Recent Posts

Search This Blog

Tuesday, 27 September 2011

Yang Di Depan Mata...Terasa Begitu Jauh...


ASSALAMU'ALAIKUM...

Tengah menahan sakit kepala yang teramat sangat ni...sempat jugak aku menyinggah wall seseorang yang sangat aku sayang dan kasihi, menatap satu per satu gambar gambar beliau. Bukan kekasih...tapi seseorang yang lebih hampir dalam hidup aku. InsyaAllah aku yakin dia mungkin lebih mengenaliku lebih dari seorang kekasih...

Kenapa aku tatap gambar dia? Dia di mana sekarang? Jauh? Rindu?
:) Hanya ALLAH sahaja tau betapa rindunya aku kepada insan ini....dia dekat dengan aku...sangat dekat tapi terasa tersangatlah jauh dari aku....

Macam mana aku nak gambarkan kerinduan aku pada insan ini? Cukup sekadar menatap gambar mampu membuatkan airmata aku bertakung melimpah dari kelopak mata aku...
Segala kenangan aku dengan insan ni bersilih ganti terbayang bayang....MasyaALLAH..
Sesungguhnya aku sangat menyayangi insan ini tapi aku tak tau macam mana aku nak luahkan...
Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk insan ini...

Kenapa dekat tapi terasa jauh?
Hanya ALLAH sahaja tau...apa di dalam hati aku...setiap kali berdepan dengan insan ini...aku terpaksa berpura pura seolah olah tak ada apa apa yang berlaku....padahal jauh dalam sudut ati aku meronta ronta mahu mengeluarkan kata kata bahawa insan ini sangat menyayanginya...sanggup buat apa saja untuknya..tak kisahlah apa pun cercaan orang...

Insan ini mungkin tak nampak apa yang aku cuba sampaikan...sebab aku tak pernah cuba..kerana aku takut hatinya terluka...aku sanggup menyimpan memendam rasa cercaan orang lain demi menjaga hatinya...

Aku mungkin bukan insan yang baik untuk dirinya seperti orang lain yang dia sanjungi...dan hormati..
Mungkin aku bukan orang yang patut bergelar insan istimewa untuk dia...
Tak mengapalah...asalkan dia teguh berdiri...asalkan aku mampu meraih senyuman dia walaupun sesekali...

Mungkin kesilapan aku yang lalu membuatkan matanya kabur untuk melihat perubahan dalam diri aku...
Perubahan di atas izin ALLAH..dan usahanya yang tak pernah putus asa membimbingku....

Mungkin ada hikmah disebalik segala apa yang berlaku...
Semoga ALLAH mengampuni dosa dosa aku yang lepas dan akan datang..
Semoga ALLAH melimpahkan rezeki kepada insan ini...
Kurniakan lah kesihatan pada insan ini....

Terima kasih atas segala galanya...
Halalkan makan minumku....
Ampun dan maaf dipinta kerana tidak mampu menjadi insan seperti yang beliau harapkan...
Aku sentiasa mengecewakan insan ini...
Aku rasa cukuplah aku terus menerus mengecewakan beliau...mungkin lebih baik aku terus berdiam diri..
biarkan insan ini bahagia tanpa sebarang gangguan dengan masalah aku yang sentiasa mengecewakan...

Bukan rajuk yang ingin disampaikan...
Bukan perlian yang ingin aku ajukan...
Bukan simpati yang aku tagihkan...
Tapi hanya mesej mohon maaf kerana aku tak mampu jadik insan seperti yang dia kehendaki...
Mesej yang aku sudah letih untuk terus mengecewakan insan ini....
Mesej yang mungkin kata akhir dari aku untuk terus duduk walaupun terasa jatuh bangun sudah beberapa kali...
Bukan kata putus asa yang ingin aku sampaikan..tapi nyata aku ingin biarkan semua ini mengikut arus..
Dah tak larat lagi aku melawan arus yang mungkin aku boleh melukakan hatinya....
Mungkin aku boleh berusaha cara aku sendiri yang tak melukakan hati sesiapa...

InsyaALLAH..dengan izinNYA...
Yang baik semuanya dariNYA...yang buruk dari aku sendiri... :)


LG MODE: emosi...jiwa kacau..huhu


BERSAWANG...



ASSALAMU'ALAIKUM....

Selamat pagi semua....bersawang sudah blog aku dah lama beno tak update. Rasa macam baru je update tapi tengok tengok tarikh hari ni...wahh!! Dah hujung bulan September dah rupanya??

Ish...ish...ish...pegi mana ni LG? Hmmm...ada je tapi macam kekangan idea pulak aku nak meng-update blog ni. Rasa bosan pulak dengan blog sendiri..apatah lagi orang lain..lagi lah bosan nak baca blog aku...hahaha aku sedo diri..!

Apa apa pun thanks to Xavi De sebab dia sorang je setakat ni yang sudi menjengah blog aku walaupun aku dah mentioned awal awal yang aku tak bersiaran untuk jangka masa yang panjang ni. Untuk Aneng Hitchies, walaupun dia jarang sekali jengah blog aku..tapi dia sangat rajin pulak jengah wallpost Facebook aku.
Ni dia sekarang katanya tengah busy nak konvokesyen..tu sebab sunyi sikit kalau tak KECAH okayyhh! Hahahaha..

Aku agak busy sejak dua menjak ni...sama jugak lah dengan pakcik Xavi De sibuk dengan praktikal dia. Aku pulak sibuk dengan benda yang bukan bukan..sibuk dengan kerja yang entah apa apa..terasa 24 jam 7 hari seminggu tak pernah cukup. 

Nak sketching pun aku terasa tak cukup masa nak dibuangkan untuk tu...arghhh I really miss my skecthing time!! Aneng Hitchies please encourage me with your sketch of me!  Hahaha macam la Aneng baca. 

Kerja aku sekarang macam membebankan pulak kadang kadang. Tapi ini jelah hasil pendapatan aku untuk sesuap dua tiga nasik seharian. Huhuhu...

Apa apa pun... I LOVE MY JOB! InsyaAllah ada rezeki dan panjang umur dari semasa ke semasa...dari hari ke hari...kerja aku ni aku akan jadikkan sesuatu yang sangat interesting! Interesting la sangat kan. 
Tension jugak lah kalau ada rakan sekerja yang jenis mengelat tak nak hold case apa apa. Ada jugak jenis suka bagi alasan yang tak munasabah..."Aku ada laporan nak kena siapkan..." Padahal just run skrip yang sedia ada je...tak payah start from the scratch pun. Tapi tu pun dah kecoh. 

Budaya jenis suka melonggokkan kerja atas kepala orang lain asalkan lepas perut sendiri. Hohhh....Aku tak kata aku perfect dalam kerja. Tapi once kerja tu diamanahkan masuk tray aku. Aku cuba buat sampai siap walaupun terpaksa korbankan masa makan aku. Aku pun kadang kadang ngelat jugak...tapi tak ada lah sampai hati ni nak longgok atas kepala orang lain...Sabar jelah! Sendiri buat sendiri tanggung la beb! Ni dah la ko buat taik..lepas tu orang tegur, tak nak pulak ko angkat taik sendiri?? WT-Fish!!
Yeee aku tau...tak semua orang perfect.
Mungkin aku asyik nampak kekurangan orang lain..kekurangan sendiri aku tak nampak. Mungkin orang lain yang nampak kekurangan aku sampai dorang pun naik menyampah dengan aku. Hahahahahha...So, take it easy, aku pun dah malas nak ambik tau pasal orang. Lebih baik aku diam buat hal sendiri. Hehehe...

Moral of the values, jangan tau nak kondem orang jek...buat kerja sendiri bagi siap..buat hal sendiri jangan kacau hidup orang lain...Kalau nak tegur boleh tapi dengan cara yang betul. Bukan cara dok mengata belakang..NOT GOOD!!..Bayangkan kalau korang pulak tiba tiba terdengar dari mulut orang..dok mengata hal korang yang korang tak tau apa apa? Terasa beb! Hehehehe...Nak tegur..tegur depan depan...! OK? 

Roger and out!!  Jumpa lagi bila aku dah ada hati nak update lagi ek...hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...