Recent Posts

Search This Blog

Tuesday 20 January 2015

Lelaki & Perempuan

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat petang semua...hari ni lambat sikit aku up entri. Ini pun entri semalam patutnya. Hmm petang ni aku bukan nak membebel pasal lelaki versus perempuan ye.

Bukan nak berhujah siapa betul siapa salah.
Aku cuma tertanya-tanya kenapa lelaki sekarang dah kurang gentleman dan perempuan kurang sense of feminism. Termasuk akukah? Hmm...

Apa maksud aku tu ye?

Aku hantar Adam ke rumah pengasuh macam biasa. Tapi belum sempat naik tangga terdengar ada suara seorang ibu dan anak-anak tengah turun tangga.
Memandangkan aku tengah mengendong Adam yang sedang tidur, mesti tak muat ruang tangga tu nak dilalui ramai orang sekaligus, lantas aku berhenti, beri laluan dulu kepada si ibu dan anak-anaknya turun. Mungkin dah kelewatan nak ke sekolah.

Tapi lebih mengejutkan aku, si ibu tu boleh pulak meludah di tangga depan aku!
Hahhh!? Aku salah nampak atau masih bermimpi sebab mengantuk ke apa nih?

Tapi betullah memang si ibu tadi baru saja meludah di depan aku. Masih berbaki sisa ludahan tu di lantai tangga. 
Atau lebih tepat, seorang ibu meludah di depan anak-anaknya.
Fuhh...hebat la kak! Thumbs up!

Agak luar tabii bagi aku. Maaf kalau bahasa aku kasar. 
Tak pernah lagi aku jumpa seorang perempuan, wanita apatah lagi seorang ibu berperilaku seperti itu.

Dimanakah sense of feminism atau paling kurang, dimanakah adab laku seorang ibu untuk dicontohi anak-anaknya kelak. Hmmm...

Aku tak kata aku seorang ibu yang sempurna tapi sebagai seorang ibu kepada anak, mestilah kita akan cuba yang terbaik untuk anak-anak kita kan?

Apa yang berlaku tadi tu mengingatkan AKU, apakah AKUpun pernah berperilaku seperti itu di depan Adam? Tak semestinya perilaku meludah di depan anak, mungkin juga perilaku lain yang AKU tak sepatutnya lakukan di depan orang ramai tambahan di depan anak sendiri. 

Mungkin bagi sesetengah orang fikir, perkara macam tu biasa. Ibarat terkorek tahik hidung di depan orang ramai. Istilah 'tak sengaja' dijatuhkan. Hmmmm....

Diharap apa yang aku nampak tu, jadi pengajaran juga untuk diri aku ni. Mungkin akupun pernah terlanjur laku tanpa sedar.

Diulang, aku bukan mengkritik tapi perkara seperti itu mengingatkan aku kepada perilaku melampau yang mungkin aku sendiri pernah buat tanpa sedar.

InshaaAllah harap tu dijadikan pengajaran untuk aku supaya lebih berhati-hati dengan setiap tindak tandukku selepas ni.


Lelaki?

Hmmm cerita pasal lelaki...naik lif memang tak boleh elak lelaki dan perempuan dalam 1 lif.
Lainlah memang ada usaha kerja asingkan lif lelaki dan perempuan macam komuter. Tapi tak pernah jumpa lagi setakat ni.

Ok tak apa. Selalunya dan sepatutnya lelaki akan bagi laluan kepada perempuan dahulu.
What we called it as 'ladies first'. 
Tapi sekarang mostly,  tak semua lelaki ye, tapi kebanyakannya dah kurang gentleman di situ ye.
Sampai dah nak terlanggar-langgar memasing dekat pintu lif tu. Berebut nak keluar dulu. Hmmm...

Kenapa?
Bukan di sini saja berlaku, malah di mana-mana saja. Tak kisahla di jalan raya, dalam lif, di kedai makan dan sebagainya.

Adakah sebab perempuan tu dah dikira one level berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan lelaki zaman sekarang ni?

Hmm aku tak pasti pasal tu cuma cuba berkongsi fikiran aku sejak-sejak berulang alik dari Bandar Baru Bangi ni, boleh dikatakan setiap hari aku belajar benda baru.

Hmmm...


Monday 19 January 2015

Cara Menghapuskan Pepijat atau Hama



ASSALAMU'ALAIKUM

Gambar hiasan yang dipinjam dari laman web tersebut...gambar lain buat aku hilang selera pula pagi-pagi ni melainkan yang itu, yang agak kecil tetapi jelasssss~

Kenal apa itu pepijat?
Bagi sesiapa yang pernah ada pengalaman, hubungan permusuhan dengan serangga ni, memang sangat allergic dengan perkataan pepijat ye termasuklah aku...
Hampir setahun bergelumang tidur bersama dengan serangga ni, buntu habis alternatif dah cuba untuk menghapuskan serangga durjana ini!
Dari tradisional sampailah ke moden, murah ke mahal...kenapa liat sangat nak mati wahai binatang!

Habis seluruh badan kami sekeluarga berparut, kualiti tidur pun terganggu.

Aku dah tak sanggup nak Google contoh gambar-gambar lain...sesiapa yang baca entri ni mesti lebih memahami perasaan aku tu ye...

Salah silah pepijat bagi sesiapa yang masih dalam pencarian. Meh aku bagi sesi ice breaking dengan teman tidur ampa nih...



Sekali bertelur, sangat banyak, dan cepat pula menetasnya.
Ambil masa antara seminggu untuk menetas dan makanan pertama tak perlu susu badan tetapi hanya darah manusia yang setia tidur bersamanya. Hadehhh~

Serius geli gila aku Google gambar pepijat nih...atau dalam bahasa Inggerisnya, Bed Bug.

In first stage larva, anda akan mendapati diri anda sangat sukar untuk melihatnya. Sedar-sedar dah gatal seluruh badan! Itu tandanya anda baru saja menderma darah kepada BB lebih kurang 10-15 minit sebelum. Tahniah! Proses menderma darah anda tidak perlukan apa-apa precaution untuk anda pengsan atau sebagainya sebab BB lebih prihatin menghisap darah anda ketika anda tidur!

Awalnya memang aku sangat geli tengok depan mata, tapi sejak-sejak terlalu sangat sakit hati, aku picit pepijat tu with my naked hand macam tu ja. Cara bunuh pepijat ni bukan sekadar tekan sahaja, sebab pepijat ni sangat bijak, sekali anda picit dia terus akan kaku supaya anda fikir dia telahpun mati. Sebenarnya dia masih belum mati melainkan anda picit dan dengar bunyi 'pop'. Perutnya pecah!

Dari petua menggunakan daun durian belanda, baygon (racun serangga warna hijau), racun serangga pepijat berharga RM50, semuanya tidak mendatangkan hasil.

Sudahnya yang paling berkesan adalah Bio-D Non-Toxic Bed Bug! Ekstrak dari tomato liar.


Katanya dalam tempoh 4 minit berjaya menghapuskan BB. Tapi aku pernah cuba spray terus ke BB, Alhamdulillah kurang dari 5 saat, pepijat tu terus mati menonggek montotnya.

Akhirnya kami jumpa ubat yang paling berkesan untuk BB/Hama tilam.
Bukan racun pula tu. Selamat untuk anak-anak kita sekiranya tersentuh.

Hanya RM29.90 sahaja! 100% proven!!

Aku tak ambik pesanan ye.
Ampa boleh cari di mana-mana cawangan Giant berdekatan, ataupun beli di talian dalam laman web yang aku link  kan di atas tu ye.

Untuk nyamuk pun ada tapi agak mahal nak dibandingkan dengan racun serangga seperti Ridsect dan sebagainya. Tapi bagusnya, produk ni bukan racun serangga!

Selamat serang Giant!
Kalau ada terjumpa di mana-mana selain Giant, mintak kongsi ye.

P/S: Boleh juga digunakan pada semut yang selalu memenuhi ruang sudut rumah anda. InshaaAllah kurang 5 saat, semut-semut berkenaan akan terus mati. Paling berkesan sehingga besoknya, seluruh keluarga semut yang berada di dalam soket turut melimpah-limpah keluar. Semuanya mati!

Friday 16 January 2015

Terlambat Terlewat Terkejut!


ASSALAMU'ALAIKUM

Fuhhh...mengah pulak pagi ni rasa...dah lama tak senaman katakan (sebelum ni selalu ke?) 
Hmmm tak jugak hahaha tapi disebabkan kurang penjagaan ditambah pula dengan tak senaman...badan jadik lunyaiiiiii...

Kisahnya terlambat bangun lagi hari ni. Sedar alarm bunyi jam 5 pagi, boleh pulak aku bangun off alarm lepas tu sambung tidur.

Memang kesilapan yang amat besar untuk aku ye!
Sedar-sedar dah jam 6! Tidakkkkkk....beg anak belum kemas, baju belum iron. Apa aku nak buat nih?

Tak apa! Relaxxxx! Tarik nafas, ok, basuh dulu botol susu adam! 
Siapkan beg Adam.
Buat susu Adam.
Capai tuala terus mandi.
Keluar tandas, tengok jam. 
6.15 pagi!

Hadoiii ada lagi 15 minit!
Dalam kepala dah terbayang kereta yang panjang berjela.
Fokus!
Capai baju, capai tudung, sarung!

Angkat beg, kejut encik suami.
Keluar rumah, panaskan enjin kereta, terus gerak!

30 minit perjalanan.
*Alaaa 30 minit je dari rumah...nak kelam kenapa? Fuhh jangan dibuat main ye highway tu...
berhantu! Lewat seminit punahhh!

Sampai di pejabat, masuk tandas, tengok cermin.


Hadoiii dah macam makcik-makcik anak 5 orang kot!
Tudung senget benget, baju pun berkedut!
MashaAllah aku kata....makcik anak 5 orang pun lagi kemas aku rasa.

Hahahhahaha....
Padahal dah merata tempat aku pergi tadi.
Beli kuih lagi....

Maluuuuuu~


Lepas ni kena lebih berhati-hati....
Alhamdulillah lambat-lambat bangun pun sempat juga aku kejar free parking season pass.
Fuhhh....

Thursday 15 January 2015

Warung Dusun Gearbox Bandar Baru Bangi


ASSALAMU'ALAIKUM

Warung Dusun Gearbox
Sungai Ramal Dalam, Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia
Hubungi:

Pada sesiapa yang familiar dengan kawasan Bandar Baru Bangi atau kawasan sewaktu dengannya mesti biasa nampak, biasa singgah dan merasa makanan di restoran ni kan?

Agak popular aku rasa sebab kalau tanya Encik Google, rata-rata blog ada buat review pasal makanan di Warung Dusun Gearbox nih...

Meh aku cerita sedikit sebanyak pasal salah silah restoran ni. Restoran ni sebenarnya dibuka sejak tahun 1997 lagi. Menurut laman web Dusuntua.com, restoran ni beroperasi dari jam 6 petang sampailah ke 1 pagi. Harapanlah nak merasa waktu tengahari ye. Hehehehe...

Makanan berasaskan masakan Thailand, sup gearbox, goreng-goreng dan macam-macam lagi. 




Masa aku pi mencuba tu, kami order nasi putih, tomyam ayam, telur dadar untuk 2 orang makan, daging masak merah, ais kosong, air suam, air sirap ais.

Tomyam dia memang kaw! Pekat cukup rasa pedas semualah! Menangis-nangis aku nak habiskan. Daging masak merah diapun sedap cuma dagingnya agak kering, mungkin sebab disalai terlalu lama mungkin. Telur dadar kosong, tapi kalau semua menu di atas tu dikira hanya RM16.20, kira ok lah kan?

Nasi putih sampai 3 pinggan RM3.00
Ais kosong RM0.00
Air suam RM0.00
Tomyam RM6.00
Daging Masak Merah RM4.00
Telur dadar - 2 biji RM2.00
Sirap Ais RM1.20

Tapi dia diskaunkan jadi RM16 tepat. Bagi kami, harga tu ok sangatlah kan? Sesekali makan luar bolehlah. Setiap hari kopak juga. Huhuhuhu.

Pada sesiapa yang berhampiran dan masih belum mencuba di restoran ni. Cepat-cepatlah ke sana ye?


Selamat mencuba! :)

Tuesday 13 January 2015

Ubah Jalan


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...harap hari ni lebih baik dari hari semalam InshaaAllah...
Alhamdulillah syukur bagi aku, hari ni lebih baik dari hari semalam...
Kenapa?

Hari ni merupakan hari kedua aku berulang alik dari Bandar Baru Bangi ke tempat kerja aku di Bangsar.
Sebelum ni perjalanan aku pendek dari Petaling Jaya saja. Tapi sejak pindah rumah, aku terpaksa ubah jalan, ubah cara, ubah segala.

Hari kedua juga untuk persekolahan anak-anak kita. Jalan dah tak macam selalu, kembali sesak walaupun matahari masih belum menjengah.

6.30 pagi paling lewat aku perlu gerak dari rumah. Awalnya!
Hehehe sebenarnya masih ramai lagi yang lebih awal rupanya. Belum kira makcik, pakcik, akak, adik, abang yang menjual berniaga nasik lemak dan kuih muih di sepanjang jalan.

Terlajak sikit walaupun seminit, habis punah harapanlah perjalanan tu sentiasa lancar. Confirm sesak sejurus selepas tol Sungai Besi.

Rutin harian aku pun automatik berubah juga. Walaupun waktu bangun pagi masih sama jam 5-5.30 pagi, tapi sampai di pejabat, kadang-kadang sempat juga aku melelapkan mata di dalam kereta untuk beberapa minit.

Tengahari aku cuba melelapkan mata paling kurang setengah jam pun cukuplah, habuan kumpul sedikit tenaga yang bersisa supaya bertahan sampai ke malam melayan anak bujang aku tu pulak di rumah nanti.

InshaaAllah selagi ada kemahuan selagi tu ada jalan.
Semoga dipermudahkan urusan harian kami sekeluarga.

Amin.

P/S: Alhamdulillah hari ni aku tak mengantuk semasa drive.

Daisypath Friendship tickers