Recent Posts

Search This Blog

Tuesday 18 October 2011

Arwah Ashraf Yusof AlFarabi

(Ehsan Google)

ASSALAMU'ALAIKUM


Selamat pagi semua...dah lama pulak aku tak update blog aku ni...bak kata pakcik Xavi De, bersawang dengan sarang labah tak berkemas dah..haha pinjam ayat kejap ye pakcik..dah backlink blog pakcik dah. Jangan risau..hakmilik tercipta anda terpelihara.

Apa aku nak sampaikan hari ni...petang semalam selepas jam 5 Facebook baru unblocked di office aku ni. Aku bukak wall kawan aku. Aku ternampak dia post

Al-Fatihah buat kwn sekelas Ashraf Yusof AlFarabi =( "

Aku rasa macam baru hari tu aku berbalas komen dengan dia kat FB. Aku pun terus check dekat wall kawan kawan aku yang lain. Ramai jugak post berita yang sama. Tak kan benda benda macam ni nak dibuat main pulak kan. Rupa rupanya betullah, arwah dah pulang ke rahmatullah. Innalillahi wainna ilaihirhoji'un. ALLAH lebih sayangkan arwah.


Arwah, kawan sekelas aku masa di UiTM. Walaupun kurang rapat tapi aku kenal dan pernah buat kerja berkumpulan dengan arwah.
Aku sangkakan dia kemalangan sejak arwah mula upload gambar gambar berjahit di bahagian leher bawah telinga kanan kalau tak silap aku. Teruk jugak jahitan dia. Aku sekadar membalas komen mendoakan dia cepat sembuh seperti sediakala InsyaALLAH.

Masa bulan puasa baru baru ni pun ada dia mengajak ke iftar alumni UiTM. Tapi aku tak dapat hadirkan diri. Itu je lah last aku berhubung dengan dia. Rupanya dia dah lama mengidap kanser kelenjar air liur. Dah lama rupanya dia menderita dengan kanser tu.

Gambar yang aku nampak hari tu sebenarnya operation untuk kanser tu lah. Pembedahan berjaya tapi ada kompilasi pulak dekat tulang belakang dia.

Nampak je dia aktif ber-FB rupanya arwah dah kritikal. 2 minggu lepas dia terpaksa berkerusi roda. Dah tak mampu untuk berjalan. 

Hari ni masuk hari ke-3 arwah meninggalkan kita sebagai saudara Islam. Dia menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Ahad lepas dan dikebumikan di Cheras jam 2 petang.

Moga rohnya dicucuri rahmatNYA dan diletakkan bersama dengan golongan orang orang beriman. InsyaALLAH. Semoga rohnya tenang disana. Al-Fatihah.


P/S: Entah bila pulak masa kita...moga dijemput dalam keadaan beriman. InsyaALLAH...ameen~

No comments:

Post a Comment

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers