ASSALAMU'ALAIKUM
MashaALLAH dah berapa bulan ye aku tak update blog nih...last time was on August 2015.
2015 dah pun melabuhkan tirai tinggalkan semua kenangan yang lepas.
*Lambat nau ye nak buat special wishes ni pun hehehe...
Terbantut blog nih seriring dengan tuannya yang agak kesibukan sejak anak masuk wad di Hospital Az Zahrah Seksyen 9, Bandar Baru Bangi disebabkan HFMD.
4 hari 3 malam di hospital, nawaitu nak update di blog, tapi tinggal niat saja.
Disusuli dengan aktiviti yang entah apa-apa, dan lain-lain dugaan, terbantut segala.
Pembinaan blog sampingan pun terbantut, lalu terus dipadam, tumpu pada 1 blog sahaja lebih selesa.
Yang lain, aku kembali aktif di laman FB Fara Ada.
Yang lain, aku kembali aktif di laman FB Fara Ada.
Mengaktifkan diri dengan perniagaan secara atas talian yang masih merangkak mencari pelanggan.
Tapi Alhamdulillah syukur sebab perniagaan kecil ni berniaga secara berjemaah, ada rakan-rakan yang membantu, sama-sama membantu, sama-sama berjaya inshaaAllah...
mudah-mudahan menjadi satu komitmen baru untuk aku lepas ni.
Apa-apapun selamat tinggal 2015!
Selamat tinggal segala pahit dan manis.
Tak daya dan tak mampu rasa nak sematkan segalanya di dalam blog ni buat masa ni.
InshaaAllah diharap di lembaran tahun baru, akan dicuba selitkan imbasan sedikit demi sedikit all special memories in 2015 as #throwback #comeback, orang kata kann...
*Trend orang zaman sekarang, semua nak di hashtag kan...hehehe
Aku pun nak jugakkk~
Semoga dijadikan sempadan dan pengajaran untuk hari-hari mendatang di tahun baru.
Moga dipermudahkan segala urusanku dan keluarga.
InshaaAllah Amin Ya Rabbal'alamin
Izinkan Ya Allah Amin
No comments:
Post a Comment
What's on your mind?