah sampai masanya untuk aku bersalin, tetapi selepas 4 hari berada di hospital aku dikeluarkan dari wad untuk berehat je di rumah. Beberapa hari kemudian baru keluar tanda darah. Barulah betul-betul dimasukkan ke wad sampailah ditolak ke labor room pukul 5 petang. Masa tu bukaan sudahpun 4 sentimeter. Aku ringkaskan je lah cerita aku ye. 

Masuk bilik bersalin jam 5 petang, 8.40 malam Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal. Suprisedly! Sebabnya masa di dalam kandungan doktor sendiri tak dapat kenalpasti jantina bayi yang aku kandungkan masa tu. Hehehe...Alhamdulillah syukur kepada ALLAH Taala sebab aku dipanjangkan umur.

Proses berpantang berjalan seperti juga ibu-ibu yang lain. Berpantang di rumah sewa, bergerak ke Ipoh (kampung suami) selama 2 minggu, dan berakhir di Perlis (kampung aku) selama 3 minggu. 2 bulan berlalu macam tu je dan aku rasa terlalu cepat dah nak kena naik kerja semula.

Balik ke KL seminggu awal sebab dalam usaha nak mencari pengasuh anak dan Alhamdulillah jumpa yang sesuai pada masa tu di Balai Bomba dan Penyelamat di Jalan Pantai Baru, Bangsar.

Kepada sesiapa yang ingin tahu pengalaman bersalin di PPUM bolehlah tinggalkan komen di ruang komen. Kalau ada soalannya lebih senang untuk aku memberikan jawapan yang sepatutnya. Tidaklah aku meraban tak tentu pasal ye tak?

Semoga bersambung lagi untuk entri yang akan datang :)

Bersambung di entri INI

No comments:

Post a Comment

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers