Recent Posts

Search This Blog

Monday 21 February 2011

AKU PUNYA ABA YANG SENGET CAM AKU JUGAK!

Assalamu'alaikum...

Selamat petang semua....sihat kah? Dah petang petang ni aku dah bosan mengadap keja aku walaupun aku tau hari ni tak banyak sangat keja yang aku settlekan...pegi meeting ja.
Apa lagi teringat satu cerita nak kongsi....kejadian ni berlaku petang semalam. Tapi hari ni aku buat status pada YM aku. Wahhh banyak betul sambutan...Hahahaha so timbul idea untuk aku share kat blog aku pulak.
Nak tau kejadian apa? Haa tengok tajuk entri agak agak tau tak apa dia? Yesss...watak utama dia of course lah aku dengan Aba aku! Kekeke...tak ada orang lain kalau dah kepala sengal sengal ubi ni kalau tak aku dengan Aba aku.

Petang semalam aku call Aba aku. 

Aku: 
"Assalamu'alaikum...Aba...buat apa tu?"

Aba: 
"Wa'alaikumussalam...Aba dok potong dahan pokok mempelam tu haa...tepi mesin basuh tuu..." (sambil   suara cungap cungap sikit)

Aku:
"Lohhhh larat ka tuu....benti benti pi la tengoh! Satgi kaki bengkak pulak lagii...ishhh"

Aba:
"Haaaa nak buat lagu manaaa...tak dak orang tulongg..."

Aku:
"Ishhhh....dah dah la tuu....penat satgiii...makan apa dah ni? Mak ada? Abang Pin tak dak ka? Abang Nizam? Mintak la depa tulong samaa.."

Aba:
"Tak makan apa pun lagi aihhhhh....adoii tak larat la nii...kaki bengkak dah...dok buat buat keja penat..lapaq ayaq...minum..pastu kaki bengkak...Mak tak dok...Mak pi koloh (sekolah bagi siapa siapa yang tak tau bahasa utagha..kekeke)! Abang Pin pun baru balik dari koloh...Abang Nizam pun petang maren (kelmarin = semalam) ja dia tolong tolak dahan dahan pi tempat sampah nak bakaq. Adik bila nak balik sini mai tulong Aba niii...tak larat la dik oiii...Aba bayaq gaji mau? Gaji sama la dengan gaji adik la ni kat sana tu....haaa tak yah sewa rumah mahai mahai macam kat Kolumpo nu...mau mau?"

Aku:
"Hahahahahahaha Aba ni biaq betoii!..."

Aba:
"Aba sungguh niiii...(dengan nada serius)...Aba bagi gaji...sungguh ni aih..Adik tulong la potong dahan dahan tu...kemas laman belakang umah tu..kemas umah...masak makan Aba dengan Tok...semua semua lah...bukan teruk pun keja...Aba bagi gaji laaa...tapi.."

Aku:
"Hahahaha..adehhh Aba nii...dah dah la tu benti benti...satgi penat pulak tuu....ishh ketegaq nya laaa Aba nii"

Aba:
"Hehehehe....orang nak mai buat bumbung tak bapa hari dah...satgi kelam kabut Aba sorang sorang dok angkat itu ini...sekaligus...mau dak ni? Aba bagi gaji...sama macam gaji Adik la ni..tapi bilik tidoq Adik tu Adik bayaq la sewa kat Abah....Hahahahahahaha"

Aku:
"Hahahahahahaahahahahahahahahaha Abaaaaaaa..!! Mana aciii!" (tiba tiba rasa macam dunia ni freeze kejap bila dengo Aba aku cakap macam tu...berdarah hidung! haha) 


Aba:
"Lohhh tak aci apanya pulokk...Adik bukan buat keja apa sangat pun....gaji besaq Aba bagi...haaa bayaq la kat Aba! Wahahahaha"

Haaaa gitulah serba sedikit perbualan antara aku dengan Aba aku petang semalam. Aku tak larat nak gelak dengan keletah Aba aku tu...Dia mula la tu bosan bosan...sunyi sunyi tak ada kawan kat rumah....
Sian Aba aku...awal bulan 4 nanti dia nak kena operation. Walaupun cuma minor operation tapi aku Along dan Akak ipar aku tetap bimbangkan kesihatan dia. InsyaAllah ramai ramai kami akan balik teman Aba ye.

Operation apa? Aba kena buat AVS. Aku tak ingat short term untuk apa. Korang Google la ye. Pembedahan tu untuk buat saluran keluar masuk masa proses hemodialisis nanti. Hemodialisis tu apa? Haaa senang cerita...cuci darah lah sebab buah pinggang Aba ada masalah. Dah tak boleh nak tapis toksin toksin badan dengan sempurna. Tu sebab lah kaki dia selalu bengkak...air kena kurang...semua semua lah kena pantang. Dah kurus sikit Aba aku sekarang. Yelah makan pun dah tak sedap mulut kan.

Apa apa pun doakan sama kesihatan Aba aku ye ^_^ Jumpa lagiii!!
Adik dan Along semua sayangkan Aba!

KISAH CINTA NABI ADAM A.S YANG SUNGGUH ROMANTIS

Assalamu'alaikum..

Tiba tiba aku teringat petikan yang aku baru baca petang semalam di Berita Harian Online yang di-post pada 29 November 2009, aku teringin nak berkongsi dengan semua kat sini. Boleh tak? Aku rasa kita perlu ambil iktibar...dan perlu ambil tau akan kisah cinta Nabi kita. Tak salah kan? ^_^ Sesuai untuk mana mana yang sudah berkahwin atau pun belum berkahwin.
Dan aku pasti mesti ramai lagi di luar sana tak tau kisah cinta Nabi Adam kita ni.

Semoga cerita ini boleh menjadi halwa pemanis mata dan hati semua pada pagi ni. Selamat membaca ^_^ Tapi kalau ada yang rasa malas nak baca sebab tengok panjang sangat...terpulanglah. Aku tak paksa. Mintak mahap awal awal sebab aku tak akan summarized kan cerita cerita yang terang terang bukan dari aku. Entri ni sekadar ingin berkongsi. Ilmu yang betul betul mana ada jalan singkat. Renung renungkan...Selamat beramal! Hikhikhik

Kita hidup kerana-Nya melalui satu ‘peristiwa’ yg sama…

“Syurga yang serba nikmat…Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan…bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

P/S: Menjadi lumrah manusia perlukan teman. Tu sebablah Allah SWT jadikan manusia itu berpasangan. Yang pegi caik teman sejenis tu kenapeee....? Jangan la salah paham bila dah dijadikan berteman nak berteman yang sama jenis pulak. Huuu~ Wallahu'alam. 


Hawa diciptakan

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.

Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata Kun! maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

P/S: Untuk kaum Hawa, fahamilah bahawa kita ni dijadikan dari tulang rusuk kiri kaum Adam. Memang kita tak boleh dipisahkan dan saling melengkapi. Jangan lah yang kaum Hawa dok merendah rendahkan kaum Adam walau setinggi mana pun korang...begitu jugak lah sebaliknya untuk kaum Adam, janganlah memandang rendah kami kaum Hawa...saling bertolak ansur dan saling memahami. Insap pulak aku baca part ni. Nasihat untuk diri aku jugak nih!

Pertemuan Adam dan Hawa

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.

Adam terjaga….! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.

Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.

Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.

P/S: Di manakah sifat malu kaum Hawa zaman sekarang? Uhuk uhuk terbatuk aku.. 


Adam terpikat

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini? Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
Aku Hawa, sambutnya ramah. Aku dari Pencipta! suaranya tertegun seketika. Aku….aku.. ..aku, dijadikan untukmu! tekanan suaranya menyakinkan.

Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa….tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.

Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: Aku….aku.. ..aku, dijadikan untukmu! Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: Kekasihku, ke marilah engkau! Suaranya halus, penuh kemesraan.

Aku malu! balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.

Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini! Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.

Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik malu terselit rasa mahu. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
Hai Adam….tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!.

Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.

P/S: Haa part ni lah yang dikatakan...bak kata pepatah...jangan perigi mencari timba...tapi sebaliknya...biarlah timba yang mencari perigi...tak gitu kawan kawan? Kekeke... 


Perkahwinan Adam dan Hawa

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon Syajarah Thuba, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!

P/S: Part ni aku suka! Wahaha...Aku tak nak komen banyak. Apa aku nak tulis kat sini...yang mana mana belum tawen tapi dah ada pasangan masing masing...CEPAT CEPAT LA TAWENN! Hikhikhik


Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
Mana mahar? tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.

P/S: Yang niii...haa sefaham aku kiranya majlis perkahwinan biarlah dikoba kobakan pada orang ramai untuk mengelakkan fitnah.. 

Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?.

Bukan! kata Tuhan.

Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya? tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

Bukan! tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!.

Allah SWT. berfirman: Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat- Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!. Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu, perintah Allah, dan dapatlah ia sebagai isterimu!.

Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim.

(Al-Araaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

(Al-Baqarah: 38)

P/S: Untuk kaum Adam...mahar atau mas kahwin...jangan lupa ye! Kalau tak tido luar la korang..wakakakaka..


Andai ada kata kata salah dari aku...mohon mahap dan mintak perbetulkan...sesungguhnya yang baik itu semua dari DIA...yang buruk tu dari aku sendiri. Wallahu'alam.

Sehingga bertemu lagiii.....di lain entri. Dah macam channel tebisyen pulak. Kekeke... 

Operasi Mencari Templet Baru

Assalamu'alaikum...

Selamat pagiiiii...syukur Alhamdulillah pada Allah Taala kerana aku masih bernafas..bangun pagi ni walaupun semalaman aku tak boleh tidur. Asyik terjaga ja. Tapi Alhamdulillah bangun pagi ni tak ada la rasa simptom simptom zombie. Kekekeke...

Aku dok mencari template yang sesuai dengan blog aku. Tapi tidak ketemu sih! Buat masa sekarang ni, aku pakai je lah yang ni dulu sementara aku habis belajar buat template sendiri. Kenapa tak ambil template free dalam website ja? Hohhh...merata aku cari kot!! Semua macam ada saja yang tak kena dengan mata aku ni. Bosan betul! Seharian kot aku dok mengadap benda alah ni...Asyik asyik jumpa yang gelap je. Asyik gelap je kan? Nanti ada orang tu bosan! Opppss...kekeke...Hmmm...

Rasa macam tak sesuai pulak dengan tajuk blog aku. Nak letak template lembu tapi kebanyakan semua macam kanak kanak sangat. At least kalau cute tahan la jugak lagi. Sooo...buat masa ni pakai je lah template sekarang ni kaaannn...simple je! Aku suka tapiii kalau tambah gambo sikit kat atas tu haaa PERFECT la kot! Kekeke...

Takpe takpe...bio aku habiskan belajar dulu. Adobe Photoshop aku tak jumpa lagi yang portable. Ada sebenarnya sebelum ni tapi aku baru je format lappy aku. Ter-miss backup hameeekkk!! Bila caik semula dah tak compatible pulak. Tak tau kenapa. Padahal orang lain boleh ja. Nanti lah aku pelan pelan caik lagi. 

Sehingga bertemu kembaliii...As Salam ^_^ 

Sunday 20 February 2011

SEBALIK PERKATAAN 'SALAM'

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kalau tak silap aku semalam aku terbaca satu artikel dari wall Facebook seorang member aku nih yang bertajuk jangan guna perkataan 'SALAM'.

Setahu aku pernah dulu timbul isu berkenaan perkataan 'SAMEKOM', 'AKUM' dan macam macam lagi lah then  baru lah timbulnya isu semua tak mahu guna perkataan tu lagi tapi diganti dengan perkataan 'SALAM'.
Tapi semalam aku dapat tau..perkataan 'SALAM' pun tak boleh. Aku tertarik betul nak tau hal sebenar benarnya. Aku pun klik la link dia dan apa aku dapat adalah seperti yang aku attachkan sekali di bawah ni.

Harap info ni boleh membantu korang jugak di luar sana sebagai sesuatu yang baru yang perlu kita ambil tahu dan dititikberatkan. Kadang kadang kita tak tau pun apa yang kita ucapkan seharian. Honestly, aku bagi tau awal awal ye...aku ambik petikan artikel ni dari page member aku jugak. Mungkin dia pun ambik dari orang lain. Yang pastinya bukan originally dari aku. Kang tak pasal aku kena tuduh plagiarisme pulak. Haha..selamat membaca dan menambah ilmu...^_^



JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"


بِسْــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم


اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".


Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


baik gunakan...ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...


Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.


Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”


Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”


dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,


saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.


Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;


“WAALAI KUM SALAM”


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata


“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…


Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.


Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.


Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.


Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.


* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”


* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.


* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”


P/S: Semoga sama sama manfaat dan khabar khabarkan lah pada saudara Islam kita yang lain juga ye ^_^ Wallahu'alam. Semoga Allah SWT ampunkan aku...kalau aku salah harap korang lah tego tego yee..InsyaAllah sama sama menasihati...
As Salam.....hingga bertemu kembaliii..

Tuesday 15 February 2011

'Hanazakari no Kimitachi e'


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Bukan main panjang lebar lagi aku bagi salam dalam entri aku untuk hari ni....

Dalam entri aku kali ni ada sedikit perbezaan yang mungkin tak begitu penting untuk korang...tapi aku nak jugak bagi tau perbezaan tu..aku pedulik hape kan! Bak kata orang orang di 'Kolumpo' ni...
Perasan tak entri aku kali ni, aku mula kan dengan menge-paste gambar dulu baru aku berentri...?
Gambar tu sebagai mukadimah entri aku kali ni...soalan pertama yang aku nak ajukan pada semua...pernahkah anda menonton movie ni??

(3 watak utama)
Bagi yang gila bayang Japanese dan Korean movies macam aku, tak mustahil pernah tengok cerita ni kan? Yes! Sangat best! Walaupun kadang kadang akan terasa jalan cerita dia sangat bongok! Tapi bongok bongok pun...tergelak jugak aku sorang sorang. Meh aku share sikit mengenai movie ni dengan siapa siapa yang tak pernah tengok tu...sikit je lah ye sebab aku rasa korang leh Google sendiri untuk tau lebih details.

(Chumil kan...? ^^)
Semua yang ada dalam gambar di atas tu, untuk pengetahuan korang...muka muka tu lah yang ada dalam cerita ni. Yelah sesetengah movies indah khabar dari rupa. Beriya letak gambar padahal yang ada dalam ceritanya tak semua pun seperti yang dikhabar khabarkan. Pendek kata cerita ni lebih kurang konsep dia sama dengan konsep filem Hindustan. Konsep 'beramai ramai'! Konsep 'beramai ramai' yang aku maksudkan disini adalah hampir semua scenes mesti ramai ramai terlibat sama. Kalau filem Hindustan tu kan suka nyanyi beramai ramai. Macam cerita ni pun sama. Aku letak sikit gambar gambar scenes dalam movies ni...

(Antara scenes secara beramai ramai....kekeke)
(Time Sano Izumi tengah mabok! Kekeke)
(Wahhh sangat comel! Hehe)
(Ashiya Mizuki!)
(Sano Izumi!)
Bagi yang tak pernah tengok cerita ni...perasan tak sorang yang tengah tu...sebenarnya dia la sorang budak perempuan yang menyamar jadi budak lelaki semata mata nak masuk dalam sekolah ni. Actually sekolah ni sekolah lelaki. Ohsaka Gakuen nama sekolah tu. Kenapa dia menyamar? Haaa aku ada carta nak dikongsi bersama dengan korang.

(Carta Hana Kimi)
Haaaa korang faham tak carta kat atas tu? Wahahaha..aku pun tak berapa faham tapi yang dah tengok cerita ni and yang ada kelebihan membaca tulisan katakana-kanji atau sewaktu dengannya mesti lagi faham dia tulis apa kat situ.

Aku tolong explain sikit sikit je lah ye. Sano Izumi kononnya pernah tercedera dalam satu pergaduhan di Amerika dulu semata mata nak tolong Ashiya Mizuki dari dicederakan oleh beberapa penjahat. Disebabkan tu lah, Ashiya Mizuki jadi serba salah disebabkan dia Sano Izumi dah tak boleh bersukan lompat tinggi lagi kerana dipercayai ligamen terkoyak.
So disebabkan rasa bersalah dia tu di samping rasa cinta dia pada Sano Izumi, dia sanggup datang Jepun, menyamar jadi pelajar lelaki dan masuk ke sekolah tu...siap duduk sebilik dengan Sano lagi. Kekekeke...

Apa dia? Tak ada yang tau ke dia perempuan? Huhuhu...teknik penyamaran yang agak berkesan pada mulanya semua orang tak perasan. Macam macam si Ashiya ni kena lalui. Cover baiiikkk punya! At last apa jadi? Alaaaaahh korang ni...aku bukan nak entri sinopsis cerita. Korang tengok sendiri laaa...

Apa yang aku ingin mengutarakan di sini ialah...aisehh...skema pulak ayat aku...cerita ni mengingatkan aku zaman aku belajar. Mula mula aku kenal kawan kawan...mula mula aku kenal how close we are antara satu sama lain sampai sanggup buat apa saja untuk kawan. Mungkin ada di luar sana tidak pernah kenal erti kawan sebenar....tak boleh nak salah kan dorang tak percaya dengan kawan sejati ni sebab mungkin dorang pernah lalui pengalaman kawan makan kawan. Aku pun pernah. Tapi Alhamdulillah masih ada kawan kawan aku yang tak pernah nak tikam belakang kawan sendiri. Senang sama senang...susah sama susah masa sama sama belajar sekali. Yang penting jaga batas batas hubungan persahabatan tu sendiri.

Entri aku kali ni dedicated to....
:: ZANA SUE WAN :: 
(kawan sekampus sekelas sebilik) 
  Sebab bantuan orang orang di atas ni jugak lah aku boleh GRAD!! 
Hahaha...TERIMA KASIH SEMUA
for being such a good friends to me... 

P/S: Aku sedar diri antara semua aku yang paling banyak repeat papers...wakakaka 

Monday 14 February 2011

SALAM MAULIDUR RASUL


Assalamu'alaikum...

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 

Selama ini siapakah yang kira rindui?
Ibu bapa?
Saudara mara?
Adik beradik?
Gepren?
Boipren?

Bagaimana dengan Nabi kita?

...Sama sama bersedekah Al-Fatihah kepada junjungan Nabi kita...
 ...Sama sama berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW...^_^ 
  

Friday 11 February 2011

Kesan Pergi Kursus di The Garden

Assalamu'alaikum

Semalam aku MALAS kan? And hopefully hari ni aku dah WAKE UP! But finally apa yang terjadi aku masih KETIDORAN!!! Wakakakaka...

Cuma aku dah celik sikit la...better la kaaannn...Hari ni opis aku berpindah ke The Garden bersebelah dengan Midvalley. Sooo...aku tak perlu pegi ke opis biasa aku hari ni. Pagi pagi aku keluar grab a cab tu pun aku keluar lambat dari biasa..."Encik, boleh bawak saya ke Robinson, Midvalley?" Hahaha marvellous lah kalau opis aku kat Robinson Midvalley tu kan?? Hari hari bangun pagi terasa macam tak sabar sabar nak pegi keja... HEAVEN SHOPPING tuuuu~!!!

Korang nak tau tak, apa aku buat kat situ?? Hehehe...Halo halo mentang mentang la tajuk entri aku MENGULOR hari ni...korang ingat aku mengulor ke?? Aku ada workshop kot!! Korang niiii cuba la think 'pozitip' sikiiittt..ni tak...asyik asyik 'negatip' je kalau pasal aku. Haishhh...korang nak bukti?? Ha nih bukti!

(Haaa kenape? Tak percaya ke?)
Haaaa tu aku ada bukti kot. Aku pegi sana atas urusan KERJA...diulang K.E.R.J.A KERJA cara sebutnya. Aku ada workshop dengan Oracle. Actually I have an invitation to join them to do some test drive on their new production using the Oracle BI 11g laaa....haaa kan dah terkeluar bahasa 'omputeh' rojak aku. Wakakaka. Aku pegi beramai ramai saja menyibukkan diri sebab bosan sangat dah asyik terperap ja dalam opis without going anywhere, feels like a half-pumpkin on my head and keep carrying it everywhere and everybody looking at me like a fool. Wakakaka. Boleh bayangkan tak muka aku ni ber-labu atas kepala? Sangat bongok! Hahaha.

Tak sampai sehari pun. Dari pagi sampai lunch hour lepas tu semua dah boleh balik. Tapi bukanlah balik rumah masing masing. Kena balik opis. Tapiii...sebelum balik opis. Of course la aku dan kakak kakak opis aku tu ambik kesempatan. 'Kamon' laaaa...kalau korang tempat aku entahkan lagi teruk dari aku ambik kesempatan dekat bos aku hari ni. Korang tau aku buat apa? Haaaa ni part KETIDORAN yang aku maksudkan tadi.

(Hehehe...)
(Halamak gambo tak cantik sangat laaa...)
(Hukhuk terpesona aku dengan bunga ni)
(Very nice peacock replica I ever seen!)
(Veeerryyy nice a vase of flowers!)
(Cantik kan konsep kedai dia?)
(Haa! Nah! Dok tenung tenung aku tolong beso kan! Kakaka)
Hahahaha cantik kan patung ni?? Aku pun tak tau kenapa aku snap gambar patung ni. Masa mula mula aku ternampak view ni aku rasa macam WOW! Hahaha...aku tak kisah dah kenal tinggal dek kakak kakak opis aku tu...ke sini lah aku berkejo CAPTURE!! Hahaha...kalau tengok depan depan lagi real!  Cantik!! Bukan sebab patung tu berbogel. Tapi cara owner kedai tu deko kedai dia menggunakan patung bogel sebagai daya tarikan. Hahaha..aku adalah salah sorang yang dah pun tertarik!


(Bunga lampu ke lampu bunga? Ke bukan lampu? Haha)
(Konsep bilik persalinan baru! Wahaha)
(Aku pun tak tau kenapa aku snap view ni...cam sweet! ^^)

Gambar yang atas ni pun aku snap tanpa sebab. Kali ni bukan sebab tertarik dengan konsep BOGEL nya...tetapi tertarik dengan konsep SWEET nya! Hehe..Trudy & Teddy. It sounds soOoo SWEET! Hehehe..

(Ni bukan kasut idaman aku tau...suka suka snap. Kekeke)
(Member lama aku ^^)
Apa dia?? Korang tak percaya ek gambar atas ni gambar member aku? Hahaha...dia ni sebenarnya tengah ura ura nak pegang watak Hantu Kak Limah Balik Rumah versi kedua..tapi Mamat Khalid tak jadik ambik sebab cantik sangat. Haha. Tak de lah. Aku saja buat lawak bongek! Ni gambar papan iklan salah satu kedai kat dalam The Garden tu haaa...aku tengok macam cantik je aku SNAP! Hehehe

SEKIAN ENTRI MENGULOR AKU KALI NI KE THE GARDEN!!


Thursday 10 February 2011

'BUS-SICK' Bukan 'HOMESICK'

Erghhhh...
Hari ni dah masuk hari keempat aku masuk opis...tapiii aku rasa semacam ja sejak sejak bercuti lama sempena Tahun Baru Cina minggu lepas...arghhhh!! Aku bawak balik penyakit pelik sekali ke KL ni dari Perlis? Adehh~ Penyakit apa? Haaa aku rasa korang pun sama kot pernah rasa penyakit ni...apa lagi M.A.L.A.S disebut dengan pronounciation MALAS!!

Seriously aku rasa nak mengadap tasks aku tak ada mood langsung! Muka seposen ja..Entah entah kurang dari seposen dah kot. Aku tak tau la kenapa aku rasa macam ni..Bukannya tak pernah balik kampung bercuti lama lama...sebelum ni elok ja...Aku rasa aku bukan malas apa pun ni..BUS-SICK kot nih! Haisshh...

Aku balik sini 6hb Februari 2011 bas gerak dalam jam 10 pagi. Macam biasalah Mak Abah aku hantar kat stesen. Sepatutnya jam 6-7 petang aku da sampai tapii...nak dijadikan cerita..aku sampai jam 2 pagi!!! 14jam aku dalam bas!!! Agak agak tu kalau nak ikutkan 14 jam tu aku dah boleh sampai Singapore dah tau. Dah rasa macam duduk dalam beg travel! MasyaALLAH...aku tak tau la nak cakap keadaan highway hari tu...tak kisah lah sama ada dari Utara ke Selatan atau pun dari Selatan ke Utara...dua dua hala sama ja..JAMMED!!! Dari 3 lanes...masa tu jadi 5 lanes! Tak kisah lah jalan lama ataupun jalan baru highway tu sama ja. Aku rasa time cuti Hari Raya Puasa pun tak se-jammed nih. Yelah..time Hari Raya Puasa mana ada  Chinese nak sibuk sibuk balik sama. Time Cina raya, Melayu siiiiibukkk nak balik sama. Hahahaha..Cuba bayangkan la..nasib lee aku tak ada camera nak snap time tu..kalau tak leh jugak aku upload masuk sini...  

Aku rasa mesti aku BUS-SICK tak habis lagi ni tu sebab rasa macam lemau je badan aku ni masuk opis. Starting from last Monday, aku masuk opis check emails, blogging, tasks haram tak jalan langsung. Hari ni masuk kena SEPOK dengan BONDA baru la terasa macam celik sikit mata aku...

HARAP HARAP BESOK AKU DAH WAKE UP!!!! 

Wednesday 9 February 2011

Jalan Cari Makan di Medan Selera Kuala Perlis

Assalamu'alaikum

Selamat pagi semua. Pagi pagi aku dah bukak blog hari ni ek...mesti semua fikir aku buang tebiat..tapi kira ok la kan sekarang dah pun jam 8:24AM kalau nak ikutkan jam lappy aku ni. Aku pasti masih ramai di luar sana yang lagi teruk buang tebiat berblog tengah pagi buta sambil ber-Facebook. Tak tau mengantok kot. Hehehehe...

Seperti yang dijanjikan, dalam entri sebelum ni aku ada cakap banyak cerita nak dikongsi kan? Sekarang meh aku cerita pasal cerita kedua aku pulak pada tarikh yang sama dengan hari persandingan kawan baik aku tu.

Petang dalam jam 5:30PM 5hb Februari 2011, aku dan Sue gerak dari rumah pergi ke Kuala Perlis. Buat apa pegi sana? Haaaa....aku dan Sue ada makan besar dengan Zana, Zaida, Nadia (adik Zana) dengan Siti (adik Zaida) Hahahaha...

Padahal masa Zana datang umah aku selepas balik dari majlis Wan, dia cakap dah nak berangkat balik Pulau Pinang. Sekali dia SMS Sue ajak lepak Kuala Perlis. Hampeh tul minah nih! Aku dengan Sue on ja lah dah ada orang nak belanja kan. Kekeke...Alhamdulillah murah rezeki hang Zana oiii...

Apa? Gambar? Aisshhh mesti la ada gambar kami sempat snap walaupun tak banyak tapi cukup bermakna buat kami bertiga. Meh aku kongsi sikit time kami siap sedia nak membaham makanan.

(Antara menu yang diorder...Nyum nyum!) 
(Ekor ikan masak sambal belacan, ketam masak serai kuning kot! Kekeke)

(Tomyam sayo, kepala ikan masak sweetsour)
Masa aku dan Sue sampai, Zana Zaida dan adik adik dah siap order dah makanan masa tu. Hahaha nampak sangat aku dengan Sue sampai lewat.

Aku tak pasti ikan apa yang Zana order rasa rasa macam ikan siakap. Sedap! Manis! Bahagian kepala ikan, kami order masak sweetsour, bahagian ekor buat masak pedas. Tomyam sayur tapiiii.. ada jugak diletaknya potongan ayam. Ketam 3 ekor dibelah 2 jadik enam potong semuanya, so sorang 2 potong dapat...wahahaha...air? air fresh orange leee...untuk first round la...second round kami pesan  limau ais pulak..sebab rasa macam tak cukup ja air. Apa apa pun semuanya sedaaaaappp...! Apa? Dekat mana kami makan ni? Haa sebentar ya...tunggu aku habis membebel pasal makan ni..Kekekeke..Next menu is....

(Udang lipan bako! Kita bako...kita bako..haha) 

Haaaa cerita pasal udang lipan, kalau korang nak tau...ni la first time aku try makan udang ni. Sebelum ni aku pernah tengok jual mentah kat pasar basah ja...masa ni memang dah depan mata aku siap dibakar sedia untuk dimakan. Orang cakap sedap. Zana, Zaida...Nadia adik Zana pun cakap sedap! Nadia cakap kalau ada otak lagi sedap...Hahaha aku fikir, bukan ke semua makhluk Tuhan ada otak? Tapi hentam ja laaa..Janji rezeki aku hari tu nak merasa udang lipan.

Bagi aku dengan Sue memang kami jakun sikit la nak makan menatang nih! Hahaha...Zana dengan yang lain lain dah biasa..

"Apa dia Farah? Sue? Ampa tak pernah makan udang ni?? Hahaha apa daaa...Kami anak nelayaaannn...selalu makan..Sedap sedap!"
Bukan soal anak nelayan ke tak Zana....isunya di sini ialah...kami tak pernah makan. Tak ada siapa pun dalam keluarga kami makan udang ni selain udang biasa yang tak macam lipan tu...Hahahaha...Anyway terima kasih untuk Zana sebab memperkenalkan udang ni pada aku dan Sue ^^

(Nampak macam banyak sangat pulak makanan kami...hahaha)
(Gambo sebelum Zana makan...Hahaha)
Ni gambar Zana sebelum kami mula membaham makanan makanan tuh...kemain lagi dia senyum sampai ke hujung jari! Hahahaha..Zana dah slim sekarang tau...makin comey lotey. Sama la dengan Sue. Hehehehe. Bab bergaya toksah cakap la...dua dua sama ja kuat melaram! Dengan make up nya...dressing nya...wahh! Hebat kawan kawan aku sekarang..
(Zaida Zana Siti~PEACE!! hehe)

(Aku di tengah..Nadia dikiri...Sue dikanan...Kekeke)
Haaaa ada jugak rupanya gambar aku! hahaha...baru ingat nak majok dengan kawan kawan aku ni...kemain ek bergambar sampai gambar aku nak lupa pulak...nasib ada jugak walaupun sekeping..wahahaha..

RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA:
:: ZANA ZAIDA::
:: NADIA SITI ::
:: SUE ::

LOKASI:

MEDAN SELERA depan HOTEL BRASMANA, KUALA PERLIS

Monday 7 February 2011

'Babysitter Course'

Assalamu'alaikum...

Mesti semua tertanya tanya tajuk entri aku tu kan? Ada ke? Mesti la adaaa...Tak percaya ek? Betuuull...aku tak tipu! Hehehe..Test ni tak selalu ada. Bagi siapa siapa yang berminat nak ambik..kot kot lah tergerak hati tu nak tambah softskill sebelum tawen...haa sangat sangat digalakkan take this test. Simple test je. Mudah...Cepat...Berkesan! Yang paling penting hanya PERCUMA! Tiada bayaran pendaftaran..atau pun yuran test tu sendiri pun tak ada. FREE OF CHARGE! Kekeke...kat mana? Haa contact aku. Haha..Aku dah ambik 2 hari semalam nih...5hb-6hb Februari 2011.

Aku kena jaga anak sedara aku beno benonyee...hahaha...ada rasa macam nak lempang aku tak?
Akak ipar aku kena pegi berniaga kat UM sempena Karnival Kanak Kanak. Along aku pulak keja shift malam sampai pagi. Mesti la balik keja macam zombie kan? Kesian dia. So aku pun dengan rasa senang hatinya tolonglah jenguk jengukkan si Muadz Firas, anak sedara aku niii...first time aku nak keja jenguk jenguk kan Muadz tanpa bantuan Akak atau Along aku. Hehe.

Pagi pagi Along hantar Akak pegi UM. Muadz tak bangun lagi. Comeynye laaa aku tengok dia tido. Aku pun terasa comey nye la jugak time bangun tido tu sebab aku tido dengan Muadz malam tu atas katil. Hahahaha ada rasa menyampah tak dengan ayat aku tu? Rasa macam anak sendiri pulak.

Aku kena mandikan Muadz...pakaikan baju Muadz....tuko lampin. Hehehe seriyes first time rasa macam AKU DAH ADA ANAK SENDIRI! wakakaka...tak pa lah anak sedara pun macam anak sendiri jugak kan. Kekeke...hari tu dia behave. Tak banyak perangai. Kalau merengek pun mintak 'tutu' (susu) je. Tak pun sebab dia lapar. Akak ipar aku dah siapkan makanan letak dalam thermos sebelum dia keluar berniaga. Aku tolong suapkan je lah. Hehehe..Lepas mamam...mintak 'tutu'..lepas tu popok popok...ketiduran lah beliau. Hehehe...comeynyeeee anak sedara haku nihhh!!


Ada sekali tu kan...Alhamdulillah bahagia nya rasa bila aku ada terjaga satu malam tu...tangan kecil dia ada kat pipi aku. Uwaaaaa sangat terharu! Walaupun berkemungkinan besar aku tau dia tak sengaja letak tangan dia kat pipi aku. Tapi aku rasa tersentuh! Sob sob sob. Mesti korang ada rasa cam nak termuntah hijau kan? Haha.

Tiba tiba rasa rindu sangat pulak kat Si Tetik tuu..hukhukhuk nasib la tak jauh sangat. Kat Bangi tu je ha. Bila bila aku rasa nak pegi pun boleh je pegi...Tapi kadang kadang disebabkan aku kerja...Tak boleh la Moksu nak datang tengok Tetik selalu ye ^_^

Nak tengok tak gambo comey anak sedara aku? Punya baik landing kat perut Aba dia sambil makan biskut.

(Comey macam aku kan? Hee~)
Maka diumumkan semalam 6 Februari 2011 aku dah dapat lesen untuk jadi babysitter. Oyeahhh!! Makaceh kaakkk sebab percaya adik ipar mu yang senget ni tengok tengok kan Muadz. Lepas ni kalau ada perlukan babysitter ni lagi...gimme'a call or text me ok! Hahaha...

Makaceh jugak pada Tetik sebab cako muka Moksu..hahaha..basuh je muka tau tau rasa pedih! Haa sah Tetik tadi nii aku kaco dia minum susu...sekali kau...gegegege~ tapi tak apalaahh...Moksu cayang Muadz!! Muahhhh....hehehe


Sampai bertemu kembaliiiiiiiiiiiiiiiiiii.....As Salam! ^^ 

Bunyi Kompang!

Assalamu'alaikum

Bertemu kembali aku dengan blog aku selepas seminggu bercuti sempena Tahun Baru Cina.Rindunya aku nak berblog sebab aku rasa percutianku kali ni macam-macam cerita aku nak kongsi...hehehe...
Cerita yang mana ye aku nak mulakan dulu...hmmmm.

Apa kata aku mulakan dengan cerita bertarikh 5 Februari 2011 Sabtu lepas. Dari tajuk entri aku tu tak kan la tak dapat teka lagiii...hehehe...yessssss...!! betul! Aku nak cerita pasal hari bahagia salah seorang teman baikku sejak di kampus sampai sekarang.

Seawal jam 10 pagi aku dah gerak ke kampung Titi Serong, Kuala Perlis, ke rumah teman baikku tu. Kononnya aku ni pengapit pengantin perempuan..tu yang gerak awal sebab manalah tau ada apa-apa nak ditolong. Hehehe..Lebih kurang 30minit kemudian aku tiba di rumah pengantin sejurus memberi salam pada ayah pengantin terus aku dan Sue (seorang lagi teman baikku sejak dari kampus) masuk ke bilik pengantin. Wahhhh!! Cantiknya kawan aku! Hehehe...

(Wan Noormaziah Mahmad)

Ni lah teman baik aku yang aku maksudkan tadi. Hehehehe cantik kan?

(Bunga Tangan Pengantin)


(Pintu masuk rumah pengantin perempuan)

Dalam jam 11 pagi rombongan pihak pengantin lelaki sampai ke rumah pengantin perempuan untuk dibawa terus ke masjid berdekatan di mana majlis akad nikah akan berlangsung di sana. Wan tetap kelihatan tenang walaupun kami semua tau hari itu adalah hari paling mendebarkan semua orang nak nak lagi pengantin.


(Cakk! Hee~ Saat debaran)

Wan sempat tersenyum sementara tunggu tok kadi siap siap untuk teruskan majlis akad nikah. Majlis akad nikah berlangsung di gazebo luar masjid. Keadaan tenang pagi tu pun tak mampu nak tenangkan hati Kodin (husband Wan) kot masa tu. Hee~



(Wan berdebar debar menanti....)

(Saat jari manis sang puteri disarungkan cincin oleh sang putera...)


"Aku terima nikah Wan Noor Maziah Binti Mahmad dengan mas kahwinnya sebanyak RM......tunai"

dengan satu lafaz Kodin selamat melafazkan akad nikahnya pada pagi tu. Alhamdulillah walaupun kami hanya sebagai saksi hari bahagia kedua mempelai tu....kami turut sama terasa debaran (terutamanya aku dengan Sue lebih dari Wan plak excited nya. Kekeke) dan syukur semuanya telah pun selamat ^^


(Saat dahi seorang isteri dikucup seorang suami..Uhhh~!)


Uhhh...bahagianya rasa masa ni....hehehe ehh bukan untuk aku ye...untuk kawan aku sorang ni....Alhamdulillah semuanya dah selamat dan aku tumpang gembira untuk Wan dan Kodin.


(Album mas kahwin buat isteri tercinta)

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh seorang suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ".
( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi." ( Riwayat Bukhari )


Wan cuba bukak dalam tu tah tah Kodin letak gambar dia ja masa zaman muda muda...bukannya dia letak mas kahwin...Hahahaha firestone pulak aku tiba tiba...aku guwo ja Wan Kodin...hehehehe 

(Sanding pengantin ~ duduknya sepasang kekasih nakhoda sebuah perkahwinan)

(Hantaran untuk si suami)

(Hantaran kedua mempelai)

(^^)

(Peuih tunangan orang...hahaha!)

(Sepatu si 'kecik' mula menapak!)

(Declaration: Husband and Wife!)


Alhamdulillah sempat jugak aku siapkan entri kali ni walaupun aku terasa macam nak demam....Huhuhu...

RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA

:: WAN DAN KODIN as PENGANTIN::
:: SUE as CAMERA GIRL::
:: ZANA as MINAH REMPIT PENAGA ::
:: PEUIH as THE CHOSEN (member laki sorang je yang datang) ::

Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat!
Didoakan panjang umo, dimurahkan rezeki, cepat cepat dapat baby yeee...^^

SEKIAN

Daisypath Friendship tickers