Recent Posts

Search This Blog

Thursday, 9 January 2014

Pengalaman Bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya II


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...
Memandangkan trafik ke ENTRI sebelum ni berkenaan dengan Pengalaman Bersalin di Pusat Perubatan Univerisiti Malaya mendapat hit yang agak banyak...aku terpanggil untuk buat entri yang ke-2.

Tengok tu hit banyak, tapi tiada 1 pun yang tinggalkan komen. Mungkin memasing malu nak bertanya ataupun memang blog aku entah apa-apa. Hahaha. Apa-apa je lah ye. Aku tetap nak buat review tambahan pasal Pusat Perubatan Universiti Malaya ni.

Bagi aku di mana-mana hospital kerajaan, pusat bersalin kerajaan pun begini jugalah kaedahnya.
Kaedahnya macam mana tu ye?
Hmm maksud aku, kaedah yang dikatakan kita kena berdikari dalam segala hal.
Tapi...ada juga aku dengar-dengar pengalaman kawan-kawan yang bersalin di hospital kerajaan baru yang lain...so far Alhamdulillah tidaklah se-berdikari di PPUM. Hahaha..rezeki memasing la kot kan...
Begini ceritanya...
Biar aku jelaskan sikit sebab dari tadi asyik berkias, orang pun bosan menunggu bila lagi mak budak ni nak bercerita...

Dari apa yang aku nampak benda-benda utama, aku kurang berpuas hati dengan PPUM antaranya adalah:

1. Suami tidak dibenarkan bersama si isteri ketika di dalam labor room atas alasan tidak mencukupi staf sekiranya berlaku apa-apa kecuaian dari pihak si suami itu sendiri. 
Contohnya, si suami pengsan setelah melihat darah semasa si isteri bersalin. 
Contoh ni diberikan sendiri oleh jururawat yang bertugas ketika tu...semasa aku bertanyakan perihal tersebut.

2. Suami, malah si ibu sendiri tidak dibenarkan menunggu atau menemani si isteri yang nak bersalin di dalam wad. Hanya dibenarkan semasa waktu melawat sahaja atas alasan tidak mahu mengganggu pesakit yang lain (tidak begitu jelas dengan alasan ni. Harap sesiapa yang faham tolong jelaskan kepada aku) Huhu...

3. Aduan kekurangan gas pelali atau penahan sakit ketika menghadapi kontraksi dan menjahit selepas bersalin (bagi yang bersalin normal) diterima dengan sikap acuh tidak acuh.
Dimintanya aku terus menyedut gas tersebut tanpa sebarang semakan samada gas tersebut sudah habis atau tidak. Tapi mungkin juga ada buat semakan cuma aku je tak perasan. Wallahu'alam.

4. Ketika proses jahitan di jalankan, sudah tentu tenaga si ibu yang baru lepas berkerah tenaga melahirkan anaknya, sudah kehilangan seluruh kudrat. Kangkangan juga mestilah lemah tapi dimarahi pula sang doktor supaya kangkang betul-betul sambil menolak kaki dengan kasar. Maaf kalau bahasa kasar tapi ini realiti cuma tiada saksi. Sakit kot jahit tanpa bius kat bawah tuuu~ Tuhan jelah yang tau...Subhanallah. Cuba ko yang aku jahitkan hidup-hidup...boleh tahan tak sakitnya macam mana?? Info tambahan : Doktor lelaki OK! Huhu

5. Bayi yang baru dilahirkan, setelah dimandikan dan dibersihkan, ditolakkan ke kaunter hadapan dan dibiarkan tanpa pengawasan jururawat melainkan jururawat yang bertugas di kaunter sahaja.
Ni hasil maklumat dari encik suami yang disuruhnya azankan Adam di hadapan kaunter tanpa sebarang privasi. (Ni mungkin sebab aku bersalin malam dan ramai bayi lain nak diuruskan, jururawat pun tak sempat nak perhatikan secara teliti setiap bayi tapi aku masih tidak boleh terima. Huhu)

Setakat yang aku ingat itu sahajalah senarai yang aku kurang berpuas hati dengan servis di PPUM.
Kalau aku ada teringatkan lagi, nanti aku update semula.

Kesimpulannya di sini, kalau kekurangan budget untuk ke hospital swasta macam aku ni, silalah mencari hospital kerajaan yang lain. Bukan PPUM.
Kalau boleh kumpul duit, kumpullah seboleh sebanyak yang mungkin untuk bersalin di hospital swasta yang lebih banyak membantu kita melakukan gentle birth (boleh tanya Encik Google ye).

Isu menahan sakit jahitan, isu mengawal perasaan stres selepas bersalin boleh mengganggu penyususan susu badan kepada bayi.
Walaupun nampak kecil bagi sesetengah pihak, bagi aku sangat besar kesannya.

Harap sediki sebanyak mampu membantu bakal-bakal ibu pertama kali atau kedua kali atau keberapa kali pun diluar sana.



19 comments:

  1. Assalamualaikum Fara... Wah sampai begitu sekali keadaannya. Sedih juga membacanya. Saya masih bersalin anak sulung dahulu, alhamdulillah ok juga, walaupun ada juga beberapa perkara yang sampai sekarang masih diingati, dan meninggalkan sedikit kesan trauma. InshaAllah saya akan kongsi di blog saya. Anak kedua ni due date 20.06, harapnya semua baik-baik saja. Amiin.

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam...aa masih trauma sebenarnya tp alhamdulillah makin ok lepas anak pun dah nak masuk 10 bulan alhamdulillah
    sis pun bersalin di PPUM juga ke yg sulung?
    moga proses bersalin sis yg kedua dipermudahkan inshaaAllah..sy doakan :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum fara, sy kebetulan trjumpa blog fara ni mase 'mengoogle'. Suami mmg nak sy brsalin swasta, tapi sy rasa mcm membazir..huhu..
    Tapi bila baca entry fara nia buat sy terikir, boleh ke sy buat sorang2?
    (fyi sy mmg penakut) Tahniah fara!
    Ahya Ijja, sy EDD 9 Jun Insyallah, anak pertama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam
      pertama sekali sy nk ucapkan terima kasih sbb sudi sgah ke blog sy ni
      :)

      ain boleh cuba di hospital kerajaan lain inshaaAllah xsemua hospital kerajaan tu ada bad record...doa yg terbaik..
      tp bagi sy PPUM is my first and last utk bersalin...mungkin org lain xda masalah mcm sy tp inshaaAllah ada rezeki lepas ni sy berhajat nk bersalin di hospital lain pula lepas ni...

      semoga dipermudahkan proses bersalin nt ye ain..amin ya Rabbal 'Alamin :) terima kasih

      Delete
  4. saya baru bercadang nak pilih ppum..rupanya begini keadaannya...saya pernah operate ectopik disana...keadaan baik2 je, suami pun lepak lelama dlm wad dgn anak2 xde org marah...ingtkan sama keadaannya kalau bersalin..huhu..nampaknya hukm jugak terbaik..layanan tip top, suami sentiasa disisi, anak2 yg lain boleh menunggu di luar pintu labour room...suami boleh keluar msk wad bila2 saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisa,

      Cerita ni 2 tahun yg lepas...
      Kalau lisa sng di PPUM, mungkin dkt dgn rumah...boleh cuba hubungi pihak hospital buat confirmation terlebih dahulu..samada skg suami boleh turut bersama isteri di labor room...
      Masa tu kami diberitahu tidak mencukupi staf untuk menguruskan pihak suami yg takut darah katanya...tu sbb tak benarkan mana2 para suami bersama...

      mungkin skg dah dibenarkan :)

      Delete
  5. saya bru sahaja lahirkn anak ke2 di ppum feb 2015 lps .ank 1juga ppum.ingtkn ppum dh berubah rupanya x. nasihat sy,bersalinla tmpt lain selain ppum.walaupun free guna gl,ttp kena ptg pencen nnti.kluar wad hrtu ubat luka pun xdpt.dpt obimin je.mmg teruk.nurse mlm yg biadab.mmg saya berjnji.ada rezeki ank ke3, saya XKAN BERSALIN DI PPUM LAGI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Tumpang empati dgn pengalaman sis..sy ingatkan PPUM dah buat perubahan selepas 2 tahun lepas sy bersalin di sana...
      Iya, selepas discharge mmg xada ubat luka dibekalkan...mungkin lebih menggalakkan penyembuhan scra semulajadi...entah lah..sekurang2nya explain kenapa xada ubat diberikan sekian2...kan?

      inshaaAllah ada rezeki ada peluang kita boleh ke hospital lain selepas ni...

      Delete
  6. Rasa takut pulak nak bersalin katsana. Saya pun diberitahu suami takdibenarkan masuk. Then, nurse kt situ ada yg asyik main hp sdgkan patient yg dia kena jaga ada didepan mereka. geram. hopefully dpt nurse yg baik and memahami kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap orang lain2 pengalamannya syara...
      ada sesetengah kata bersalin di situ OK
      doa kan yg terbaik inshaaAllah

      Delete
  7. thanks for the info.. mula2 sy ingtkan oklaa kalu nk bersalin kt ppum (sebab semi gov). tp lepas baca entri awk ni.. terus xjadi sbb husband xboleh teman masa kat labor room.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @ReeneeRaaid : awak call PPUM dulu in case PPUM memang dah capable utk benarkan en suami masuk sekali teman awak...ataupun awak boleh cuma UMC (Universiti Malaya Center) bersebelah ja dgn PPUM. Cuma kena prepare cost nya. Yg itu inshaaAllah en suami boleh temankan awak..

      Delete
  8. Nasihat sy..kalo bole elak lah..

    1.x husband friendly.husband x bole msk labor room.suruh tggu dkt tingkt 2 everything dieorg akan call.tp malangnya x..sy isteri masuk labor room pun x sempat jumpe..dah la isteri dlm tu almost 20jam.

    2.maklumat yg dieorg bg..sgt ntah ape2..maybe sbb byk sgt cmpur tgn doc ni..doc tu..doctor pelatih ni..then doktor pelatih tu.ape dieorg igt isteri sy bahan uji kaji ke.full idiot and sgt x professional.igt isteri sy ni tmpt dieorg nak jolok tgn ke.mse tu kalo jd ape2 kt isteri mmg sy cube cr jln smpi mati utk lingkupkan dieorg ni.entah la nak cerita byk sgt.sampai xde rase la nk berterima kasih dkt ppum ni.isteri demam sy xtau..isteri sy mengalami contraction yg sgt tggi sy xtau..isteri sy bukaan nya byk mne sy xtau.bile sy tnye semua oke..tp dr pkul 12 smpi 8 bukaan hnye 6cm?kalo nk tpu agak2 la..igt kite bodoh sgt ke.last2 isteri terpaksa operate..cal sy..tp bile sy naik isteri da masuk ot.takkan x bole tggu kot.igt naik lif tgkt 2 ke 3 tu x kene tggu ke.

    Isteri dah bersalin 1101am hari jumaat.sy tau pn pkul 3.12ptg.tu pun sbb sy sendiri pg naik tnye..dgn selamba nurse jwb ouh isteri cik da naik tgkt 6..kesian la skit dkt suami.tggu dkt tingkt 2 tu bkn skejap..dgn x ckup tido..nak makan pun x lalu..xtau keadaan isteri mcm mane..bole jd xbetul di buatnya.dgn isteri kene mrh sbb buang air besar kt labor room.pd hal xde sorg nurse pn bg ubat utk buang air besar.bile ckp mcm tu..nurse bole ckp dkt isteri awk x tanye..kesian la org tu dah la tahan skit lg.kalo nak cerita mmg byk la..

    Kalo ade staff ppum bace ni xpuas ati sy pun x kisah..sbb mase kt sane sy as a husband mmg sgt professional..kite hormat dieorg.hrp dieorg pun respect la apa yang patut hak kita.kalo bole sy mmg nak buat aduan sgt..tapi dah cube mcm ssh.so kalo ade staff ppum tbace..ni email sy shahr53597@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah blog sy ye...
      sebenarnya sy pun tidak diberi ubat berak terlebih dahulu..msa sy nk meneran tu baru nurse tnya..ada nurse bg ubat x sebelum ni...
      tak pasal masa nk meneran...lubang dubur sy disumbat dgn sesuatu..mungkin nk elak dr najis sy terkeluar masa meneran...
      sy xcerita dlm entri di atas sebab yelah..mcm en.shahril sendiri ckp terlalu banyak nk diceritakan..sampai tak tersenarai...
      apa-apapun harap PPUM tingkatkan lah mutu kerjanya...
      mungkin pengalaman setiap org tu lain2...
      tapi since masih ada yg tidak berpuas hati...maksudnya masih belum cukup berkualiti...

      Delete
  9. lubang dubur disumbat??.. dengan ape?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Akustik Lensa : Tak sure tapi memang ada rasa misi sumbat dgn something sbb xnak najis terkeluar masa proses meneran...misi noticed sy masih belum diberi ubat buang air besar sebelum bersalin...

      Delete
  10. Saya sekarang berada dalam kereta menunggu wife yang baru lepas bersalin. Masa wife nak bersalin dalam labor room saya teman. Husband boleh teman sekarang. Tapi satu je tak puas hati. Nursenya semua kerek2. Tua2 punya. Banyak gossip dari buat kerja. Labor room tu saya rasa mcm stor da. Kuar masuk bawak trolli barang. Wife da meraung2 pun buat tatau je. Rasa nak cepuk pun ada.

    Lagi satu,Husband xboleh teman dalam wad. Saya pun pelik. Husband pun xboleh keluar masuk wad mcm hosp lain. Kena ikut waktu melawat juga. Bayangkan orang 1st anak mana la ada pengalaman.

    Should be husband friendly la sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Wan Hatta alhamdulillah kalau PPUM dah benarkan husband teman msa di dlm labor room. Info terbaru utk semua. InshaaAllah mohon share comment ni nanti utk new entry...

      Labor room yang mcm stor tu...sy pun dah takingat sangat sbb dok nahan sakit..sorang2 pulak tu kan..msa tu husband sy xdibenarkan masuk...
      Tapi bab wives menjerit sakit, misi ignore tu bagi sy normal en hatta di mana2 hospital cuma mungkin kalau di swasta lebih mesra alam sikit lah...sbb berbayar kan...

      Betul..husband sy pun takboleh teman sy di wad.
      Sy uruskan semuanya sendiri dlu.
      Husband dtg time melawat sahaja...
      Apa-apa mmg mintak tlg misi sj...

      Sefaham saya, hospital kerajaan/half mmg gitu en hatta...
      Bab tu memang sy sedia maklum dah sebelum tu lg..
      Cuma ada juga lah beberapa perkara yg sy sebutkn dlm entri antara yg sy kurang berpuas hati...

      Terima kasih sudi singgah...

      Delete
    2. moga wife en hatta selamat berpantang dan sihat anak dan maknya

      Delete

What's on your mind?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...