Recent Posts

Search This Blog

Wednesday, 12 March 2014

Pengasuh Bayi : Pengasuh Adam II

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat tengahari menjengah ke petang sudah. Entri kali ni boleh dikatakan sambungan kepada entri terdahulu (klik SINI). 

SELEPAS 6 BULAN

Selepas 6 bulan aku menghantar Adam ke rumah pengasuh di Balai Bomba & Penyelamat Bangsar, aku dan encik suami mengambil keputusan untuk tidak menghantar Adam ke situ lagi atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Aku tak akan menyatakan di sini sebab-sebabnya demi menjaga kesensitiviti yang mungkin akan timbul pada sesetengan pihak.

Terima kasih banyak kepada keluarga Kak Rusidah kerana sudi menjaga Adam selama hampir setengah tahun. InshaaAllah panjang umur, ada rezeki, kami akan singgah lagi ke rumah.

FEBRUARI 2014

Bermula di rumah pengasuh baru. Isteri kepada teman sepejabat aku menawarkan diri untuk menjaga Adam. Alhamdulillah. Ada yang sudi menawarkan diri, nak lagi dekat dengan pejabat aku. Senang kalau aku nak berulang alik sekiranya ada kecemasan. Pengasuh Adam yang baru ni namanya Laila.

(Adam & Adik Pengasuh)

Haaa gambar di atas tu, gambar selfie Adam dengan adik pengasuh Adam yang sekarang. Alhamdulillah seluruh keluarga pengasuh sayang Adam macam anak sendiri. Dari Mak, Adik, Ayah, Nino (nenek dalam bahasa Kerinchi), semua sayang Adam.
Tapi biasalah kalau dah terlalu selesa, Allah menguji kita dengan meminjamkan kepada kita kejap je. Adam tak lama dengan Laila.

Sebab....

MAC 2014

Aku dapat panggilan dari taska The Dynamic Kids di Menara TM, nama Adam dah naik. Dah sampai giliran untuk kemasukan segera. 
Aku daftar nama Adam dah lama. Kalau tak silap aku bulan 7 2013, baru sekarang dipanggil namanya.
Tapi tak sangka pula secepat ni. Mungkin aku terasa cepat sebab dah selesa hantar Adam ke rumah Laila. 

Sedih Laila & Fariq (kawan sepejabat aku) apabila tau bulan ni, bulan last aku hantar Adam. Laila sampai menangis. Huhuhu. Even keluarga Laila pun sedih sampaikan adik Laila (dalam gambar) berat hati nak lepaskan Adam suruh Adam stay juga.

Kenapa tak nak stay? Hmmm aku & encik suami bukan tak nak stay tapi memikirkan Laila & Fariq, keluarga Laila yang pasti teringin nak punya anak dan cucu sendiri. Laila akan mengandung tak lama lagi InshaaAllah, mesti tak larat nak jaga Adam yang makin lasak. Fuhh...panjat sana sini, merangkak sana sini, memaut sepah semua barang ikut suka hati.

Mintak maaf kepada Laila sekeluarga kerana kami terpaksa buat keputusan yang berat ni. Lepas ni Adam terpaksa berdikari sebab perlu berkongsi perhatian dengan bayi yang lain.

Diharap ada hikmah disebalik semua ni. Laila pun boleh sambung berehat selepas 2 kali keguguran. Adam pun InshaaAllah boleh belajar bergaul dengan bayi dan bebudak lain. Sebagai persediaan juga kepada kami sebagai Mama dan Abah,  Adam akan bersekolah juga 1 hari nanti.

Adam akan membesar. Semoga hidup yang dipilihnya nanti berdasarkan jalan yang 1 iaitu jalan yang ditetapkan Allah SWT. Moga jadi anak yang soleh. InshaaAllah. Amin.

Jadinya kami buat keputusan untuk menerima tawaran kemasukan taska Menara TM tu mulai bulan depan, April 2014.


APRIL 2014

Coming soon....mungkin entri pasal taska tempat mengasuh baru Adam pula selepas ni. InshaaAllah.

Jumpa lagi.... :)

8 comments:

  1. adammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

    ReplyDelete
  2. boleh akak share contact number family laila mana tahu dia sudi jaga anak saya. saya juga staf tm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laila dah xambik budak dik sbb dia sendiri tengah mengandung sekarang ni... :) xlarat katanya...hehe

      Delete
    2. Assalam Fara, saya mohon bantuan Fara utk mengetahui sekiranya Laila ingin menjaga lagi bayi sekarang. Jika dia sudi lagi. Saya ambil maklum bahawa dia sudah mempunyai anak sekarang.

      Delete
    3. shanur..laila dah ada anak...masih kecil dan dia xambil budak dah shanur..maaf ye

      Delete
    4. Ooo ok.. tq Fara

      Delete

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers