Recent Posts

Search This Blog

Monday 28 October 2013

Pengasuh Bayi : Pengasuh Adam

ASSALAMU'ALAIKUM

Cerita ni 3 bulan yang lalu. Operasi mencari pengasuh sejurus selepas balik dari berpantang terus diusahakan sebelum aku naik kerja semula. 
Sebelum berpantang pun, even sebelum aku bersalin lagi aku dah mula mencari pengasuh. Kononnya nak booking awal sebelum tempat penuh. Tapi setiap kali aku singgah di setiap rumah pengasuh semuanya jawap, "Haaa bersalin dulu dik. Dah bersalin nanti call akak ye?!" 

Dah gitu katanya, aku pun dah sarat nak bersalin lepas tu, penyakit malas mula meresap dalam badan. Tu sebablah lepas berpantang baru aku mula balik operasi mencari tu. 

Kriteria Pengasuh
  1. Berpengalaman menjaga bayi dari umur 3 bulan sekurang-kurangnya (selalunya lepas pantang 2-3 bulan baru ibu-ibu hantar anak masing-masing kan)
  2. Perempuan (Sudah tentu)
  3. Tidak mengasuh terlalu ramai dalam 1 masa (paling kurang 2 orang bayi sahaja termasuk Adam)
  4. Berdekatan dengan office (in case kalau perlu berkejar ke rumah pengasuh senang aku nak 'berlari')
  5. Keadaan sekeliling yang selamat untuk bayi yang sedang membesar
  6. Pastinya waras (tak mau jadi macam kes dera dalam berita)
  7. Hmmm dah tak ingat sebab terlalu banyak aku rasa...
Mencari punya mencari tak semua ketujuh-tujuh tu pun aku berjaya penuhi. Sebab sebenarnya sangat susah nak mencari yang betul-betul sesuai dan kita yakin dia mampu jaga anak kita dengan baik. Nak sebaik dan sepuas sendiri jaga susah la kan. So, aku tawakal hantar juga kat seorang pengasuh ni di Balai Bomba dan Penyelamat Bangsar. Lebih kurang 700 meter sahaja dari office aku.

(Pengasuh Adam secara rasminya)
Aku tawakal hantar Adam ke situ atas sebab aku berjaya cari lebih baik dari apa yang aku senaraikan di nombor 3. Dia hanya mengasuh seorang saja dalam 1 masa. Kiranya dia mengasuh Adam seorang sahaja. Alhamdulillah.

Tapi selepas sebulan, aku semakin risau apabila kriteria ke-5 agak berisiko. Sebabnya, pengasuh ni ada bela 2 ekor kucing. Huwarghhhh....ada pernah sekali ternampak bulu kucing ada di puting botol susu anak aku...oh tidakkk....!

1 lagi kadangkala, pengasuh ni suka buat Adam macam anak dia sendiri. Ada sekali mungkin dia terlepas cakap bagi tau yang dia ada bagi Adam 4oz air rebusan beras. Tau tak air rebusan beras tu macam mana? Bila kita masak nasi, semasa mendidih, ada air separa jernih keluar dari beras yang hampir masak tu, yang agak pekat tu...ha itu lah air rebusan beras yang diberinya kepada Adam.

Apa perasaan ibu-ibu di luar sana apabila anak kita diperlakukan sebegitu? Tak salah kalau tak membahayakan bayi tu tapi masalahnya sekarang walaupun Adam tak cedera, tapi masa tu Adam belum lagi makan apa-apa semisolid apatah lagi solid food. Sekurang-kurangnya, umur bayi 6 bulan baru perut bayi cukup matang menerima sebarang makanan selain susu ibu atau susu formula.

Mungkin bagi sesetengah pihak sangat menggemari dengan kenyataan ni...
"Alaaa dulu akak bagi anak-anak akak ok je..membesar elok sihat je sampai sekarang..."
Hmmm masalahnya setiap bayi, setiap anak tu sendiri pun berbeza penerimaannya. Tak sama ye kak, makcik. Tolong jangan samakan anak saya dengan anak akak-akak,makcik-makcik sekalian. Hmmm...kalau apa-apa jadi, siapa yang susah? Hmmm..

Aku dan encik suami cuba bersabar, pesan apa patut supaya dia tak ulang lagi dan dengan harapan dia lebih berjaga-jaga dan berhati-hati setiap apa yang dia buat. Kami masih menjaga hati kakak tu.
Kalau orang lain, aku rasa, dah habis kena sound. Hmmm...Ya Allah semoga Kau lindungi anak ini daripada sebarang musibah dan penyakit inshaaAllah Amin.

Kepada para ibu dan bakal ibu atau sesiapa saja yang sedang mencari pengasuh dan penah dengar cerita dari saudara mara mengenai masalah ni, ada pengalaman seperti ni yang sudi berkongsi jangan segan-segan tinggalkan komen. 

Bersambung lagi selepas ni dengan entri yang lain pula...terima kasih sudi baca sampai habis...hehe



Wednesday 23 October 2013

Tempoh Berpantang

ASSALAMU'ALAIKUM

Fuhh...tak tau la pasai apa hari ni aku terlebih rajin menaip pulak. Baru tadi update blog, ni menaip lagi...hahahaha..

Bukan apa, sementara tengah tak dak keja ni, baik aku kumpul balik gambar-gambar lama masukkan dalam blog sebelum aku dah dihumban dengan bertimbun-timbun keja kan.

Bersambung dengan cerita tempoh berpantang (ini pun dikira entri tertunggak juga hehe). Selepas keluar wad dari Hospital Pantai Bangsar, aku sambung berpantang di rumah sewa lebih kurang 2 minggu kot lepas tu balik ke Ipoh, rumah mertua. Proses berpantang macam biasalah bangun pagi mandi air herba, pakai stokin (ni tipu...aku tak pakai pun alasannya cuaca panas masa tu tak apalah tak pakai pun haha tau dek orang tua yang betul-betul jaga pantang maunya aku kena bebel sepanjang 2 bulan berpantang kot kekeke) Ha nih ada beberapa gambar Adam yang aku sempat snap semasa berpantang di Ipoh.

(Baru lepas mandi hehe)

(Ketiduran lepas menangis hehe)
Haaa....tu yang dekat atas tu, 2 gambar Adam masa aku berpantang di rumah mertua. Kecikkk ja Adam masa tu. Gambar pertama, Adam baru lepas mandi. Setiap pagi setiap kali lepas mandi wajib tangkap gambar untuk hantar bagi Abah dia kat KL masa tu. Biasalah kalau Abah dah rindu kat anak kan...mengadalah mintak setiap hari kalau boleh setiap sejam. Hahaha. 

Gambar kedua, baru lepas menangis. Mulanya tidur dalam bilik, tapi tak sampai setengah jam, terus terjaga menangis kuaaaat sangat. Sudahnya haaa...mak mertua aku letak ja dekat sofa depan ruang tamu. Hahaha. Tapi itupun tidur tak lama juga terjaga semula. Biasa la kot baby baru nak sesuaikan diri dengan dunia luar. Dulu dalam perut Mama, gelapppp ja kan. Hehehe.

Ok bersambung pula dengan cerita bercukur rambut Adam. Hehe. Sepatutnya buat masa umur Adam seminggu kan? Ke aku silap?! Tak apalah tapi tulah kira lambat juga kami cukur rambut dia. Yelah asyik keluar masuk hospital ja sebelum tu kan. Alhamdulillah selamat bercukur oleh Abah dia sendiri selama 2 jam setengah time Adam tidur. Habis lenguh tangan aku dukung Adam. Hahaha. Kami tak buatpun majlis berendoi ke apa-apa yang sewaktu dengannya. Buat yang wajib sahaja. Mak mertua aku tolong buatkan pulut kuning dengan rendang ayam kemudian dihantar ke rumah saudara mara berdekatan. Alhamdulillah. Terima kasih Mama dan macam biasa sempat juga aku snap beberapa gambar.

(Botak chin sudahh...hehe)

(Tidur lepas kenyang susu)

(Kemam mulut nak berak ka apa ni? Haha)

(Free style punya tidur)
Selepas 2 minggu di Ipoh, badan dah kuat sikit, barulah encik suami hantar balik berpantang di Perlis pula selama 3 minggu baru balik ke KL. Alhamdulillah selamat tempoh berpantang selama 2 bulan walaupun pada hakikatnya aku taklah begitu ikut sangat pantang larangnya. Hmmm aku rasa sebab ni kot sekarang badan-badan aku selalu sakit. Huhu.

Apa-apapun terima kasih banyak kepada Mama Maznah dan Abah Jamal sudi melayan karenah anak menantumu ini dan tak lupa ribuan terima kasih juga kepada Mak dan Abah aku yang amat aku sayang sebab walaupun Mak penat menjaga Abah yang kurang sihat tapi masih sudi bangun malam jaga cucu, dan Abah pula walaupun tak berapa sihat, sanggup juga bangun malam setiap kali Adam menangis bacakan ayat suci untuk Adam. Alhamdulillah.

Bersambung dengan operasi mencari pengasuh pula lepas ni ye.... :)

Adam Masuk Wad Hospital Pantai Bangsar

ASSALAMU'ALAIKUM

Keja dah siap...terus mengadap blog! Oyeahh! Awalnya siapkan keja..kan? Hehehe biasalah kalau dah semua keja di-automatik-kan..yang manual tinggal berapa kerat ja. Alhamdulillah. Ada jugak masa terluang aku nak mengadap blog kan? 
Ok entri hari ni, entri tertunggak beberapa bulan yang lepas. Almaklum sekarang baru berkesempatan nak update. Mintak maaf lah ye.

Beberapa bulan yang lepas...rasanya bulan 5 (sayangnya tak ingat tarikh sebab 1 hari nanti mesti aku nak bukak balik entri ni apabila aku dah tua hukhuk), selepas beberapa hari Adam keluar dari PPUM, Adam terpaksa dimasukkan ke Hospital Pantai Bangsar pula. Sebab? Hmmm...Adam kencing berdarah masa tu. Sampai di hospital doktor check dia punya darah, gula pulak kurang dalam darah. Terus kena tahan wad.

(Dimasukkan ke tempat heating untuk rawat demam kuning Adam)

(Adam muak susu)
Kesian Adam aku tengok masa ni. Berat Adam pun susut banyak juga masa tu. Aku terlupa apa benda orang panggil alat tu, tapi alat tu digunakan untuk merawat demam kuning Adam. Adam sebenarnya terkena demam kuning juga masa tu tapi separuh badan ja nampak kuningnya. Alhamdulillah tak teruk.
 
(Adam tengah minum susu)
Masa ni nurse tengah bagi Adam minum susu. Susu formula menggunakan cup sebab tak nak Adam keliru puting nanti masa nak breastfeed. Huhu...
(Nurse cuba 'berp'kan Adam selepas menyusu)

Disebabkan Adam kena tahan, aku tak boleh stay di situ bersama Adam di NICU, Adam terpaksa di-topup kan dengan susu formula. Pertama kali, Adam diberikan susu formula. Aku nak pam bekalkan kepada nurse pun, susu badan aku sangat sikit masa tu. Pam pun keluar setitik dua sahaja. Doktor kata amat bahaya kalau dibiarkan terutama sekali untuk kes gula kurang di dalam darah tu. Boleh bagi kesan kepada pemkembangan otak Adam nanti katanya. Disebabkan terlalu risau, aku terpaksa menandatangani borang kebenaran pihak hospital memberikan Adam susu formula.

(Muka happy jumpa doktor)

Selepas beberapa hari, Alhamdulillah Adam semakin aktif semula. Besoknya selepas Adam dipindahkan ke wad, pihak hospital membenarkan aku tinggal bersama Adam. Katil sebelah tu la tempat aku tidur. Hehehe.
(Tengah meneran berak sebenarnya haha)
(Alahai..comelnya Adam masa ni)
Dalam 4-5 hari juga kot Adam ditahan wad. Doktor hanya bagi rawatan untuk demam kuning untuk semalaman, apabila dah dipindahkan ke wad, doktor pantau sikit dengan hanya berikan Adam antibiotik kalau tak silap aku untuk sistem pertahanan badan dia selain daripada aku teruskan menyusu badan.

Alhamdulillah selepas tu Adam kembali sihat seperti baby yang lain walaupun berhari-hari aku menabahkan diri berpantang di hospital dengan keadaan badan yang sangat tak larat tu. Jalan pun terkengkang-kengkang ja menahan sakit tempat jahit lagi. Subhanallah besar sungguh pengorbanan Mak kita dulu kan? :)

Bersambung berpantang di rumah...

Ok dah masuk emel keja, kena sambung buat keja semula...hukhuk

Monday 7 October 2013

Pengalaman Bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

(Hasil Google)


ASSALAMU'ALAIKUM

Tiba-tiba aku teringatkan pengalaman bersalin di PPUM. Minggu lepas baru aku upload ENTRI secara ringkas pasal pengalaman aku kat situ tapi hari ni terasa nak taip entri penuh dari awal aku mula masuk wad.

Setelah buat beberapa bacaan dalam beberapa forum, akhirnya aku dan suami mengambil keputusan untuk bersalin di PPUM. Prosedur macam biasa memerlukan kita membuat pendaftaran dan diikuti dengan follow up appointment.

Untuk 6 bulan pertama, aku buat check up di klinik swasta berpanel. Apabila dah masuk bulan yang ke-7, barulah aku mula ke PPUM. Kenapa tunggu kandungan 7 bulan baru pergi?
Sebabnya PMCare hanya cover sebarang perbelanjaan untuk pemeriksaan dan perubatan bermula daripada kandungan 7 bulan sahaja.

PMCare? Hmm sebenarnya aku staf Telekom Malaysia Berhad (TM). PMCare cover segala perubatan dan kos pemeriksaan untuk ibu bersalin dan juga perubatan dan pemeriksaan untuk sakit biasa. Pendek kata, PPUM adalah salah satu panel TM juga

Proses menunggu untuk pemeriksaan tidaklah terlalu lama. Ambil nombor giliran seperti biasa macam dekat bank-bank tu, tunggu nombor giliran, lepas tu bermulalah pula proses untuk mendaftar di stesen jururawat sebelah dalam untuk mendapatkan nombor giliran ke bilik pemeriksaan doktor pula.

Sebelum aku terlupa, di kaunter pertama, bayaran pertama diperlukan adalah sebanyak RM30 dan RM500 untuk warganegara sekiranya confirm nak bersalin di situ. Untuk penjawat awam kerajaan, bolehlah menggunakan GL atau FOC. Aku sebagai staf TM, aku menggunakan GL dari pihak PMCare.

Selepas membuat pembayaran, kita perlu serahkan kepada jururawat bertugas di stesen jururawat sebelah dalam (kaunter kedua).Digalakkan untuk membawa sampel urin bersama-sama untuk mengelakkan kesesakan semasa tunggu untuk pemeriksaan urin. Setiap kali check up, pemeriksaan air kencing atau urin diperlukan termasuklah penambahan berat badan kita.

Keputusan pemeriksaan perlu diserahkan kepada kaunter jururawat (kaunter ketiga). Di situ kita akan diambik bacaan tekanan darah sebelum disuruh duduk di tempat menunggu, menunggu nombor giliran kita naik di board. 

(Tempat menunggu)


Setakat tu so far so good. Semuanya berjalan lancar dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menunggu giliran.

Setiap lawatan untuk pemeriksaan berlanjutanlah sampai ke hari yang dinanti-nantikan.
Tanda darah keluar. Aku terus mengajak encik suami ke hospital setelah aku usai mengemas beg baju.
Nervous?
Alhamdulillah pagi tu aku rasa sangat tenang. Mungkin sebab 2-3 hari sebelum aku dah pun dimasukkan wad sebab baby kurang bergerak. Aku dah cerita sedikit sebanyak dalam entri aku minggu lepas. Hehe.

Sampai saja di tingkat 3, aku disuruh untuk salin pakaian memakai pakaian hospital. Almaklum dah biasa, sekali lagi tenang je aku pun pergi salin baju. Diminta untuk berehat di katil sementara tunggu masa yang betul untuk ditolak masuk ke labor room. 

Contraction bermula setiap 10-15 minit. Sempat lagi aku mengajak encik suami temankan ke surau untuk solat Zohor. Aku bimbang kalau-kalau ditolak ke bilik bersalin, aku dah tak sempat nak ke surau.

Contraction terus-terusan bermula selang 2-5 minit. Fuhh...sakitnya tidak terkira tapi aku cuba bertahan. Terus baca doa Nabi Yunus a.s dengan harapan aku tidak terlalu fokus pada rasa sakit tu.
Sesekali jururawat datang 'seluk' untuk check bukaan. Masih 2 sentimeter. Aku diminta untuk banyakkan berjalan. Walaupun tengah menahan sakit, aku gagahkan juga untuk berjalan dengan harapan cepat bukaan tu bertambah.

Rasa makin sakit makin kerap. Hanya Allah saja tau masa tu. OK rasa sangat sakit. Terus panggil doktor. Doktor perempuan kecil datang 'seluk' lagi. Baru lebih kurang 3 sentimeter. OK lagi 1 sentimeter. Sabar Farah!! Sakit lagi dan sakit lagi! Tahannn...demi anak yang bakal lahir!

Jururawat datang 'seluk' lagi! OK 4 sentimeter! Semua dah siap peralatan terutama sekali kerusi roda untuk menolak aku ke bilik bersalin tingkat atas.

Encik suami tidak dibenarkan ikut masuk. Dari situ aku mula tabahkan hati untuk menempuh semua tu seorang diri di bilik bersalin.

Tak sedar dah panjang rupanya entri aku ni. Hehehe.
Ok bersambung...

Semasa di dalam bilik bersalin, aku diminta baring dan alat ECG di pasang untuk monitor aku punya contraction. Air pun dicucuknya juga sebab bimbang aku dehidrat semasa meneran nanti.
Sakit kat perut tak terhingga dah masa tu. Aku rasa aku dah tertendang-tendang dah bucu katil tu.
Dari jam 5 petang aku tunggu, doktor estimate jam 9 malam, full bukak sampai 9 sentimeter.
Tapi jam 8.15 malam aku dah terasa nak meneran!!!
Nurseeeee!! Dah rasa nak teran nih!
Sabar kata jururawat tu. Belum lagi 9 sentimeter. Tapi aku dah tak daya nak menahan.
Tengah sakit-sakit tu jururawat selak kain aku. Tiba-tiba dia menjerit. 
OK!! BABY IS COMIN'!!!

Dari situlah aku sedar yang aku sudahpun nak bersalin.
Ya Allah Kau permudahkanlah! Kurangkanlah rasa sakit nii..!
Seorang doktor lelaki masuk. Ahhh dah tak kisah laki ke perempuan. Dah sakit nak meneran nih!

Bermulalah proses meneran. Meneran kali pertama salah! Teran kali kedua baru betul. Dapat rasa kepala baby keluar perlahan-lahan. Pushhh! Kata jururawat. Sikit lagiii! Kata doktor.

Akhir sekali Alhamdulillah leganya rasa. Tepat 8.40 malam aku dah terdengar suara menangis.
Alhamdulillah. Aku dah berjaya bersalin normal bayi lelaki seberat 3.08kg. Syukur Alhamdulillah. Padahal masa dok meneran tu aku harap sangat aku pengsan, mungkin doktor boleh lakukan sesuatu untuk bantu aku. Hahaha sebab dah tak larat sangat rasa. Tapi kuasa Allah, Dia tak izinkan aku pengsan, Dia nak aku terus usaha melahirkan anak tu secara normal.

Lega rasa sakit terus hilanggg~
Tapi kesakitan kembali semasa proses menjahit. Doktor kata aku luka banyak.
Aku dapat rasa darah melimpah ruah keluar mengalir. 
Mungkin habuan aku, proses menjahit terlalu lama. Sejam terlalu lama bagi aku untuk menahan sakit yang tak terhingga. Jahit hidup-hidup! MasyaALLAH! Berikanlah aku kekuatan!
Apa-apapun Alhamdulillah semuanya selamat.
Perkenalkan Muhammad Adam Farhan Bin Syazmir.

(My beloved son! The greatest gift from HIM)

Aku rasa cukuplah setakat tu. Sebelum ada bakal ibu di luar sana tak jadi pula nak cuba bersalin normal :) 
Apa-apa kemusykilan bolehlah tinggalkan mesej diruang komen ye :)

Terima kasih setia membaca dari awal sampai habis!

P/S: Sambungan kepada entri ini sila klik SINI

Tuesday 1 October 2013

TRADE-IN SPECIAL (PPSU PIGEON BOTTLES)



ASSALAMU'ALAIKUM

Alhamdulillah hari Ahad lepas tergerak hati nak ke kedai Manjaku. Tujuan asal nak mencari botol susu yang ada tempat pegang. Tetapi ternampak pula special offer dari produk Pigeon. Apa lagi memang aku dengan cik abang terus buat keputusan trade-in botol susu Adam yang lama (Pegion PP bottle). 

Semalampun mintak cik abang pergi trade-in lagi botol yang kedua. Pihak Pigeon menerima apa saja brand botol yang lengkap untuk mendapat harga istimewa botol PPSU mereka.

Wowieeee...! Adam dapat botol baru 2 botol dengan separuh harga!! Kami amat berpuas hati dengan botol susu PPSU Pigeon sebabnya sekiranya anak-anak kita minum pun InshaaAllah tak ada masalah susu meleleh keluar dari mulut, kalau botol terbalik pun InshaaAllah susu tak akan tumpah. Teknologi dari Jepun ni sangat recommended kepada semua ibu-ibu belikan untuk anak-anak.

InshaaAllah kalau ada rezeki lebih aku nak beli botol berpegang pula lepas ni. Hanya RM31+ kurang dari RM40 sahaja.


Produk ni juga sangat sesuai untuk melatih anak anda 3 bulan dan ke atas untuk belajar memegang botol tu sendiri semasa minum susu. Tunggu aku dah beli nanti baru aku boleh bagi komen dekat blog ye :)
Daisypath Friendship tickers