Recent Posts

Search This Blog

Thursday, 30 August 2012

Salam Merdeka Raya 2012



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...semalam aku post pasal selamat hari raya, hari ni aku post lagi pasal raya tapi pagi tadi baru teringat yang tarikh merdeka besok je dah.

Boleh terlupa?
Teruk kan? Tak patriotik langsung. Teringat pagi tu pun sebab baru tersedar dari mimpi juga yang besok cuti tak payah kerja. Hahaha..
Harap maaf!
Sejak seminggu dua ni kepala tak berapa nak betul setting nya.
Lari sana sini.

Apa apapun Salam Merdeka Raya 2012 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kita patut berbangga dan bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.
Moga dirahmatiNya, moga diberkatiNya selalu InsyaAllah.

Setiap hari kita kena tanam azam baru untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam dan hari mendatang sentiasa perbaiki diri untuk menjadi seorang yang sentiasa bermuhasabah diri InsyaAllah.

Sebelum aku merepek panjang lebar lagi, eloklah aku stop di sini saja.
Salam Merdeka Raya kawan kawan!!!

Wednesday, 29 August 2012

Salam Lebaran Aidilfitri 2012



ASSALAMU'ALAIKUM

Tak sempat update habispun sepanjang bulan puasa tu kan? Dah masuk Syawal dah sekarang ni.

Salam Lebaran Aidilfitri 
Maaf Zahir & Batin

Andai ada tersilap kata, terlanjur laku dan sewaktu dengannya.
Masih belum terlambat kot kan aku nak ucap selamat ni. Hehehe...

Semoga Aifilfitri tahun ni lebih bermakna untuk semua ye.
Puasa yang ditinggalkan sebab memang tak boleh puasa tu terutama kaum Hawa, sekarang ni ramai yang dah mula mengganti sebab masing masing kejar puasa sunat enam pula.
Alhamdulillah.
Tapi aku sendiri pun tak sempat dan rasa tak boleh nak puasa lagi ni sebab masih ada rasa kurang sihat.

Bagi sesiapa yang selalu ikut blog ni, dia fahamlah maksud aku part kurang sihat tu.
Hehehe...
Apa apapun mintak maaf ye kepada semua sekiranya aku ada tersilap kata terlanjur laku tersalah menilai terkurang sopan dan sebagainya.
Minta maaf banyak banyak.
Harap dimaafkan :)

Akan diupdate lagi lepas dalam entri akan datang.
InsyaAllah :)

Monday, 13 August 2012

HARI PUASA KE-24 : Runsing...



ASSALAMU'ALAIKUM

Aku runsing kenapa?
Hmmmm...kalau korang nak tau, sebelum aku berpindah ke rumah sewa sekarang, aku perlu cari ganti penyewa untuk bilik rumah sewa lama aku.
Deposit yang dia perlu bayar adalah sebanyak RM450.

Tapi atas sebab sebab tertentu, dan tentunya hasil kealpaan aku juga yang rumah sewa tu baru saja bertukar owner, rules baru digunakan.
So, tak apalah aku benarkan dia bayar deposit secara ansuran, baki lagi RM350 selepas dia bayar deposit api dan air sebanyak RM100.

Selepas sebulan dia bayar lagi RM100, baki yang tinggal lagi RM250.
Aku fikir tak apalah sebab dia dah janji nak bayar setiap bulan sikit sikit. Cuba memahami keadaan dia masa tu. Alhamdulillah rezeki aku juga kalau dia dah sudi bayar sikit sikit.
Tapi for the next couples months, dia terus senyap. Tiba tiba dia SMS aku bagi tahu yang dia mengidap anemia. Dah berhenti kerja, then tak dapat nak sewa bilik tu lagi.

Aku pun mintak dia carikan ganti sendiri atau pun bagi tahu pada ketua rumah untuk carikan penyewa baru, tapi deposit aku tetap dia kena bayar.
Takkan aku pulak nak carikan untuk dia. Aku kan bukan duduk situ lagi. Macam tak menghormati pulak ketua rumah tu yang menjaga segala bil dan hal rumah.
Dia janji akan bayar selepas dapat penyewa baru.

Tapi nak dijadikan cerita, hari ni aku dapat tau yang dia dah dapat cari penyewa baru dan deposit pun langsai dah bayar pada dia.
Dia pula senyap dengan baki deposit aku tu sekali senyap.
Hmmmmm aku dah cuba hubungi dia tapi tiada respon.
Itulah yang merunsingkan aku sekarang ni.
Huhuhu.

Kalau dia asyik ulang alik keluar masuk hospital sampai tak sempat nak masukkan duit deposit aku, aku cuba faham tapi sekurang kurangnya inform la aku atau minta tolong saudara terdekat langsaikan baki tu.
Bunyi macam kejam tak? Orang tu sakit lagi kita nak push itu ini tapi hmmmm....mulalah kepala jahat ni fikir bukan bukan.
Aku dah cuba hubungi kawan baik dia pun tiada respon.
Sekurang kurangnya inform la aku.
Susah sangat ke???
Dah kira baik aku tak pergi serang ke apa. Tapi nak pergi serang pun, aku bukannya tau dia tinggal mana sekarang ni melainkan Sg.Buloh. Tak ada alamat betul.
Runsingnyaaaa....dah la nak raya niiii...


MODE : Silap aku terlambat bagi tahu pada budak rumah lama aku tu supaya dorang boleh hold duit sewa tu untuk aku. Runsing......

Sunday, 12 August 2012

HARI PUASA KE-23 : Alhamdulillah..Aku Makin Sihat!



ASSALAMU'ALAIKUM

Alhamdulillah...hari ni aku rasa better dari hari sebelum sebelum ni. Aku dah makin sihat!
Keputusan ujian darah pun, Alhamdulillah, aku normal. Cumanya kalau aku masih demam lagi dalam tempoh 2 hari ni, aku dinasihatkan untuk ke klinik tu semula untuk buat pemeriksaan lanjutan.

Setakat ni aku dah tak demam cuma kalau aku aktif bergerak sikit, haa mulalah kepala aku nak pusing.
Tapi Alhamdulillah, setakat pusing sikit sikit tu InsyaAllah aku boleh lagi handle. Kalau sampai terasa nak pitam tu yang aku tak boleh nak handle.

Hari ni aku ambil peluang rehat sepenuhnya di rumah.
Aku dan orang rumah aku langsung tak ke mana-mana.
Duduk je di rumah layan televisyen dengan internet. Huhuhu.
Catat rekod jugak orang rumah aku cakap.
First time dia boleh bertahan tak keluar rumah sehari suntuk katanya..hehehe..

Terima kasih sebab sudi teman rehat di rumah ye :)
Besok kerja!!!!


MODE: Malas nak pergi kerja besok sebenarnya. Huhuhu. Nak je goyang kaki duduk rumah. Hehe

Saturday, 11 August 2012

HARI PUASA KE-22 : Iftar Bersama Along, Akak dan Mu'adz Firas



ASSALAMU'ALAIKUM

Sambungan kepada hajat aku semalam, Alhamdulillah aku bangun pagi walaupun masih kepeningan, aku gagahkan juga bangun bersahur macam biasa. Hasrat untuk teruskan berpuasa untuk hari yang ke-22 aku teruskan dalam keadaan kurang sihat.

Aku nekad, hari ni aku mesti sihat. Sebab aku nak masakkan untuk keluarga Along aku datang berbuka di rumah aku malam ni.
Aku bermula dengan memasak dalca sayur dulu sebelum aku pergi ke klinik untuk buat ujian darah.
Siap je masak dalca, aku terus siap pergi ke klinik.
Lebih kurang jam 2 petang lebih aku balik rumah, lepas solat Zohor, orang rumah aku tolong gorengkan ayam yang dah dikunyit-garamkan sebelum keluar tadi.

Aku berkata dalam hati, aku mesti cepat cepat masak sebelum keluarga Along aku sampai. Aku nak dorang sampai je nanti rehat tunggu waktu berbuka je.
Alhamdulillah usai je masak ayam dan udang, keluarga Along pun sampai.
Alhamdulillah. Tinggal nasi je aku sengaja tak masak lagi. Nak tunggu dekat berbuka baru masak nasi.

Azan berkemundang di televisyen.
Semua menadah tangan, Along membacakan doa berbuka puasa, dan kami sama sama menjamu selera.
Alhamdulillah :)

InsyaAllah dengan izin Dia, lepas ni boleh buat makan makan lagi. Jemput keluarga Along datang rumah aku lagi.

MODE: Terima kasih Along dan keluarga sebab sudi datang jenguk rumah kami ni. Berbuka sama. InsyaAllah ada rezeki, panjang umur. Jemputla datang lagi ye!~ :)


Friday, 10 August 2012

HARI PUASA KE-21 : Selsema lagi....


(Ehsan Google)
ASSALAMU'ALAIKUM

Semua sihat ke? Alhamdulillah kalau semua sihat wal'afiat. Jaga makan, perbanyakkan makan sayur dan buah buahan. Paling jangan lupa, perbanyakkan minum air putih terutama sekali air putih suam bukan sejuk yee...
Bagi sesiapa yang tengah diet tu laaagi la sangat perlu minum air suam banyak banyak..
*Cakap orang pandai...diri sendiri pun demam sampai ke hari ni tak jugak ok ok lagi...hikhik

Aku hari ni macam biasa la..masih selsema. Adoiiii...
Dugaan betul aku rasa. Semalam lepas je berbuka, badan dah mula panas balik.
Aku pun apa lagi, ambik sapu tangan, rendam dalam air sejuk, tuam dekat kepala. Seluruh kaki tangan aku lap dengan air sejuk. Nak hilangkan haba panas tu cepat.
Barulah boleh tidur dengan aman. Kalau tak, rasa sangat tak selesa.

Kesian orang rumah aku. Dah berapa hari dah berbuka asyik kena beli tapau je.
Aku tak larat nak masuk dapur. Bersahur pun, orang rumah tolong masakkan nasi panas panas, lauk pun ala kadar je.

Lepas sahur pagi tadi pun, aku terlelap kejap depan TV sementara tunggu azan Subuh.
Sekali terjaga setengah jam selepas azan.
Terkejut takut terlepas waktu, pening je kepala ni.
Jalan pun dah macam orang mabuk je hahaha..
Ya Allah cepatlah aku sihat...
huhuhu terasa lesu sangat dah badan ni..
banyak lagi benda tak selesai ni...
minggu depan dah raya...hukhuk....

MODE: Besok Along, Kak Ipo dengan anak sedara aku nak datang umah. Aku mesti kena sihat! Aku nak masak sedap sedap untuk dorang datang berbuka nanti...huhh! Semangat semangat! InsyaAllah besok aku sihat!


Thursday, 9 August 2012

HARI PUASA KE-20 : Demam berterusan...






ASSALAMU'ALAIKUM

Dari hari Sabtu demam lagi selepas kebah demam tonsil hari tu..asyik on off tanpa sebab yang munasabah.
Semalam aku MC sebab dah tak larat sangat rasa nak kerja.
Selasa malam aku pergi klinik, tapi doktor tak dapat kesan apa apa yang mencurigakan walaupun aku dah informed doktor yang aku asyik demam dari hari Sabtu lepas...
Doktor cuma bagi aku ubat antibiotik, ubat demam dan ubat 'sejuk' pun ada?!

Pertama kali aku dapat ubat 'sejuk' ni.
Dah demam, memanglah akan terasa seram sejuk je badan kan..?
Tapi boleh pulak doktor tu bagi ubat macam tu.
Malas aku nak Google fungsi sebenar ubat tu.

Petang semalam, apabila demam panas dah kebah, bersambung pula dengan demam selsema.
Haishhh...
Malasnya aku nak pergi klinik lagi.
Aku datang je kerja hari ni macam biasa.
Duduk kat rumah sesorang pun bosan juga.
Sudahlah internet tak ada.
Laaaagii aku bosan.

Kenapa aku asyik demam je niiiii...??
Tak cukup rehat ke?
Badan overlimit kerja ke?
Dugaan untuk aku di bulan puasa tahun ni.
Berpuasa dalam keadaan kurang sihat...
Semoga menghapuskan segala dosa dosa kecil aku selama ni...
Aminnn...

MODE : Nampak gaya aku kena pergi klinik lagi hari ni..mintak reference letter ke hospital sebelum orang kat umah aku tu membebel sepanjang masa....huhuhu

Tuesday, 7 August 2012

HARI PUASA KE-18 : Asyik demam...



ASSALAMU'ALAIKUM

Dah masuk puasa yang ke 18 pun hari ni.
Macam kejap sangat je dah masuk fasa hujung bulan Ramadhan.

Dah masuk kali ketiga jugak aku rasa aku asyik demam.
Haishh...on off je demam aku ni pun.
Pergi klinik, doktor cakap tak ada apa apa.
Cuma demam tonsil.
Lepas makan ubat dan antibiotik, Alhamdulillah dah kebah.

Ini demam balik??
Ya Allah, dugaan betul rasa. Sebab badan terasa sangat penat.
Lenguh sana sini.
Hmmm...mungkin aku terlalu banyak fikir dan kurang rehat kot.
Sejak dua menjak ni memang aku terasa macam aku overwork
Overwork apa??
Hmmm...macam macam...
Mungkin aku terlalu nak semua benda selesai dalam satu masa.
Semua benda aku nak pulun siapkan..
Sampai tak sedar yang badan sendiri dah overlimit.

Ya Allah Ya Tuhanku...Kau berikanlah aku kekuatan dan kesihatan.
Banyak lagi urusan yang belum selesai.
Aku kena sentiasa sihat.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Wednesday, 1 August 2012

HARI PUASA KE-12 : Rencah Blog


ASSALAMU'ALAIKUM

Dah nak setengah bulan dah kita berpuasa kan?
Sejak dua menjak ni rajin jugak lah aku buka blog. Blog aku sendiri aku baca, blog orang lain pun aku baca.

Kebanyakan blog yang aku follow selama ni, ada yang berkisarkan soal hidup, soal pengalaman, dan ada juga yang dah macam diari. Semua benda dia upload as an entry dalam blog dia. Hmm aku kategori yang mana satu ek? Hehehe..

Ada juga blog pasal hasil karya dia terutama sekali karya seni yang dipanggil doodles
Bukan saja doodles, tapi hasil seni lukisan tangan pun ada.

Tak ketinggalan blog yang paling banyak dan mudah untuk mendapat trafik ialah blog masakan atau resipi. 



Masing masing cara, pelbagai rencah blog ada. 
Mesti korang pun tau makin bertambah tambah blog sekarang kan?
Entri aku kali ni cuma sekadar isi masa lapang setelah siapkan kerja di pejabat ni dengan niat nak kongsi beberapa blog yang aku fikir menarik untuk mencuci mata dan membuka minda serta menambah ilmu.

Aku tak dapat apa apa komisyen pun tau tolong promote ni...
Hehehe...
Cuma suka suka menambahkan entri dalam blog aku sendiri.
Kalau aku membantu korang jumpa blog yang best untuk korang singgah, Alhamdulillah..
Dapat jugaklah pahala memudahkan korang...

Ini antara blog masakan yang aku sering juga berkunjung untuk dapatkan idea menu harian aku (aicehhh..sembang kencang! haha)...





Link dua teratas mungkin ada di antara kalian pernah berkunjung tapi link dua terbawah aku baru sahaja jumpa baru baru ni ,juga sangat sangat menarik.
Sebabnyaa...
empunya blog blog ini menetap di luar negeri dan resipi resipinya menarik perhatian aku untuk layan sama. Haha. 
Empunya blog BlogResipi.com menetap di Kuopio, Finland.
Manakala empunya blog HaNa's FamiLy pula menetap di Jepun.

Menarik kan menarik kannn? Hehehe
Bukan saja blog berkongsi resipi tapi juga blog kisah hidup dorang di perantauan.
Mode: Berangan nak pergi luar negara...wink wink!! 


Haaa dua link atas ni pula just an ordinary blogs tapi aku suka baca entri dorang.
Hati Hitam - Cuci Putih Bersih adalah blog dalam bahasa Inggeris tapi mudah untuk difahami.
Berkongsi her selfish thoughts seperti yang dia pernah mentioned  dalam blog dia.
Realiti KONSPIRASI pula blog yang menceritakan kisah hidup dia sebagai pelajar di perantauan jauh di Jepun.

Last but not least, 
blog terakhir yang aku nak kongsi kali ni ialah

SHAMEEL ISKANDAR


Blog Shameel berkisar pasal pendapat dia mengenai persekitaran semasa.
Tidak kiralah samada politik, budaya atau pun any sensitive issues, aku suka cara dia mengulas dan berfikir. Mungkin biasa bagi korang tapi sekali lagi aku ingin tekankan di sini, sekadar berkongsi blog apa yang sering aku layan.

Haihh tak taulah kenapa aku suka sangat baca entri blog dorang ni..
Ini antara blog blog yang aku suka ketuk ketuk pintu dorang...
Kalau ada sesiapa yang juga rasa blog dorang menarik, kira samalah kita ye.
Simple tapi ada something yang bukan saja buatkan kita senang untuk membaca, tapi senang untuk follow setiap perkembangan dorang juga.

Ucapan penutup, teruskan berblog, teruskan berkarya, dan teruskan berkongsi pendapat melalui blog masing masing.
Kepada all my favourite blogs, jangan biar aku tunggu lama untuk entri terbaru :)

Happy blogging!!

MODE : Cita cita nak sambung belajar sampai luar negara tak kesampaian :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...