Recent Posts

Search This Blog

Wednesday, 30 March 2011

Cute Animal

Assalamu'alaikum...

Selamat pagi semuaa....Alhamdulillah syukur pada DIA sebab masih beri peluang pada kita untuk menikmati ciptaan DIA sehari lagi hari ni ^-^

Halamak awal pulak bos aku masuk hari ni!! Tak apa lah sempat lagi sebelum aku mula buat kijo aku...hehe
Aku tak ada mood lagi ni nak buat kijo ni...Meh aku share something really nice dengan semua. Tapi sebelum tu aku nak tau, ada tak antara semua sukakan binatang?? Aku suka! Tulah dulu belajar tak rajin. Kalau tak mana tau kan rezeki boleh jadik doktor veterinar. Wakaka..Walau anjing sekalipun yang gebu gebu tu aku suka sangat sangat tengok. Tengok je la. Nak pegang tak boleh kan. Haram! Hehehe...Meh kita cuci mata tengok gambar gambar binatang yang comel comel ^-^


(Dua ekor singa jantan ni bergaduh di hadapan pelancong di taman negara Masai Mara, Kenya disebab kan gila betina - Olga Kirillova)

(Seekor kambing di zoo Schoenbrunn, Vienna, tak kisah langsung monyet tu duduk atas belakang dia. Mungkin sebab kambing tu fikir bio monyet tu leh tolong cari kan kutu kot...hee~ - Romashchenko Elena (Maths teacher))

(Bestnya jadik monyet ni kan...leh mandi kat sprinkler je.ce kita yang mandi kat situ..confirm kena kejo!..hehe - Chennai, India)

(Jurugambar amatur,Vedran Vidak, sempat snap scene dua ekor kuda jantan sedang berlawan di gunung Cincar, Bosnia. Iyah yah!! Dush dush...hehehe)

(Homey homey..John, anak kambing dengan anak ayam, Charlie, di Reddish Vale School Farm berhampiran Stockport)

(Holoh holoh shomeyyyy...suwwwiiitt - Sergey Dmitriev dari Barnaul, ayam ni jarang sekali nak hasilkan benih..selalu kena kaco dengan tikus tak sempat membesar..kucing ni dah macam protector pulak...hee~)

(Tengok dalam gambar ni cam comel je..tapi ce pegang confirm geli..wakaka - jurugambar amatur Matt Binstead, Lingfield, Surrey)

(Hai sayang! Wahaha..jatuh cinta dengan bunga ke meerkat?? - Knowsley Safari Park, Merseyside, Liverpool)

(Haa ni bukan kanggaru tau...ni orang panggil wallaby joe pip! wakaka aku pun entam je..ce Google -  ZSL Whipsnade Zoo, Dunstable, Bedfordshire)

(Aku teringin sangat nak pelok menatam ni! Huwarghh tapi duit tak penah cukup cukup nak pegi caik...- Giant Panda Research dan Conservation Center in Chengdu, southwest China's Sichuan province)


(Dating cara baru...haku malas ah nak dating dengan manusia lagi! Asyik kena tipu jek! wakakaka...ni la akibatnya!)


(Masa mula aku tengok..confused jap mata aku lembap pulak tangkap! Aku ingat kepada dua!! Deng! Wahaha - Tiergarten Zoo, Nuremberg)

(Haaaa ni gambo mak die..yang atas tadi gambo anak anak die. Patutnya gambo mak dulu..wakoko haku pedulik hape!..ehehe)


(Kuda terkecil?? Wahh memang kecik betoi nih! Mesti mak dia tak minum susu Anlene masa mengandung.Wahaha - Barnstead, New Hampshire, USA)


(Mula mula aku tengok gambo ni aku budget zirafah..aku boleh pulak dok heran kenapa satu color?? Hahaha mata aku ni nape niiiiiii..?? - Stephen Blake, Zambia)


(Lagi sekali mata aku silap pandang! Aku ingat kan anak kucing! Pang!! Sengal mata aku ni to x?? Ni anak meerkat laa...bila da dewasa jadik macam yang gambo atas sikit.. - Royev Ruchey zoo, Siberian city, Krasnoyarsk)

(Agak agak kalau aku ambik bela kat umah sewa aku...mesti aku lah paling famous kat kawasan tetangga tu kan? Wahhh ayat tak leh blah langsung! Para! Ko nak beli pun tak mampu la! Wahaha pang lagi sekali!! -  Florida USA)


(Sekali pandang macam penyanyi Daesung! Sape penah tengok FO paham la apa aku cakap ni..wakakaka)
(Ni belakang rumah aku je ni banyak kot! Dah naik jemu nak tengok! Wakaka..sengal! Jangan mimpi la! - Tobermory Bay, Isle of Mull, Inner Hebrides, Scotland) 


(Mesti korang fikir aku menyelam snap gambo ni kan? Kan? Ke tak terfikir pun? Berangan ada camera canggih water resistance gamak nye! Haha)

(Trit trit...tritt...sape tak da signal tebisyen kat umah? Aku suggest subcribe  mende alah ni..wakaka..tau tak mende apa tu? Tag satelit kat sirip yu tu tau! Kekekeke...)


(Dia baru keluarkan dari mata dia...caye tak? Wahaha tak de lah! Baru 3 bulan lahir tu..untuk benih baru. Hehehe - Britain)

(Erkkkk geli aku tengok!! Telo dia rupanya!)

(Burung tu terlepas dari mulut dia atau pun ikan tu sendiri lompat nak masuk mulut burung tu? Hmmm...Haha confused den!)
(Macho seyyyyyy...tiba tiba ternampak sekor tu kepala itam...wahahaha..ko sesat ke pe? - Prince Rupert, British Columbia, Canada)

Subhanallah! Indah sungguh ciptaan Allah SWT kan? Setiap makhluk berbeza beza rupa dan sifatnya. Kalau lah aku berkesempatan nak pegi ke semua tempat tempat ni, tangkap gambo...masa tu aku akan terasa..wahhh beruntungnya aku! Hehehe InsyaAllah till one day...!

Jumpa lagiiiiiiiiiiii.................. ^-^

Saturday, 26 March 2011

Al-Fatihah Kepada Arwah Azhar

Assalamu'alaikum...

Selamat pagi semua...hakhak dah jam 11:34 pagi dah, wish good morning macam pagi sangat pulak kan? Hehehe...lambat pulak idea nak sampai. Padahal dari awal pagi tadi aku dah bukak blog.
Biasa la weekend, nak basuh baju, kemas bilik...lipat kain...hujung minggu ja la episod harian aku berubah sikit.

Hmm..macam biasa dah jadi macam perkara wajib bagi aku...setiap hari mesti nak jenguk jenguk wall Facebook aku. Hari ni pun samalah tengah tengah Facebook-walking, aku terpandang keratan akhbar dalam album gambar kawan aku.

Keratan akhbar apa? Hmmm keratan akhbar mengenai kematian arwah kawan kami. Tiba tiba aku teringatkan arwah, otak aku pun pusing dok fikir tarikh arwah pegi. Aku SMS salah sorang kawan rapat aku bertanyakan tarikh arwah pegi meninggalkan kami semua. 

AKU
"As Salam. Wan, hg ingat x date arwah paad meninggal?"

WAN
"Xingat la weh. Hg cuba tgk kat profile kodin or wiyah. Depa ada upload keratan akhbar pasal tue. Maybe ada date. Awat weh?"

AKU :
"Keratan tu xdak date. Sj la tingat bila tgk keratan tu :) "

Aku beralih ke album gambar. Tengah download aku terperasan ada tarikh. Tarikh akhbar melaporkan pada 6 September 2009. Kejadian berlaku sehari sebelum, seingat aku berminggu jugak lah pihak berkenaan buat operasi mencari arwah di laut sebelum tu. Biasalah akhbar. Lambat sikit keluarkan berita. Almaklum benda belum sahih, tak kan pulak nak mereka rekakan cerita kan? Nih aku share sikit keratan akhbar tu dengan semua. Mungkin semua tertanya tanya siapakah arwah, kawan kami tu :) Diam tak diam, celik tutup mata, bangun tido, pegi keja, hampir 2 tahun dah arwah pulang ke rahmatullah meninggalkan kami. 

(Keratan akhbar pertama)

(Keratan akhbar kedua)
Ni lah arwah Azhar atau kami lebih mengenali beliau dengan nama Paad. Kami belajar diploma sekali dulu di UiTM kampus Arau. Penah satu kelas. Kalau kena marah memang semua sekali kena marah sama sama. Kalau sama sama happy semua enjoy sekali. Waaaaa miss that moments very much! Masa diploma lah aku rasa zaman belajar paling best yang aku tak kan lupakan selagi otak aku ni masih berfungsi, selagi nyawa aku ni dikandung badan. 

Sepanjang perkenalan aku dengan arwah walaupun tak serapat mana, arwah memang seorang yang baik budaknya. Aku tak pernah nampak dia marah. Tak tau la kawan kawan lain. Kalau kawan kawan menyakat, dia senyum ja. Balas membalas sikit sikit tu biasalah tapi orang cakap sekali pandang memang tau dia budak baik...anak yang baik. Hehehe..

Masa aku dapat tau dia hilang di laut tu, aku masih bekerja kat tempat pertama aku keja. Di MSU. Masa tu aku tengah mengadap coding. Aku ingat lagi, masa tu aku dapat berita pasal arwah dari kawan baik aku, Zana. Zana antara yang terawal tau pasal arwah sebab sekampung, rapat antara keluarga jugak. Jujur aku cakap, aku menangis bila aku dengar berita pasal arwah. Walaupun aku tak rapat tapi turut merasa kehilangan dan sebak, risau memikirkan nasib kawan aku tu. Apa yang aku hanya mampu buat berdoa dan terus berdoa, supaya arwah selamat, terus terusan menyebarkan khabar tu pada kawan kawan yang lain. Hampir semua terkejut dan sangat sangat bimbang akan nasib arwah Paad masa tu.

Hampir berminggu jugak pihak berkenaan buat operasi mencari tapi tidak jugak ketemu. Zana pun katanya hampir setiap hari ke tepi laut, nak tau pasal arwah. Aku dapat bayangkan keadaan resah, risau, sebak semua pihak masa tu tambah tambah lagi keluarga arwah. Aku dapat tau..kawan kawan aku yang lain sanggup turun ambil cuti dari KL, Johor pun ada ke Pulau Pinang semata mata nak tunggu berita pasal arwah. Terharu aku tengok keakraban antara mereka yang betul betul rapat dengan arwah. 

Hampir setiap hari aku akan dapat update berita pasal arwah dari Zana dan jugak kawan kawan lain. Sampai lah satu hari aku dapat berita, kalau tak silap aku pihak berkenaan menjumpai pakaian dan beg keselamatan arwah. Perkara pertama yang terlintas dalam kepala aku masa tu, arwah mesti dah meninggal. Tiada siapa boleh tahan di laut kalau dah berminggu tanpa ada apa apa sokongan melainkan kuasa ALLAH. Semua kawan kawan aku cuba meredhakan apa yang berlaku masa tu.

Tak lama kemudian aku dapat berita mereka mejumpai mayat kembung tersadai di tepi pantai. MasyaALLAH masa tu aku menangis lagi. Huwarghhh...tak sanggup aku rasa tengok kawan sendiri pegi dalam keadaan macam tu. Aku tak boleh nak bayangkan keadaan arwah bergelut dengan maut. Meminta tolong. Melawan ombak besar. 

Pada mulanya dipercayai tu bukan mayat arwah. Aku bimbang kalau timbul isu keluarga arwah tak dapat nak menerima hakikat akan pemergian arwah masa tu. Tapi Alhamdulillah tak lama selepas dapat keputusan bedah siasat, Zana bagi tau aku keluarga dia menerima hakikat dan meredhakan apa yang berlaku begitu juga kami kawan kawan arwah cuba meredhakan apa yang dah berlaku, walaupun sedih mengenangkan pemergian arwah. Alhamdulillah pengebumian selamat.  

(Kolam peninggalan arwah)

(Niat arwah nak ternak ikan terhenti)

(Kolam ternak ikan untuk keluarga arwah)

(Terbiar....)

(Antara kawan kawan aku yang pegi ke rumah arwah)
Terima kasih pada Kodin dengan Wiyah untuk gambar gambar ni. Aku ambik buh dalam blog aku tanda ingatan kita pada dia. Mudah mudahan roh arwah dicucuri rahmatNYA dan berada bersama sama dengan golongan orang orang yang beriman. AL-FATIHAH...

Wednesday, 9 March 2011

RUMAH SERAM SEKSYEN 2 SHAH ALAM - Episod 6

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Aku malas nak intro la arini...boleh tak aku terus ja sambung cerita ni...kekekekeke

Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat dikebumikan kat Raub, Pahang.

Seminggu lepas tu, keadaan dah ok sikit cuma Salleh je yang sakit sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal tu dia ada cakap kat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari 1st day kitorang masuk rumah tu, Naim dengan Salleh dah buat hal. Dia pegi cangkulnya busut kat belakang rumah tu. Si Naim pulak boleh kuis kuis dengan kaki dia. Mungkin pasal tu la kaki dia accident kot (dalam hati aku la). Lepas tu Salleh cerita la, kan ada malam yang kitorang satu rumah kena kacau tu dia dengan Naim pun kena jugak. Tapi hantu tu siap kejar diorang lagi sampai kat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah macam mana datangnya kereta tiba tiba dah hentam diorang. Naim tercampak kat tengah jalan, yang dia pulak kat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa apa sampailah kitorang jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya, macam mana dia boleh duduk kat atas busut sedangkan dia kata dia dah lari ke tengah jalan besar? Kenapa Naim sorang yang kena teruk sangat tapi Salleh tak?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku dia jatuh sakit. Tak tau lah sakit apa tapi 3 bulan lepas tu dia meninggal. Family dia sendiri bingung sebab doktor pun tak tau sakit si Salleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang pegi gali tu. Aku dengan geng geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat...yang tak boleh lupa kitorang semua nangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu....



Aku, Azmi 'dagu', Sam 'banjar', Wak, Bob dengan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian kat UiTM ni. Buat Naim dengan Salleh, kitorang tetap akan ingat ko sampai bila bila....AL-FATIHAH

Oppss...rumah banglo kat Seksyen 2 tu sampai sekarang ada lagi (agaknya). Setiap kali aku lalu area situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu, masa hari last kitorang kat rumah tu si Wak ada tertinggal handphone dia kat bilik atas. So pada siapa siapa yang berani, boleh la ambil handphone tu tapi itupun kalau korang berani la....Nokia 3310.

Sedih pulak kan kalau nak bayangkan kita kat tempat bekas budak budak UiTM ni kan? Ada tak terasa macam nak pegi tengok sendiri rumah tu. Aku sendiri pernah lalu situ semata nak tengok rumah tu masih ada lagi ke tak bulan lepas. Masih ada. Siap ada kereta 2 bijik...van sebijik...aku tak pasti tuan rumah punya atau memang dah ada orang duduk atau rumah sebelah punya, tumpang parking atau pun aku yang salah aim rumah. Wakakaka...siapa siapa yang pernah tinggal di Shah Alam...cuba lah pegi usha usha rumah tu. Kalau tak silap aku kan...rumah tu yang paling tepi sekali. Memang ada pokok besar tapi aku sendiri tak pasti betul ke tak rumah tu. Nak pasti kena masuk la then alami sendiri keseraman tu. Hehehe

Sekian cerita seram aku. Actually dah last episode rupanya. Hehehe sorry la kawan kawan..ingatkan panjang lagi cerita ni. Hehehe...Selain just for fun, ambik lah iktibar dari cerita ni walaupun kita tak tau kesahihan cerita ni.

Tu sebab la orang cakap mulut tu jangan celupar....kaki tangan tu jangan gatal kacau tempat baru yang tak pernah kita kenal.

Wassalam :)


UPDATE 21/10/2011 : SEMAK SINI UNTUK PENJELASAN

Saturday, 5 March 2011

RUMAH SERAM SEKSYEN 2 SHAH ALAM - Episod 5

Assalamu'alaikum...

Selamat pagi semua...Alhamdulillah...Tuhan masih izinkan aku bernafas dimuka bumi ciptaan DIA. Semua sihat ke pagi? Anything bad news this morning?  Hopefully, everyday is a bright day for us to begin a new life. InsyaAllah mudah mudahan. Ok! Seperti yang dijanjikan....aku sambung semula cerita rumah seram tu ye....good reading guys ^_^

Masing masing dah serba salah jadinya. Bingung pun iye jugak. Tak tau sama ada nak melawat Naim dekat Hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kitorang call tuan rumah untuk tengok apa patut. Aku dengan Sam pulak pegi Hospital Klang tengok keadaan Naim macam mana. Kalau memang tenat sangat, aku akan inform yang lain lain suruh datang la. Yang lain aku suruh cari Salleh kat keliling rumah, takut takut dia kena sorok. Kami masing masing tawakal je. Masa on the way ke Hospital Klang ni, aku tak tau la si Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat cakap yang hal ni tak habis lagi.

Sampai hospital, aku terus cari Naim. Sebak betul hati aku tengok Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri aku kuat cakap yang umur Naim ni tak panjang sebab darah banyak gila keluar. Sam pulak tak sanggup tengok, air mata dia dah berjurai jurai macam air terjun.


Doktor pun cakap yang dia ni dah nyawa nyawa ikan tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk kat tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut sangkut. Dia minta maaf sebab buatkan kitorang jadi susah. Berulang ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap ni. Akhirnya dia meninggal jugak....aku gagahkan hati aku telefon kawan kawan lain bagi tau pasal Naim dah meninggal. Aku tengok Sam dah terduduk kat tepi balkoni dengan mata merah sebab menangis banyak sangat. Tak lama lepas tu parent Naim sampai. Aku tak sanggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai kat rumah, aku tengok ramai gile orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa. Habis satu rumah dia geledah. Lastly, ada orang tua kat situ minta tolong seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz tu tapi lepas Asar baru kitorang jumpa Salleh duduk atas busut belakang rumah. Yang hairannya da 5-6 kali orang cari tapi tak ada pulak jumpa dia dekat situ. Tak kisah la janji jumpa balik Salleh ni. Kitorang punya la suka jumpa si Salleh ni balik. Masing masing ambik keputusan pindah dari rumah tu hari tu jugak. Kebetulan pulak kat Seksyen 7 (pintu belakang UiTM) ada satu rumah untuk disewa, kitorang pindah situ la. Barang barang Naim kitorang angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gile tengok muka tuan rumah sebab tak bagi tau yang rumah ni 'keras'. Patutla dia suruh bayar RM50 je dulu lepas tu tak bagi bawak barang banyak banyak. Cissss.....


Sedih....sebak semua ada, time dapat tau Naim meninggal tu kan? Tuan rumah tu pun aku rasa macam nak bunuh pun ada. Kokyepun...'samak' la dulu rumah tu...bahasa sopan, bersihkan lah dulu rumah tu sebelum nak menyewakan pada orang lain. Tapi aku tak pasti pulak tuan rumah tu bangsa apa. Korang perasan tak ada mention ke tak? Ok lah kawan kawan...aku meminta izin untuk mengundur diri dulu sebab dah lebih jam 09:00 pagi. Aku sepatutnya dah kena mulakan keja. Huhuhu....nanti sambung lagi ye...^-^


UPDATE 21/10/2011 : SEMAK SINI UNTUK PENJELASAN

Friday, 4 March 2011

RUMAH SERAM SEKSYEN 2 SHAH ALAM - Episod 4

Assalamu'alaikum...

Selamat Pagi semua...hari aku rasa macam tak bermaya je nak datang office. Kepala aku sakit! Uwaaaa...Apa dia? Kenapa datang keja jugak kalau dah tak sihat? Sebab sebab...aku diamanahkan untuk pass semua reports compilation kat Oracle hari ni. So, nak tak nak aku kena bangun jugak pagi tadi...mandi, solat...siap siap terus ke office. Wuwuwuwu...tapi sempat jugak la aku nak bukak blog aku ni...nk sambung cerita hantu seperti yang dijanjikan....selamat membaca! ^-^

Tengah sibuk sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Member member aku yang lain pun bau jugak. Rupanya si Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baiklah malam tu tak ramai sangat orang kat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak boleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk sibuk cerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.


Tengah sibuk sibuk ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh dengan Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi 'dagu', Sam 'Banjar', Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai ramai tu cuma Bob sorang je yang bawak handphone, so kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat. Try call Salleh pulak, sama jugak tak ada orang angkat. Lepas tu Lan ambik handphone Bob tu, dia baca apa entah agaknya pastu dia suruh Bob call Naim lagi sekali. Bob call dan loud speaker. Korang tau apa jadi? Ada suara perempuan mengilai. Gila gila punya mengilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last last kitorang sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah tu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan mengilai kat handphone tu, tak ada sorang pun antara kitorang bercakap sampai Subuh!!!!


Jam 7:30 pagi baru kitorang gerak dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar debar. Yang lain lain aku tak tau lah. Sampai kat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan gate dah terbukak seluas luasnya. Ni kalau pencuri masuk ni, memang dia kaya sebab laptop, wallet dengan handphone kitorang semua tinggal macam tu je. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada siapa pun yang berani masuk rumah tu dulu....aku ingat ada la dalam 20-30minit kitorang tercangak kat depan rumah sebab tak ada siapa siapa pun berani masuk. Entah macam mana agaknya handphone Bob berbunyi. Hati aku da tak sedap. Jangan la kata hantu tu call kitorang suruh masuk. Lan yang angkat. Sebenarnya dalam ramai ramai ni, Lan yang paling berani tapi kadang kadang dia jadi penakut jugak la. Pihak hospital call, katanya Naim ada kat wad kecemasan Hospital Klang. Accident katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor Bob ni, tu yang dia call nombor handphone Bob ni....oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim accident??


Hmmm....confuse kan? Macam mana la si Naim ni boleh accident pulak?! Sedangkan pagi pagi buta tadi masa semua sibuk lari sebab ketakutan keluar dari rumah, bukan ke semua orang ada kat luar tu?? Time bila pulak si Naim ni boleh accident?? Hmmm...jangan pening pening...kita sambung di episod seterusnya nanti ye. Mesti terjawap segala persoalan kita tu...Hehehe...

Dah nak jam 09:00 pagi ni, aku dah kena start buat keja. Hehehe...jumpa lagi yee...^_^

UPDATE 21/10/2011 : SEMAK SINI UNTUK PENJELASAN

Thursday, 3 March 2011

RUMAH SERAM SEKSYEN 2 SHAH ALAM - Episod 3

Assalamu'alaikum....

Selamat pagi semua. Kalau dalam bahasa Jepunnya...Mina-san Ohaiyo Gozaimasu! ^^
Hari ni aku masuk office lambat pulak. Huhuhu...tapi still sampai office before 8:30AM. Almaklum rumah sebelah office je pun. Kekekeke..

Ok ok sambung balik cerita seram rumah Seksyen 2 Shah Alam ye....

Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sekarang ni dah jam 3 pagi. Nak mintak tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tau. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang Cina. Last last Salleh ajak lepak Restoran Hakim je sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing masing semua tak pakai baju. Pastu pakai boxer dengan kain pelikat. Mau tak mau terpaksalah jugak kitorang masuk rumah tu balik sebab nak ambik seluar, wallet dengan kunci motor.

Oleh sebab bilik si Bob dengan Naim je yang kat bawah, maka kitorang decide le nak pinjam baju dengan seluar dia. Masing masing da takut nak naik tingkat atas. Wallet pun aku tinggal. Masing masing pakat guna duit Naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut kat dinding (tempat penyangkut). Masa nak keluar dari rumah tu, Wak pulak perasan ada budak perempuan kat pintu dapur tengah senyum sambil melambai tangan kat dia. Yang aku pulak boleh terperasan budak tu jugak sebab aku tengok muka Wak dah kejung dan pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam seluar la...kepala lutut aku menggigil sampai kat Restoran Hakim!!!!


Lepas sampai kat Restoran Hakim tu, masing masing sibuk bukak cerita termasuk dengan aku sekali la. Mula mula Wak cerita la, malam tu lebih kurang jam 12 lebih, dia sibuk download lagu tiba tiba ada bunyi macam orang baling batu kat tingkap bilik dia. Bila dia jengah, dia nampak ada seorang perempuan duduk kat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih, kekuningan, koyak koyak, rambut panjang. Yang sadisnya, perempuan hodoh tu boleh senyum kat dia pulak. Wak ni apa lagi tutup tingkap bilik dia terus nak keluar pegi bilik aku la kononnya. Malangnya, lagi sekor pulak hantu duduk kat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. So dia ambik keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik je tak patah.

Azmi 'dagu' pulak cerita la yang dia nampak ada budak perempuan melambai tangan kat dia (yang ni, aku pun kena jugak ok). Aku confirm yang budak ni bukan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!!! Sam pulak cerita dia nampak hantu tu kat siling rumah!! Bila bukak mata je, hantu tu betul betul eye-to-eye dengan dia. Kiranya masing masing semua kena kacau la ni. Dan aku orang yang last cerita.

Aku cakap la yang aku kena tarik dua dua kaki masa tido sampai kepala aku terhental kat lantai. Pastu aku cakap le yang aku nampak diorang tengah layan DVD kat hall tapi si Azmi tiba tiba menyampuk "Bila masa pulak kitorang tengok DVD ni??" Rupa rupanya tak ada orang pun yang tengok DVD pagi tu!! Dah tu sape yang aku nampak? Haru betul!!! Kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah tambah kuat menggigil.


Wuwuwuwu....aku yang baca banyak kali dah ni pun sesekali ulang baca balik....meremang jugak bulu roma aku ni...ok lah kawan kawan...kita sambung kat next episode ok? Jangan risau....masih panjang lagi cerita ni. Hehehe...Till we meet again guys! ^-^

UPDATE 21/10/2011 : SEMAK SINI UNTUK PENJELASAN

Wednesday, 2 March 2011

RUMAH SERAM SEKSYEN 2 SHAH ALAM - Episod 2

Assalamu'alaikum

Sebelum aku blogging ni...aku kena usha dulu depan belakang, ada orang ke tak dok skodeng aku sekarang ni...?! Hmmm line clear! Wahaha...aku mengantok! Tengok skrin pun dah bertindih tindih semua huruf dalam tu. So, aku ambik kesempatan ni post something on my wall seperti yang dijanjikan. Ehehehe...

Cerita semalam sampai mana ye? Haaa pasal 3 syarat tu kan? Ok ok...jom kita sambung bercerita....

Malam pertama duduk rumah tu kitorang tak tido sebab semua sibuk punggah dan kemas barang, layan DVD Korea. Cerita seramnya start masa hari kedua. Tak payah tunggu malam, siang siang pun kitorang dah kena kacau. Azmi 'dagu' orang first kena.

Masa tu baru jam 10:30 pagi (anggaran aku la), si Azmi ni bangun nak memerut. So dia pegi la toilet bawah tu tapi dalam toilet ada orang (sebab pintu tutup). Toilet atas pulak rosak, tuang rumah kata nanti dia betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar keluar orang dalam toilet ni. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pegi tengok peehal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu sape yang kat dalam toilet tu? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi....dalam ramai ramai ni, Lan sorang je yang berani sikit (mungkin pasal dia ni keturunan Bugis kot), dia pegi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last last si Azmi tak jadi berak....mungkin pasal takut kot.

Malam tu kitorang kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tido malam tu, tiba tiba jek ada orang tarik kedua belah kaki aku sampai jatuh katil. Kepala aku terhentak kat lantai!! Ape lagi, hangin la aku sebab ingat budak budak nak buat pedajal kat aku tapi bila aku bangun tak ada orang pulak. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta kat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tido mati. Bila aku
keluar bilik, aku dengar budak budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD kat hall bawah. Aku pun masuk balik bilik sebab still bingung lagi tapi baru aku terperasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahhh sudah!


Dengan perasaan berani berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu and guess what?? Ada batu nisan yang dah retak retak dan automatik bilik aku diselebungi bau hapak dan hanyir yang sangat sangat kuat!!!


Masa ni korang jangan tanya aku la ape aku buat sebab kalo menda ni jadik kat korang pon tak akan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku da tak jejak tanah da sebab lari laju sgt. Ak lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg macam haram jadahnya member ake sorang pun dah tak ade kat hall. Nak tau diorang kat ner? Semua da duduk kat luar umah!! Rupanya diorang awal awal lagi da kena kacau. Yang lak-hanat nye, tak ade sorang pon kejutkan aku....taik betul diorg ni.

Ok...aku dah hilang mengantok...aku stop dulu story kat sini ye..Wakakaka lain kali doakan aku terus terus mengantok ye kalau nk aku sambung bercerita panjang panjang sikit...

Papaiiii....^-^

UPDATE 21/10/2011 : SEMAK SINI UNTUK PENJELASAN

Tuesday, 1 March 2011

RUMAH SERAM SEKSYEN 2 SHAH ALAM - Episod 1

Assalamu'alaikum...

Bertemu kembali setelah sepurnama kita tidak ketemu di laman blog Lembu Gemok ni ye...wahahahaha menyampah pulak nak cakap cakap skema ni..padahal baru hujung bulan lepas aku post entri aku.

Aku bawak story seram untuk semua hari ni...ada tak siapa siapa yang duduk Shah Alam atau pun bekas penduduk Shah Alam? Haaa ada pernah dengar tak pasal story rumah dekat Seksyen 2 tu?? Aku pun dikira bekas penduduk Shah Alam. Aku pernah menginap di sana selama hampir 3 tahun lebih. Di Shah Alam lah aku mula menapak sebagai seorang perantau...Ceewahh!! Aku pernah dengar sebelum ni pasal story rumah ni tapi tak tahu kesahihannya betul ke tak dan tak pernah dengar story yang betul betul story. Just sekadar tajuk 'berita' RUMAH SEKSYEN 2 BERHANTU...tu je lah...

So, hari ni hati aku tergerak nak share dengan semua pasal story rumah seram ni kat blog aku. Actually  aku dapat story ni dari emel kawan office. Kalau Ana terbaca ni...thanks ye sebab sudi share story  seram ni.

Cerita dia begini......

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar kat UiTM Shah Alam. So, perkara pertama yang aku kena fikir ialah aku nak duduk mana sebab aku tak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keprihatinan yang ada pada aku dan kawan kawan, maka dapat le aku dengan kawan kawan aku rumah sewa....dekat dekat dengan area Seksyen 2 berhampiran dengan Wet World (kalau korang tau la).

Rumah tu banglo 2 tingkat dengan 4 bilik. 3 bilik kat atas dan 1 bilik kat bawah. Kitorang semua berlapan, kiranya 2 orang untuk 1 bilik. Aku ringkaskan je lah, kitorang masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas, takut semua ada.


Pertama, tuan umah hanya amik RM50 je sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bile masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama ni free la....[?]

Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawak barang banyak banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya...

Ketiga, pokok ara tepi rumah tu besar sangat sampai dahan dia boleh masuk kat tingkap bilik atas.

....Agak agak tu memang ada something wrong somewhere  tak dengan rumah ni? Ce fikir...ce fikir..hmmmppp....mesti ada cerita disebalik syarat syarat tuan rumah tu kan? Untuk story seterusnya harap semua tunggu next entry nanti aku sambung ye...sebab sekarang ni aku nak sambung buat kerja aku yang berhari hari sudah tertunggak walaupun tak ada duedate tetap lagi...kekekeke...
 
Tunggu yeeee....... ^_^


UPDATE 21/10/2011 : SEMAK SINI UNTUK PENJELASAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...