Recent Posts

Search This Blog

Saturday 8 January 2011

'Akanku Jumpa'


Assalamu'alaikum...

Sekadar ingin berkongsi...aku telah jatuh cinta dengan lagu dan lirik ni...lepas tengok drama bersiri Syurgamu Ramadhan.



Video klip pertama versi daripada Azfar dan video kedua daripada Nadia...

Selamat menonton dan menghayati lirik lagu ni...!! Hee~




Mengingatkanku pada semua orang yang aku sayang...terutama sekali DIA yang di atas

Thursday 6 January 2011

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-27

(Thanks Mr.Google)



Hari ni genap umur si dia 27 tahun. Hehehe...
Selamat Hari Lahir....
Semoga kekal di bawah bimbinganNYA...sentiasa di dalam rahmatNYA...
Didoakan panjang umur...dimurahkan rezeki...
Mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..andai ada silap salah pada awak selama kita berkawan...
Mintak maaf jugak sebab tak sempat nak pegi cari hadiah untuk awak buat masa ni..
Setakat ni Fara bagi awak hadiah kasih sayang je lah ye ^^
Harap awak sudi menerimanya...
Terima kasih banyak sebab awak banyak sabar menahan karenah Fara...
Terima kasih banyak sebab sudi menerima Fara sebagai seseorang dalam hidup awak...
Terima kasih banyak sebab tak pernah jemu menasihati Fara...
Terima kasih banyak sebab tak pernah jemu papah Fara walau dalam apa keadaan sekalipun Fara lalui...
Tak terbalas Fara dengan segala apa yang telah awak bagi pada Fara selama ni...
Fara sentiasa doakan yang terbaik untuk awak demi kebahagiaan awak..

HAPPY BIRTHDAY SYAZMIR JAMALUDIN!! ^^

13 Tahun Sudah

Assalamu'alaikum....

Dalam entri kali ni aku baik sikit lah bagi salam dulu sebelum aku update blog aku ni..hehehe
Dah masuk tahun baru ye kita?
Apa azam anda untuk tahun baru ni?
Tak apa lah simpan lah azam-azam anda semua dan pastikan ia tercapai tahun ni ye..aku pun ada azam baru tapi mana boleh bagi tau..hehe InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya aku untuk capai azam aku tu demi kebaikan diri aku sendiri jugak nanti di masa akan datang...

Dah lama jugak lagi aku tak update entri aku ni ye..
Tak apa lah bukan ada siapa baca pun blog aku ni...aku anggap blog aku ni macam personal entri je untuk tatapan sendiri ^^

Hmmm sebenarnya aku nak bagi tau yang aku dah terlambat 40minit untuk publish entri aku yang ini sebab sepatutnya entri ni bertarikh 05 Januari 2011 bukan 06 Januari 2011. Tapi memandangkan aku malas nak restart laptop dan menukar tarikh aku perbetulkan kat sini je lah ye ^^

Tanggal 05 Januari genap 13 tahun persahabatan aku dengan kawan baik aku Asma.
Terharu benar aku apabila terbaca post dia kat wall Facebook aku siang tadi.

Bunyiknya begini....


Hanya ALLAH saja tahu betapa terharunya aku sampaikan air mata aku meleleh pun aku tak sedar pada mulanya...dah basah kat pipi baru aku terasa yang aku sedang menangis wahai sahabat.

Subahanallah..Maha Suci Allah..aku bersyukur kepadaMU kerana pertemukan aku sahabat seperti Asma. Walaupun kami berjauhan, walaupun kami punya komitmen masing-masing, walaupun Asma punya tugas seorang isteri dan kini seorang ibu...dia masih ikhlas terima teman macam aku ni...sudahlah senget...weng pulak tu..hehehe

Macam baru semalam aku duduk semeja dengan dia..mengadap muka masing-masing...makan sama-sama masa waktu rehat di dalam kelas...tapi hari ini, dia da pangku anak sendiri..dan da genap 13 tahun kami berkawan.

TERIMA KASIH asma....aku jugak menyayangimu...InsyaAllah mudah-mudahan dipanjangkan umur..rasa cinta ini terus mekar hingga ke syurga seperti yang dia lafazkan tadi.

Aku doakan semoga asma sihat selalu...diberkati dibimbing bawah keberkatanNYA...dilindungi bawah rahmatNYA...Amin.

SELAMAT ULANG TAHUN ASMA!! TERIMA KASIH KERANA IKHLAS MENERIMAKU SEBAGAI SAHABATMU





Update 18/08/2011 : Aku realize something, so aku nak buat nota kaki kat sini...semua gambar gambar di atas aku Snag-it sendiri dan paste di sini sendiri. Sekali lagi aku bagi tau, sekiranya ada yang tidak selesa, sila tinggalkan komen, dan aku akan ambil tindakan segera. InsyaALLAH. Yang baik dari DIA, yang buruk dari aku.
Daisypath Friendship tickers