Recent Posts

Search This Blog

Monday 29 July 2013

Kasih dan Sayang Terhadap Anak




Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 21 kita berpuasa dan masuk hari ke 5 aku demam selsema. MasyaALLAH kalau dah demam selsema di bulan puasa ni bagi aku tersangatlah mencabar. Nak nak lagi ada anak kecil pula tu...
Alhamdulillah orang rumah sentiasa membantu. Kesian aku tengok dia terpaksa bangun malam susukan anak, mana nak jaga aku lagi.
Terima kasih banyak sangat dengan orang rumah. Tanpa dia, susah juga aku nak menguruskan semuanya sendiri.

Aku tahu ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku dan hikmahnya yang aku nampak sepanjang aku tak sihat ni, terbuka luas mata aku, tanpa kehadiran orang rumah di sisi pasti sukar aku nak menguruskan kerja rumah berseorangan. Alhamdulillah...

Dan aku sedar juga, dengan kehadiran si kecil, macam mana keletihan dan ketidakupayaan pun, aku akan tetap gagahkan diri, dengan kudrat yang ada, bangun untuk anak. Tak sampai hati dengar dia menangis, merengek minta perhatian untuk dibelai. Namun tetap terbatas kerana bimbang demam selsema aku ni menjangkiti anak kecil aku yang seorang tu...

Aku sentiasa mendoakan semoga anak ini sentiasa di bawah lindunganNya, jauhilah anak ini dari sebarang penyakit, membesar dengan sihat, pandai menjaga diri di tempat orang dan paling penting semoga menjadi anak yang berilmu dan beramal soleh, mentaati agamaMu Ya Allah dan menghormati kedua orang tuanya. InshaaALLAH ameen...

Tuesday 23 July 2013

Bulan Puasa 2013 ( 15 Ramadhan 1434H )




Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 15 kita berpuasa tahun ni...
Lagi 15 hari, Ramadhan akan meninggalkan kita lagi seperti tahun-tahun lepas dan syukurlah sebab masih diberi peluang untuk berjumpa dengan Ramadhan hampir 28 tahun dah (aku la ni...hehe) ...

Puasa tahun ni tiada yang beza sangat cuma yang istimewanya, tahun ni aku berpuasa 3 orang...si kecil dah keluar dan besok genap umur dia 3 bulan (ikut hari...kalau ikut tarikh lahir 27 haribulan baru genap umur dia 3 bulan). Alhamdulillah syukur sangat :)

Walaupun aku dengan orang rumah (maaf ye, memang nawaitu panggil 'orang rumah' dalam blog hehe) kadangkala terpaksa bergilir berbuka puasa, aku tetap bersyukur sebab diberi peluang untuk merasai semua tu tahun ni...sekurang kurangnya ada perubahan dari tahun sebelumnya...diharap setiap apa yang berlaku dalam bulan puasa kali ni, pasti ada hikmahnya yang mungkin aku tak nampak lagi masa sekarang tapi baik untuk aku di masa akan datang...InshaaALLAH :)

Semoga di bulan puasa kita tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dari segi ibadah, dari segi sikap dan dari segala segipun diharap lebih baik dari apa yang pernah kita lakukan sebelum ni...ameen :)

Tak banyak yang nak aku katakan di sini cuma aku ingin mengucapkan...

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA!
Daisypath Friendship tickers