Recent Posts

Search This Blog

Tuesday 30 December 2014

Pindah Rumah Hujung Tahun 2014


ASSALAMU'ALAIKUM

Dua bulan sebelum, tuan rumah sewa ada WhatsApp, informed, sewa tahun baru 2015 akan dinaikkan. Bukan naikkan RM50-RM100 ye tapi lebih dari tu.
Aku baca pun terus "hmmm..." 
Dalam kepala, apa aku nak buat nih? Sewa sekarang pun, aku rasa cukup-cukup ja makan kami anak beranak. Kalau dinaikkan, macam mana gayanya?

Ajak encik suami berbincang. 
Keputusan yang diambil, kami perlu berpindah ke rumah yang lebih rendah sewanya.

Operasi mencari menemui kebuntuan, bila dicampur kos minyak dan tol lagi, lebih kurang sama dengan stay menyewa di rumah asal. Hmmmm...akhirnya kami ambil keputusan, kita berpindah sajalah ke rumah Mak. Tapi haruslah mintak restu Mak dulu. Kalau Mak on, Alhamdulillah. Seperti yang diharapkan, Mak on saja. Lagi dia suka kami duduk sendiri rumah tu dari disewakan sebab dekat dengan Along aku di blok sebelah ja pun. Hehe.

Rumah Mak aku tu disewakan kepada orang. Rumah flat kos rendah biasa ja. Alhamdulillah syukurlah ada jugak tempat kami nak berteduh. Terpaksalah call Akak yang menyewa tu bagi tahu yang kami nak ambik semula rumah tu. Tak berniat nak menghalau tapi kami pun terpaksa.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan, walaupun ada juga dugaannya nak selesai dengan penyewa tu.

Orang bagi tip kemas dan packing barang 2 bulan atau sebulan sebelum pindah.
Tapi macam kami ni, lagi seminggu nak pindah baru kelam kabut mengemas. Jadi, don't try this at home ye. Hahaha.

Nak pindah rumah semestinya memerlukan lori ye. Kalau tak, macam mana nak pindahkan barang-barang macam meja makan, mesin basuh bagai yang besar-besar tu.

Operasi mencari lori pula. Semuanya mahal zaman sekarang ni kan. Penyudahnya, kami sewa lori tanpa pemandu dan mandur. Mana dapat?

Di Kajang Prima, ada Facebooknya nama Lori Pandu Sendiri. Sesuai untuk yang nak berpindah ke area Bangi, Kajang dan kawasan sewaktu dengannya. Boleh search ye atau boleh hubungi terus ke talian 1 300 80 7807

Harga?
Ok, harga aku cerita ni untuk tahun ni ye, masa ke depan aku tak pastilah.
Sewa lori 1 tan sehari RM250, tapi kalau nak sewa ikut jam pun boleh.
5 jam RM150.
Semestinya perlu deposit. Deposit ikut harga sewaan lori ye.

Sabtu lepas, hari kami mula memindahkan barang besar-besar dan berat selepas usai basuh dan bersihkan rumah baru kami. 
Hari sebelum, dah siap-siap lap mana yang berhabuk dan letakkan di satu tempat supaya senang besoknya proses mengangkat pindahkan ke dalam lori.

TIP : Silalah lap semua barang-barang anda terlebih dahulu, nyah habuk segala supaya tukang mengangkat nantipun tak keberatan dengan habuk-habuk tebal 3 inci tu ye. Hehehe...

Setakat ni hampir 90% proses pemindahan selesai. Tinggal baju dan beberapa barang kecil-kecil je lagi. Tak boleh nak pindahkan sekaligus sebab ada budak kecik yang suka tolong 'mengemas' melambatkan lagi proses. Hahaha.

TIP : Kalau ada anak kecik, dinasihatkan tinggalkanlah anak anda bersama Mak/Mak Mertua anda atau hantarlah ke rumah pengasuh atau sesiapa saja yang sudi tolong tengok-tengokkan kejap sementara proses pemindahan selesai. Haha...

Tapi dalam dok pindah ni, teringat juga ye mangsa banjir, saudara-saudara kita. Kami yang pindah rumah dalam hujan ni pun dah terasa terduga, inikan mereka yang mengharung banjir seminggu lebih dah.

Semoga dipermudahkan semuanya. Diharap tiada lagi yang terkorban. Sama-samalah kita berdoa moga segala musibah yang sedang menimpa ini, Allah turunkan rahmat permudahkan segala. 
InshaaAllah. Amin.




Tuesday 23 December 2014

Kawan Kaunselor


ASSALAMU'ALAIKUM

Ni cerita semalam. Tapi tak sempat nak post entri ni . Memandangkan semalam pun semangat suam-suam kuku ja naik kerja. Hehehe.

Kawan baik aku, Asma, kenal sejak dari tingkatan 1, tegur aku di Skype.

"Assalam Fara. Ayah hang dah sihat?"

"Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah luka di kaki tu beransur OK, cuma badan dia ja masih lemah."

"Alhamdulillah"

"Mungkin ambik masa lama sikit. Takpalah InshaaAllah mudah-mudahan Abah aku makin OK.
Dia seolah-olah hilang semangat ja Asma. Banyak sangat dalam kepala dia fikir sama kot."

"Hmmm yelah kan...bila diri kita sakit macam tu lah rasa. Staf aku, kaki dia kena potong sebab kencing manis. Dah berbulan juga. Tapi minggu lepas time nak balik dia mai jumpa aku. Dia kata, saya rasa saya perlu bercakap dengan Puan Asma."

"Hmmm itulah...aku rasa dia hilang semangat...dia fikir dia sakit...teruji dengan dugaan Tuhan yang sekaligus datang menimpa dia. Ibarat dia sendiri tak tau larat ke tidak nak tempuh semua tu. Fikirkan keadaan Mak aku lagi yang dah tak berapa kuat. Fikirkan Maktok aku lagi yang dah uzur."

"Ayah hang tak kena potong kaki kan?"

"Alhamdulillah setakat ni dak. Tapi doktor dah pesan jaga elok-elok, jangan terkena jangkitan lagi. Kalau terkena jangkitan kuman lagi, kemungkinan besar kena jugak potong kaki dia. Sebab dah tak ada ruang dah nak korek buang daging mereput, tulang pun dah mereput."

"Allah..."

"Sebelum ni pun Abah aku jenuh jaga, cuci hari-hari juga. Tapi kuasa Tuhan kan."

"Kalau jadi kat sesiapapun akan hilang semangat Fara"

"Aa betoi. Aku sendiri pun tak tau macam mana nak rangkul semangat aku sendiri apatah lagi nak rangkul balik semangat Abah aku"

"Dia pun macam kita, pernah muda, tak pernah terfikir benda macam ni akan berlaku ke atas diri dia. Kita tak pernah sedetik pun bersedia dengan semua keadaan tu. Letak diri kita dalam kedudukan dia. Rasa sakitnya dia, rasa rendah diri, rasa useless, rasa hilang kebebasan."

"Dia cakap dekat aku, kalau aku dan Along tak ada, susah dia. Mak aku dah tak kuat katanya.
Mak nak jaga Maktok lagi. Lepas tu dia nangis."

"Tu maksudnya dia rasa hilang security"

"Hmmm...aku nak cakap SABARLAH ABAH pun macam tak layak ja untuk aku keluarkan ayat-ayat gitu sebab aku rasa dia lebih kenal erti sabar tu lebih dari aku."

"Cakap kat Abah hang, kita usaha apa yang patut sehabis boleh. Tak perlu suruh dia bersabar, sebab memang dia tengah bersabar."

"Hmm itulah, aku pun dah tak mampu nak cakap apa dah masa tu. Diam ja lah. Aku nampak kesedihan dia tu, penderitaan yang dia sedang rasa tu, tapi aku sendiripun tak tau nak luahkan macam mana."

"Betoi Fara, tapi bila dia luahkan tak mampu tu, hang kena bagi dia satu  cahaya/sinar untuk dia. Bukan harapan yang kita sendiri tak dapat tunaikan. Bagi kenyataan yang boleh diusahakan. Sedihnya tengok ayah kita nangis kan? Alamak aku lak terasa sebak nak nangis nih...."

Berakhir perbualan kami di situ. Ni lah natijahnya kalau dah berkawan dengan kaunselor ye. Hehehe.
Penuh emosi bila bercakap.
Tapi ada betulnya, ada logiknya di situ.

Saja share dekat sini, mudah-mudahan sedikit sebanyak kita boleh praktikkan dalam kehidupan harian kita apabila kita sedang menghadapi masalah dan situasi yang sebegini. Huhuhu.

InshaaAllah

Monday 22 December 2014

Episod Abah Lagi




ASSALAMU'ALAIKUM 

Seminggu lepas aku balik kampung.
Balik kampung secara tergesa-gesa selepas dapat tau dari Mak yang Abah akan dimasukkan ke wad pada hari Jumaat 12 Disember 2014.

Khamis malam 11 Disember 2014 terus kami bertolak ke Perlis sejurus selepas encik suami tiba dari Kuantan, Pahang.

Dari tengah terus ke utara semenanjung pula encik suami aku malam tu.

 JUMAAT (12 DISEMBER 2014) 

Turut serta bersama Mak bawa Abah ke hospital besar Kangar ke unit kecemasan.
Diperiksa, diminta tunggu giliran, dan diperiksa lagi, berakhir dengan keputusan doktor untuk dimasukkan ke wad sebab kata doktor, bekas luka di tapak kaki Abah terkena jangkitan kuman.

Dari pagi sampailah ke petang urusan kemasukan wad, Abah akhirnya ditempatkan di Wad Kelas 3.
Faham-faham sajalah keadaan wad di hospital kerajaan, Kelas 3 pula tu.
Tak apa, redha, sementara tunggu kekosongan di Wad Kelas 1 yang lebih selesa.

SABTU (13 DISEMBER 2014)

Masih di Wad Kelas 3, Abah diminta berpuasa dari jam 6 pagi sebagai persediaan untuk pembedahan di tapak kakinya yang dijadualkan pada hari tersebut.

Hampir ke malam masih belum ada berita dari unit operation theater (OT). Kami dah kurang sabar jadinya sebab Abah kelihatan sangat lemah. Sudahlah berpuasa dari awal pagi lagi.

Mak terus ke kaunter hadapan wad, menanyakan misi di situ. Masih jawapan yang sama barangkali Mak berpatah balik ke katil Abah.
Berulang alik lagi ke kaunter hadapan wad.
Dah terlalu lemah tengok Abah kata Mak, barulah misi bertugas bergegas bersama doktor, periksa Abah.

Bacaan ECG kurang normal kata doktor. ECG digunakan untuk membaca gerak nadi jantung pesakit barangkali. Kurang arif aku dengan peralatan hospital.

Bawak ke malam barulah Abah ditolak masuk ke OT.
Masa tu aku di rumah. Pelawat tidak dibenarkan stay di hospital melebihi waktu melawat.

Mak call bagi tahu yang pembedahan Abah berisiko tinggi sebab kuman dah sampai ke jantung Abah. Bimbang kalau Abah terkena serangan jantung ketika pembedahan, sangatlah bahaya kata doktor. 

Mak minta sama-samalah kita bacakan Abah surah Al-Kahfi. Mak dan Along baca di hospital, kami di rumah. Mendoakan yang terbaik untuk Abah.

Allah...
Bermacam-macam perasaan dah masa tu...
Namun, Alhamdulillah pembedahan selesai dengan jayanya.

************************

Hari-hari kami berulang ke hospital bergilir-gilir bersama kakak ipar dan anak menakan aku.
Along berjaga malam, Mak berjaga siang.
Mak berjaga malam, Along berjaga siang.
Aku?
Aku berjaga waktu melawat sahaja memandangkan si kecik tu memang susah berenggang dengan Mamanya. 
Sampailah ke hari Abah dipindahkan ke Wad Kelas 1, Alhamdulillah, lebih selesa di situ.
Hanya ada 4 katil sahaja dalam 1 wad berbanding Kelas 3 sebelum tu.

Sekali lagi syukur, luka di tapak kaki Abah beransur pulih, tapi kandungan gula dalam darah Abah pula tak stabil lagi sepenuhnya.

Sampailah ke hari Jumaat 19 Disember 2014, barulah Abah dibenarkan discharge ward.
Bersambung episod di rumah pula.
Apa-apapun lebih selesa di rumah sendiri kan?

Walaupun Abah masih nampak lemah, InshaaAllah moga Abah beransur pulih dan kuat semangat semula. Kembali ceria macam sebelum-sebelum ni.

Sama-samalah kita doakan Abah dan Mak kita semua sihat sentiasa.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Dah telefon Abah atau Mak di kampung?
Jom kita dail bertanya khabar!
InshaaAllah




Friday 3 October 2014

Kereta di Malaysia Tiada 'Signal'


ASSALAMU'ALAIKUM

Hmmm dah berapa minggu ye aku drive sendiri ke tempat kerja?
Hampir sebulan mungkin. 

Banyak kereta di Malaysia ni tak ada signal ye?
Suka suki dia ja nak masuk lorong orang tanpa mintak permission.

Yess it's not our road and it's not even your road too!
We're sharing..definitely even we're sharing please do have some respect whenever you are taking others, at least by giving/telling your way (give your signal please!)

Ughhhh....sakit hati betul aku kalau jumpa dengan kereta mewah, beli mahal-mahal tapi lampu signal 'rosak'.

Susah sangat ke nak bagi signal ke kanan atau ke kiri?
Guna jari ja laaa..bukannya nk suruh guna seluruh badan tulang 4 kerat tuuu....

Tak faham betul aku!!!

Kalau orang bagi signal dekat aku, dari situ kita faham he/she is requesting a way for him/her to get in the same road with us. Ok aku boleh bagi tak ada masalah. 

So, guys out there please ye....bukan susahpun nak bagi signal.
Kalau rasa menyusahkan apa kata beli kereta bagi tau dekat dealer, why don't you please take off the lights all together termasuklah lampu depan. Kurangkan kos sebab sekarang ni petrol dah naik harga ye.

Ughhhhhhhhhhhhhhh!!

"Abang Balik Hari Ni!"


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...
Dah lama betul aku tak update ye.

Who's coming home?
Encik suami balik hari ni setelah 5 hari ke Gebeng atas urusan kerja di sana.
My 2nd phase for having a-hard-time-mom disease will be end by the end of today, InshaaAllah.

Bukan senang ye adik, kakak, abang, pakcik dan makcik di luar sana menjadi single-mom. Ini baru anak seorang belum lagi berorang-orang ye. Hahaha.

Seperit sepenat mana pun aku balik dari kerja, aku cuba juga cari ruang masa untuk melayan anak yang mesti rindu dan tunggu aku datang ambik dia di rumah babysitter. Mana taknya, baru bagi salam dari depan rumah, aku dah dengar suara Adam merengek kat dalam suruh Umminya bukakan pintu...kalaulah boleh bercakap, seolah-olah ayat ini yang keluar agaknya...

"Ummi bukakan pintu tu...Mama Adam dah sampai. Cepat la mi!"

Haaa..gitulah kekdahnya....
Nampak ja aku terus datang dekat dan dipeluk ciumnya aku. Seolah-olah faham Mama dia sangat penat baru balik kerja.
MasyaAllah hanya Allah ja tau perasaan aku masa tu. Betapa bahagianya aku disayangi oleh anak kecil ni. Itupun satu rahmat Allah juga kan?

Alhamdulillah habis hilang segala penat macam luruhnya dedaun kering dari pepohon kayu. Aicehhh ayat novel pulak...

Petang ni encik suami balik, mudah-mudahan selamat perjalanannya.
Selamat sampai inshaaAllah
...Aminnnn...

Friday 5 September 2014

BBQ Chicken : Jerk BBQ Chicken Set


ASSALAMU'ALAIKUM

Jumaat lepas sempena menyambut hari-hari terakhir colleague kami membujang, kami beramai-ramai pergi makan di BBQ Chicken cawangan Plaza Pantai, Bangsar.

Bangunan stesen LRT Kerinchi tu...bawah tu ada baru bukak cawangan restoran ni.

Aku cuba menu macam dalam gambar di atas tu ha...
Nama menu tu Jerk BBQ Chicken set.
Boleh pilih side dish kalau ambil sekali nasik.
So, nanti dalam 1 pinggan akan ada 1 piece chicken, salad, side dish (aku pilih grilled corn) dan nasik dalam amount 1 mangkuk kecik gitu.

Ayam dia memang sedap, salad pun not bad. Tapi nasik dia je aku kurang sikit.
Mungkin sebab aku suka makan nasik lembut. Hehehe.

Servis dekat situ memang lambat, tempatpun terhad.
Kalau nak bila sampai je terus dapat tempat duduk, better make a call and reserved. Tu jelah caranya. Kalau tak anda mungkin perlu beratur panjang di depan restoran tu sampailah ada customer lain bangun. Hahaha.

Kepada sesiapa yang memang suka makan dan mencuba makanan baru bolehlah berkunjung ke alamat seperti yang tertera di bawah ni:

Bangsar Trade Centre
D1.14, Plaza Pantai, Off Jalan Pantai Baru, 59200, Kuala Lumpur
Tel: (03) – 2201 4150



Thursday 4 September 2014

Sampel Suffy Goat Kini Di Pasaran!!


ASSALAMU'ALAIKUM

Terlupa pulak nak update pasal susu kambing ekstrak pemakanan sunnah kita ni ye.

Sekarang sampel susu Suffy Goat boleh didapati di pasaran!

Boleh dapatkan PERCUMA untuk pelanggan yang walk-in ke stokis atau dengan bayaran RM7 SAHAJA untuk pengeposan.

Harga promosi masih diteruskan untuk pelanggan pertama dalam rekod kami!



Hubungi kami di WhatsApp/SMS ke nombor:
017 6190 035
untuk dapatkan harga istimewa!

Tak Cukup Duit?


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi!!!
Belum sempat breakfast aku breakfast-kan dulu blog ni...hahaha...
Aku bukan nak 'jual' skim cepat kaya ye...atau MLM. Hahaha...

Zaman sekarang ni serba serbi guna duit. Walaupun keluar window shopping tapi dalam tak sedar sebenarnya kita masih juga menggunakan duit. Duit apa? Haaa duit minyak/tambang/makan/minum atau sebagainya masih kita belanjakan walaupun tak 'membeli' apa-apa. Betul?

Nak gaji sebanyak mana lagi agaknya baru dikatakan cukup ye?
Gaji bukannya tak ada increment. Lainlah kalau gaji mati. Tapi dalam tak sedar, setiap kali increment gaji, komitmen kita pulak bertambah. Haaaa itulah dia puncanya kita terasa macam gaji kita tak pernah cukup.
Kos hidup pun makin tinggi, tak pernah lagi dengar kos hidup makin rendah.

Maka terlahir la statement 'tak cukup duit' tadi tu...
Dah kenapa aku pagi-pagi bercakap pasal 'duit' je ye?

Sebenarnya ada orang tegur, jangan disebut-sebut 'tak cukup duit' sebab itupun boleh jadi satu doa.
Nanti betul-betul tak cukup duit. Katanyalah.

Hmmm dah betul memang tak cukup duit, duit yang sedia ada perlu dibelanjakan ke arah yang lebih priority nya. Lainlah kalau kita guna statement 'tak ada duit'. Ha itu betul penipu dan boleh jadi satu doa. Padahal masih ada berbaki walaupun hanya sekeping not biru ataupun sekeping 5 sen tapi masih dipanggil 'duit' kan? Sepatutnya kita guna statement 'tak cukup duit' tu baru betul!

Betul, setiap kata-kata itu boleh jadi satu doa untuk diri sendiri.
Tapi kena ingat, kalau betul 'tak cukup duit' buat cara tak cukup. Jangan belanja sesuka hati just sebab takut nanti jadi satu doa macam aku sebut tadi tu.
Allah pun tak suka kepada pembaziran. Betul?

Haaa fikir-fikirkanlah ye.
Kalau salah tolong betulkan. Ni sekadar personal opinion sahaja.
Pagi-pagi dah meroyan.
Tetiba sentap bila ada orang yang menegur tu sendiri pun suka merungut tak cukup duit. 
...Hmmmmm...
Macam-macam ragam manusia...

Monday 25 August 2014

Pengalaman Baru


ASSALAMU'ALAIKUM

It's already in a 2nd weeks of my hard time being a mom. 
WHY??

...Hehehe...
Sebabnya..dah masuk minggu kedua juga encik suami bekerja di tempat baru.
Perjalanan kami ke tempat kerja dah tak sehaluan, so kami kena berpecah.

Aku kena drive sendiri, encik suamipun terpaksa naik motor sendiri.
Apa dia? Yeee...aku tau orang lain lagilah, ada suami jauhhh di perantauan. Jarang sekali jumpa.
Sebulan or even 2 bulan pun belum tentu dapat jumpa.

Nooooo!!
Bukan aku nak mengadu pasal waktu sukar aku tapi apa yang aku cuba nak sampaikan di sini.

Now I know how a single mom feels!
Uruskan anak sendiri, urus hal pejabat, hal rumah.
Keluar sebelum matahari terbit, and worst balik rumah bila matahari dah terbenam!

Aku dikira masih bernasib baik sesekali je encik suami outstation.

Teringat biras aku yang kehilangan suami, anak saudara aku yang kehilangan seorang bapa di usia yang terlalu muda.

Then, from that, I'm really sure that I will...be more motivated to be a very independent woman without any more arguments and complains!

Sebelum ni aku kuat merungut ke?
Hmmm...rasanya sebelum ni aku terlalu banyak membandingkan diri sendiri dengan orang lain seolah-olah akulah yang paling terduga.
Padahal ada orang lain di luar sana lebih terduga dari aku.

I have to learn how to love my own self, appreciate my own life and please always be grateful!!

So, why not try a NEW THINGS and move on for having a better path of life!!!

Changes is not always bad BUT sometimes it's a start of another new chapters of LIFE!!!
Endure it!
Be strong!

Keep going and never give up!

InshaaAllah :)

Friday 22 August 2014

Resipi Spegeti Goreng Udang Pedas



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah kenyang makan pagi. Makan apa? Makan kuih je punnn...buat lapik perut sementara lapar balik lunch time nanti. Hehehe...

Beberapa hari lepas, aku dan encik suami kebosanan makan nasik untuk dinner
"Nak makan apa malam ni? Ada udang tu, dah keluarkan dah rendam air." Almaklum udang dah jadik macam batu. Beku dalam freezer kan?! 

"Hmmm...entah ek. Nak makan apa ye?"

"Spegeti goreng buh udang?!"

"Haaa macam menarik gak tu. Boleh lah!"

Maka dengan itu ber-dinner lah kami spegeti goreng malam tuu....

Bahan-bahannya:

1. Spegeti - untuk 2 orang makan
2. Cili mesin - 1 sudu besar sahaja
3. Udang 
4. Garam - secukup rasa
5. Gula - secukup rasa
6. Sos tiram 
7. Sos cili
8. Kicap lemak manis Jalen
9. Sayuran
10. Bawang putih - untuk menumis
11. Bawang merah - untuk menumis
12. Minyak zaitun 
13. Serbuk stok ayam
14. Serai - dititik

Cara memasak:

1. Rebuskan spegeti sehingga empuk (tidak terlalu empuk sebab nanti akan dimasak lagi semasa menggoreng). Jangan lupa masukkan sedikit minyak zaitun supaya spegeti tidak melekat selepas ditos.

2.  Setelah spegeti empuk. Perlu ditoskan diketepikan dahulu.

3. Tumiskan serai yang telah dititik, bawang putih dan merah sehingga naik wangi. Masukkan potongan lada benggala dan ditumiskan bersama bawang tadi.

4. Masukkan 1 sudu besar cili mesin dah masak sehingga naik minyak. Aku masukkan 1 sudu je sebab cili kering yang aku kisar sendiri tu tersangatlah membahang pedasnya. Kalau suka yang super pedas. Lebihkan cili mesinnya ye.

5. Setelah naik minyak, masukkan garam, gula, serbuk stok ayam, kicap lemak manis Jalen, sos cili dan sos tiram secukup rasa. Aku campak-campak je ye. Tak ada sukatan tetap. Sebab bergantung kepada kuantiti spegeti tu sendiri. Kalau rasa tak cukup silalah tambah.

6. Masukkan sayuran keras seperti lobak merah, lobak bunga dan brokoli bersama dengan udang. Kalau guna sayuran lembut seperti sawi jepun atau sebagainya, boleh dicampurkan dalam masakan akhir sekali ye. Untuk elakkan sayur terlalu layu.

7. Digaul sehingga sayur empuk dan udang nampak putih kemerahan kemudian dimasukkan spegeti yang telah direbus tadi.

8. Gaul lagi sehingga rata, tidak terlalu lama supaya manis udang tidak hilang. Siap dimasak, boleh dihidang.

Selamat mencuba!

Thursday 21 August 2014

Kisah Pagi : "Ayang Punya"


ASSALAMU'ALAIKUM

Kisahnya sebelum bertolak pergi kerja, singgah gerai abang dan kakak jual nasi lemak bersebelahan dengan Restoran Ani Sup Utara, dipacaknya kanopi dekat situ.

Sebelum ni pun pernah singgah situ, abang dan kakak tu pun dah kenal.

Pagi tu, teringin pula bihun goreng letak sambal, mintak dibungkuskan 1.
"Bihun goreng letak sambal sikit ye bang!"
"Ok!"

Sudah siap dibungkus tak semena-mena abang tu cakap,
"Haaa ni ayang punya!"
Sambil tulis something atas pembalut bungkusan.
Bukan takat terdiam, sampai tahap terkesima jugak aku dengan encik suami dibuatnya.

Aku pandang dia, dia pandang aku.
Lepas tu masing-masing senyum.
...Hahahaha...

Dah kenapa abang ni pagi ni? Bebel aku dalam hati.
Abang tu gelak.
"Haa yang ni anje punya!"
Sambil tulis atas pembalut nasik lemak encik suami pula.

Hahaha sah abang ni sengaja nak bergurau.
Kakak sebelah dah muncung mulut sedepa sambil tersenyum.

Hasilnya, sampai office, keluarkan bungkusan terus tersenyum!
Teringat seloroh abang tu pagi tadi.
...Haha...


Monday 18 August 2014

Potrait Raya 2014


ASSALAMU'ALAIKUM

Dah nak hujung Syawal dah baru aku terhegeh-hegeh upload gambar raya ye?
...Hehehe...

Tahun ni turn kami beraya di Perak, rumah mertua aku, pertama kali. Diulang, pertama kali ye setelah 2 tahun berturut-turut beraya di Perlis.
Encik suami balas peram dekat aku. Hahaha.

Tak banyak gambar. Ini ja yang kami sempat bergambar selepas memasing bersalaman.

Apa-apa pun sekali lagi mohon maaf zahir & batin dari kami sekeluarga andai ada silap dan salah terlanjur kata terlanjur taip di blog ni sampai ada yang tersinggung ye.

Salam Lebaran Aidilfitri!
Kosong-Kosong!


Wednesday 6 August 2014

Selamat Kembali Bekerja!


ASSALAMU'ALAIKUM

Alhamdulillah selepas hampir seminggu aku bercuti balik kampung sepanjang Hari Raya Puasa tempoh hari...hari ni aku kembali masuk office ye.

Baru habis maraton siapkan kerja yang bertimbun dalam inbox haha...
Selamat Kembali Bekerja ye!

InshaaAllah nanti aku update gambar raya :)

Jangan malas-malas gara-gara lemang ketupat rendang yeee...haha
Moh kita sambung puasa balik sebelum bahang puasa tu hilang...hehe

Friday 25 July 2014

Balik Kampung!

ASSALAMU'ALAIKUM

Tak berapa hari lagi dah Ramadhan tahun ni akan berakhir tapi peperangan di Gaza masih tiada penghujung. MH370 pun masih menjadi misteri dan dalam tempoh 4 bulan kemudian dikhabarkan dengan terkorbannya semua penumpang dan anak kapal MH17. Allahuakbar...Innalillahi wainna ilaihirhoji'un...
Terselit sikit pasal nasib saudara kita di sana sebagai tanda syukur kita di sini Bumi Malaysia, terkenangkan juga para penumpang dan anak-anak kapal MH370 dan MH17, semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya..

Apa-apapun moh le kita panjatkan doa untuk saudara seIslam kita di sana.
Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dan tidak ketinggalan sama-sama kita sedekah surah Al-Fatihah kepada semua mangsa muslim yang terkorban. Semoga roh mereka diletakkan bersama dengan golongan orang-orang beriman. InshaaAllah...Amin

Apa-apapun aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Maaf Zahir & Batin mana yang terkurang dan terlebih.


Tahun ni turn raya aku di Ipoh, Perak dulu.
Hoyeahhh!

...Hahaha...
Lama tak update blog terus jadik mereng kepala aku ni.

Selamat yaaa semuaa!! 
Hati-hati di jalan raya!

Friday 18 July 2014

Resipi Daging Dendeng

(Gambar Hiasan)

ASSALAMU'ALAIKUM

Ahad lepas balik cuti ke kampung sempena Nuzul Al-Quran, tengok dalam peti ada daging. Teringat daging dendeng yang colleague selalu buat. Terus mintak resipi dan cuba.

Resipi ni hasil pengubahsuaian aku sendiri setelah digabungkan dengan pelbagai resipi lain.
Resipi lain aku rujuk blog Kak Nor di Secubit Garam.


Bahan-Bahannya: 

1. Daging lembu yang dipotong kiub 2inci x 2inci (ikut kesesuaian memasing).
2. Serbuk jintan manis.
3. Serbuk jintan putih.
4. Garam.
5. Gula perang/gula melaka/gula pasir.
6. Serai dititik.
7. Cili mesin.
8. Kicap lemak manis/kicap pekat manis.
9. Bawang besar.
10. Bawang putih.
11. Daun limau purut.
12. Halia.
13. Minyak masak.
14. Bunga lawang.
15. Bunga cengkih.
16. Kulit kayu manis.

Cara-cara Memasak:

1. Bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dimayang nipis, digoreng di dalam minyak masak sehingga garing dan naik bau wangi. Lagi banyak bawang lagi sedap. Setelah garing, diangkat,ditoskan dan diketepikan.

2. Boleh juga sesambil goreng bawang tadi, daging yang telah dipotong kiub direbus sehingga empuk. Simpan air rebusannya.

3. Setelah daging empuk, diangkat dan ditos, daging perlu dihiris nipis-nipis dan ditumbuk sikit bagi penyek. Perapkan bersama sedikit serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih lebih kurang 30 minit atau 1 jam.

4. Dengan menggunakan minyak gorengan bawang tadi, goreng daging rebus yang dah ditumbuk sehingga garing. Angkat dan tos.

5. Masih menggunakan kuali dan minyak yang sama, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih bersama serai yang dah dititik sehingga naik bau wangi.

6. Masukkan cili mesin. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan garam, gula secukup rasa dan kicap lemak manis/kicap pekat manis. Gaul sehingga rata.

7.  Masukkan air rebusan daging, renehkan sehingga pekat dan agak kering.
 
8. Masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama dengan daun limau purut yang dikelar atau ramas.

9. Akhir sekali masukkan bawang yang telah digoreng tadi. Siap dan hidang!


Selamat mencuba!



Friday 11 July 2014

Resipi Udang Tempura Oat


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi...hari ni aku sampai office lambat. Alkisahnya aku terkeluar lewat dari rumah, hadap sesak lalulintas lagi padan la muka aku kan...sampai encik suami terpaksa drop aku dekat stresen LRT sebab dah terlewat sangat nak ke temuduga kerja.
Sampai ja office terus siapkan daily report. Alhamdulillah ni sempat juga update blog.

Menu berbuka aku dengan encik suami semalam. Aku masak yang simple ja asalkan kami puas makan dari pergi beli dekat bazar ramadhan tu yang rasa entah apa-apa. Huhuhu.

 Bahan-Bahannya:

1. Beberapa ekor udang bersaiz besar.
2. Tepung tempura serbaguna.
3. Oat.
4. Sebiji telur ayam.
5. Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara memasak:

1. Basuh udang dengan sedikit garam supaya udang tu kekal rasa manis dan segar (TIps dari Food Network Channel Astro)
2. Celupkan udang satu per satu ke dalam telur ayam yang telah dikacau macam nak buat telur dadar tu kan.
3. Dicelup pula ke dalam tepung tempura serbaguna.
4. Dicelup semula ke dalam telur dan akhir sekali celup pula ke dalam mangkuk oat.
5. Goreng dengan cara deep fry.
6. Jangan terlalu lama sebab kita taknak hilang rasa kemanisan udang tu.
7. Siap. Angkat dan hidangkan!


Selamat Mencuba!!

Thursday 10 July 2014

Promosi Suffy Goat Ramadhan!




:: HARGA PROMOSI ::

Sempena Bulan Puasa Tahun ni masih berjalan!
Cepat dapatkan segera!

Logkan pesanan sekarang!! 

HARGA SEKOTAK SUSU SUFFY GOAT
RM40*

HARGA SEKATON SUSU SUFFY GOAT
RM35 x 15 kotak!
*Tak termasuk kos pos
*Harga tertera tertakluk pada terma dan syarat.
*Harga promosi layak untuk pembeli sepanjang bulan puasa SAHAJA.

 Terima kasih.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi (SMS/Whatsapp) di 

017 619 0035


Wednesday 9 July 2014

TESTIMONI SUFFY GOAT : Tiada Bau Hamis!


ASSALAMU'ALAIKUM

Semalam saya terima feedback yang positif daripada seorang customer dari KL. 
Pada mulanya saya ingatkan dia belikan untuk anak rupanya dia nak minum sendiri sebab dia ada masalah lactose intolerence dengan susu lembu.

So, biarlah gambar di atas berbicara ye.
InshaaAllah susu Suffy Goat memang membantu, tiada bau hamis, lemak lagi sedap!

Sesiapa berminat ingin mencuba untuk anak atau pun diri sendiri macam Cik Hidayah kita ni, boleh hubungi (SMS/Whatsapp) aku di nombor ni 017 619 0035

Harga promosi sekarang masih berjalan!!

CEPAT CUBA SUSU KAMBING LAJAK TERLARIS HARI INI!

Tuesday 8 July 2014

Resipi Sambal Udang Serai

(Gambar Hiasan)

ASSALAMU'ALAIKUM

Selepas beberapa hari menghilang lepas marathon update blog sebelum ni, muncul dengan resipi pulak kali ni ye...

Buat berbuka malam semalam ni...memandangkan dah bosan asyik makan ayam ja kan.

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2 orang makan):

1. Beberapa ekor udang yang dibuang kepala dan tinggal ekornya sahaja
2. 2 batang serai dititik.
3. 2 sudu besar cili kisar/cili mesin.
4. 1 biji bawang besar.
5. 3-4 ulas bawang putih.
6. Serbuk stok ayam Knorr secukup rasa.
7. Garam secukup rasa.
8. Gula secukup rasa.
9. Minyak untuk menumis.
10. Sos tiram secukup rasa.
11. Air asam jawa secukup rasa.
12. Cili benggala atau capsicum.

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, serai dan cili benggala sehingga garing dan wangi.
2. Masukkan cili kisar/cili mesin, tumis lagi sehingga naik minyak.
3. Masukkan sedikit air sekiranya mahukan sedikit kuah, dan masak lagi sehingga cili betul-betul masak.
4. Masukkan garam, gula, sos tiram, serbuk stok ayam Knorr mengikut citarasa masing-masing.
5. Dibiarkan masak dan mendidih berbau wangi, masukkan sedikit perahan air asam jawa ataupun guna pes asam jawa tu pun boleh..lagi senang, toksah nak picit-picit cuma kena kurangkan sikit sukatannya dari kita cubit yang kena perah tu..sebab pes kan pekat.
6. Lepas tu, barulah dimasukkan udang yang telah dibersihkan.
7. Tidak perlu lama untuk mengelakkan overcooked nanti udang jadi keras dan kurang manis. Kemudian siap untuk dihidangkan!

*Gambar di atas hanya hiasan ja ye. Aku tak sempat snap dah habis dimakan. Hehehe. Tapi lebih kurang gitu la juga rupanya ada serai..udang mengerekot kepanasan. Hehehe.

Selamat Mencuba!

Thursday 3 July 2014

Felixia Yeap : The Chinese Girl in Hijab


ASSALAMU'ALAIKUM

Sekarang nama Felixia Yeap bukan lagi nama asing di kalangan kita rakyat Malaysia.
Hebah sana sini pasal khabar dia sudah bertudung litup.
Manis orangnya apabila dikenakan hijab.

Terpampang sana sini mukanya di dada akhbar dan di kaca televisyen. Tak kurang menjadi sebutan ramai juga.

Alhamdulillah sempena bulan Ramadhan ni dan sempena tarikh lahir beliau pada 3 Julai, Felixia Yeap sendiri telah mengumumkan di blog, bahawa dia akan menjadi muslim secara rasmi.

Tahniah FELIXIA YEAP!
Semoga kita sama-sama bergerak ke arah yang lebih baik InshaaAllah.

Untuk lebih info mengenai selebriti kita ni boleh KLIK SINI.


TESTIMONI SUFFY GOAT : InshaaAllah...Kurang Fermentasi di Lidah


ASSALAMU'ALAIKUM

Lagi testimoni Suffy Goat dari pengalaman aku dan Adam sendiri.
Ada kaitan sikit dengan testimoni aku yang lepas, SINI.

Lidah putih seperti di dalam gambar hiasan di atas, sangat sinonim dengan bayi/anak-anak yang minum susu formula. Tompokan putih ni sebenarnya hasil fermentasi susu yang juga boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius selain dari nafas berbau seperti yang aku pernah story dalam entri yang lepas.

Yess...Adam pun pernah mengalaminya juga, tapi sejak bertukar kepada susu Suffy Goat, lidahnya kelihatan bersih, kurang putihnya. Alhamdulillah.
Kalau tak, sampai berketul-ketul jugalah di lidah Adam.
Aku tengok pun geram macam nak korek-korek cungkil je sebab berketul kan...

Namun, harus diingat ye, dinasihatkan doktor, selepas menyusu, lidah bayi/anak tetap perlu dibersihkan untuk mengelakkan risiko yang lebih serius.

Atau dengan cara lain, bagi toddlers yang dah mula makan semi/solid food, perbanyakkan bagi minum air kosong selepas menyusu. Air kosong/masak mampu membantu mencuci sisa susu yang tertinggal.

Boleh hubungi (SMS/Whatsapp) aku di 017 619 0035
untuk dapatkan BEST PRICE!

TESTIMONI SUFFY GOAT : InshaaAllah...Tiada Pembentukan Lemak Susu


ASSALAMU'ALAIKUM

...Selamat pagi semua...

Gambar botol susu PPSU Pigeon di atas tu hanya sekadar hiasan saja ye. Aku tak berkesempatan nak snap botol susu Adam lagi. Nantilah aku update ye.

Alkisahnya ni dari pengalaman aku sendiri sepanjang bagi Adam consume susu Suffy Goat.
Sepanjang pemerhatian aku, susu kambing berbeza dari susu lembu dari segi pembentukan lemak susu pada botol.

Pembentukan Lemak Susu?

OK, pernah tak tengok di botol anak-anak selepas beberapa jam susu tu dibiarkan di luar bottle warmer? Berdasarkan pengalaman aku, sebelum ni aku pernah bagi Adam minum susu lembu, tak sampai 4 jam terus dah boleh nampak pembentukan lemak susu di dinding botol. Seolah-olah macam susu tu dah basi dan dinding botol nampak kotor.

Sangat berbeza dengan susu kambing, struktur kepekatan susu masih sama seperti baru dibancuh plus memang botol susu nampak bersih.
Tapi tak bermakna tak perlu basuh botol ye. Hehehe...cuma nak bagi tau perbezaannya saja.
Botol tetap kena basuh dan disterilkan seperti biasa ye.

Bukan fokus pada susu Suffy Goat sahaja ye, aku ada terjumpa 1 entri dari seorang blogger, pun berpendapat sama macam aku. Selepas 12 jam katanya, susu masih pada struktur yang asal.
...Susu kambing memang berbeza...

InshaaAllah nanti berkesempatan aku upload gambar botol susu Adam ye.

Ingin cuba susu kambing bersama pemakanan sunnah untuk diri sendiri, keluarga atau anak-anak?

Boleh hubungi (SMS/Whatsapp) aku di 017 619 0035
untuk dapatkan BEST PRICE!


Monday 30 June 2014

PTPTN : Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat petang semua...kenal tak gambar di atas tu?
Yesss...itulah dia logo Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang pasti semua orang tau kan?

Boleh dikatakan kebanyakan pelajar di Malaysia ambil pinjaman dari PTPTN untuk sara kos pendidikan.
Kalau ikutkan statistik tahun 2011, peminjam PTPTN tunggal mencecah RM1.1 bilion.
Cuba bayangkan statistik tahun ni berapa? Huhu.

OK sekarang ni aku bukan nak buat entri pasal peminjam atau pinjaman PTPTN. Aku nak share sikit pengalaman aku masa pergi melangsaikan segala hutang aku secara lumpsum di pusat PTPTN cawangan KL Sentral Kuala Lumpur.
Jumaat lepas 27/6/2014 aku ambil emergency leave sebab kebetulan encik suami dapat medical leave. Dia ada, senang sikit aku nak mengajak ke sana ke sini.
Alang-alang aku dah cuti, encik suami pun cuti, terus aku mengajak dia pergi ke pusat PTPTN di KL Sentral tu.

Alhamdulillah sementara kos pentadbiran tak banyak lagi ni, baik aku langsaikan cepat-cepat hutang aku dengan PTPTN ni.
Hujung tahun lepas aku tak berkesempatan nak langsaikan semua masa ada diskaun 20% tu.
Tertangguh hingga ke tahun ni. Tak ada rezeki agaknya.

Antara perkara penting yang perlu kita buat sebelum proses pembayaran:

1. Ambil nombor giliran seperti biasa.

2.Tunggu nombor giliran anda dipanggil dan bagi tahu pegawai tu yang ampa nak bayar PTPTN secara lumpsum.

3. Ampa akan diberi borang untuk diisi maklumat peribadi dan diserahkan semula borang tersebut kepada pegawai bertugas.

4. Ada 2 cara pembayaran sama ada secara tunai atau pemotongan kad debit. 

Bezanya, sekiranya ampa bayar secara pemotongan kad debit, surat pelepasan ampa akan ditangguhkan buat sementara waktu.

KENAPA?

Mungkin sebab nak tunggu pemotongan tu selesai di bank dahulu baru sah pembayaran dah dibuat dan barulah surat boleh dikeluarkan.

Kadang-kadang pemotongan kad debit ni kan makan hari juga.

5. Aku pilih pembayaran secara tunai. Alhamdulillah.

6. Selepas setengah jam, pegawai bertugas panggil nama untuk penyerahan surat pengesahan seperti di bawah. Di dalam surat ni, menyatakan berapa baki yang wajib ampa bayar.


7. Terus bawa surat pengesahan ke kaunter pembayaran bersama dengan slip borang jumlah pembayaran beserta jumlah wang. 

SLIP BORANG JUMLAH PEMBAYARAN? BORANG YANG MACAM MANA? BORANG DEPOSIT TUNAI TU KE?

Alaa macam slip kita nak masukkan duit ke Tabung Haji(TH) tu lah. Tapi tajuk borangnya tak samalah ye.
Yess...lebih kurang macam slip untuk deposit tunai tu ye. Hehehe...

8. Pegawai bertugas akan semak semula di sistem dan ampa akan diberi resit pembayaran.

9. Bawa resit pembayaran tersebut ke kaunter penyerahan surat pengesahan tadi, kemudian surat pelepasan ampa akan diberi on the spot!


Alhamdulillah selesai semuanya kurang 2 jam. Tapi surat pelepasan ni masih belum sah selagi belum cukup 6 bulan.
Maksudnya, sekiranya dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembayaran akhir dibuat, tiada sebarang tuntutan dari pihak PTPTN, barulah surat pelepasan ni MUKTAMAD,  anda lepas dari 'hutang' dengan PTPTN.
Itu saja...Alhamdulillah bertahun aku bayar sikit-sikit lama-lama jadik bukit jugak.
Harap tu lepas ni selesailah hutang belajar aku. InshaaAllah.


- PERKARA PENTING SEBELUM PERGI KE KAUNTER PTPTN -
Pastikan anda semak dahulu baki yang perlu dibayar di E-PENYATA PINJAMAN di website PTPTN tu sendiri.
Dah tau baki tu, bolehlah semak dengan jumlah yang tertera dalam Surat Pengesahan nanti.

Thursday 26 June 2014

Kematian Itu Pasti : Allahyarham Zain@Din bin Saad Bapa Saudara


ASSALAMU'ALAIKUM

Innalillahi Wainna Ilaihirhoji'un
Tu ja yang aku mampu ucap tadi masa encik suami call bagi tau yang arwah Pak Teh dah meninggal jam 11.40 pagi hari ni tadi.

Rupanya sepupu, anak kepada arwah ada cuba call aku tadi tapi masa tu mungkin aku tengah on call, aku tak terima apa-apa waiting call pun.
Terus aku call Mak pula rupanya betullah berita tu dah pun tersebar dah di kalangan kaum keluarga...

Kata Mak, arwah jatuh terduduk di pintu tiba-tiba...
Hmm arwah ada sakit jantung. Dah lama juga.
Harap anak-anak kaum keluarga sama-sama tabahkan hati.
Anak-anak dan keluarga terdekat yang akan lebih terasa kehilangan...
...Allah...

Setiap yang hidup pasti merasai kematian kan?
Kematian itu pasti untuk seluruh hamba Allah, makhluk Allah SWT.
Tu memang janji Allah kepada kita sebagai hambaNya dan Allah tak pernah mungkir janji...

Sebak rasanya bila mengenangkan arwah pernah menghantar dan mengambil aku di sekolah dulu. Walaupun dah tak serapat dulu, tapi arwah masih bapa saudara yang aku hormati.
Sejak sakit arwah jarang sekali keluar rumah, jarang sekali bercakap.

Hmm semoga roh arwah tenang di sana dan diletakkan bersama dengan orang-orang yang beriman.
Semoga urusan pengebumian selesai dengan baik inshaaAllah.

...Al-Fatihah...


...Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Tuesday 24 June 2014

Ramadhan 1435H 2014 : Menghampiri Bulan Puasa

(Kartu Bulan Ramadhan 2014)

ASSALAMU'ALAIKUM

Tak lama lagi bulan puasa...kurang seminggu ja lagi...apa agaknya persiapan kita ye?
Diharap apa sekali pun persiapan kita, mudah-mudahan dipermudahkan Allah SWT untuk kita jadik yang lebih baik InshaaAllah...

Bukan dalam bulan puasa ja tau...mudah-mudahan dengan azam baru di tahun baru, kita istiqamah sampailah ke bulan seterusnya jugak. Aminnnn...

Aku tengok tahun ni dugaan jugak la dengan jerebunya, dengan catuan airnya yang dah pun start di sesetengah tempat...tak taulah berapa lama pulak kali ni air kena catu ye...

Sudahlah bulan puasa tekak kering, air pun nak kering jugak...
Moga kita dipermudahkan seluruhnya untuk hadapi dugaan kali ni...

Selamat Berpuasa ye semua!!

Tuesday 17 June 2014

Pelancaran Edisi Terhad Ulu Yam di Liverpool 2 (UYDL2)!


ASSALAMU'ALAIKUM

OK ni dah kali kedua aku dok sebut pasal abang Nazali Noor.
Peminat ke? Bukan dia peminat aku tapi aku yang peminat dia.

Ye keee?
Hehehe tak lah fanatik sangat cumanya aku suka penulisan dia dalam buku UYDL keluaran pertama dulu plus segala motivasi di laman sosial FB dia.

Memberi perangsang juga sesekali baca sebab aku memang teringin nak berhijrah ke negara orang mencari suasana baru. Kononnyalah!

InshaaAllah apa-apapun biarlah jejakkan kaki dulu ke Mekah kan?
Tu lebih diutamakan semoga ada rezeki dipanjangkan umur 
...aminnn...

Jangan lupa hadir di majlis pelancaran edisi terhad buku kedua Abang Nazali Noor ye!!!
Cuba beli, cuba baca, cuba fahami!

InshaaAllah anda akan jumpa kisah di sebaliknya hidup di negara orang nih...


Popia Mini Nestum Murah!


ASSALAMU'ALAIKUM

Ada sesiapa kat sini yang berminat dengan popia mini nestum tak?
Haaa bukan aku jual tapi kawan aku yang jual...

Home made ok! 

InshaaAllah dijamin sedap! Rangup! Kriuk kriuk~!!

Sebalang:

RM10* SAHAJA!!
Berat : 200gram +-

*harga tertera tak termasuk pos. Boleh COD kawasan terpilih sahaja. Tempahan dibuka sepanjang tahun.

Boleh PM/WhatsApp Suhaili Shahrul Annuar : 012 389 7353(SUE)

Giant Hypermarket Shah Alam : Hasil Tangkapan!

ASSALAMU'ALAIKUM
 
Marathon menaip entri hari ni nampak gayanya...berselang seli pulak kan...

Ahad lepas, dari nak menyinggah Pasaraya Matahari berdekatan dengan rumah, terlajak pula ke Giant Hypermarket Shah Alam Seksyen 13...

Alasan asal nak mencari minyak Geliga untuk Adam ja pun...
Tapi takpalah sambil menyelam sambil telan air orang kata...dah alang-alang dah lama sangat tak menjejakkan kaki di Shah Alam, boleh juga aku mencuci mata di tempat bermulanya campus life aku di Shah Alam ni...

Dulu di Giant ni lah tempat aku cari barang rumah bagai...
Sekarang dah banyak perubahan...
Food-court pun dah bertambah cantik dan tersusun walaupun masih crowded dengan orang ramai.
Tu memang tak boleh elak la kan...kecuali UiTM Shah Alam cuti semester baru terasa lengang sikit bumi Shah Alam nih...


Tapi apa yang aku nak cerita pasal 'hasil tangkapan' kali ni...ni haaa yang kat bawah nih...


Hehehe sempat lagi si kecik Mama ni 'tangkap' 1 buat test drive bak kata Abahnya.
InshaaAllah nanti mintak Abah belikan ye...
...lalalala...

Midvalley Megamall : Noodle Station

(Noodle Station Logo)

ASSALAMU'ALAIKUM
Hari apa tah memasing tatau nak makan apa bila singgah ke Midvalley Megamall.
Lastly, "Kita makan dekat Noodle Station ja lah...dah lama tak makan sana kan?"

Encik suami pun OK. Dah lama sangat tak merasa makan yang sedap-sedap sesekali kan.

Antara menu kegemaran kami kalau makan di situ...haaaa yang bawah nih...

(Fried Rice with BBQ Chicken)
Nasi goreng dengan Ayam BBQ kegemaran aku. 

(Tom Yam Fried Rice)
Haa atas ni pulak kegemaran encik suami. Spicy sikit nasi gorengnya. Boleh add on extra rice juga kalau suka. Tapi kuantitinya boleh di makan 2 oranglah ye. Sebab sangat memenuhi ruang pinggan yang besar tu. Hahaha.

Banyak lagi menu lain sebenarnya. Dekat sini namanya ja Noodle Station, tapi tak semestinya menu mee je ye...

Menu mee dia aku pernah try sekali dulu laaaaamaaa sangat...

(Springy Noodle With Smoked Original Drumstick)
Kalau tak silap aku menu mee spring ni kot...tah la tak ingat sebab dah lama sangat.
Bukannya selalu pun dapat makan sedap-sedap gini kan...

Tapi recommended kalau sesekali nak ubah selera. 
Harganya standard Kenny Roger's, 2-3 hidangan, bawah RM60.

KUALA LUMPUR

MID VALLEY MEGAMALL, S-069, 2ND FLOOR MID VALLEY CITY
LINGKARAN SYED PUTRA, 59200 KUALA LUMPUR
TEL: 03-22877558 / FAX: 03-22877558

Sementara aku tengah habiskan makan, Adam dah tak boleh duduk setempat.
Dah tak nak duduk dalam babychair
Abahnya terpaksa bawak dia jalan dan hasilnya....taraaaaa....


Sempat lagi si kecik ni window shopping kan? Haha...
Daisypath Friendship tickers