Recent Posts

Search This Blog

Thursday 27 August 2015

Maajun Anggun Bestari


ASSALAMU'ALAIKUM

Dikala menunggu jam 5.15 petang....bolehlah update blog ni pulak
Tadi masa rehat, kejar masa update Facebook, iklan-mengiklan sana sini...

By the way, ada sesiapa yang pernah consume MAB atau Maajun Anggun Bestari ni tak?

Hmmm...sebenarnya sejak beberapa hari ni aku macam terfikir-fikir untuk beralih arah dari maajun ni ke jamu. 
Kenapa? MAB tak OK ke?
Hmmmm...

Bukan tak OK...aku amalkan pengambilan MAB ni sejak dari aku lepas pantang lagi.
Boleh kata umur anaklah kot.
Hampir 2 tahun setengah.

Tujuannya sebagai perancang keluarga.
Alhamdulillah memang berkesan buat masa ni.
Tapi agaknya badan aku dah imune keberkesanan bab memberi tenaga tu dah berkurang...bab mengekalkan berat badan ideal tu pun dah berkurang...

Hahahahaha...
Alasaannnnn~

Pada sesiapa yang nak merancang keluarga secara tradisional aku sarankan MAB ni.

Memang SUPERB!

P/S: Pada sesiapa yang ada pengalaman dengan JAMU mohon kongsi di ruangan komen ye

Friday 14 August 2015

Natijah Anak Melasak

ASSALAMU'ALAIKUM

Malam tragis apabila anak melasak,si Mama pula tak fokus...
Dilibasnya usb phone charger terkena betul-betul di tepi mata...
Tercalar sikit tapi sakitnya MasyaAllah...
Tindakan luar kawal terus terjerit kuat!!!

Alhamdulillah seraya terjerit tangan tak naik ke anak..
Itupun anak tetap nangis sebab terkejut dengar Mama menjerit kuat agaknya...

Mungkin dia ingat aku marah dia...padahal aku terjerit sebab tak sengaja...tak tertahan rasa sakit tu...almaklum tak ready menerima serangan..huhuhu..
Baru sikit tu kan...baru sorang anak bujang..belum berbujang dan berdara..kekekeke

Maaf ye nakk...Mama tak marah Adam pun tapi sakit sangat tadi...huahuahua
ALLAH hai lah karenah anak...macam-macam..

Bonanza Merdeka! Mineral Coffee Minuman Kesihatan


ASSALAMU'ALAIKUM

Sekarang bulan merdeka!
Tak berapa hari lagi dah kita nak sambut hari kemerdekaan negara kita, tanahair kita bumi Malaysia!

Meh cepat-cepat pesan Mineral Coffee minuman kesihatan untuk seisi keluarga!

Aroma istimewa berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea.

Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya.

Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi citarasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya membantu meningkatkan nilai nitrusi kopi itu sendiri!!!

Cepat-cepat pesan!

Beli 11 kotak PERCUMA 1 kotak!!!

Sehingga tarikh 31 Ogos 2015!!!


WhatsApp/SMS sahaja (8:00-22:00)

0176190035

Thursday 13 August 2015

Jualan Susu Irfan


ASSALAMU'ALAIKUM

Posting  hari ni mengenai Susu Irfan. 
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi di nombor ini:

0176190035
(WhatsApp/SMS sahaja)

Kami juga menjual produk susu Irfan yang lain:

Irfan Susu Kambing Cocoa
Irfan Full Cream
Irfan Susu Kambing Xtra




Wednesday 12 August 2015

Kurang Sihat


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...pagi ni bangun pagi badan sungguh tak selesa.
Terjaga macam biasa jam 5 pagi, terus terasa perut tak sedap, kepala pening semacam.

Terus ke bilik air...!
Munttaaaahhhh!!

Dah kenapa dengan aku hari ni? Entah larat ke tidak ni nak pergi kerja?!
Gambar di atas sekadar hiasan ye. Mustahil aku macam tu. Muntah pun masih tampak sopan gitu. Huhuhuhu.

Rupanya baru teringat malam tadi aku perut kosong makan kacang.
Memang berangin satu badan.
Mencari minyak cap kapak sapu-sapu. Alhamdulillah reda sikit lepas baring.

Pengajaran untuk hari ni, walau sepenat mana pun, cuba juga jamah sikit apa-apa makanan yang menyihatkan sebelum tidur. Jangan dibiarkan perut kosong.




Monday 10 August 2015

Beruang Kutub Jatuh Menghempap!


ASSALAMU'ALAIKUM

Hampir ke tengahari sudah...apalah nasib aku hari ni, baru nak melepaskan hajat boleh pulak terjatuh depan CCTV office.

Uwaaa...
Ibarat beruang kutub menghempap bumi ais di kutub utara ja dah agaknya tadi.
Nasib baik lah tak ada orang dalam coverage. Kalau tak, malu tak sudah aku dibuatnya.
Terjatuh akibat pakai selipar yang berusia 4 tahun, bak konsep pokok bunga seri mewangi, jangan kata bunga di tapak, daunnya pun dah tak bercambah lagi dah nak keluarkan bunga baru.

Maluuuu....
Terjatuh, terus bangun walaupun dah terasa kedepuk jatuh terkena sisi lutut dengan bumper aku ni ha. Hahaha.

CAUTION!
Berhati-hati sepanjang perjalanan anda, jangan berangan nak jadik calon AF 2015 lagi!

Hahahahaha

Friday 7 August 2015

Syukur


ASSALAMU'ALAIKUM

Dah pasai apa aku hari ni...tadi pagi dok bercakap pasai ujian, hikmah, muhasabah diri bagai...ini? ujian lagi?

Hahaha...

ALHAMDULILLAH syukur kepadaMU Ya Rabb

Nak tau tak pasai apa?

Setelah sekian lama tak ada sorang pun yang PM aku untuk order susu Irfan, semalam ada sorang Whatsapp aku setelah hampir beberapa bulan menyepi.

Sebenarnya, 7 bulan yang lepas adalah jualan pertama aku. Susu Suffy Goat aku jual, susu Irfan pun aku jual sekarang. Tapi itulah kali pertama dan jugak kali terakhir aku fikir.

ALLAH masih tak izinkan rezeki tu sampai dekat aku semalam. Sedikit hampa tapi cuba betulkan niat mungkin tiada rezeki. InshaaALLAH mesti DIA akan gantikan dengan yang lain nanti.
Usaha tak seberapa, tak bolehlah aku nak harapkan yang lebih kan?
Betul tak?

Tup tup...ALHAMDULILLAH. Baru tadi pelanggan yang pernah beli dengan aku dulu, Whatsapp aku bagi tau nak repeat order.

Ya ALLAH, syukurnya rasa. Baru beberapa hari lepas terlintas dalam kepala, apa khabar agaknya pelanggan aku yang sorang tu, tak nak repeat order ke?
Stok masih ada kot, aku fikir.

Tapi hari ni ALLAH dah kabulkan doa aku tu.
Dia nak beli lagi susu Irfan, kuantiti yang sama macam dulu.
Beli borong sebab susu Irfan ni aku jual borong je.
Tak boleh nak simpan stok memandangkan keadaan rumah yang tidak mengizinkan.
Nak simpan stok kena ada ruang yang cukup.

Apa-apapun....
Syukrannn...Sukanyaa!!

Tak apalah...rezeki juga tu. Pelan-pelan kayuh orang kata.

Alkisahnya besok aku akan laju-laju singgah usrah ambik stok. Ahad seperti yang dirancang kami akan berjumpa.
Moga ALLAH permudahkan urusanku.

"KEMUDAHAN ADALAH UJIAN SYUKUR,
KESULITAN ADALAH UJIAN SABAR"

Tuhan nak kita bersabar ketika menghadapi kesulitan, bersyukurlah apabila ALLAH berikan kemudahan.

Peringatan untuk diri sendiri jugaa... :)

Muhasabah Diri


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagiiii...

Lama betul blog ni sunyi menyepi ye...tiba-tiba muncul dengan entri yang beremosi gini hehe

Bila ALLAH datangkan UJIAN, itu bukan BEBANAN, kita mesti mampu bertahan dan mesti cuba bertahan kerana ada HIKMAH di sebalik semua tu dan kita percaya ada hikmah tu sedar atau tak hikmah tu tetap ALLAH dah tetapkan

Ada KESEMPITAN dalam KELAPANGAN, ada KEMUDAHAN dalam KESULITAN...

Bila ALLAH datangkan UJIAN, pujuklah HATI, pujuklah IMAN...
Supaya jangan KECEWA, jangan sesekali putus HARAPAN...
Percayalah setiap KESABARAN ada GANJARAN PAHALAnya

Setiap PENGORBANAN ada KEBERHASILAN...
Setiap KEKECEWAAN, ada KEBAHAGIAAN menunggu di penghujung

INSHAALLAH

Marilah sama-sama kita bermuhasabahkan diri (*entah betul ayat BM aku, entah kali ke berapa dah muhasabah diri tapi tak berubah juga kikikiki), belajarlah dari kesilapan yang lalu, jangan diulangi lagi...
Setiap hari kita belajar benda baru kan?
Moga ALLAH permudahkan urusan harian kita...moga ALLAH kurniakan ketenangan untuk kita menerima apa-apa yang kita tak boleh ubah
Amin


MODE: Tengah memujuk hati sendiri...hehehe

Monday 1 June 2015

Penghujung Musim Harumanis

(Blog Cikgu Azali)

ASSALAMU'ALAIKUM

Hampir sebulan lebih ye aku tak update blog aku nih. Nak kata sibuk sangat sampai tak sempat langsung menjengah, tak juga. Aku log masuk, log keluar balik, tak tinggal jejak. Hehehe.

Bercakap pasal buah harumanis ikon negeri Perlis ni, Alhamdulillah tahun ni ramai juga yang pesan dan sekarang dah hampir ke penghujung musim. Ladang supplier pun dah tutup tapi buahnya masih ada kalau di rumah-rumah orang kampung.

Tahun ni mungkin tahun terakhir aku ambik pesanan buah ni setelah 2 tahun berturut-turut join venture  dengan sepupu aku di kampung. Tahun depan aku rasa nak bersara dah la. Kenapa?
Hmmm aku rasa tahun depan mesti lagi mahal dan kalau mahal tu aku tak reti nak jual dekat orang. Tak sampai hati. Baik hati kan aku? Hahaha...
Kebetulan sepupu aku pun tak sihat.

Sepupu menghidap kanser buah pinggang tahap 4.

Semoga Allah melindungi insan ini, cepat sembuh seperti sediakala inshaaAllah.

Dengan rasminya aku menutup tirai pesanan buah harumanis tahun 2015.

Monday 6 April 2015

Musim Harum Manis Kembali!



ASSALAMU'ALAIKUM

Musim pelam harum manis kembali lagi!!!

Kepada sesiapa terlepas TAHUN lepas, cepat-cepatlah hubungi nombor seperti yang tertera di bawah sekarang juga!

Boleh buat pra-pesanan mulai dari sekarang untuk pengedaran buah pada bulan Mei 2015 nanti!

Siapa cepat dia dapat!

Sila hubungi 

017 619 0035
(WhatsApp/Call Only)

Cepat! Cepat!! Cepat!!!

Friday 20 March 2015

Energy Drain Out Project, Adam


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...hampir sebulan juga ye aku tak update blog aku ni...
Busy ke? Taklah sibuk cuma tak berkesempatan hahaha...bukan sama maksud ke dua tu?

Apa-apa ja lah ye...

Entri tertunggak yang aku patut up  2 minggu lepas tapi lambat pula keretapi sampai. Banyak tol!
Sejak bila keretapi dikenakan tol pun aku tak pasti. Hahaha...

2 minggu lepas, aku ke Meru, Klang sebab ada kenduri kesyukuran anak kawan aku sempena genap umur anaknya 2 tahun. Selepas kenyangkan perut, terus lajak ke Setia Alam City Mall, nawaitu nak draining out this boy's energy dengan harapan dia tidur awal malam nanti.

Selepas kami kepenatan melayan Adam main dekat playground, kami yang energy drained out dulu. Adam steady  je lagi. Kering tekak menjeritkan budak ni, nak mencari air jauh sangat nak masuk ke dalam. Ternampak abang jual aiskrim potong terus meluru tak pandang kiri kanan dah. Hahaha. RM1 sebatang, macam-macam perisa ada. Petak hampir segiempat sama bentuknya. 
Selalu tu bentuk segiempat tepat tirus slim. Haha hentam sajalah. Tekak aku dah kering. Banyak lagi tenaga nak guna untuk budak tu nanti.

Adam share aiskrim dengan paknya. 1st time aku bagi dia makan aiskrim. Ehh reti pulak budak ni menjilat. Entah-entah dekat rumah pengasuhpun dah biasa makan agaknya. Adeii...sabar ja lah.
Tak berapa yakin sebenarnya nak bagi budak ni makan aiskrim. Takut batuk. Tapi TERRRbagi juga ni! Hahaha...

(Adam & His Ice cream)
Happily enjoy his moment with the vanilla ice cream bought by Mama! Layannnnn....

Habis sebatang aiskrim, meluru ke tengah padang pula. Tengok macam menarik ja ramai dok main bubbles!! Haa gambar di bawah ni, Adam sibuk mengejar bubbles pulak.

Pada sesiapa yang pernah sampai ke sini, sedia maklum padangnya di tengah-tengah ye, berbentuk bulatan kalau tak silap aku. Dikelilingi tasik buatan, mungkin. Tak tau pulak sejarah tasik ni kan...hehe

Ramai juga yang rajin mencampakkan makanan bagi ikan makan. Siap ada orang jual makanan ikan lagi dekat titi menyeberang ke tengah padang tu. Sepaket RM2. Tapi kami tak beli pun lah.
Sibuk mengejar bubbles  je. Sampaikan Adam hampir lajak berlari masuk ke dalam tasik semata kejarkan bubbles tu. Nasib baik paknya perasan. Kalau takk...splussshhhh lah dalam tasik tu ye nakk...!

(Adam berparti buih...oppsss)

Jam hampir ke jam 7 malam. Ajak paknya balik sebab risau tak sempat Maghrib di rumah pula nanti.
Aksi berperang mengalihkan perhatian Adam dari bubbles dan bola pun bermula. Pantang nampak bubbles atau bola, nak diambilnya buat macam harta sendiri. Waduhhh...bikin ribut ini budakkk...

Jenuh paknya cuba control anak bujang yang seorang ni tantrum, apa lagi, melalak sampailah ke kereta, sumbat susu baru diam.

Fuhhh...misi tak berjaya. Budak ni masih banyak tenaga. 

Sehingga berjumpa lagiii...hehehe

Friday 27 February 2015

Restoran BBB Seafood, Restoran Tom Yam Pok Tek


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi...pernah tak makan di restoran ni?
Restoran ni terletak di Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Sejak berpindah ke Bandar Baru Bangi, aku rasa tempat makan kegemaran kami sekeluarga dah berpindah ke restoran ni pula.
Masa di Petaling Jaya dulu, kalau mengidam tom yam, kami selalu ke Restoran Sukhumvit, PJS 2, Petaling Jaya.

Tapi sejak kami beralih ke Restoran BBB Seafood nih, fuhhh....tom yam dia sangat kaw!! Hahaha...

Western food ada, makanan Thai semestinya, Melayu lagilah! Terutama sate ayam dan daging bersama kuah kacang! Atau mungkin ada di antara penduduk Sungai Ramal, lebih menggemari dengan nama sate Willy!

Tak payah pergi jauh ke Sungai Ramal sana, beratur panjang lepas nih.

Tapi aku keliru sikit dengan restoran ni.
Sebelahnya tulis Restoran BBB Seafood, sebelahnya pula tulis Tom Yam Pok Tek. Mana satu ye?


Hmmm...apa-apapun makanan dekat sini memang sedap dan berpatutan. Sesekali kebosanan makan masakan sendiri, bolehlah singgah ke restoran ni menjamu nafsu makan ampa semo. 

Alamat? Hmm tak jumpa pula alamat penuh. Tapi tak apa, boleh tnya Encik Google ye.
Foursquare pun ada. InshaaAllah senang cari kalau dah biasa dengan area Bangi.

Kali ni tak ada senarai harga yang aku makan malam tadi sebab encik suami yang belanja.
Aku bayar sate je 20 cucuk campur daging dan ayam semuanya RM16. Hehehe.

Mai mai! Mai makan sini! Hehehe...

Friday 6 February 2015

SWS Environment Friendly Water Purifier - Penapis Air Kos Rendah


ASSALAMU'ALAIKUM

Entri tertunggak beberapa hari...nak kongsi pasal penapis air kos rendah, dan lebih kecil. Memandangkan budget kekurangan, tapi air di rumah dah tahap nazak, usaha mencari penapis air yang mampu milik, terjumpa di laman web Lelong.my seperti dalam gambar di atas.

Itu dikira jenis dual water purifier. Ada single, tapi harap maklum, kalau 1 laluan sahaja, kita perlu lebih kerap menukarkan penapisnya nanti. Contoh gambar seperti di bawah. Dengan syarikat MyShop88 tulah aku beli penapis nih...



Penapis air ni berkonsepkan tapisan seramik. Betoi ka word 'tapisan' tu? Hahaha hentam sajalah.
Dah 2 minggu aku pakai penapis ni. Setakat ni Alhamdulillah air nampak jernih jugak lah...dari oren berkarat je kan...dah masak pun masih berkeladak di bawah. Nak bancuh susu anakpun jadik waduhhh....


Selama 2 minggu penggunaan, penapis aku dah bertukar warna jadik sama seperti dalam gambar di atas. Yang tengah tuh ok! Nampak tak betapa tak bersihnya air di rumah aku tu. Baru 2 minggu.

Gambar yang ketiga tu kenapa makin mengecil?
Ye sebabnya setiap kali kita mencuci seramik tu menggunakan berus atau kertas pasir, lama-kelamaan dia akan menghakis dan menipis. Bila makin mengecil dan menipis tuh harap maklum sila tukar ke filter yang baru.

Kos? Aku beli penapis air ni dengan harga hanya RM40 sahaja.
Harga penapis sahaja hanya RM25, tambah kos pos RM6, RM9 lagi aku beli extra filter cartridge. 
Single SWS EF Water Purifier - RM19 tak termasuk kos pos RM6.

Packaging? Seperti dalam gambar di bawah...ada pelbagai set kepala paip yang bersesuaian mengikut jenis kepala paip yang kita gunakan di rumah. Semuanya disediakan. Bagus jugakan. Self-service tak perlu bersusah payah tunggu encik suami pasangkan. Pasang sendiri pun bolehhh....



Pada sesiapa yang tengah mencari penapis air tapi kekurangan budget bolehlah cuba penapis air ni ye....

Tuesday 20 January 2015

Lelaki & Perempuan

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat petang semua...hari ni lambat sikit aku up entri. Ini pun entri semalam patutnya. Hmm petang ni aku bukan nak membebel pasal lelaki versus perempuan ye.

Bukan nak berhujah siapa betul siapa salah.
Aku cuma tertanya-tanya kenapa lelaki sekarang dah kurang gentleman dan perempuan kurang sense of feminism. Termasuk akukah? Hmm...

Apa maksud aku tu ye?

Aku hantar Adam ke rumah pengasuh macam biasa. Tapi belum sempat naik tangga terdengar ada suara seorang ibu dan anak-anak tengah turun tangga.
Memandangkan aku tengah mengendong Adam yang sedang tidur, mesti tak muat ruang tangga tu nak dilalui ramai orang sekaligus, lantas aku berhenti, beri laluan dulu kepada si ibu dan anak-anaknya turun. Mungkin dah kelewatan nak ke sekolah.

Tapi lebih mengejutkan aku, si ibu tu boleh pulak meludah di tangga depan aku!
Hahhh!? Aku salah nampak atau masih bermimpi sebab mengantuk ke apa nih?

Tapi betullah memang si ibu tadi baru saja meludah di depan aku. Masih berbaki sisa ludahan tu di lantai tangga. 
Atau lebih tepat, seorang ibu meludah di depan anak-anaknya.
Fuhh...hebat la kak! Thumbs up!

Agak luar tabii bagi aku. Maaf kalau bahasa aku kasar. 
Tak pernah lagi aku jumpa seorang perempuan, wanita apatah lagi seorang ibu berperilaku seperti itu.

Dimanakah sense of feminism atau paling kurang, dimanakah adab laku seorang ibu untuk dicontohi anak-anaknya kelak. Hmmm...

Aku tak kata aku seorang ibu yang sempurna tapi sebagai seorang ibu kepada anak, mestilah kita akan cuba yang terbaik untuk anak-anak kita kan?

Apa yang berlaku tadi tu mengingatkan AKU, apakah AKUpun pernah berperilaku seperti itu di depan Adam? Tak semestinya perilaku meludah di depan anak, mungkin juga perilaku lain yang AKU tak sepatutnya lakukan di depan orang ramai tambahan di depan anak sendiri. 

Mungkin bagi sesetengah orang fikir, perkara macam tu biasa. Ibarat terkorek tahik hidung di depan orang ramai. Istilah 'tak sengaja' dijatuhkan. Hmmmm....

Diharap apa yang aku nampak tu, jadi pengajaran juga untuk diri aku ni. Mungkin akupun pernah terlanjur laku tanpa sedar.

Diulang, aku bukan mengkritik tapi perkara seperti itu mengingatkan aku kepada perilaku melampau yang mungkin aku sendiri pernah buat tanpa sedar.

InshaaAllah harap tu dijadikan pengajaran untuk aku supaya lebih berhati-hati dengan setiap tindak tandukku selepas ni.


Lelaki?

Hmmm cerita pasal lelaki...naik lif memang tak boleh elak lelaki dan perempuan dalam 1 lif.
Lainlah memang ada usaha kerja asingkan lif lelaki dan perempuan macam komuter. Tapi tak pernah jumpa lagi setakat ni.

Ok tak apa. Selalunya dan sepatutnya lelaki akan bagi laluan kepada perempuan dahulu.
What we called it as 'ladies first'. 
Tapi sekarang mostly,  tak semua lelaki ye, tapi kebanyakannya dah kurang gentleman di situ ye.
Sampai dah nak terlanggar-langgar memasing dekat pintu lif tu. Berebut nak keluar dulu. Hmmm...

Kenapa?
Bukan di sini saja berlaku, malah di mana-mana saja. Tak kisahla di jalan raya, dalam lif, di kedai makan dan sebagainya.

Adakah sebab perempuan tu dah dikira one level berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan lelaki zaman sekarang ni?

Hmm aku tak pasti pasal tu cuma cuba berkongsi fikiran aku sejak-sejak berulang alik dari Bandar Baru Bangi ni, boleh dikatakan setiap hari aku belajar benda baru.

Hmmm...


Monday 19 January 2015

Cara Menghapuskan Pepijat atau Hama



ASSALAMU'ALAIKUM

Gambar hiasan yang dipinjam dari laman web tersebut...gambar lain buat aku hilang selera pula pagi-pagi ni melainkan yang itu, yang agak kecil tetapi jelasssss~

Kenal apa itu pepijat?
Bagi sesiapa yang pernah ada pengalaman, hubungan permusuhan dengan serangga ni, memang sangat allergic dengan perkataan pepijat ye termasuklah aku...
Hampir setahun bergelumang tidur bersama dengan serangga ni, buntu habis alternatif dah cuba untuk menghapuskan serangga durjana ini!
Dari tradisional sampailah ke moden, murah ke mahal...kenapa liat sangat nak mati wahai binatang!

Habis seluruh badan kami sekeluarga berparut, kualiti tidur pun terganggu.

Aku dah tak sanggup nak Google contoh gambar-gambar lain...sesiapa yang baca entri ni mesti lebih memahami perasaan aku tu ye...

Salah silah pepijat bagi sesiapa yang masih dalam pencarian. Meh aku bagi sesi ice breaking dengan teman tidur ampa nih...



Sekali bertelur, sangat banyak, dan cepat pula menetasnya.
Ambil masa antara seminggu untuk menetas dan makanan pertama tak perlu susu badan tetapi hanya darah manusia yang setia tidur bersamanya. Hadehhh~

Serius geli gila aku Google gambar pepijat nih...atau dalam bahasa Inggerisnya, Bed Bug.

In first stage larva, anda akan mendapati diri anda sangat sukar untuk melihatnya. Sedar-sedar dah gatal seluruh badan! Itu tandanya anda baru saja menderma darah kepada BB lebih kurang 10-15 minit sebelum. Tahniah! Proses menderma darah anda tidak perlukan apa-apa precaution untuk anda pengsan atau sebagainya sebab BB lebih prihatin menghisap darah anda ketika anda tidur!

Awalnya memang aku sangat geli tengok depan mata, tapi sejak-sejak terlalu sangat sakit hati, aku picit pepijat tu with my naked hand macam tu ja. Cara bunuh pepijat ni bukan sekadar tekan sahaja, sebab pepijat ni sangat bijak, sekali anda picit dia terus akan kaku supaya anda fikir dia telahpun mati. Sebenarnya dia masih belum mati melainkan anda picit dan dengar bunyi 'pop'. Perutnya pecah!

Dari petua menggunakan daun durian belanda, baygon (racun serangga warna hijau), racun serangga pepijat berharga RM50, semuanya tidak mendatangkan hasil.

Sudahnya yang paling berkesan adalah Bio-D Non-Toxic Bed Bug! Ekstrak dari tomato liar.


Katanya dalam tempoh 4 minit berjaya menghapuskan BB. Tapi aku pernah cuba spray terus ke BB, Alhamdulillah kurang dari 5 saat, pepijat tu terus mati menonggek montotnya.

Akhirnya kami jumpa ubat yang paling berkesan untuk BB/Hama tilam.
Bukan racun pula tu. Selamat untuk anak-anak kita sekiranya tersentuh.

Hanya RM29.90 sahaja! 100% proven!!

Aku tak ambik pesanan ye.
Ampa boleh cari di mana-mana cawangan Giant berdekatan, ataupun beli di talian dalam laman web yang aku link  kan di atas tu ye.

Untuk nyamuk pun ada tapi agak mahal nak dibandingkan dengan racun serangga seperti Ridsect dan sebagainya. Tapi bagusnya, produk ni bukan racun serangga!

Selamat serang Giant!
Kalau ada terjumpa di mana-mana selain Giant, mintak kongsi ye.

P/S: Boleh juga digunakan pada semut yang selalu memenuhi ruang sudut rumah anda. InshaaAllah kurang 5 saat, semut-semut berkenaan akan terus mati. Paling berkesan sehingga besoknya, seluruh keluarga semut yang berada di dalam soket turut melimpah-limpah keluar. Semuanya mati!

Friday 16 January 2015

Terlambat Terlewat Terkejut!


ASSALAMU'ALAIKUM

Fuhhh...mengah pulak pagi ni rasa...dah lama tak senaman katakan (sebelum ni selalu ke?) 
Hmmm tak jugak hahaha tapi disebabkan kurang penjagaan ditambah pula dengan tak senaman...badan jadik lunyaiiiiii...

Kisahnya terlambat bangun lagi hari ni. Sedar alarm bunyi jam 5 pagi, boleh pulak aku bangun off alarm lepas tu sambung tidur.

Memang kesilapan yang amat besar untuk aku ye!
Sedar-sedar dah jam 6! Tidakkkkkk....beg anak belum kemas, baju belum iron. Apa aku nak buat nih?

Tak apa! Relaxxxx! Tarik nafas, ok, basuh dulu botol susu adam! 
Siapkan beg Adam.
Buat susu Adam.
Capai tuala terus mandi.
Keluar tandas, tengok jam. 
6.15 pagi!

Hadoiii ada lagi 15 minit!
Dalam kepala dah terbayang kereta yang panjang berjela.
Fokus!
Capai baju, capai tudung, sarung!

Angkat beg, kejut encik suami.
Keluar rumah, panaskan enjin kereta, terus gerak!

30 minit perjalanan.
*Alaaa 30 minit je dari rumah...nak kelam kenapa? Fuhh jangan dibuat main ye highway tu...
berhantu! Lewat seminit punahhh!

Sampai di pejabat, masuk tandas, tengok cermin.


Hadoiii dah macam makcik-makcik anak 5 orang kot!
Tudung senget benget, baju pun berkedut!
MashaAllah aku kata....makcik anak 5 orang pun lagi kemas aku rasa.

Hahahhahaha....
Padahal dah merata tempat aku pergi tadi.
Beli kuih lagi....

Maluuuuuu~


Lepas ni kena lebih berhati-hati....
Alhamdulillah lambat-lambat bangun pun sempat juga aku kejar free parking season pass.
Fuhhh....

Thursday 15 January 2015

Warung Dusun Gearbox Bandar Baru Bangi


ASSALAMU'ALAIKUM

Warung Dusun Gearbox
Sungai Ramal Dalam, Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia
Hubungi:

Pada sesiapa yang familiar dengan kawasan Bandar Baru Bangi atau kawasan sewaktu dengannya mesti biasa nampak, biasa singgah dan merasa makanan di restoran ni kan?

Agak popular aku rasa sebab kalau tanya Encik Google, rata-rata blog ada buat review pasal makanan di Warung Dusun Gearbox nih...

Meh aku cerita sedikit sebanyak pasal salah silah restoran ni. Restoran ni sebenarnya dibuka sejak tahun 1997 lagi. Menurut laman web Dusuntua.com, restoran ni beroperasi dari jam 6 petang sampailah ke 1 pagi. Harapanlah nak merasa waktu tengahari ye. Hehehehe...

Makanan berasaskan masakan Thailand, sup gearbox, goreng-goreng dan macam-macam lagi. 




Masa aku pi mencuba tu, kami order nasi putih, tomyam ayam, telur dadar untuk 2 orang makan, daging masak merah, ais kosong, air suam, air sirap ais.

Tomyam dia memang kaw! Pekat cukup rasa pedas semualah! Menangis-nangis aku nak habiskan. Daging masak merah diapun sedap cuma dagingnya agak kering, mungkin sebab disalai terlalu lama mungkin. Telur dadar kosong, tapi kalau semua menu di atas tu dikira hanya RM16.20, kira ok lah kan?

Nasi putih sampai 3 pinggan RM3.00
Ais kosong RM0.00
Air suam RM0.00
Tomyam RM6.00
Daging Masak Merah RM4.00
Telur dadar - 2 biji RM2.00
Sirap Ais RM1.20

Tapi dia diskaunkan jadi RM16 tepat. Bagi kami, harga tu ok sangatlah kan? Sesekali makan luar bolehlah. Setiap hari kopak juga. Huhuhuhu.

Pada sesiapa yang berhampiran dan masih belum mencuba di restoran ni. Cepat-cepatlah ke sana ye?


Selamat mencuba! :)

Tuesday 13 January 2015

Ubah Jalan


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...harap hari ni lebih baik dari hari semalam InshaaAllah...
Alhamdulillah syukur bagi aku, hari ni lebih baik dari hari semalam...
Kenapa?

Hari ni merupakan hari kedua aku berulang alik dari Bandar Baru Bangi ke tempat kerja aku di Bangsar.
Sebelum ni perjalanan aku pendek dari Petaling Jaya saja. Tapi sejak pindah rumah, aku terpaksa ubah jalan, ubah cara, ubah segala.

Hari kedua juga untuk persekolahan anak-anak kita. Jalan dah tak macam selalu, kembali sesak walaupun matahari masih belum menjengah.

6.30 pagi paling lewat aku perlu gerak dari rumah. Awalnya!
Hehehe sebenarnya masih ramai lagi yang lebih awal rupanya. Belum kira makcik, pakcik, akak, adik, abang yang menjual berniaga nasik lemak dan kuih muih di sepanjang jalan.

Terlajak sikit walaupun seminit, habis punah harapanlah perjalanan tu sentiasa lancar. Confirm sesak sejurus selepas tol Sungai Besi.

Rutin harian aku pun automatik berubah juga. Walaupun waktu bangun pagi masih sama jam 5-5.30 pagi, tapi sampai di pejabat, kadang-kadang sempat juga aku melelapkan mata di dalam kereta untuk beberapa minit.

Tengahari aku cuba melelapkan mata paling kurang setengah jam pun cukuplah, habuan kumpul sedikit tenaga yang bersisa supaya bertahan sampai ke malam melayan anak bujang aku tu pulak di rumah nanti.

InshaaAllah selagi ada kemahuan selagi tu ada jalan.
Semoga dipermudahkan urusan harian kami sekeluarga.

Amin.

P/S: Alhamdulillah hari ni aku tak mengantuk semasa drive.

Daisypath Friendship tickers