ASSALAMU'ALAIKUM...
Tengah menahan sakit kepala yang teramat sangat ni...sempat jugak aku menyinggah wall seseorang yang sangat aku sayang dan kasihi, menatap satu per satu gambar gambar beliau. Bukan kekasih...tapi seseorang yang lebih hampir dalam hidup aku. InsyaAllah aku yakin dia mungkin lebih mengenaliku lebih dari seorang kekasih...
Kenapa aku tatap gambar dia? Dia di mana sekarang? Jauh? Rindu?
:) Hanya ALLAH sahaja tau betapa rindunya aku kepada insan ini....dia dekat dengan aku...sangat dekat tapi terasa tersangatlah jauh dari aku....
Macam mana aku nak gambarkan kerinduan aku pada insan ini? Cukup sekadar menatap gambar mampu membuatkan airmata aku bertakung melimpah dari kelopak mata aku...
Segala kenangan aku dengan insan ni bersilih ganti terbayang bayang....MasyaALLAH..
Sesungguhnya aku sangat menyayangi insan ini tapi aku tak tau macam mana aku nak luahkan...
Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk insan ini...
Kenapa dekat tapi terasa jauh?
Hanya ALLAH sahaja tau...apa di dalam hati aku...setiap kali berdepan dengan insan ini...aku terpaksa berpura pura seolah olah tak ada apa apa yang berlaku....padahal jauh dalam sudut ati aku meronta ronta mahu mengeluarkan kata kata bahawa insan ini sangat menyayanginya...sanggup buat apa saja untuknya..tak kisahlah apa pun cercaan orang...
Insan ini mungkin tak nampak apa yang aku cuba sampaikan...sebab aku tak pernah cuba..kerana aku takut hatinya terluka...aku sanggup menyimpan memendam rasa cercaan orang lain demi menjaga hatinya...
Aku mungkin bukan insan yang baik untuk dirinya seperti orang lain yang dia sanjungi...dan hormati..
Mungkin aku bukan orang yang patut bergelar insan istimewa untuk dia...
Tak mengapalah...asalkan dia teguh berdiri...asalkan aku mampu meraih senyuman dia walaupun sesekali...
Mungkin kesilapan aku yang lalu membuatkan matanya kabur untuk melihat perubahan dalam diri aku...
Perubahan di atas izin ALLAH..dan usahanya yang tak pernah putus asa membimbingku....
Mungkin ada hikmah disebalik segala apa yang berlaku...
Semoga ALLAH mengampuni dosa dosa aku yang lepas dan akan datang..
Semoga ALLAH melimpahkan rezeki kepada insan ini...
Kurniakan lah kesihatan pada insan ini....
Terima kasih atas segala galanya...
Halalkan makan minumku....
Ampun dan maaf dipinta kerana tidak mampu menjadi insan seperti yang beliau harapkan...
Aku sentiasa mengecewakan insan ini...
Aku rasa cukuplah aku terus menerus mengecewakan beliau...mungkin lebih baik aku terus berdiam diri..
biarkan insan ini bahagia tanpa sebarang gangguan dengan masalah aku yang sentiasa mengecewakan...
Bukan rajuk yang ingin disampaikan...
Bukan perlian yang ingin aku ajukan...
Bukan simpati yang aku tagihkan...
Tapi hanya mesej mohon maaf kerana aku tak mampu jadik insan seperti yang dia kehendaki...
Mesej yang aku sudah letih untuk terus mengecewakan insan ini....
Mesej yang mungkin kata akhir dari aku untuk terus duduk walaupun terasa jatuh bangun sudah beberapa kali...
Bukan kata putus asa yang ingin aku sampaikan..tapi nyata aku ingin biarkan semua ini mengikut arus..
Dah tak larat lagi aku melawan arus yang mungkin aku boleh melukakan hatinya....
Mungkin aku boleh berusaha cara aku sendiri yang tak melukakan hati sesiapa...
InsyaALLAH..dengan izinNYA...
Yang baik semuanya dariNYA...yang buruk dari aku sendiri... :)
LG MODE: emosi...jiwa kacau..huhu