Recent Posts

Search This Blog

Thursday 13 February 2014

Resipi Puri Keledek

(Puri Keledek)

ASSALAMU'ALAIKUM

Puri keledek ungu ni, semisolid food kedua yang aku perkenalkan kepada Adam. Sebelum ni, aku kenalkan, puri kentang. Pun sama juga kaedah caranya dengan puri keledek ungu nih.

BAHAN-BAHANNYA:

1. Sebiji keledek ungu (lebih manis berbanding keledek oren, warna isi dalamnya tetap sama warna oren)
2. 1 sudu kecil mentega tanpa garam (unsalted butter)
3. Sedikit halia.

CARA-CARANYA:

1. Kupaskan keledek ungu dan potong kecil.
2. Stimkan di atas dapur atau hanya menggunakan rice cooker bersama dengan sedikit potongan halia untuk membuang ejen 'angin' di dalam keledek)
3. Setelah empuk, dibiarkan sejuk seketikan, dikisar sampai halus bersama dengan unsalted butter.
4. Siap dan boleh dihidangkan untuk dimakan.

P/S: Kenapa stim, tak rebus? Kalau rebus, khasiat yang terdapat di dalam keledek tersebut hilang bersama air rebusan. Stim lebih bagus.
Kenapa guna mentega tanpa garam? Mentega biasa tak boleh ke? Garam dan gula tidak sesuai diberi kepada bayi berumur 1 tahun ke bawah.

 
Selamat mencuba!

Wednesday 12 February 2014

2 Beranak Dimasukkan Ke Wad Akibat ROTAVIRUS

ASSALAMU'ALAIKUM

Masuk entri ketiga dah aku rasa yang ni. Haa lantakkan memandangkan aku memang tengah bosan tak ada kerja nih. Cerita ni 2 minggu lepas punya cerita. Pendek kata bulan lepas punya cerita.

Pada 25 Januari 2013, jam 1 pagi, Adam merengek. Aku check lampin, basah dan penuh. Bukak nak salin, Adam cirit sampai bocor! Hmmm tak apa-apa kot. Jam 3 pagi, Adam cirit lagi sampai bocor! Hmm lain macam je nih. Tak pernah Adam cirit sampai bocor dan sekerap ni.

Sampailah ke siang, Adam bersambung episod cirit biritnya. Suhu badanpun semakin naik. Bawak ke klinik, doktor kata, cirit biasa. Bertahan lagi. Pun bertambah kerap ciritnya, sampai ke malam tu kami bawa ke klinik lain pula sebab najis Adam dah bertukar jadi puri rumpai (warna hijau betul!) Haiyaaa ini tak boleh jadi. Pergi ke klinik malam tu, terus mintak surat rujukan ke hospital berdekatan in case kalau-kalau Adam semakin teruk walaupun doktor klinik kedua kami pergi tu kata tak ada apa yang perlu dirisaukan.

Cirit Adam berterusan. Besoknya 26 Januari 2014, aku terus mengajak encik suami ke Hospital Pantai.
Doktor suruh admit untuk ambil sampel najis Adam.

(Tengah diambil blood pressure)

Kesian aku tengok Adam, macam dah letih sangat asyik cirit dan muntah. Boleh tertidur tak sedar apa masa misi mai ambik BP dia. 

(Happy je tengah main)
Lampin dah berapa kali tukar dah masa ni kan. Tapi dia tetap senyum. Alhamdulillah anak mama kuat kan? Hehehe. Masa ni doktor dah mengesahkan Adam terkena jangkitan rotavirus. Kami syak mesti terjangkit masa di rumah pengasuh. Sebab sebelum tu pun pengasuh dan anak pengasuh sendiri pun terkena cirit birit dan muntah juga. Kesian Adam. InshaaAllah cepat sembuhnya.

(Aikk Mama sekali masuk wad?)
Haa ni apa cerita pulak nih? Hahaha. Nak dijadikan cerita. Aku terlupa yang aku tak boleh kongsi bekas makanan dengan Adam. Sebab dari perkongsian tu pun boleh berjangkit. Horror tak rotavirus nih? Huhuhu. Aku kongsi sudu dengan Adam di sebelah petang dalam jam 5 atau 6 petang. Selepas Maghrib je aku dah terasa lain macam. Asyik cirit dan muntah. Aku ingatkan larat la tahan. Pergi turun bawah ambik ubat, makan ubat pun termuntah balik. Terus aku lembik.

Terpaksa pergi ke emergency room. Hahahaha. Sudah dengan Mamanya sekali masuk wad mintak katil sebelah anak. Alhamdulillah senang dapat. Kesian Abahnya nak menjaga kami 2 beranak. Terpaksa panggil Mama Abah mertua aku datang untuk bergilir jaga sementara encik suami pergi kerja. Seksanya rasa bila tak boleh bergerak bebas, tangan dicucuk untuk drip. Sudah nak berulang ke bilik air lagi berak-berak dengan drip sekali aku terpaksa angkut. Tak pernah aku rasa seteruk ni.

Tapi sebenarnya dalam aku tak sedar, terima kasih kepada kawan baik aku Asma Dat sebab mengingatkan aku, mungkin Allah nak aku rehat setelah terlalu penat menguruskan macam-macam urusan. Hmm fikir-fikir balik betoi jugak kata Asma tu.

Walaupun aku nampak lemah terlantar di katil dan asyik ke bilik air, dalam masa yang sama sebenarnya Allah nak aku rehat. Rehat betul-betul di hospital dengan rawatan yang secukupnya. Alhamdulillah. Terbuka sikit mata hati aku ni untuk menerima dugaan Tuhan ni dengan hati yang terbuka.

Dah tu sebelum ni tak redha lah? Haip haipp...bukanlah tak redha cuma biasalah syaitonirrajim dok membisik tepi telinga suruh pesong dari redha...tapi Alhamdulillah ada kawan macam Asma yang sentiasa mengingatkan aku di kala aku terlupa...supaya bukak mata hati tu luas-luas lagi..jangan kecik-kecikkan...Saling mengingati tak salah kann..Hehehe..

(Yeay dah boleh balik!)
Kesimpulannya, Adam, dari hari Ahad sampai ke hari Rabu, aku pula hari Isnin sampai ke hari Rabu dimasukkan wad. Kami semakin sihat dan boleh dikeluarkan dari wad rehat di rumah pula. Lagi seminggu kena datang lagi untuk appointment follow up.

Asalnya masa cuti Tahun Baru Cina tempoh hari, kami sepatutnya balik Ipoh. Rumah mertua aku. Tapi dah Mama Abah pun terpaksa datang sini, kami masuk wad lagi. Tak jadi balik Ipoh. Huhuhu.

InshaaAllah nanti berkelapangan hujung minggu lain hari kami balik ye...Jumpa lagiii~

P/S: Terlupa nak buat review sikit pasal servis di Hospital Pantai ni.
Ini kali kedua Adam dimasukkan ke wad hospital ni.
Kenapa kami datang lagi untuk kali kedua?
Sebab kami sangat puas hati dengan servis di hospital ni.
Encik suami juga pernah menerima rawatan di sini untuk penyakit pneumonianya dulu.

Memang recommended bagi sesiapa berhampiran dengan Hospital Pantai Bangsar.

Tapi kalau tak sebab company insurance aku tak mampu juga nak masuk hospital ni sebenarnya.

Alhamdulillah.



Got A Haircut For My Little Pumpkin!


ASSALAMU'ALAIKUM

Tengok tajuk macam gempak kan? Hehehe. Tiba-tiba nak cakap orang putih! Menyampah betoi!
Tajuk je la bahasa mat salleh pun. Isi entrinya minah belacan jugaaa...Hahaha.

Tak reti aku nak mengarang melampau dalam bahasa asing tu.
Lagi laju aku menaip bahasa lidah belacan aku ni.

Hari Jumaat (10/01/2014), encik suami mengajak ke Midvalley Megamall selepas kerja petang tu.
Aku tanya, "Nak buat apa ke sana?"
Dia jawap, "Nak potong rambut Adam. Boleh?"
Aku lagi sambung, "Haihh...buang tebiat gamaknya nak potong rambut Adam kat sana? Kedai mamak biasakan banyak"
Dia jawap lagi, "Alaa..tak apa. Selesa sikit sana ber-aircond. Hehe"
Dalam hati aku, elehhh~ kepala sendiri boleh pulak kedai mamak. Haa ikut suka hatilah. Aku lagi suka mengekor pergi berjalan. Hehehe.

Jalan punya jalan, sampailah ke kedai gunting rambut tu.
Abahnya, "Boleh gunting rambut baby tak?"
Amoi, "Woo kalau dia duduk diam saya cuba lohh~"
Abahnya, "Hmm macam mana? Nak potong tak rambut Adam?"
Aku, "Hmmm tah..hehe ikutlah"
Abahnya lagi, "Ke nak makan dulu?"
Amoi, "Haa apa kata you pergi makan dulu nanti you datang balik"
Sudahnya kami pun mengangguk setuju pergi la cari makan dulu.
Usai makan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi tu.
Tunggu turn akhirnya sampai turn Adam!
Amoi tadi bagi 1 kerusi tinggi sikit, letak Adam di situ.
Beginilah rupanya my little pumpkin while having his haircut! Hehe.

(Apa nih? Apa nih? Haha)
(Sibuk dok mencari bunyik mesin rambut!)
(Hampir siap!)

(Alaa rambut Adam dah tak ada laa hehe)

Haa itulah dia pengalaman membawa anak 9 bulan pergi potong rambut. Alhamdulillah mahu duduk diam melainkan touch up hujung-hujung tu dia dah start merengek rimas.

Hari ni marathon update blog ye kawan-kawan sekalian.
Dah masuk entri kedua dah ni. Hehehe.

Bersambung dengan entri sempena Hari Tahun Baru Cina...

Cuti Hari Natal 2013 Di Perlis

ASSALAMU'ALAIKUM

Bosan asyik sebut Hari Krismas, kita tukar angin sikit sebut Hari Natal.
Terlepas pandang pula masa cuti Hari Natal tahun lepas kami ambik peluang balik Perlis.

Masa tu boleh dikatakan musim sejuk. Tidur malam tak perlu dah bukak aircond. Selalu tu berbahang. Perlis kan memang terkenal dengan suhu tingginya, tempat panasnya, berbahangnya tapi hari tu kami balik macam di Cameron Highlands pula.
Walaupun hari cerah tapi angin sejuk sepoi-sepoi bahasa.

Macam biasa, enjoy habis-habis selama balik kampung tu. Sebab tau lepas ni mesti dah susah nak balik Perlis lagi. Almaklum jauh 1 hal, cuti encik suami pula tak banyak. Kedekut betoi company tempat dia kerja tu. Menyampah tau!

Sementelah susah nak balik selalu, sempat juga snap beberapa gambar masa kami bawak Mak Abah berjalan ke Kuala Perlis.
Makan di tepi pantai lagaknya.
Pantai yang airnya tak ada. Hahahaha.




Taraaa! 
Hasil Abahnya menangkap gambar masa bersantai di tepi pantai Kuala Perlis tempoh hari.
Mamanya pun sibukkan diri masuk sekali. Hehehe.
Mak Abah sibuk menunggu di meja sebab Abah dah tak larat nak berjalan sangat.
Kami sibuk ber-shooting. Hehehe.

Rindunyalah kampung Perlis nih.
Entah bila lagi boleh balik ke sana :(

Harap Mak Abah sihat-sihat saja di sana ye.
Anak sentiasa mendoakan Mak Abah sentiasa.
InshaaAllah berkelapangan berkesempatan panjang umur ada rezeki, kami balik lagi jenguk Mak dan Abah ye.



Daisypath Friendship tickers