Assalamu'alaikum....
Ya Allah sejuk betul cuaca pagi ni. Nak kata hujan...tak hujan pun. Tiba tiba teringat kampung halaman kedua aku di Seoul, Korea. Hahahaha perasan betul ko pompuan! Pang! Asyik asyik Korea. Meluat ko to tak? Hahahahaha...meraban je aku pagi pagi ni.
Harap sangat hari ni tak ada kerja sangat. Aku malas betul nak buat kerja hari Jumaat. Besok cuti! Hoyeahhh!! Ahad malam (Isnin pagi buta) baru aku keja balik. Sebelum tu aku nak tanya pernah dengar tak word Aokigahara Forest? Bagi yang pernah harap boleh berkongsi cerita. Bagi yang tak pernah meh sama sama menyelami rahsia hutan misteri ni. Aku pun baru dapat tau pagi ni. Colleague aku forward emel. Terasa nak berkongsi dengan rakan blog pulak.
Horror tak korang? Wahahaha...dah macam cerita seram pun aku tengok gambar atas tu. Aku percaya mesti dah ramai bloggers dalam dunia ni dah pernah reveal pasal hutan ni. Malangnya aku baru tau hari ni. Sedihkan? Tapi tak apa lah aku pun percaya mesti masih ramai yang tak pernah tau kan?
Hutan ni terletak di bawah pergunungan Fiji, Jepun. Hutan ni tempat bunuh diri ketiga paling terkenal di dunia. Dahsyat kan? Purata dalam 30 orang setiap tahun akan bunuh diri dalam hutan ni. Aku pun tak nak la story banyak banyak sangat sebab korang boleh tanya en.Google sendiri. Lagi banyak info korang boleh dapat. Aku selit kan sedikit sebanyak gambar je lah ye. Any more info, I'll update it later :) Enjoy!
Hutan ni jadik sebutan bukan dalam masyarakat Jepun saja malah di seluruh dunia. Ada yang sanggup datang dari jauh hanya untuk merasai sendiri pengalaman masuk dalam hutan ni. Sampaikan dibukukan oleh Wataru Tsumirui bestselling book : The Complete Manual of Suicide. Hameekkk siap buat manual ko! Hahaha aku pun tak pernah tengok apa content buku ni sebenarnya. Tapi tajuk dia, aku dah terbayang cara cara nak bunuh diri kat hutan ni. Mungkin dia reveal cara cara orang yang datang ke situ untuk bunuh diri. Sampaikan dia klasifikasikan sebagai the perfect place to die! Menarik kan?
Aku jumpa satu laman web owner dia Michelle Hwang, dia buat semata mata tentang hutan ni. Video pun ada dia upload tapi aku tak boleh bukak pulak kat office ni. Tapi masih under construction lagi.
Jangan sampai ada yang lemah semangat tu terbayang bayang nak tido malam sudah la ye. Nak kata 18PL punya gambar, tak ada la sangat. Hehehe...
No comments:
Post a Comment
What's on your mind?