Recent Posts

Search This Blog

Wednesday 29 June 2011

SALAM ISRAK MIKRAJ


assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah syukur kepada DIA kerana dengan izinNYA kita berkesempatan 'sampai' 26 Rejab 1432H bersamaan 29 Jun 2011 tahun ni.

Bagi negeri yang bercuti hari ni mesti alert dengan peristiwa Israk Mikraj jatuh pada hari ni. Kalau macam aku, hari ni adalah hari bekerja aku. Sampai office tengok kalendar baru sedar yang hari ni adalah hari berlakunya peristiwa Israk Mikraj. Astaghfirullahal'azim...teruk kan aku ni? Kononnya sibuk sangat bekerja sampai kurang alert dah dengan hari hari begini kalau nak dibandingkan dengan hari Maulidur Rasul dengan Maal Hijrah.

Jadikan iktibar lepas ni..jangan tunggu cuti baru nak alert! Haissshhh...

Malam ni sama ada di masjid atau surau mesti ramai imam imam berbicara pasal peristiwa Israk Mikraj kan?
Hmmm...
Boleh pulak aku selsema ambik MC hari ni...dugaan untuk aku hari ni...kerja tak boleh nak siapkan dan besok selamatlah aku mengadap mana mana kerja yang bertimbun timbun di office. Plus aku kena mengadap bos yang semestinya tanya bila kerja nak deliver? Hohoho...

Apa apa pun...
SALAM ISRAK MIKRAJ
semoga peristiwa Israk Mikraj ini dijadikan pengajaran kepada seluruh umat muslimin dan muslimat sepanjang hidup kita supaya menjalani kehidupan seorang mukmin yang lebih bermakna dan sentiasa diredhaiNYA.
Insya-ALLAH
Semoga ALLAH mengampuni kita dan DIA sentiasa bersama kita dalam menempuh segala apa jua dugaan sekali pun..
Ameen




Sunday 26 June 2011

SKETCH # 10 :: FINAL FANTASY


assalamu'alaikum...(tak jawap dosaa~)

Seperti yang dijanjikan pada Kak Emi minggu lepas...I've made my promise come true walaupun dah agak lewat aku post...Niat asal tu nak join Kak Emi lagi minggu ni sekali haa...da CLOSED! Tak tau pulak ada duedate tak perasan. Hehehe tapi tak apalah. Aku tetap nak post jugak sketch aku malam ni.

Macam tak berapa terang sangat pulak sketch aku kali ni. Boleh tak kalau aku nak salahkan scanner opis aku tu? Wahahahaha...udoh le guna opis punya...banyak kondem pulak ye? Wakakaka...

Till we meet again next week with my new sketch even I know no one is waiting for me onblog...
Hahaha...see yaaa!

Sunday 19 June 2011

SKETCH # 9 :: RIBBITT!!



assalamu'alaikum

Credit to Emila Yusof (Kak Emi) yang banyak inspire aku..
Tak sempat tunggu minggu depan...saya tak sabar nak join akak..hahaha
gelojoh tak?


Rules:
  1. Write a blog post about your sketch and later post your link below.
  2. Please post your sketch only. Sketch definition: a quick freehand drawing that is not a completed work.
  3. Give exact link of the sketch’s url.
  4. Copy and paste codes below to share the participant links in your blog post.

I don't care!
SKETCHY SUNDAY!!!
Hehehehe..
Here it is......RIBBITT!!

Saturday 18 June 2011

SKETCH # 8 :: DRYNESS


assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Aku tak dapat nak recall bila aku lukis sketch ni...mungkin masa aku lukis ni aku tengah dalam kekecewaan? 
Hehehehe...entahlah..aku langsung tak ingat...sebab dah terlalu lama skecth ni aku simpan dan baru ja teringat nak scan sejak sejak ada blog ni... 

What do you think?
hehehe...
Aku dah lama stop buat benda alah ni...kenapakah?
wuwuwuwu...
Patutnya berterusanlah baru dikatakan betul betul suka...
Kaaaannnn...?
InsyaAllah aku akan mula memegang pensel pensel ajaib aku semula...hehehehe


Friday 17 June 2011

Hari Diganti Hari


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Seminggu dua ni aku agak sibuk dengan hal lain sampaikan aku tak sempat langsung nak jenguk jengukkan jari aku di blog. Hari bersilih ganti dengan happy day...sad day...stress day..macam macam ada, asyik berulang ulang tanpa kita sedar. 

Kadang kadang aku sendiri tak sedar yang aku dah pun meningkat usia...aicehhh! Macam lah dah berusia sangat ye? :) Tapi memang tak muda lagi dah pun. Hehehehe...Macam baru semalam ja aku kayuh basikal tua arwah Wan aku kemain senget lagi badan sebab terlalu besar kalau nak dibandingkan saiz aku masa tu yang masih kanak kanak Blackcurrant. Hahaha...

Bak kata orang...apa yang dah lepas tu biarkan berlalu...jangan dikenang kenangkan lagi..tapi aku ni degil asyik nak kenang kenang...lepas tu mula la rasa miss sangat saat tu. Macam nak patah balik ja masa tu. Tapi mustahil la kan. Ko ingat ko Nobita ke nak rentas masa bersama Doraemon masuk dalam drawer lepas tu...tuptup da ke dunia lain. Toek ko la! Hahaha...Tak mungkin la dalam dunia nyata ni. 

Aku merasakan hari tu semakin hampir. Aku takut nak menghadapi hari tu. Aku bimbang aku tak boleh nak hadapinya dengan tenang. Dengan hati yang tabah. Dan aku khuatir sama ada aku boleh entah aku handle diri sendiri masa tu. Astaghfirullahal'azim. Kenapalah aku berfikiran macam tu? Seolah olah aku teragak agak dengan ketentuan Allah yang pasti.

Aku mohon ampun, mohon petunjuk. Tabahkan lah hati aku. Kuatkan lah pendirian aku. Teguhkanlah iman aku. Sejujurnya aku bimbang Ya Allah! Engkau bantulah hambaMU yang hina ni. 

Mesti korang tertanya tanya hari apa yang aku bimbangkan sangat tu kan? Hmmm hari yang pastinya semua orang akan lalui. Tak mengira masa, tak mengira waktu, tak mengira hari, tak mengira usia. Kadang kadang tak bagi signal apa pun. Kun Fayakun...maka berlakulah atas ketentuan Allah Yang Maha Esa.

Aku bukan berbicara soal kematian...tapi soal masa...masa yang semakin hampir. Entah kita sempat kejar atau kita yang ketinggalan. Nampak sama tapi ada perbezaannya. 

~Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Pengasih dan Penyayang~

Wednesday 15 June 2011

2 weeks already??

Assalamu'alaikum....

Wahhhhh dah masuk 2 minggu aku tak update blog...hukhuk...
Ke mana dikau pegi wahai pompuan?? Hahaha...
Dalam tak sedar...aku rasa macam baru je lagi aku tak on blog..
Terima kasih daun keladi kepada sesiapa yang setia menanti blog ni...hekhek ayat perasan..!
Mintak maaf banyak banyak walaupun aku tau tak ada sesiapa pun yang tunggu aku update..
Lately sibuk sikit...dengan kerja..dengan hal peribadi lagi..hmmm...
Tak terkejar masa dibuatnya...

OGENKI DESU KA
Sihat?
Alhamdulillah sihat sihat semua ye?
Kalau ada yang kurang sihat tu...
diharap banyak banyak bersabar..
mudah mudahan terhapus dosa dosa kecil yang pernah kita lakukan sebelum sebelum ni....
aicehhhh...
tiba tiba pulak jadik macam ruangan nasihat..
kohkohkohkoh....

Aku doakan yang terbaik untuk semua ye....
InsyaAllah semoga sentiasa diberkatiNYA dan dipermudahkan segala urusan setiap hari yang kita lalui...
Walau seKACAU mana pun jiwa kita macam kawan kita sorang tu..
Harap bertabahlah ye...! ^-^
Keep your smile always! Because it is soooOoo sweetttt!

*Coming up next after this....see yaaa...! :)
Daisypath Friendship tickers