Recent Posts

Search This Blog

Monday, 31 December 2012

Hari Terakhir untuk Tahun 2012

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...
Alhamdulillah hari ni aku tetiba rajin nak post entry kat blog aku ni...dalam tak sedar dah pun 31 Disember 2012, hari terakhir untuk tahun ni dan akan bermula tahun baru pada besok harinya.

Tergendala pulak entri aku pasal review set bersalin. Haha. Aku malas nak menaip.
Padahal kerja aku pun hari hari menaip. Alasan sebenarnya malas nak berblog. Itu sebenarnya. Hehe.

REVIEW RINGKAS DARI ENTRI LEPAS...

Entri ringkas pasal review set bersalin, at last aku mengambil keputusan untuk menimbangtara 3 set bersalin daripada berpuluh puluh set tu. Antaranya ialah Shaklee, Nona Roguy dan akhir sekali Amway.
Masih di dalam mencari cari sebenarnya sampailah orang rumah restu dan izinkan aku beli salah satu darinya ataupun combine secara loose pack.
InshaAllah kalau aku rajin aku akan post entrinya nanti ye.

AZAM BARU?
Bercakap pasal tahun baru yang bakal menjelang besok, ada kat sini yang dah tanam azam baru?
Selalunya asal nak masuk tahun baru mesti nak tanya APA AZAM BARU ANDA? 

Orang rumah akupun pernah tanya kat aku soalan yang sama minggu lepas tapi aku tak tau nak jawap apa. Haha teruk kan? Aku malas nak berazam sebab setiap tahun azam tu tak pernah tercapai dalam erti kata lain salah sendiri tak berdisiplin nak capai azam tu. Kekekeke.
I'm going to be a mom next year. InshaAllah...untuk menjadi seorang ibu tahun depan merupakan salah satu azam aku. InshaAllah semoga dipanjangkan umur aku dan anak ini, semoga sihat dan sempurna hendaknya. Menjadi anak yang soleh/solehah, berilmu dan beramal soleh, seimbang dunia akhiratnya.
Semoga dimurahkan rezeki kami sekeluarga, dipermudahkan segala urusan kehidupan dan InshaAllah semoga DIA memberkati kami sentiasa.
 Amin.

Lagii....aihh bila dah menaip ni banyak jugak azam aku sebenarnya untuk tahun depan kan?
Lagi...aku sentiasa mendoakan semoga dipermudahkan urusan bersalinku nanti..diharap anak ini dilahirkan secara normal, sihat sihat sentiasa dan moga dimurahkan rezeki aku boleh menyusukan anak ini dengan susu badanku sendiri sehinggalah umur anak ini 2 tahun sekurang kurangnya.
Amin.

Lagiiii...semoga aku mampu jadi ibu yang baik untuk anak ni, dan isteri yang lebih baik untuk orang rumahku untuk tahun depan.
Amin.

Sebagai kata akhir entri aku kali ni, harap dimaafkan andai kata ada terlanjur kata dan perilaku. Aku cuma insan biasa yang serba kekurangan dan tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Harap dimaafkan ye.

Untuk silent reader, terutama 'orang' tuuuu...tahniahlah dah jumpa blog ni balik! Hahaha...lepas ni syokla dia dok membahan aku lagi kat FB.
Ok see ya next year! InshaAllah :)

Friday, 14 December 2012

Set Bersalin Afiat


ASSALAMU'ALAIKUM

Ok hari ni selepas beberapa hari aku dok mencari review pasal produk Afiat, aku rasa dah boleh buat entri pasal set bersalin kedua ni pulak.

Tak banyak review yang aku jumpa.
Feedback positif dengan negatif sama banyak tapi yang negatifnya bukanlah dari set bersalin tu sendiri tapi dari pengguna tu sendiri.

Kebanyakan ibu mengandung yang menggunakan produk ni katanya berkesan.
Bezanya dengan Set Bersalin Amway seperti yang aku review dalan entri yang LEPAS, ia tak ada pilis untuk diletakkan di dahi kita.
Bengkung ada sama dengan Set Bersalin Amway.

Dari segi negatifnya yang aku terbaca, bayi yang sensitif dengan bau, tidak begitu suka dengan balm/minyak produk Afiat ni sebabnya terlalu kuat baunya, tak berapa sesuailah terutama sekali masa nak menyusu.
Begitulah kata pengguna tu. Aku sendiri pun tak pernah guna kan.
Just take notes sajalah apa yang terbaca, bau balm/minyak badan produk Afiat ni berbau kuat.

Harga 1 set bersalin ni dalam lingkungan
RM85 - RM89 sahaja.
Lebih murah berbanding dengan Set Bersalin Amway.

Kalau ada sesiapa dari kalangan pembaca yang pernah menggunakan produk ini, sangat dialu alukan untuk berkongsi pengalaman bersama dengan meninggalkan komen di bawah ye.
Mintak jasa baik pembaca untuk tolong kawan kawan termasuklah diri saya sendiri untuk memilih produk set bersalin yang paling sesuai dan berpatutan.

Wednesday, 12 December 2012

Set Bersalin Amway (Tropical Herbs)



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...diharap semua sihat sihat ja hari ni ye..
Bagi yang bekerja di Selangor semalam, hari ni dah mula kerja balik kan?
Mesti tak terasa sangat kalau dah dapat cuti sehari ja...hehe..tapi kira OK la tu kan dari kami yang bekerja di Kuala Lumpur, cutipun tidak...kena bekerja seperti biasa...

OK berbalik kepada tajuk asal aku untuk entri kali ni berkenaan dengan Set Bersalin Amway (Tropical Herbs), bukan atas pengalaman aku menggunakan produk ni tapi hasil pembacaan aku di blog blog orang lain yang pernah menggunakan produk ni, semuanya memberikan feedback yang positif.

Yelah aku pun kan memang tengah mencari produk set bersalin yang sesuai, so aku pun merajinkanlah diri membaca sana sini.

Pada pendapat aku, produk ni tidaklah begitu tradisional dan tidak jugak begitu moden.
Kenapa? 
Sebabnya kita tak perlu merebus sebarang akar herba untuk diminum melainkan cuma perlu minum teh, 
2 jenis kapsul sayuran selain daripada air mandian.
Juga dibekalkan bengkung percuma.
Aku rasa agak sesuai bagi ibu mengandung anak pertama yang belum punya apa apa kelengkapan persiapan semasa berpantang.
Tunku bayi dan minyak bayi pun juga ada disediakan.

Jadual penggunaan pun dibekalkan bersama untuk kemudahan ibu ibu mengandung mengikut aturan yang ditetapkan.

Bagi ibu mengandung yang bersalin ceasar pun boleh cuba produk ni tapi sebulan selepas bersalin cara pengambilannya.
Kata orang Amway ni lah, tak perlu risau panas atau sebagainya bagi yang bersalin ceasar tu.

Tetapi, kekurangan produk ini setakat pembacaan aku,

Pertama, param atau pemanas badan yang perlu kita sapu sebelum memakai bengkung, ramai mengadu tidak cukup panas. Begitu juga dengan minyak yang perlu disapu pada kaki dan tangan si ibu pun tak cukup panas.
Ramai menggantikan dengan losyen Mustajab.

Keduanya, minyak bayi juga tidak cukup berkesan untuk mengeluarkan kembung angin dalam badan bayi.
Ada yang lebih selesa menggunakan minyak Telon.

Ketiga, kita tak boleh beli barangannya secara berasingan. Perlu beli 1 set terus.

Range harga produk set bersalin ini ialah
RM293-300 sahaja termasuk pos penghantaran
merangkumi 10 barang di dalam 1 set.
Boleh Google produk ni untuk tau lebih lanjut.
Aku malas nak taip pepanjang kat sini. 
Hehehe...

Setakat ni itu saja review aku pasal set bersalin Amway.
Kalau aku ada terbaca lagi, aku update lagi ye.

Sejujurnya pertama kali baca macam dah berkenan dengan produk ni sebab lengkap segala barangan yang diperlukan untuk penjagaan dalaman dan luaran si ibu selepas bersalin.

Namun, masih ada banyak masa nak survey set bersalin yang lain, meh sama sama kita teruskan pencarian set bersalin yang sesuai dengan kita.
Kalau ada yang pernah menggunakan produk ni dan ingin berkongsi pengalaman, silalah jangan segan silu tinggalkan komen anda. Bukan saja berkongsi dengan saya, tapi jugak dengan pembaca pembaca lain yang pasti tertanya tanya lebih lanjut pasal produk ni.

InshaAllah :)

Thursday, 6 December 2012

Senarai Set Bersalin Di Malaysia

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat petang dan salam sejahtera buat pembaca semua.
Petang yang hujan macam ni membuatkan aku rajin nak jenguk blog.

Aku sebenarnya tengah merajinkan diri survey pasal set bersalin.
Aku tak taulah berapa banyak set bersalin yang ada dipasaran sekarang ni tapi aku pasti terlalu banyak produk sampaikan kita bakal ibu ni keliru nak buat keputusan.

Kepada sesiapa saja diluar sana yang ada masalah macam aku ni, dan mungkin ada yang nak tau produk apa yang ada di Malaysia buat masa ni bolehlah rujuk senarai di bawah mudah mudahan membantu anda untuk buat survey yang mana paling bagus dan kita rasa sesuai dengan kemampuan kita dari segi kewangan dan badan kita.

1. Set Bersalin Amway (Tropical Herbs 2011, 2012)
2. Set Bersalin Afiat
3. Set Bersalin Ambar Kenanga
4. Set Bersalin Atika Beauty
5. Set Bersalin Air Mancur
6. Set Bersalin Biodex
7. Set Bersalin Beauty Umaira/Umairah
8. Set Bersalin Bidadari
9. Set Bersalin Bhidan Trubellai
10. Set Bersalin Bonda
11. Set Bersalin Biofeld
12. Set Bersalin Cosway
13. Set Bersalin CNI
14. Set Bersalin Cap Menara
15. Set Bersalin DCL
16. Set Bersalin Dnavechee
17. Set Bersalin Dunia Herbs
18. Set Bersalin De'Wajah
19. Set Bersalin Dimaz
20. Set Bersalin Felisa Cosmetic/Felisa Formula
21. Set Bersalin Gamat Healin
22. Set Bersalin Gamat Emas
23. Set Bersalin HPA
24. Set Bersalin Hiraq
25. Set Bersalin Har One
26. Set Bersalin Ibu Halimah Mak Dara/Jamu Mak Dara/Mak Dara
27. Set Bersalin Idaman
28. Set Bersalin Iris
29. Set Bersalin Khazah Bonda/Kzanah Bonda
30. Set Bersalin Kak Engku
31. Set Bersalin Kenanga
32. Set Bersalin Kak Roha/Roha
33. Set Bersalin Kak Lana
34. Set Bersalin Leesa Formula
35. Set Bersalin Mustika Ratu/Jamu Mustika Ratu/Mustika Ratu Selapan
36. Set Bersalin Muna Asy Syifa
37. Set Bersalin Manja
38. Set Bersalin Maharani
39. Set Bersalin Nona Roguy/Nyonya Roguy/NR
40. Set Bersalin Nouvelles Visages/NV
41. Set Bersalin Nyonya Meneer
42. Set Bersalin Nuriz
43. Set Bersalin Natasya
44. Set Bersalin Orang Kampung
45. Set Bersalin Puteri Rembulan
46. Set Bersalin Qurratu
47. Set Bersalin Revell
48. Set Bersalin Rojam
49. Set Bersalin R&Z
50. Set Bersalin Radix
51. Set Bersalin Sendayu Tinggi(Ammy 60 days)/ST
52. Set Bersalin Salindah
53. Set Bersalin Shaklee
54. Set Bersalin Sari Herba
55. Set Bersalin Sari Ayu
56. Set Bersalin Tanamera
57. Set Bersalin TYT
58. Set Bersalin Warisan Afiat
59. Set Bersalin Warisan Mama
60. Set Bersalin Yusmira
61. Set Bersalin Zura
62. Set Bersalin Zarina Zainuddin
Update (10/12/2012):
63. Set Bersalin Confinemum

Nanti senang senang, rajin rajin aku letak link kat semua set bersalin di atas sekurang kurangnya korang boleh klik terus pada senarai di atas untuk tahu maklumat lebih lanjut pasal set tu.


Tuesday, 4 December 2012

Kandungan 19 Minggu


ASSALAMU'ALAIKUM

Alhamdulillah dalam kesibukan ke sana ke sini...dengan urusan itu dan ini, sedar tak sedar, kandungan aku dah 19 minggu lebih dan besok cukup cukup 20 minggu bersamaan dengan 5 bulan umur kandungan aku.

Tak pernah aku update pasal kandungan aku dalam blog kan?
Hehehe ni kira kali pertama aku kongsi dengan korang.

Selama aku mengandung sampailah ke hari ni, Alhamdulillah, trimester kedua adalah fasa mengandung yang paling selesa buat aku. Tiada lagi alahan, tiada lagi morning sickness, cuma sesekali sahaja terasa pening amat sangat kalau terlambat makan. Doktor sendiripun kata sememangnya trimester kedua adalah fasa paling selesa untuk ibu mengandung namun pemakanan si ibu tetap kena jaga secara berterusan.

Diet pemakanan aku buat masa ni....

Pregnancy Vitamin
Calcium

Folic Acid, doktor klinik tu suruh aku stop apabila aku dah masuk trimester kedua ni, sambung dengan multivitamin warna pink dan kalsium pulak.

Itu saja yang aku ambil selain dari susu Anmum Materna 2 kali sehari bersamaan dengan 8 scoops setiap hari.
Kadang kadang aku skip jugak untuk sebelah malam sebab dah kenyang makan malam, perut aku dah tak boleh nak telan susu. Terasa kenyang sangat.
Susu tu buat aku kenyang. Haha.

Sebenarnya aku dah start ambil asid folik tu sebelum mengandung lagi.
Kawan baik aku yang bagi tau, asid folik elok ambil 3 bulan sebelum kahwin sebagai persediaan badan kita untuk mengandung.
Tapi disebabkan aku lambat tau, sebulan selepas kahwin baru aku start makan supplement tu. Hehehe.

Aku tak ada ambil supplement lain selain dari bawah saranan doktor tu sendiri.
Ada terbaca ibu ibu ambil Neorogain untuk pembentukan otak bayi yang sihat. Tapi aku tak ambil. Aku lebih selesa bawah saranan doktor sahaja selain daripada banyakkan makan sayur dan buah.

Kalau ada di antara pembaca yang ada pengalaman, bolehlah berkongsi cerita kat sini.
Sebarang nasihat amat dialu alukan memandangkan aku ni pun mengandungkan anak pertama. Tak pernah ada pengalaman sebelum ni dengan cara cara penjagaan pemakanan dan sebagainya untuk ibu mengandung.
Senang senang tinggalkanlah komen korang kat bawah ye. Mana tau boleh jugak berkongsi ilmu. Banyak lagi ni yang aku tak tau. Banyak lagi yang aku kena belajar. Hehehe.

Kepada kaum Adam pun kalau pernah ada pengalaman menjaga si isteri masing masing, dan tau sedikit sebanyak pasal diet pemakanan untuk ibu mengandung pun boleh berkongsi cerita kat sini.

Tak ada limitation dalam entri ni hanya untuk kaum Hawa sahaja. Open kepada semua untuk berkongsi ilmu. Tak salah kan? :)

Insha Allah senang senang nanti, aku update lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...