Assalamu'alaikum wbt...
Hmmm tengok tajuk entri pun mesti dah dapat agak apa aku nak cakap dalam ni kan? Hmm betul aku tau dah ramai bloggers lain yang bercakap benda yang sama jugak. Aku pun tak nak ketinggalan untuk bercakap pasal ni jugak sebab aku baru dapat tau ada 2 staf tempat kerja aku pun terlibat sama dalam bencana alam ni.
Macam mana semua ni boleh berlaku, kenapa semua ni berlaku secara geografi bagai, tentu semua dah maklum dari media massa lain kan? Pendek kata apa aku boleh ungkapkan dari tragedi ni hanyalah SANGAT SEDIH....tumpang empati atas apa yang telah berlaku.
(Gambar ni aku ambik dari salah satu forum yang dipercayai gambar ni dirakamkan sebelum kejadian tanah runtuh tu...) |
Cuba korang tengok gambar kat atas tu. Hmmmmm sejuk je kan tengok dorang? Kecik kecik lagi dah jadik anak yatim. Paling depan tu tersangatlah comel! Sejujurnya syukur sangat sangat, syukur Alhamdulillah Mak Aba aku masih ada, merasa kasih sayang mereka sampai ke hari ni. Anak anak ni? Mungkin ada yang tak berbapa atau tak beribu. Hari hari mesti rindukan belaian kasih sayang seorang ibu dan ayah. Nak bandingkan anak anak lain yang sebaya mesti seronok bermain di laman rumah, berjalan jalan bersama keluarga di shopping mall. Nak apa semua parents belikan. Anak anak ini? Hmmm...
(TERLANTAR...kaki kanan Mohd Irwan terpaksa dipotong dan masih diberi rawatan di wad ICU, Hospital Ampang - Harian Metro) |
Gambar di atas salah seorang sukarelawan di rumah anak yatim tersebut yang tercedera dan masih dalam rawatan rapi. Mohd Irwan Zakaria merupakan salah seorang staf TM IPNOC Cyberjaya. Beliau menjadi sukarelawan mengajar di Rumah Anak Anak Yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tersebut.
Sekarang masih dalam perhatian unit ICU, Hospital Ampang. Beliau dipercayai terperangkap selama 8 jam di bawah runtuhan dinding simen dan tanah kehilangan sebelah kaki kanannya dari paras peha. MasyaALLAH tak boleh aku bayangkan kesakitan yang dialami beliau.
Aku dengar kata ada sesetengah pihak mengatakan, beliau pernah ditanya kenapa pakai kereta besar sedangkan masih belum berkahwin. Beliau hanya tersenyum dan hanya menjawap, senang dia nak bawak anak anak (anak anak yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa). Tak ramai kan orang berhati macam dia? Sudahlah dah buat pahala tolong anak anak yatim, lagi pulak tercedera semasa tengah buat benda baik. Berlipat kali ganda pahala dia kan?
Kita hanya merancang, ALLAH jua yang menentukan segala. Dah tertulis pada tarikh tersebut rumah anak yatim tu berlaku tanah runtuh dan beberapa orang terkorban. Kun Fayakun...maka terjadiklah sesuatu perkara itu atas kehendak DIA. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Wallahu'alam.
Semoga semua dibawah lindunganNYA, didoakan semua dalam rahmatNYA dan diletakkan bersama dengan para solihin. Ameen. AL-FATIHAH.
No comments:
Post a Comment
What's on your mind?