Recent Posts

Search This Blog

Wednesday 28 December 2011

GENAP 8 BULAN






ASSALAMU'ALAIKUM

Hari ni aku terasa nak update banyak kali pulak...terlebih idea kah?
Tak laaahhhh...cuma terlintas sesuatu dalam kepala aku ni..
Ada follower aku bertanyakan pasal kesihatan Aba aku, baru aku sedar yang aku dah lama tak update apa apa pasal Aba..

Sambungan kepada entri yang LEPAS....
Aba aku tak dapat puasa penuh untuk tahun ni..sebab dia tersangatlah tak larat dan tak mampu untuk berpuasa penuh macam kita...
Dan dia juga sudah tidak mampu untuk berjemaah di masjid setiap hari Jumaat memandangkan dia dah tak mampu untuk bersolat berdiri...
Aba perlukan kerusi
Subhanallah..ALLAH Maha Suci dan Maha Mengetahui apa yang Aba aku sedang lalui...
Hari ni genap 8 bulan Aba buat AVF...
Selepas buat pemeriksaan terbaru dengan pakar..Aba diminta kurangkan pengambilan dos ubat..
Alhamdulillah Aba dah tak sakit leher, Aba dah boleh makan, Aba dah boleh berjalan, Aba dah boleh senyum tu yang pastinya :) 
Alhamdulillah syukur kepadaMU Ya ALLAH
Walaupun kaki Aba masih sama bengkak seluruhnya, kebas tapi aku lega nampak Aba senyum...

Sebelum ni Aba selalu merungut akan keadaan dia..
Tapi sekarang aku nampak dia redha..
Dia dah tak merungut..
Selagi dia rasa dia boleh buat...dia akan tetap buat....

Baru baru ni dia datang dengan Mak melawat kami anak beranak walaupun kami risau akan keadaan dia dan harap dia boleh tunggu kami yang balik ke kampung bukan dia yang datang..tapi Aba tetap nak datang...

Walaupun Aba tak pernah keluarkan dengan kata kata tapi aku dapat rasakan..Aba redha dengan keadaan dia...dia tak merungut lagi..
Dia berserah segalanya pada ALLAH Maha Penyembuh segala penyakit...
Dia sembunyi segala resah risau dia...
Apa yang dia hanya nak tengok anak anak menantu dan cucu yang seorang bahagia, happy selalu..

Semoga ALLAH SWT memberkatimu Aba dan Mak..
Kurniakanlah kesihatan kepada kedua orang tuaku

InsyaALLAH
Ameen~

SKECTH # 14 :: The Man Who Can't Be Moved



ASSALAMU'ALAIKUM

Sihat ke semua? :)
Alhamdulillah syukur kalau sihat sihat belaka ye...
Sebenarnya tak perasan dah lama tak update blog ni.
Tengok last update on 15th December 2011.
Hari ni dah masuk 28hb Disember 2011.
Aishhh kemana kamu wahai LG?
Sendiri pun tak ingat pergi mana yang busy sangat sampai terlupa yang sendiri ada blog yang perlu diupdate selalu ye...

Hmmm...kali ni punya entri tak banyak yang aku boleh ngomel..
Cuma sekeping sketch yang aku siapkan lama dah tapi baru nk upload dekat blog..

Sekadar mengisi nafsu jari dan tangan..
Sketch of Boyce Avenue song titled 
THE MAN WHO CAN'T BE MOVED

Thursday 15 December 2011

SKETCH # 13 : AZIM & EFY



ASSALAMU'ALAIKUM

This sketch is dedicated to Azim and his beloved wife Efy.

Sekali pandang aku nampak macam muka Tun Mahathir pulak masa beliau muda muda...
..kekekeke..
So sorry Azim. Aku masih dalam proses pembelajaran nak melukis potret. Azim dengan Efy pulak jadik mangsa nak try and error.

Please leaves any comments about this entry..
Thanks :)

Wednesday 14 December 2011

SKETCH # 12 :: MOTIF??



ASSALAMU'ALAIKUM

Motif??
Aku pun tak tau apa motif aku sketch gambar ni...
Macam mana alkisahnya ek..hmm
Kalau tak silap aku...aku terpandang satu gambar ni dalam majalah...
Page iklan..aku tengok macam terpanggil panggil je nak menconteng..
Ini lah jadiknyaaa...hehehehe...Models tanpa wajah..
 
Sekali lagi anggap jelah warming up dari aku untuk permulaan mula berblog balik ni ek..

Till we meet again! ^-^ 

Tuesday 13 December 2011

SKETCH # 11 : THE WORST COMBINATION



ASSALAMU'ALAIKUM


The worst combination that I ever sketch.
Hahahaha...masa ni aku main sketch je ikut kata hati aku...
Motifnya langsung tak ada ye..harap maklum..

Tup tup...kawasan macam dah tak berapa muat dah aku nak menconteng lagi baru lah aku stop.
Sedar sedar ini je lah hasilnya.
Mintak maaf ye..
Anggap jelah cuma warming-up dari aku untuk hari ni.

Jumpa lagi! :)

 Please don't hesitate to leave a comment if you have any concerns on this entry :)
Thanks guys for your support.

SILENCE



ASSALAMU'ALAIKUM

Bulan November langsung aku tak bukak blog aku.
Tak sedar pun kejap je masa berlalu.
Bukak pun kejap kejap je lepas tu terus logout. Tak ada idea nak update apa apa plus tak ada mood langsung tengok blog sendiri. Huhuhu...
Ni pun dah masuk tengah Disember baru teringat nak bukak and make a new post.
Kemana aku pergi?
Tak ada pegi mana mana pun. Ada je cuma entahlah.

Bila dah tak bukak blog, aku sendiri pulak bosan tak tau nak buat apa for the pass month. Aku pun mulalah mencari sesuatu yang boleh aku buat masa aku tengah free selain update blog.
Tau apa aku buat?
Hehehe...aku usaha cari tempat letak pensel pensel aku yang dah sekian lama terbogel.
Terbogel?
Hahaha...
Jangan salah faham.
Nak cerita lanjut pasal pensel aku ni, boleh usha usha link bawah ni...

Emila Yusof

Haaaa ni lah keja aku sepanjang aku silence mode ni.
Terima kasih banyak pada Kak Emila sebab sudi buatkan untuk saya.
Sekarang aku tengah meroyan melukis balik.
Al-maklum dah dapat semangat baru lepas terima roll-up organiser baru ni.

Sehingga bertemu lagi di lain masa dan waktu.
InsyaALLAH tak ada aral aku akan cuba kemaskini blog aku ni.
Sebab sendiri pun dah bosan...huhuhu

Take care guys!
Daisypath Friendship tickers