Recent Posts

Search This Blog

Monday 13 January 2014

TESTIMONI SUFFY GOAT : Demam/Selsema Cepat Kebah

ASSALAMU'ALAIKUM

Salam petang buat semua pembaca blog sekalian...

Monday blues ke semua hari ni?
Aku pun terasa juga monday blues tuh...petang-petang macam ni sementara tunggu kerja masuk, baik aku menyempatkan diri up entri 1 kan?!
Hmmm...ni entri testimno kedua aku berkenaan dengan pengambilan susu Suffy Goat untuk Adam.
Aku perasan sejak dua menjak ni, sepanjang Adam minum susu kambing Suffy, Alhamdulillah, kalau Adam selsema atau demam, dalam masa 1-2 hari dah kebah. Hingus pun dah kering.
Sebelum ni mau makan seminggu juga nk kering...
Begitu juga berkesan untuk kahak...
Setiap kali selsema pasti ada batuk berkahak, pun Alhamdulillah cepat redanya...

Yelah semua tu atas izin Allah Taala juga kan...
Kita usaha mencari ubatnya setiap kali kita sakit dan cuba elak untuk sakit...
Itulah yang aku cuba buat...berusaha dapatkan apa saja yang terbaik untuk Adam
Kita hanya mampu merancang Tuhan saja menentukan...

Lagi pula kitapun sedia maklum khasiat susu kambing ni kan..
Apa-apa pun semua atas izin Allah Taala...

Itu saja untuk entri kali ni..terima kasih sudi singgah...Hehehe

Thursday 9 January 2014

Pengalaman Bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya II


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...
Memandangkan trafik ke ENTRI sebelum ni berkenaan dengan Pengalaman Bersalin di Pusat Perubatan Univerisiti Malaya mendapat hit yang agak banyak...aku terpanggil untuk buat entri yang ke-2.

Tengok tu hit banyak, tapi tiada 1 pun yang tinggalkan komen. Mungkin memasing malu nak bertanya ataupun memang blog aku entah apa-apa. Hahaha. Apa-apa je lah ye. Aku tetap nak buat review tambahan pasal Pusat Perubatan Universiti Malaya ni.

Bagi aku di mana-mana hospital kerajaan, pusat bersalin kerajaan pun begini jugalah kaedahnya.
Kaedahnya macam mana tu ye?
Hmm maksud aku, kaedah yang dikatakan kita kena berdikari dalam segala hal.
Tapi...ada juga aku dengar-dengar pengalaman kawan-kawan yang bersalin di hospital kerajaan baru yang lain...so far Alhamdulillah tidaklah se-berdikari di PPUM. Hahaha..rezeki memasing la kot kan...
Begini ceritanya...
Biar aku jelaskan sikit sebab dari tadi asyik berkias, orang pun bosan menunggu bila lagi mak budak ni nak bercerita...

Dari apa yang aku nampak benda-benda utama, aku kurang berpuas hati dengan PPUM antaranya adalah:

1. Suami tidak dibenarkan bersama si isteri ketika di dalam labor room atas alasan tidak mencukupi staf sekiranya berlaku apa-apa kecuaian dari pihak si suami itu sendiri. 
Contohnya, si suami pengsan setelah melihat darah semasa si isteri bersalin. 
Contoh ni diberikan sendiri oleh jururawat yang bertugas ketika tu...semasa aku bertanyakan perihal tersebut.

2. Suami, malah si ibu sendiri tidak dibenarkan menunggu atau menemani si isteri yang nak bersalin di dalam wad. Hanya dibenarkan semasa waktu melawat sahaja atas alasan tidak mahu mengganggu pesakit yang lain (tidak begitu jelas dengan alasan ni. Harap sesiapa yang faham tolong jelaskan kepada aku) Huhu...

3. Aduan kekurangan gas pelali atau penahan sakit ketika menghadapi kontraksi dan menjahit selepas bersalin (bagi yang bersalin normal) diterima dengan sikap acuh tidak acuh.
Dimintanya aku terus menyedut gas tersebut tanpa sebarang semakan samada gas tersebut sudah habis atau tidak. Tapi mungkin juga ada buat semakan cuma aku je tak perasan. Wallahu'alam.

4. Ketika proses jahitan di jalankan, sudah tentu tenaga si ibu yang baru lepas berkerah tenaga melahirkan anaknya, sudah kehilangan seluruh kudrat. Kangkangan juga mestilah lemah tapi dimarahi pula sang doktor supaya kangkang betul-betul sambil menolak kaki dengan kasar. Maaf kalau bahasa kasar tapi ini realiti cuma tiada saksi. Sakit kot jahit tanpa bius kat bawah tuuu~ Tuhan jelah yang tau...Subhanallah. Cuba ko yang aku jahitkan hidup-hidup...boleh tahan tak sakitnya macam mana?? Info tambahan : Doktor lelaki OK! Huhu

5. Bayi yang baru dilahirkan, setelah dimandikan dan dibersihkan, ditolakkan ke kaunter hadapan dan dibiarkan tanpa pengawasan jururawat melainkan jururawat yang bertugas di kaunter sahaja.
Ni hasil maklumat dari encik suami yang disuruhnya azankan Adam di hadapan kaunter tanpa sebarang privasi. (Ni mungkin sebab aku bersalin malam dan ramai bayi lain nak diuruskan, jururawat pun tak sempat nak perhatikan secara teliti setiap bayi tapi aku masih tidak boleh terima. Huhu)

Setakat yang aku ingat itu sahajalah senarai yang aku kurang berpuas hati dengan servis di PPUM.
Kalau aku ada teringatkan lagi, nanti aku update semula.

Kesimpulannya di sini, kalau kekurangan budget untuk ke hospital swasta macam aku ni, silalah mencari hospital kerajaan yang lain. Bukan PPUM.
Kalau boleh kumpul duit, kumpullah seboleh sebanyak yang mungkin untuk bersalin di hospital swasta yang lebih banyak membantu kita melakukan gentle birth (boleh tanya Encik Google ye).

Isu menahan sakit jahitan, isu mengawal perasaan stres selepas bersalin boleh mengganggu penyususan susu badan kepada bayi.
Walaupun nampak kecil bagi sesetengah pihak, bagi aku sangat besar kesannya.

Harap sediki sebanyak mampu membantu bakal-bakal ibu pertama kali atau kedua kali atau keberapa kali pun diluar sana.



Tuesday 7 January 2014

Sepemergian Allahyarham Syaniza Jamaludin


ASSALAMU'ALAIKUM

Menghampiri penutupan tirai tahun 2013 dikhabarkan berita pemergian arwah Along Syaniza pada 30 November 2013 lepas, amat mengejutkan seluruh keluarga terdekat.

Walaupun aku tidak begitu rapat dan mengenali sepenuhnya isi hati arwah, namun turut merasa kehilangan arwah.
Sesekali teringat-ingat arwah bercakap-cakap dengan encik suami, sesekali teringat kelibat beliau di rumah kampung mertua. Arwah memang seorang yang lemah lembut hatinya. Seorang yang redha. Pastinya seluruh ahli keluarga terdekat merindui beliau lebih dari segala.

Sepemergian beliau meninggalkan seorang isteri dan anak tunggal lelaki yang masih kecil berumur 5 bulan. Sungguh sayu setiap kali melihat raut muka anak arwah (Muhammad Khalish Haidan Syaniza).

Semoga isteri arwah, kak Ida Safina tabah menghadapi segala.
Semoga Khalish menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya.
Semoga kita seluruh keluarga redha dengan pemergian beliau dan moga beliau tenang di sana.
InshaaAllah, Amin Ya Rabbal 'Alamin.

-AL-Fatihah-



Daisypath Friendship tickers