Recent Posts

Search This Blog

Monday 31 March 2014

Tiket Bas!



ASSALAMU'ALAIKUM

Masih ingatkah anda semua dengan benda ni?
Yessss!! Tulah dia tiket bas masa zaman kita sekolah rendah...eh tak boleh cakap zaman sekolah rendah sebab mungkin ada di antara pembaca lebih berpengalaman makan garam dari aku..
hehehe
Ni boleh dikatakan arena 90-an dan sebelum kot kan?

Sangat nostalgia bagi aku!
Dulu aku suka betul simpan tiket bas ni...
Warna warni di Hari Raya je rasa...hahaha

Tapi sekarang dah tak ingat ke mana menghilangnya segala khazanah ni...rugi betul rasa tak simpan betul-betul..

Masa ni mengingatkan aku kepada arwah Mak Andak dan Mak Cik yang suka naik bas ke pekan.
Akupun kadang tu menyibuk juga menunggu di depan rumah Mak Tok dan Tok Wan semata-mata nak ikut makcik aku ke pekan. Seronok betul disponsor tambang naik bas. Hahaha.

Rindu sangat-sangat masa ni.
This brings BACK so much memories!!

Kalau aku nak list kan segala memories tu dekat sini memang tak kan ada terbaca pulak nanti sebab entri aku akan jadik panjang mengarut segala macam mak nenek.
Hehehehe.

Kalau korang ada cerita nak dikongsi bersama pasal TIKET BAS ni...sudi-sudi lah tinggalkan komen di bawah yeee...

RINDUNYA!!

P/S: Ruginya rasa anak-anak kita tak sempat merasa semua ni...suasana kekampungan yang sangat-sangat damai :) All were passed and it brings back so much memories that I'll never regret!

Adam vs. Adamia


ASSALAMU'ALAIKUM

Weekend lepas, baru ni, parent mertua datang ke KL sebab nak menghadiri majlis doa selamat di rumah anak saudaranya di Taman Permata Wangsa Maju. Doa selamat selepas Zohor, birthday party di sebelah petang. Kami ni tak berapa gemar attend birthday party tapi disebabkan sekali harung dengan doa selamat sebelumnya...tunggu jugalah sampai ke petang...

Memang tak sah kalau my parent in law datang KL tak singgah rumah.
MESTI singgah sebab nak jumpa cucu sulong yang sorang ni!

Tak tidur di rumah kami ke?
Takk...deme tidur di rumah biras aku di Wangsa Maju.
Hari Sabtu aku dan encik suami ada juga ke rumah biras berkampung sana sampai ke malam.
Hehehe...
So hari Ahad semalam, sebelum bertolak balik Ipoh, PIL singgah rumah aku hantar adik ipar aku kejap. Adik ipar aku tinggal sekali dengan kami di rumah tu. Diapun pergi berkampung di rumah biras aku tu semalaman tidur di sana. 

Walaupun sekejap je deme singgah (ehhh tercakap peghok pulak hehehe, actually my PIL orang Perak)...ok sambung..
walaupun sekejap je deme singgah, tapi sempat jugak la melanyak si kecik sorang tu...dah puas main dengan cucu sorang lagi di Wangsa Maju, si comel Khalish, datang main dengan Adam pulak...

Nak tengok tak apa jadik dekat si kecik hasil kerja Atok dan Opahnya??






Hahahaha...ini lah dia perkenal kan

ADAM vs ADAMIA!!!

Hehehe...kesian anak Mama sorang ni kena buli...
Tapi Mamanya pun tumpang gelak sekali...
Hahaha

P/S: Thank you adik! Ehsan gambar Adam ni ha...Adik ipar lelaki aku punya kerja tukang snap gambar. Hehe..

Cerita Cinta AHMAD AMMAR



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat petang...

Pernah dengar tak ungkapan seperti di dalam gambar di atas?
"Dunia Biarlah Berpenat Akhirat Tempat Aku Berehat"
Perjuangan yang belum selesai....



Ungkapan tu sebenarnya dari buku Cerita Cinta AHMAD AMMAR.

(BEST SELLER!)


Aku beli buku ni last Friday on 28th March 2014 hanya RM23.00 sahaja keluaran Karangkraf.

Terpanggil nak beli buku ni sebab tertanya-tanya betulkah seperti yang didengar betapa hebatnya hamba ALLAH ini...

Aku baru start baca introduction Jumaat lepas ni sesambil tunggu encik suami sampai.
Blackout pulak office masa tu. Tergerak hati nak mengoyak plastik yang membalut dan buka untuk baca...

Sejujurnya walaupun baru saja baca introduction buku ni...hati aku rasa macam berdebar sikit.
Berdebar sebab apa?
Takut?
Nervous?
Envious?
Teruja? 
Uishhh...haha
Sebenarnya terasa tak sabar tunggu Isnin untuk sambung baca tapi sedar diri masih ada 2 buah buku yang belum aku habiskan.
Asyik separuh jalan. Hahahaha....

Entri ni just nak share yang aku dah capai hajat aku nak memiliki buku ni...
Tunggu ye aku baca nanti...Sabar sabar...
Bila dah baca baru aku boleh kata recommended atau sebaliknya...
Tapi dari pendengaran aku buku ni sangat membawa makna kepada setiap pembacanya..
Tak rugi kalau beli dan baca menambah ilmu...hehehe
Tinggal nak tak nak je, tinggal rajin tak rajin je nak memilin setiap hurup dan kata ayat di dalamnya...
Hehehehe

Friday 28 March 2014

Addicted to 2 DAYS 1 NIGHT!!



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat petang kaliannn~ hehehe
Ada sesiapa kat sini minat dengan variety show?
Family Outing?
Running Man?
Sesiapa yang berminat dengan rancangan sebegini, boleh cuba tengok rancangan ni pulak yee..

Haaaa gambar di atas tu South Korean reality-variety show terbaru yang aku tengah tergila-gila.
2 Days 1 Night Season 3

Aku tak tengok Season 1, Season 2 tengah tengok sekarang ni tapi aku rasa Season 3 paling best!!!


Refer gambar karikatur di atas, dari kiri, Cha Tae-hyun, Jung Joon-young, Defconn, Kim Joo-hyuk, Kim Jong-min dan paling kanan Kim Jun-ho (kalau salah eja minta maaf ye)
Tae-hyun bapa kepada 3 orang anak juga pelakon dan Jong-min bujang terlajak juga seorang penyanyi, merupakan casts dari musim sebelumnya di bawa ke dalam rancangan ni untuk Season 3.

Joon-young - penyanyi
Defconn - rappers
Joo-hyuk - pelakon
Jun-ho - komedian



Moto rancangan ni 'Real Wild Road Variety'. Konsep utama adalah untuk memperkenalkan pelbagai tempat yang menarik di seluruh Korea Selatan.
Sesambil buat road tour tu, akan ada permainan that they have to accomplish it to get a reward either sleeping indoor otherwise outdoor in a cold weather.
Ada macam-macam lagi reward,punishment yang dorang dapat...

Boleh subscribe KBS World TV di YouTube, every episode of each week akan dimuat naik di situ.
Kat situ la jugak aku dok hadap pun selama ni..hehehe

Bagi sesetengah pihak mungkin tak nampak moral of the value dari show sebegini selain dari hanya sekadar untuk hiburan kan?
Tapi bagi aku, rancangan seperti ni lah membantu aku untuk kenal negara orang.
Culture, believes dan tak ketinggalan lifestyle dorang.
Almaklum kurang mampu untuk menjejakkan kaki ke sana cukuplah sekadar tengok di rancangan-rancangan seperti ni.

Quite interesting sebenarnya. Cara bergurau, cara bercakap tak jauh beza dengan kita masing-masing bertoleransi.
Tapi mungkin ada sesetengah pihak akan berfikiran begini!
"Dalam TV bolehlaaaa...semua tu lakonan jee..."
Kalau dah gitu kekdahnya then tak payah la tengok. Aku tak paksa. Hehehe.
Setiap orang lain minatnya kan...setujuuu?? Hehehe..



Selamat menonton!

Tuesday 25 March 2014

#PRAYFORMH370-Ended In Southern Indian Ocean


ASSALAMU'ALAIKUM

Rata-rata laman sosial, media semasa semuanya sibuk dengan berita terkini mengenai kehilangan MH370 pada 8 Mac 2014 yang lepas.
Tapi pada 24 Mac 2014, seluruh dunia digemparkan dengan persidangan media berkenaan dengan kehilangan MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Ada yang redha, ada sebaliknya. Masih ada yang mahu mengharap MH370 masih selamat selagi bangkai pesawat tersebut tidak dijumpai. Tapi tidak bermakna mereka tidak menerima ketentuan Tuhan, cumanya mereka enggan berputus asa selagi belum menerima perkhabaran yang betul-betul sahih.

Seluruh dunia turut merasai dan berkongsi emosi seluruh keluarga penumpang dan crew MH370. Semoga kita sama-sama tabah dalam menghadapi dugaan Tuhan ini.

InshaaAllah. Al-Fatihah.

P/S: Jangan dilupa juga kepada saudara seagama kita di Mesir, semoga Allah melindungi kita seluruhnya inshaaAllah
#‎
IM529‬

‪#‎PrayForIM529‬
‪#‎DoaUntukIM529‬


Friday 21 March 2014

Resipi Nasi Sup


ASSALAMU'ALAIKUM

Alhamdulillah sempat juga snap gambar bubur anak bujang aku. Niat tu nak update entri pasal bubur nasi nasi sup ni dah lama tapi asyik terlupa nak snap.

Resipi ni sesuai untuk bayi: 
Umur 8-10 bulan dan ke atas
Kekerapan makan - sekali makan

BAHAN-BAHAN 

1 sudu beras biasa/beras perang (beras yang telah dikisar terlebih dahulu)
1-2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 batang bunga cengkih
1-2 kelopak bunga lawang
1/2 biji kentang
1-2 inci lobak merah
2-3 inci batang sup/celery
beberapa potong isi ayam/ikan
1 sudu besar minyak zaitun
2 cawan air masak/biasa

CARA-CARA

Tumiskan hirisan bawang putih, bawang merah bersama bunga cengkih dan bunga lawang sampai naik bau wangi dengan menggunakan minyak zaitun.
Masukkan potongan isi ayam/ikan. Masak sehingga empuk dan naik bau wangi.
Masukkan potongan lobak merah, kentang.
Dimasak sebentar, masukkan 2 cawan air masak/biasa. Kalau perlu ditambah ikut keperluan masing-masing.
Masukkan beras yang telah dikisar tadi untuk mempercepatkan memasak beras perang.
Masak sampai menjadi bubur dan apabila hampir masak, masukkan potongan batang sup/celery tadi untuk menambahkan rasa dan bau sup.
Siap untuk sedia di makan!

Selamat Mencuba! :) 



Minggu Ke-2 Kehilangan MH370

ASSALAMU'ALAIKUM

 Dah masuk hari ke-14 dah pesawat Malaysia Airline MH370 hilang tanpa ada tinggalkan kesan yang sah, baru hari ni aku mula nak bercakap ye? Huhuhu.

Tak review tak bermakna aku tak peduli.
Kalau tak update dengan geng speku, update juga dengan streaming video di Astroawani.Com. 

Semalam PM Australia dah umumkan di parlimen Malaysia mengenai pertemuan 2 objek terapung di Lautan Hindi yang mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370. Mungkin ye mungkin tak, belum lagi disahkan. Kita tunggu press conference hari ni pula. Apa kata Menteri Pertahanan kita nanti.

Tak banyak benda yang aku nak cakap di sini, sebab terlalu banyak speku-speku (spekulasi) yang kita dengar selama 14 hari ni kan...sampaikan ramai juga yang dah naik bosan dengan speku-speku yang akhirnya menemui jalan buntu dalam usaha pencarian MH370. Termasuklah aku kadang-kadang ada juga rasa bosan. Haha.

Apa-apapun ending tragedi ni, marilah sama-sama kita mendoakan untuk semua penumpang MH370, tidak kira agama, bangsa. Diharapkan semua berada dalam keadaan selamat dan sekiranya ditakdirkan sebaliknya, diharap semuanya berakhir dengan baik InshaaAllah.

Kalau tak ada fakta menyokong, dalam bahasa kasarnya kalau tak tau apa-apa janganlah membuat spekulasi sendiri yang boleh menimbulkan kekecohan dan menyentuh sensitiviti ramai pihak.
Tolong...tolong jangan mengeruhkan lagi keadaan. Lebih baik kita mendoakan yang terbaik untuk semua dari menyebarkan spekulasi yang tak berasas.

Jangan lupa, di samping #prayformh370 jangan lupa #prayforgaza #prayforsyria #prayforpalestine!

Mereka juga memerlukan doa kita untuk terus berjuang demi menegakkan agama yang sedia maklum sungguh tinggi jihad mereka di sana. InshaaAllah.

Wednesday 12 March 2014

Pengasuh Bayi : Pengasuh Adam II

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat tengahari menjengah ke petang sudah. Entri kali ni boleh dikatakan sambungan kepada entri terdahulu (klik SINI). 

SELEPAS 6 BULAN

Selepas 6 bulan aku menghantar Adam ke rumah pengasuh di Balai Bomba & Penyelamat Bangsar, aku dan encik suami mengambil keputusan untuk tidak menghantar Adam ke situ lagi atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Aku tak akan menyatakan di sini sebab-sebabnya demi menjaga kesensitiviti yang mungkin akan timbul pada sesetengan pihak.

Terima kasih banyak kepada keluarga Kak Rusidah kerana sudi menjaga Adam selama hampir setengah tahun. InshaaAllah panjang umur, ada rezeki, kami akan singgah lagi ke rumah.

FEBRUARI 2014

Bermula di rumah pengasuh baru. Isteri kepada teman sepejabat aku menawarkan diri untuk menjaga Adam. Alhamdulillah. Ada yang sudi menawarkan diri, nak lagi dekat dengan pejabat aku. Senang kalau aku nak berulang alik sekiranya ada kecemasan. Pengasuh Adam yang baru ni namanya Laila.

(Adam & Adik Pengasuh)

Haaa gambar di atas tu, gambar selfie Adam dengan adik pengasuh Adam yang sekarang. Alhamdulillah seluruh keluarga pengasuh sayang Adam macam anak sendiri. Dari Mak, Adik, Ayah, Nino (nenek dalam bahasa Kerinchi), semua sayang Adam.
Tapi biasalah kalau dah terlalu selesa, Allah menguji kita dengan meminjamkan kepada kita kejap je. Adam tak lama dengan Laila.

Sebab....

MAC 2014

Aku dapat panggilan dari taska The Dynamic Kids di Menara TM, nama Adam dah naik. Dah sampai giliran untuk kemasukan segera. 
Aku daftar nama Adam dah lama. Kalau tak silap aku bulan 7 2013, baru sekarang dipanggil namanya.
Tapi tak sangka pula secepat ni. Mungkin aku terasa cepat sebab dah selesa hantar Adam ke rumah Laila. 

Sedih Laila & Fariq (kawan sepejabat aku) apabila tau bulan ni, bulan last aku hantar Adam. Laila sampai menangis. Huhuhu. Even keluarga Laila pun sedih sampaikan adik Laila (dalam gambar) berat hati nak lepaskan Adam suruh Adam stay juga.

Kenapa tak nak stay? Hmmm aku & encik suami bukan tak nak stay tapi memikirkan Laila & Fariq, keluarga Laila yang pasti teringin nak punya anak dan cucu sendiri. Laila akan mengandung tak lama lagi InshaaAllah, mesti tak larat nak jaga Adam yang makin lasak. Fuhh...panjat sana sini, merangkak sana sini, memaut sepah semua barang ikut suka hati.

Mintak maaf kepada Laila sekeluarga kerana kami terpaksa buat keputusan yang berat ni. Lepas ni Adam terpaksa berdikari sebab perlu berkongsi perhatian dengan bayi yang lain.

Diharap ada hikmah disebalik semua ni. Laila pun boleh sambung berehat selepas 2 kali keguguran. Adam pun InshaaAllah boleh belajar bergaul dengan bayi dan bebudak lain. Sebagai persediaan juga kepada kami sebagai Mama dan Abah,  Adam akan bersekolah juga 1 hari nanti.

Adam akan membesar. Semoga hidup yang dipilihnya nanti berdasarkan jalan yang 1 iaitu jalan yang ditetapkan Allah SWT. Moga jadi anak yang soleh. InshaaAllah. Amin.

Jadinya kami buat keputusan untuk menerima tawaran kemasukan taska Menara TM tu mulai bulan depan, April 2014.


APRIL 2014

Coming soon....mungkin entri pasal taska tempat mengasuh baru Adam pula selepas ni. InshaaAllah.

Jumpa lagi.... :)

Monday 3 March 2014

Buah Kurma - Pemakanan Sunnah


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua! Apa khabar? Diharap tu sihat-sihat semuanya ye. Tergerak hati pagi ni nak menggatalkan tangan menaip entri pasal pemakanan sunnah - BUAH KURMA. Ye lah sebagai rentetan juga dari kandungan susu Suffy Goat pun ada kandungan buah kurma di dalamnya.
BUAH KURMA

Buah ini antara buah yang paling berkhasiat di dunia, bumi Allah SWT ni. Aku cuba Google sedikit sebanyak info mengenai buah kegeraman Rasulullah SAW ni dan terjumpa 1 sumber dari Harakah Daily menceritakan pasal khasiat buah ni. Ada lagi sumber lain tapi faktanya hampir sama saja. So, aku highlight Harakah Daily sahaja lah ye. Bolehlah aku berkongsi sedikit di blog aku ni kan...


1. Buah kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob.

Apa yang dimaksudkan dengan TIDAK MENYALURKAN ni? Hmm...dari pemahaman aku, buah kurma lama yang membusuk, selalunya ada ulat. Ulat yang ada pada buah kurma lama ini sebenarnya dapat memusnahkan amuba (untuk info lanjut KLIK SINI) dan membunuh bakteria yang mungkin berpotensi boleh menyerang manusia dan membawa pelbagai penyakit.

Selingan : Dari artikel Rumaysho.com, mengenai hukum ulat di dalam buah sebagai info tambahan.

2. Jika tidak kerana kurma dan kopi Arab, penduduk Jazirah Arab dipercayai akan diserang pelbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali Allah SWT. 

Info ni ada berkaitan sikit dengan yang pertama atas tu. Mungkin disebabkan kelebihan kandungan buah ini mampu membantu lawan penyakit yang berpunca dari bakteria dan amuba tersebut. Wallahu'alam.

3. Orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin.

Info yg ke-3 ni aku Google untuk cari pencerahan tapi tidak ada. Kalau ada sesiapa ada info tambahan mengenai ni, mintak dikongsi ye. Hehe mekasehh...

4. Ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita.

Google lagi mencari info tambahan, aku terjumpa pasal serbuk debunga kurma yang membantu merawat ketidaksuburan lelaki dan wanita di SINI. Secara saintifiknya aku tak pastilah macam mana ekstrak tu membantu. Mungkin pembaca yang budiman sekalian boleh tolong cari atau kongsi bersama kalau terjumpa info lain lagi.

5. Makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma.

Kalau ada info tambahan pasal ni boleh dikongsi bersama ye. 

6. Buah kurma lebih sehat daripada kaviar

Hmmm aku tak pasti kaviar tu apa...aku ada Google tapi entah apa-apa pulak yang keluar. Mohon sesiapa yang tau pasal kaviar, boleh kongsi ye...

7. Sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik untuk tubuh badan dan baik untuk mengelakkan penyakit kulit. 

8. Apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih. 

9. Kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf.

10. Setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu.

11. Sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat

12. Makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian.

13. Terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya.

14. Ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia .

15. Kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna. 

16. Kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya .

17. Kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi.

18. Kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan.

Hmm patutlah masa aku mengandung dulu, ramai petua suruh makan buah kurma. Hehehe...

19. Kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptik dan antirematik.  

20. Kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit. 

21. Kurma dapat melindungi usus besar dari diserang penyakit barah.

22. Kurma adalah pengekang nafsu makan.

23. Jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah.

24. Jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori.  

25. Jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah .

26. Kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan.

Sesuai untuk orang yang baru insaf dari aneroksia juga nih...hehehe...

27. Kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau.

28. Kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh.

29. Kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa.

30. Kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi.

31. Kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal. 

Huukk? Aku ingatkan buat petai ja boleh mencuci buah pinggang...rupanya buah kurma pun berperanan yang sama...Alhamdulillah..banyak lagi rupanya ubat-ubat yang Allah SWT ciptakan untuk kita.

32. Kurma dapat membersihkan hati dari racun dan meredakan pergolakan saraf.  

33. Kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa.

34. Kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran.

35. Kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan.  

36. Kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin.

37. Kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat.

38. Kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging.

39. Kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain.

40. Kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari.

Sesuai untuk sesiapa yang rabun malam. Akupun rasanya macam nak hampir-hampir rabun malam sebab ada sekali tu aku drive malam, memang kekok betoi rasa. Tak nampak pulak. Haishh bahaya betul!

41. Kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi. 

42. Kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir. 

43. Kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf.

44. Kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran.  

45. Memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing. 

46. Kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan.

47. Kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh.

48. Di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas.

49. Garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas.

50. Kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi.  

51. Kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak. 

52. Jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh. 

53. Kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan.

54. Kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor.

Semoga memberi manfaat kepada semua yang sudi singgah. Sekadar berkongsi hasil pencarian...
Terima kasihhh~
 

Daisypath Friendship tickers