Recent Posts

Search This Blog

Monday, 29 July 2013

Kasih dan Sayang Terhadap Anak




Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 21 kita berpuasa dan masuk hari ke 5 aku demam selsema. MasyaALLAH kalau dah demam selsema di bulan puasa ni bagi aku tersangatlah mencabar. Nak nak lagi ada anak kecil pula tu...
Alhamdulillah orang rumah sentiasa membantu. Kesian aku tengok dia terpaksa bangun malam susukan anak, mana nak jaga aku lagi.
Terima kasih banyak sangat dengan orang rumah. Tanpa dia, susah juga aku nak menguruskan semuanya sendiri.

Aku tahu ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku dan hikmahnya yang aku nampak sepanjang aku tak sihat ni, terbuka luas mata aku, tanpa kehadiran orang rumah di sisi pasti sukar aku nak menguruskan kerja rumah berseorangan. Alhamdulillah...

Dan aku sedar juga, dengan kehadiran si kecil, macam mana keletihan dan ketidakupayaan pun, aku akan tetap gagahkan diri, dengan kudrat yang ada, bangun untuk anak. Tak sampai hati dengar dia menangis, merengek minta perhatian untuk dibelai. Namun tetap terbatas kerana bimbang demam selsema aku ni menjangkiti anak kecil aku yang seorang tu...

Aku sentiasa mendoakan semoga anak ini sentiasa di bawah lindunganNya, jauhilah anak ini dari sebarang penyakit, membesar dengan sihat, pandai menjaga diri di tempat orang dan paling penting semoga menjadi anak yang berilmu dan beramal soleh, mentaati agamaMu Ya Allah dan menghormati kedua orang tuanya. InshaaALLAH ameen...

No comments:

Post a Comment

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers