Recent Posts

Search This Blog

Friday, 25 July 2014

Balik Kampung!

ASSALAMU'ALAIKUM

Tak berapa hari lagi dah Ramadhan tahun ni akan berakhir tapi peperangan di Gaza masih tiada penghujung. MH370 pun masih menjadi misteri dan dalam tempoh 4 bulan kemudian dikhabarkan dengan terkorbannya semua penumpang dan anak kapal MH17. Allahuakbar...Innalillahi wainna ilaihirhoji'un...
Terselit sikit pasal nasib saudara kita di sana sebagai tanda syukur kita di sini Bumi Malaysia, terkenangkan juga para penumpang dan anak-anak kapal MH370 dan MH17, semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya..

Apa-apapun moh le kita panjatkan doa untuk saudara seIslam kita di sana.
Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dan tidak ketinggalan sama-sama kita sedekah surah Al-Fatihah kepada semua mangsa muslim yang terkorban. Semoga roh mereka diletakkan bersama dengan golongan orang-orang beriman. InshaaAllah...Amin

Apa-apapun aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Maaf Zahir & Batin mana yang terkurang dan terlebih.


Tahun ni turn raya aku di Ipoh, Perak dulu.
Hoyeahhh!

...Hahaha...
Lama tak update blog terus jadik mereng kepala aku ni.

Selamat yaaa semuaa!! 
Hati-hati di jalan raya!

4 comments:

  1. selamat hari raya tuan blog. dalam kita gembira jangan lupa pada yang berduka. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik raya mana hafizin? kampung di mana? :)

      Delete
  2. okayyy..selamat hari rayaaaa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya maaf zahir dan batin! :)

      Delete

What's on your mind?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...