Recent Posts

Search This Blog

Thursday, 16 December 2010

M.A.L.A.S

Assalamu'alaikum...

Lama nya aku tak update blog ni...aku bukan apa..senang je nak describe nape aku tak update dengan hanya satu word saja iaitu M.A.L.A.S!
Malas sebab apa? Sebabnya..aku tak ada mood nak taip apa-apa bila tak ada gambo aku nak masukkan sekali. Kalau aku taip kosong tanpa gambo, aku rasa cam tak lengkap je blog aku ni...nak baca sendiri pun tak seronok!

Apa dia? Nape tak tangkap gambo? Lohh aku nak tangkap gambo pakai apa? Pakai teropong? Aku mana ada kamera dijitol! Wahahaha...Actually ada, cuma aku silap beli. Kamera aku tu kena guna bateri AAA yang kecik tu..tak boleh cas pulak tu. Hohoho larat la aku nak beli selalu. Kejap je dah habis.
Apa dia? Mana dapat gambo-gambo dalam entri sebelum ni?? Wahahaha soalan yang baik. Tapi jangan ingat aku curi kamera orang pulak yee...gambo-gambo tu semua aku guna 'ON LOAN' daripada kawan baik aku Angah. The camera digital is belong to Angah ok? Hahahaha..

Apa dia? Nape tak guna 'ON LOAN' daripada dia lagi? Hehehe..mana boleh. Orang punya laa...dia pun nak guna jugak. Haisshh korang ni tak tau malu betul nak asik pinjam orang punya. Beli la sendiri! Kekekekeke
Haaa bercakap pasal beli sendiri...korang nak tengok tak kamera yang aku idam-idamkan selama ni? Ni kira gambo hiasan je la...yang terbaru lagi cantik! Harga pun lagi cantik! Hehehe..






Haaaa korang nampak tak? Nampak taaakkk?? Cantik kaaannnn..?? Ada lagi cantik! Ni aku letak sekadar hiasan blog aku je ni. Almaklum aku bosan berblog tanpa gambo. InsyaAllah satu hari nanti akan kau kumiliki!! Oyeaahh!

Tapiiii...ada sorang member office aku cakap, kalau aku beli kamera DSLR mahal-mahal pun tapi tak pandai part angel, tak guna jugak. Hmmm fikir-fikir balik ada betulnya jugak apa dia cakap tu..sesetengah gambo aku tengok dah sharp cantik bebeno! Tapiii spoilt apabila angle dia langsung tak cantik. Secara automatik gambo tu terus jadi tak cantik. Hehehehe oleh itu, sementara aku kumpul duit nak miliki benda alah niii...boleh la kot aku luangkan masa belajo sikit-sikit bab angle

P/S: nak belajo ke?? wahahahaha...Till c ya in another entry!


Update 18/08/2011 : Aku realize something, so aku nak buat nota kaki kat sini...semua gambar gambar di atas aku ambik dari Mr.Google. Sekali lagi aku bagi tau, sekiranya ada yang tidak selesa, sila tinggalkan komen, dan aku akan ambil tindakan segera. InsyaALLAH. Yang baik dari DIA, yang buruk dari aku.
Daisypath Friendship tickers