Recent Posts

Search This Blog

Friday 2 December 2016

Jom DIET!


ASSALAMU'ALAIKUM

Ambil gambar hiasan dari Google Image, nampak sihat kan? Hahaha...
Dah kenapa pulak aku buat entri pasal diet nih? Tak macho lah kan...
Bukann...tunggu dulu...


Aku bukan nak buat entri pasal diet..aku ni siapa nak buat entri pasal diet? Mau digelakkan orang ja nanti...badan dah macam gini lagi nak buat entri diet konon! Haha mesti ampa cakap gitu kan dekat aku? Hahaha

Sebenarnya nak cerita pasal aku ada terpasang niat nak berdiet kononnya dan ajaklah cousin aku sekali. Kata orang bila ada teman ni semangat tu lain sikit...mana tau azam aku yang entah kali ke berapa ni berkesan kan...
Tup tup...digelaknya dekat aku...katanya...cuba dulu..kalau menjadi baru dia pun follow.

Entri yang dah berlapuk tersimpan dalam draf. Hari ni teringat nak menjengah.
Entri ni kalau tak silap aku dari sebelum puasa.
Alhamdulillah dari berat aku 66.7 kilogram sekarang 62.7 kilogram.

InshaaAllah target  50 kilogram dijangka tercapai pada bulan Jun tahun depan sekiranya berjaya istiqamah.
Hahahaha

P/S : Suami akupun dah terjebak sejak sebulan lepas dan Alhamdulillah dari berat beliau 108.9 kilogram sekarang dah 103.4 kilogram.
Keep it up!!

DOAKAN AKU!!

Friday 29 July 2016

Salam Syawal 24 1437


ASSALAMU'ALAIKUM

Salam Syawal 24 1437 dari kami a small family with hearts!
Harap masih belum terlambat nak mohon maaf andai kata ada terlanjur kata dan laku.

Dah hampir ke penghujung dah Syawal kita tahun ni bakal bertemu dengan Zulkaedah tak lama lagi. Diharap walaupun Ramadhan dah tinggalkan kita, positive things still remain sampai bila-bila dan mudah-mudahan akan bertambah baik dari hari demi hari.

Skema mak inang mengalahkan ucapan YB dah.

Apa-apapun terima kasih sudi singgah blog ni walaupun eden perasan ada yang dah unfollow. Haha. No problem! 

CHILL!!

Tuesday 7 June 2016

Resipi Nasi Goreng Sardin

(Gambar Hiasan dari Majalah RASA)

ASSALAMU'ALAIKUM

Dah masuk hari kedua kita berpuasa tahun ni. Baru nak tunjukkan muka di blog ye. Almaklum kesibukan dengan kerja hakiki siang malam, pagi petang, Ahad sampai ke Ahad haa...kalah abang Bangalore. Apa nak buat kata orang 'demi sesuap nasi, seliter petrol' zaman sekarang ni kan...

Meh sini aku kongsi resipi Nasi Goreng Sardin merangkap menu sahur aku untuk 1 Ramadhan, kiranya menu sahur semalamlah kan..

BAHAN-BAHAN:

1. 1-2 cawan nasi sejuk
2. 2 ekor ikan sardin (Ikan Sardin jenama Marina)
3. 1-2 sudu cili mesin/cili kisar
4. Sayur lobak merah atau apa-apa jenis sayur yang anda suka
5. Cili padi/cili burung (boleh dipotong/ditumbuk)
6. 1-2 sudu sos ikan
7. 1-3 sudu sos tiram
8. 1 sudu kecil serbuk ayam Knorr
9. Lada sulah secukup rasa
10. Garam secukup rasa (terpulang kalau lebih sos ikan tadi, tak perlu garam lagi)
11. 1-2 sos cili (ganti gula)
12. Bawang putih (dihiris)
13. Bawang merah (dihiris)
14. Kicap Jalen Manis
15. Minyak masak

CARA-CARANYA:

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
2. Masukkan 2 ekor ikan sardin tadi, digoreng sehingga garing.
3. Sementara ikan garing, boleh juga masukkan sayur-sayur yang keras terlebih dahulu.
4. Masukkan cili padi/burung yg dipotong, bersama cili mesin/kisar. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan sos tiram, sos ikan dan sos cili.
6. Masukkan lada sulah, serbuk ayam Knorr, dan kicap secukup rasa.
7. Sambil ditumis, sambil hancurkan sedikit ikan sardin yang digoreng tadi (tidak perlu terlalu hancur).
8. Masukkan nasi dan gaul rata bersama dengan sayur daun (jika ada).
9. Opsyen anda untuk pecahkan telur dan digaul lagi (aku prefer telur mata lembek digoreng asing).
10. Gaul rata sehingga masak dan boleh dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA!!!

Monday 4 April 2016

Cara Menghapuskan Pepijat atau Hama II




ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi...
Lama betul aku tak update blog. Maaf ye...kesibukan dengan kerja hakiki dan part time.
Sambungan dari entri sebelum ni...


Sedia maklum pepijat atau Bed Bugs  memang serangga yang sangat-sangat tak tau nak cakap....tapi pada siapa yang ada pengalaman sejarah hitam dengan serangga ni...faham sangat lah kesan dia...
Boleh terbawak-bawak sampai ke mimpi pun ada..
Macam aku sampai sekarang pantang nampak benda kecik menjalar, melata je aku terus fobia!!!

Entri lepas aku perkenalkan produk Bio D. Tapi hari ni aku nak perkenalkan produk baru, selain Bio D, aku terjumpa lagi 1 alternatif yang boleh dicuba untuk hapuskan pepijat/hama/lipas atau mana-mana serangga lain juga.
Wow! Aku rasa ni lagi power!!

Namanya Diatomaceous Earth.
Aku tengok banyak branding tapi apa-apa jenama sekalipun asal ada perkataan Diatomaceous Earth, inshaaAllah berkesan.

Gambar di bawah sebagai salah 1 contoh jenama Safer dan Harris.
Boleh cuba Google sebab aku sendiri tak pasti dekat mana boleh beli.
Aku dapat info ni dari sepupu. Suaminya beli online.  Nanti aku cuba dapatkan nama laman web yang suami sepupu order tu.



Selamat mencuba ye semua!! 
Mudah-mudahan entri kali ni mampu membantu...Hehe

Monday 22 February 2016

Resipi Kek Savannah Cocoa Kukus


ASSALAMU'ALAIKUM

Gambar hiasan yang tak begitu menarik kali ni ya...
Almaklum kamera cikai ditambah pulak tuan punya telefon pun tak profesional...
Hahahaha...

Mari berkongsi resipi hasil cubaan kali ke-3 aku buat kek kukus...tapi cubaan kali ke-3 ni pun setelah cuba setahun sekali ja ya...bukan setiap hari hahaha...
So, jangan terasa kagum sangat sebab aku memang tak pandai baking. Tapi Alhamdulillah kali ni menjadi la jugak...tak keras tak kering macam selalu tapi masih perlukan improvement...orang cakap better than nothing hahahaha...

BAHAN-BAHAN:

Bahan A
1. 1 cawan Savannah Cocoa
2. 1 cawan susu cair
3. 1 1/2 cawan gula (aku lebihkan gula sikit sebab tak nak guna susu pekat)
4. 1 cawan minyak masak
5. 1/2 cawan susu pekat (tapi aku tak letak sebab tak suka kek yang terlalu manis)

Bahan B
1. 3 biji telur
2. 1 sudu kecil esen vanila

Bahan C
1. 1 1/2 cawan tepung gandum
2. 1 sudu kecil soda bikarbonat
3. 1 sudu kecil baking powder
(Aku tak guna tepung gandum dan baking powder, aku ganti dengan tepung naik sendiri BlueKey)

CARA-CARA:
1. Bahan A dicampurkan dan dimasak di atas api yang kecil sehingga sebati. Tutup api.
2. Sejukkan Bahan A sekejap dan masukkan Bahan B dan kacau sebati.
3. Masukkan pula Bahan C dan kacau lagi.
4. Ditapiskan semua bancuhan sebelum dimasukkan ke dalam loyang yang telah disapukan mentega.
5. Panaskan pengukus terlebih dahulu, kemudian barulah masukkan loyang ke dalam pengukus.
6. Kukus adunan sehingga masak di atas api yang sederhana antara 30-45 minit sehingga masak.
7. Bolehlah taburkan Savannah Cocoa sebagai hiasan di atasnya ataupun boleh gunakan double boiled cooking chocolate sebagai topingnya. Ikut kreativiti masing-masing.

Selamat mencuba!



Friday 5 February 2016

Sistem Penghawa Dingin Tak Berfungsi


ASSALAMU'ALAIKUM

Hari Isnin baru ni, aku ke klinik nak ambil ubat anak. Nak dijadikan cerita tiba-tiba aircond kereta panas. Ingatkan terlupa tekan butang sejuk. Dah tekan masih angin panas yang keluar. Hmmmm sah rosak! 
Tapi masih mengharap tak ada kerosakan yang serius melibatkan kos yang tinggi nak repair.

Disebelah petang singgah sebuah bengkel dekat dengan kawasan rumah.
Mekanik check, gas aircond tu overflow katanya. Macam mana boleh terlebih?
Selalunya terkurang?! Kalau rosak katanya perlu tukar 1 set berharga RM1,600.

Terkejut beruk aku!

Mekanik buangkan sikit gasnya, disuruh balik dan tengok keadaan pada besok pagi masih panas atau tak.

Keesokan paginya pun masih angin panas yang keluar. Aku dah risau kalau perlu tukar 1 set yang harga macam boleh beli handphone baru nilainya.
Apa lagi, terpaksalah minta tolong encik suami bawakan kereta survey ke bengkel lain pula.

Encik suami ni memang hantu Facebook. Dia tolong tanyakan di group FB Bandar Baru Bangi, bengkel mana yang sediakan servis aircond kereta yang boleh dipercayai. Ramai yang suggest  SUID AUTO & AIRCOND SERVICES di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Pergi ke sana, Alhamdulillah katanya tak perlu tukar 1 set. Kalau ke bengkel lain mungkin kita diminta tukar 1 set katanya.
Alhamdulillah syukur sangat rasa, sekurang-kurangnya kurang sikit kos repair.
Dari terkena RM1,600 kurang-kurang perlu bayar kurang dari RM600.
Itupun mencirit juga nak hulur duit bayar kan?

Kurang-kurang aku dah jimat RM1,000.
Sangat-sangat recommended ke SUID Auto & Aircond Services. Kedai melayu tau!
Harap bengkel ni boleh kekalkan prestasi terbaik dia sampai bila-bila.
Bukan senang nak dapat kepercayaan pelanggan tau!
Once customer dah percaya, InshaaAllah pasti dia akan datang lagi untuk dapatkan servis terbaik dari kita.

Apa-apapun kipidap dongibab! Hehehe...


Saturday 30 January 2016

Resipi Sambal Tumis Tanpa Belacan


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi!
Baru perasan followers di blog ni makin berkurang. Mesti intipati tak begitu memuaskan, kan? Maaf ye pada semua sebab tahun lepas tak sempat nak update sangat blog nih. Biar menyepi tanpa tulisan bersawang habis. Tapi tak apa, akan di improve kan lagi lepas nih.

Apa-apapun aku nak share sikit resipi sambal tumis tanpa belacan. Selalunya yang dinamakan sambal tumis, tak sah kalau tak diletak belacan tapi untuk yang ada resdung atau sinus tak sesuai ambil belacan. Tapi nak makan sambal tumis juga ye kalau dah tekak orang melayu. Hehehe.

Ni resipi aku reka sendiri...

Bahan-Bahan:
1. Cili kering *direbus dan dikisar halus
2. Sedikit garam buluh *sebagai perasa kalau dah cukup perasanya tak perlu garam langsung
3. Sedikit gula tebu organik *sebagai perasa
4. Sedikit minyak masak *bahan menumis
5. Sedikit asam jawa (aku pakai asam jawa extra jenama Adabi)
6. Bawang merah atau bawang besar dihiris dan ditumbuk *dikisar pun boleh
7. Bawang putih dihiris dan ditumbuk *dikisar pun boleh
8. Sedikit serbuk ikan bilis Knorr *ganti belacan
9. Sedikit kicap lemak manis Jalen
10. Sedikit sos ikan

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak masak.
2. Tumiskan bawang merah/besar & putih yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan beberapa sudu teh serbuk ikan bilis, sos ikan dan ditumis lagi sehingga keperangan dan naik bau lagi.
4. Masukkan cili kering yang telah direbus dan dikisar, tumis lagi sehingga naik minyak.
5. Diperasakan dengan asam jawa, kicap, garam/sos ikan & gula.
6. Didihkan sehingga sebati, cukup rasa boleh ditutup api.

*Untuk sambal ikan bilis/ikan/ayam, ikan bilis digoreng terlebih dahulu dan dicampur sekali sambal 8 minit sebelum dihidangkan untuk kekal rangup.
*Untuk sambal telur rebus pun, telur direbus dulu dan dicampur kemudian.
*Untuk sambal sotong/udang, sotong/udang dimasukkan akhir sekali dan dididihkan tapi tidak terlalu lama untuk elakkan sotong liat/keras.

Sekian resipi sambal tumis cara aku. Boleh diolah ikut citarasa masing-masing.
Selamat mencuba!

Friday 29 January 2016

Gula Tebu Organik Mildura - Certified Organic Raw Cane Sugar

(Sumber : http://famf-tower.blogspot.my/)

ASSALAMU'ALAIKUM

Apa berita para pembaca sekalian? Solat sudah? Makan sudah? Semua sudah? Alhamdulillah. Bagus! Hehehe...

Encik suami diluar kawasan malam ni, sambil buat kerja hakiki yang tak pernah habis ni, teringat Isnin lepas aku ada beli gula tebu organik jenama Mildura.

Kenapa aku beli gula ni? Bukan gula biasa yang kita selalu nampak di pasaran?
Alkisahnya, baru balik dari rumah mertua. Biasalah kalau balik ke rumah mertua, mertua akan semak cara masakan kita sediakan untuk anak cucunya. Bertanya pasal garam masak, aku jawap, aku guna garam buluh. Ok passed! Sebab diapun guna garam bukit. Padahal aku sekarang ni masak memang jarang sangat guna garam. Ganti ja dengan kicap atau sos ikan untuk dapatkan perasa masin tuh. Dah memadai bagi aku.

Garam masakan passed! 
Aku teringat, macam mana dengan gula? Kalau ikutkan gula pasir biasa tu pun tak elok juga. 1 sudu besar gula mengandungi 40 kalori. Fuhh...mantop beb! Sila betulkan kalau aku tersilap.

Terfikir apa pula yang boleh menggantikan gula pasir sedia ada. Terfikir Stevia! 
Stevia adalah sejenis gula yang selalu digunakan oleh pesakit diabetes.
Boleh cuba nanti tapi setelah tanya Encik Google, terjumpa gula tebu organik di sebuah blog yang tertera di bawah gambar. Aku decide cuba dulu gula tebu organik nih. Sebab ikutkan harga yang dinyatakan 900g RM6.90 untuk ahli. Kalau Stevia paling kurang RM40 untuk 1 botol kecil.

Aku pun mencarilah gula tebu organik ni di stokis Cosway seperti yang diberitahu. Harga pada April 2015 hanya RM6.90 tapi sekarang dah jadi RM8.20. Allahuakbar! Aku kata dalam hati. Sampai RM2 lebih naiknya.

Tapi disebabkan fikirkan encik suami yang kurang sihat, si mertua pula asyik semak cara masakan aku, lagi pulak memang untuk kebaikan semua kan....tak apalah, pejam mata hulur duit, bayar.

Rabu lepas aku try guna gula tebu organik ni dalam masakan sambal tumis aku.
Terkejut aku, memang masakan tu rasa lebih sedap hanya dalam kuantiti yang sedikit.
InshaaAllah boleh berjimat kalau cenggini kan...
Demi kesihatan yang lebih baik untuk seluruh keluarga, kukorbankan apa yang termampu demi orang-orang tersayang InshaaAllah.

Untuk makluman semua, kebaikan gula tebu organik ni adalah...

Perbezaan Gula Organik & Gula Putih Gula tebu organik diperbuat dari perahan jus tebu dan dikeringkan. Kandungan pekat dari perahan jus tebu atau disebut nira (molasses) tidak dibuang menjadikan warnanya perang. Ia berbeza dari gula putih kerana ia diproses (refined) secara kimia. Gula putih adalah sukros, ia adalah kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protin, serat dan lain-lain kandungan yang berfaedah terkandung di dalam air tebu. Ia tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia, malah tidak sesuai untuk dimakan. Bagi saya, gula putih adalah racun yang merbahaya.

(Sumber : http://muzikhati.blogspot.my)

So, kalau rasa nak berubah dari gula putih, boleh cuba ambil gula tebu organik ni dulu barulah kita perlahan-lahan berubah ke Stevia. InshaaAllah moga dipermudahkan demi kebaikan seluruh keluarga kita.

Tuesday 26 January 2016

Ikan Pari 'Datang Bulan' & Cara Membeli/Memilih Ikan Pari


ASSALAMU'ALAIKUM

Minggu lepas, entah macam mana tersembang pasal ikan bakar. Disebut pasal ikan bakar, ikan yang terlintas di kepala aku, mestilah ikan pari sebab memang gemar sangat dengan ikan pari. 

Bercerita dengan colleague aku disebelah meja aku nih.
Terkejut aku apabila dapat tau yang ikan pari 'datang bulan' katanya.
Biar betul dia nih!

Tanpa membuang masa, terus tanya Encik Google.
Haaa...terus keluar perkataan ikan pari 'datang bulan' siap gambar lagi.
Nak percaya atau tak?

Hakikatnya itulah rahsia Allah SWT yang baru aku tau setelah 31 tahun. Oppsss...buat malu jakkk...dah 3 series baru nak tau ye???
Akibatnya kalau dah tau makan ja tapi tak tau masak, beginilah jadinyaaa...

Rupanya betullah, ikan pari juga mengalami kitaran menstruasi seperti manusia. Bukan nak kata makhluk Tuhan yang lain tak ada yang mengalami kitaran menstruasi ni. Ada tu ada, cumaaa....kitaran menstruasi ikan ni boleh dilihat dengan mata kasar dan ketara persis manusia. Perlu gambar juga ke darah 'datang bulan'? Tak perlu kot kan. Pandai-pandailah meng-Google nanti ye.

Tak percaya lagi? Ok tak apa. Aku selit sikit iklan bergambar 'IKAN PARI MELAHIRKAN'.

(Sumber : penpatah.blogspot.com)
(Sumber : penpatah.blogspot.com)
(Sumber : penpatah.blogspot.com)

Sekarang nak percaya atau tak? 
Aku dah bagi gambar dah tu sumber dari blog Penpatah. Gambar khas ikan pari sedang melahirkan anak. Tak pasti samada semasa gambar ni diambil, ikan pari tu masih hidup atau sebaliknya. Tapi terbukti ye anak ikan pari dalam proses kelahiran di situ. Selebihnya silalah tanya Encik Google ye. Laagi...banyak info yang kita boleh dapat. Semuanya hanya dihujung jari.

Apa-apapun sekarang aku percaya!
Patutlah colleague aku cakap, kalau nak beli ikan pari kena ikut petua yang betul. Bak kata Cik Awe, mak kepada colleague  aku ni.

SATU

Jangan beli yang berbau hancing. Berbau hancing tu katanya, semasa ikan pari ditangkap dia mati dalam keadaan 'datang bulan'. Kalau dimasak memang tak akan sedap. Contoh ikan pari tu dimasak asam rebus, kuah asam rebus pun boleh bertukar warna menjadi keruh katanya.

DUA

Pilih ikan pari yang ber'kulit' gelap. Selalunya di bahagian atas ('kulit') berwarna gelap (hitam atau kelabu), bahagian bawah pula berwarna putih (cerah kemerahan/merah jambu).

TIGA

Kalau sudah disiang, pastikan isinya masih segar berwarna putih kemerahan bukannya yang pucat lesi.

SEKIAN PETUA MEMBELI/MEMILIH IKAN PARI DI PASAR

Thursday 14 January 2016

Tahun Baru 2016


ASSALAMU'ALAIKUM

Kembali aktif dengan blog nampaknya kawan kita ni ye...hahaha...
Jangan hangat-hangat pisang goreng sudahlah ye...
Almaklum awal-awal tahun, masih ada kelapangan, rajin la menjengah ye?

Dah pertengahan bulan Januari dah yang oiii...
Baru nak update pasal 2016 ke?

Buat malu jakk...Hahaha..
Mana taknya, 2015 melabuhkan tirai pun aku baru nak berlabuh hari tu...
ni anggaplah baru nak melebarkan sayap 2016 walaupun dah tengah bulan...

Tahun baru aku di kampung halaman...saja bawa anak bujang bercuti jumpa Maktok dan Tok Bah. Lagipun dah lama tak balik sana. Rindulah katakan.

Aktiviti di kampung?
Hmm macam biasa, menternak lemak, makan macam-macam sampai tak ingat baju dah makin mengecut!

Alhamdulillah Abah pun nampak makin sihat lepas keluar wad bulan 11 hari tu.
*Ni dikira imbasan 2015 serba sikit ye

Dah boleh berjalan walaupun masih menggunakan tongkat...tapi syukur sangat dah tu.
Dah boleh diajak berjalan sampai ke Kuala Perlis mencari ikan bakar berulam, nasik putih berkuah. Amboiii bukan main menu! 
Gambarnya harap maaf, tak ada sebab terlalu gelojoh makan sampai terlupa nak snap.

Aktiviti di kampung selama 6 hari berlalu dengan cepat, kembali ke Kuala Lumpur, berpijak pada bumi yang nyata semula, rutin harian bersambung seperti biasa.

Apa-apapun Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, diberi kesempatan untuk menghirup udara sampailah ke hari ini.

Semoga di tahun baru, ada perubahan positif lebih dari tahun sebelumnya InshaaAllah.

Senang-senang, sudi-sudikanlah menjengah saya di laman FB Fara Ada.
Di sana saya lebih aktif berbanding sini. Hehe.

SEKIAN


Tuesday 12 January 2016

Tahun 2015 Melabuhkan Tirai


ASSALAMU'ALAIKUM

MashaALLAH dah berapa bulan ye aku tak update blog nih...last time was on August 2015. 
2015 dah pun melabuhkan tirai tinggalkan semua kenangan yang lepas. 

*Lambat nau ye nak buat special wishes ni pun hehehe...

Terbantut blog nih seriring dengan tuannya yang agak kesibukan sejak anak masuk wad di Hospital Az Zahrah Seksyen 9, Bandar Baru Bangi disebabkan HFMD.
4 hari 3 malam di hospital, nawaitu nak update di blog, tapi tinggal niat saja.

Disusuli dengan aktiviti yang entah apa-apa, dan lain-lain dugaan, terbantut segala.

Pembinaan blog sampingan pun terbantut, lalu terus dipadam, tumpu pada 1 blog sahaja lebih selesa.
Yang lain, aku kembali aktif di laman FB Fara Ada.
Mengaktifkan diri dengan perniagaan secara atas talian yang masih merangkak mencari pelanggan.

Tapi Alhamdulillah syukur sebab perniagaan kecil ni berniaga secara berjemaah, ada rakan-rakan yang membantu, sama-sama membantu, sama-sama berjaya inshaaAllah...
mudah-mudahan menjadi satu komitmen baru untuk aku lepas ni.


Apa-apapun selamat tinggal 2015!

Selamat tinggal segala pahit dan manis. 
Tak daya dan tak mampu rasa nak sematkan segalanya di dalam blog ni buat masa ni.
InshaaAllah diharap di lembaran tahun baru, akan dicuba selitkan imbasan sedikit demi sedikit all special memories in 2015 as #throwback #comeback, orang kata kann...

*Trend orang zaman sekarang, semua nak di hashtag kan...hehehe
Aku pun nak jugakkk~

Semoga dijadikan sempadan dan pengajaran untuk hari-hari mendatang di tahun baru.
Moga dipermudahkan segala urusanku dan keluarga.

InshaaAllah Amin Ya Rabbal'alamin
Izinkan Ya Allah Amin
Daisypath Friendship tickers