Recent Posts

Search This Blog

Tuesday 31 July 2012

HARI PERISTIWA 2 : Naik ETS ke Ipoh





ASSALAMU'ALAIKUM

Orang tengah jakun pertama kali dapat naik ETS sampai upload masuk entri blog kan? Hahahaha...
Dikira hari peristiwa kedua untuk aku sepanjang bulan puasa tahun ni... :)

Sebenarnya aku dah lama teringin nak naik benda alah ni. Sejak keluar berita pasal ada keretapi lebih laju daripada keretapi biasa. Tinggal tunggu peluang je.
Sekali nak dikatakan rezeki aku, Khamis malam lepas, tiket tren biasa habis, tinggal tiket ETS sahaja.
So, aku dengan somi aku pun belilah tiket ETS ke Ipoh, Jumaat malam lepas.
Hehehe...
Kalau tak silap aku, sebelum ni tiket ETS nak ke Ipoh dewasa RM30 sahaja.
Tapi tempoh hari aku beli dah naik RM5...hohoho..
Tak apalah asalkan aku dapat naik ETS kannn....

Tapiiii seperti biasa aku terlupa lagi nk snap gambar aku dengan ETS tu. Hahaha atas ehsan dari Ipoh Malay website dengan The Star punya laman sesawang, inilah hasilnya....

(Stesen Keretapi Ipoh)

(Pramugari ETS)
Haaa inilah yang buat aku bertambah excited apabila dapat tau dari berita yang keistimewaan ETS ni, ada pramugari macam naik flight. Bukan naik flight je korang boleh jumpa pramugari. Naik ETS ni pun korang berpeluang jumpa dengan pramugari.

Ya Allah obvious sangat aku jakun!
Tapi aku pedulik apa kan??!
Tempat duduk dia agak selesa.
Lebih selesa daripada naik bas dan boleh dikatakan juga lebih selesa dari naik flight.
Tapi seat dalam flight memang dicipta gitu sebab nak balance dengan keadaannya berada di udara yang punya tekanan tersendiri berbanding kenderaan di darat.

In term of services, sama juga dengan flight. Korang boleh order makanan kalau mahu.
Tapi masa beli tiket tu kot mention pada dia supaya sertakan sekali meal services. Mungkin la. Kalau silap tolong betulkan sebab aku tak order pun makanan.
Tiket aku basic service untuk perjalanan dari KL Sentral ke Stesen Ipoh semata.

Mungkin antara korang dah selalu sangat naik benda alah ni terutama sekali orang Ipoh. Perkhidmatan ETS antara alternatif pengangkutan yang orang Ipoh ada untuk pulang ke kampung selain naik bas dan teksi atau pun memandu kenderaan sendiri.

Kelajuan? Hmm boleh tahan jugak la. Sepanjang aku tak tidur dalam ETS ni, top speed dalam 170km/j. Selepas aku tidur berapa laju dia pecut aku tak tau lah. Tau tau selepas 2 jam suku, aku dah sampai stesen Ipoh. Hahaha..

Apa apapun harap lepas ni aku berpeluang lagi naik ETS ni dikala kemalasan nak memandu sendiri balik kampung. Diharap juga, perkhidmatan ETS ni cepat siap dibina sampai ke Padang Besar atau ke Arau terus. Boleh lah aku merasa balik kampung aku pula naik ETS ni. Hehehe....

Have a nice journey!!

Monday 23 July 2012

HARI PUASA KE-3



ASSALAMUA'ALAIKUM

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-3 kita berpuasa kan?
Setakat ni semua ok ke? Hehe
Nak nak lagi hari ni kan hari pertama kita berpuasa sambil bekerja...
Tapi untuk negeri Kedah dan pantai timur dikira hari ke-2 berpuasa di pejabat masing masing.

Fenomena bulan puasa setiap tahun, ada yang terus ke tempat kerja lepas bersahur, ada jugak yang sempat tidur dulu sebelum siap ke kerja..
Kat office aku ni ada je yang tidur ni...almaklum 2 hari lepas kan weekend. Lepas sahur je boleh tidur semula. Ini kena bangun terus mencari rezeki. Semoga rezeki lebih diberkati sempena bulan mulia ni ye tak? 

Sebenarnya, semua ni suasana yang biasa masa bulan puasa.
Aku tengok blog orang lain pun, masing masing dengan menu berbuka dan bersahur.
Ada juga yang menceritakan soal pengalaman pergi ke bazar ramadhan atau 'param'.
Tahun ni aku tengok kat televisyen pun dah guna word 'param'. So, term tu bukan asing lagi dah untuk bulan puasa tahun ni. Tahun lepas aku kenal term tu dari Along aku.
(Dah lama aku tak pakai emoticon ni kan? Kekeke)
Alhamdulillah syukur sekali lagi sebab masih diberi peluang kepada aku untuk menyambut bulan mulia ni tahun ni sekali lagi...berdua dengan somiku.

Tahun tahun lepas berpuasa dengan kawan kawan je di rumah sewa.
Tapi tahun ni Alhamdulillah dengan dia :)

Semoga bulan puasa tahun ni lebih diberkati, lebih dilimpahkan rezeki, lebih bermakna InsyaAllah
(Gatal tak? Hehe..Alhamdulillah :)
Itu saja entri aku kali ni.
Sehingga bertemu lagi di lain entri InsyaAllah!

Friday 20 July 2012

HARI PERISTIWA 1 : Terawal puasa...




ASSALAMU'ALAIKUM

Ok sempena bulan puasa kali ni aku bertekad setiap kali ada peristiwa yang aku rasa special untuk aku..aku nak jadikan entri blog.
Cadangnya sepanjang bulan puasa lah baru aku start buat entri HARI PERISTIWA ni...tapiiiiiiiii
belum masuk bulan puasa...hari ni hari terakhir bulan Syaaban dah ada peristiwa berlaku...

Iklan : Gambar sekadar hiasan masa pengumuman puasa Khamis malam hari tu...kekekeke...

Ok sambung...
Kat tempat kerja aku ada kawan dari Chennai, India.
Nama dia Mohd Taukheer. Dia vendor kat sini.
Memang selalu hal kerja, kami berurusan dengan beliau dan beliau banyak jugak membantu sampaikan dah macam kawan kawan sebangsa dan seagama.

Pagi tadi tiba tiba dia Skype aku.
Kat sini kami berurusan kerja melalui Skype juga selain emel dan telefon pejabat.

Dia Skype aku...
"...just curious.. fasting started this morning right?"

Aku dah mula senyum sesorang dah. Dalam hati aku cakap sah mamat ni tak tau puasa start Sabtu.
Aku pun bagitau bukan hari ni tapi besok.
Aku tanya dia...

"Are you fasting today?"

"Yes!" Hahahaha dia gelak.
"I read everywhere it was today"

Lepas tu aku cakap dia boleh makan lagi hari ni.
Hahahaha...sebab baru malam tadi pengumuman puasa Sabtu bukan hari ni.
Dalam hati sekali lagi aku berkata, kalau dia bukak TV pun bukannya dia faham 'pakcik' tu buat pengumuman. Betul jugak kan. Tak boleh jugak aku salahkan kawan aku sorang ni.
Hahaha..

Apa apa pun selamat berpuasa Taukheer!
Happy Fasting Day Taukheer!



P/S: In case, you've read this after found the keyword of your name, please ignore it.
Just saying that you're the most handsome guy from Chennai! Hahaha



RAMADHAN AL-MUBARAK DATANG LAGI!



ASSALAMU'ALAIKUM

Sempena nak puasa ni ingin mengaktifkan jari menaip entri mengucapkan selamat menyambut bulan puasa untuk tahun 2012 kali ni.

Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk kita semua menjalankan ibadah puasa tahun ni.

Semoga Allah SWT melapangkan hati kita untuk berbuat kebaikan lebih, 
semoga Allah melembutkan hati kita untuk mudah menerima perkara kebaikan...
semoga Allah sentiasa memberkati segala perbuatan niat ikhlas kita sepanjang bulan puasa yang mulia ini..
Semoga bulan puasa tahun ni lebih baik dari bulan bulan puasa pada tahun tahun lepas InsyaAllah...

Amin Ya Rabbal'alamin

Selamat Bersahur dan selamat berpuasa semua!!!

Monday 16 July 2012

Newborn Baby


(Google Image)

ASSALAMU'ALAIKUM

Kemalasan untuk update blog sendiri, kerajinan blogwalking blog orang lain. Hehehe...
Newborn baby tajuk entri aku kali ni sempena aku pergi melawat seorang kawan lama aku tengahari semalam di Hospital Putrajaya yang baru saja menerima cahaya mata hari Sabtu lepas.
Alhamdulillah syukur....
Semuanya selamat...si bayi selamat, si ibu pun selamat.
Berat bayi 3.31 kilogram. Alhamdulillah sihat! Comel!

Welcome to the world!
Selamat datang ke Bumi!

Hahahaha....
Didoakan menjadi anak yang solehah..Amin.

Mintak maaf aku terlupa nak snap gambar bayinya. Terpaksalah aku letak gambar dari Google Image sahaja. Hehehe.

TAHNIAH kepada kawan aku Mohd Mohamad Azim 
dan isterinya Nor Noor Afiza 
for getting that cute baby girl...
Noor Azzalea Mohamad Azim

The greatest gift from HIM to both of you.




Friday 13 July 2012

SELAMAT HARI LAHIR ALONG



ASSALAMU'ALAIKUM

Baru seminggu lepas aku buat entri ucap Selamat Hari Lahir Abah...
Minggu ni sekali lagi aku mengulangi entri yang hampir sama tetapi khas untuk Along aku pulak!
.....Hehehehe....

Alhamdulillah walaupun aku ada seorang saja Abang dalam dunia ni...tapi dia sajalah satu satunya Abang yang aku ada...
Dialah Abang aku dunia akhirat yang sentiasa dalam hati aku...
Aicehhh tiba tiba nak emosional pulak..

SELAMAT HARI LAHIR ALONG!

Tanggal 13-07-2012, genap umur Along aku 30 tahun!
Along dah 30 tahun ok!

Didoakan sentiasa bahagia disamping isteri tercinta dan anak tersayang.
Semoga dimurahkan rezeki, didoakan panjang umur untuk terus berbakti kepada agama dan bangsa...
dah macam ucapan tentera dah aku rasa...

Happy JULY for both of you ABAH and ALONG!

Saturday 7 July 2012

SELAMAT HARI LAHIR ABAH






ASSALAMU'ALAIKUM


Entri kali ni khas untuk Abah aku...
Tanggal 07-07-2012 genap 59 tahun umur Abah aku.
SELAMAT HARI LAHIR ABAH!

Pagi pagi aku call Abah, Abah jawap dalam keadaan mamai.
Rupanya dia masih tidur.

"Assalamu'alaikum...Abah hari ni berapa haribulan?"

"7 haribulan..."

"Selamat Hari Lahir, Bah!!"

"Aikkk....aaa laaa Abah lupaaa..."

Hahahaha...Abah aku boleh lupa hari ni hari lahir dia.

Alhamdulillah syukur kepadaMU Ya Allah kerana mengurniakan kesihatan kepada Abah sehinggalah ke hari ini.
Terus didoakan semoga Abah beransur pulih seperti biasa, didoakan panjang umur, didoakan murah rezeki dan didoakan segala kebaikan untuk beliau.

Terima kasih di atas segala pengorbanan beliau selama ini membesar, menyara kami sekeluarga sehinggalah kini.

Mungkin tak terbalas segala jasa beliau kepada kami semua.
Segala permintaan mengada ngada aku dan Along sejak dari kecil.
Segala perangai manja dan keanak-anakan aku dan Along...
Terima kasih Abah!

Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Abah!
InsyaAllah dengan izinNYA, tiada yang mustahil...
Daisypath Friendship tickers