Recent Posts

Search This Blog

Wednesday 21 May 2014

Pengasuh Bayi : Beralih Tempat Asuhan Lagi!


ASSALAMU'ALAIKUM

Gambar di atas ni sebagai hiasan. Tertarik dengan gambar ni sebab Subhanallah, indah sungguh ciptaan Tuhan kan? Mana-mana, rata-rata bayi, semuanya comel, sejuk betul mata memandang.
Tak tergamak dan tak terlintas langsung di hati kita nak apa-apakan bayi secomel ni...

Ok mukadimah aku semacam je...Adam kena dera ke?
Bukann...kalau ikutkan tajuk entri aku kali ni...memang sekali baca mungkin ada kaitan dengan kes dera pun boleh jadi penyebab aku beralih tempat asuhan Adam lagi. Lagi??
Hmmmm....sebenarnya aku nak cerita yang aku tukar pengasuh Adam lagi...Huhuu..

Selepas TM Dynamic Kids menjadi pilihan, kami beralih ke Balai Polis Pantai sebagai tempat asuhan Adam.
Namun, jodoh Adam di situ tak panjang, pengasuh di situ menelefon kami mengatakan tak boleh jaga Adam lagi. Katanya takut dipersalahkan kalau apa-apa terjadi pada Adam.

Takut dipersalahkan?
Kami tak pernah menyalahkan diapun. Kira ok lagi la boleh consider juga. Kalau parents lain mesti dah kena marah. Haihhh...

Cuma ada sehari tu bila sentuh kepala Adam terasa ada benjol.
Adam pun nampak sakit bila disentuh.
Akupun telefon menanyakan pengasuh pasal benjol tu.

Adam ada jatuh ke? Ada katanya dalam bilik air.
Hmmm dah berapa kali jatuh pun tak tahulah tapi kenapa tak diberitahu awal-awal.
Adam dah muntah-muntah demam lagi, ibu mana yang tak risau.

Sekadar bertanya, bukan menyalahkan. Salah ke kita sebagai parent bertanya kalau ada yang tak kena pada anak. Anak kitakan bawah tanggungjawap dia sepanjang kita hantar ke rumah dia untuk mengasuh?
Agaknya mungkin sebab pertanyaan tu terlalu sensitif bagi dia, seolah-olah aku tidak meletakkan kepercayaan penuh kepada dia menjaga Adam, so memang tak boleh kata apalah kan..
Lagi alasan katanya ibu-ibu kepada anak-anak yang lain risau kalau Adam menjangkiti anak-anak mereka pula. Asyik sakit katanya. Wallahu'alam entah betul entah tidak. Padahal Adam cuti sakit baru sekali sepanjang bawah jagaan dia. Entah kat mana yang Adam selalu sakit agaknya ye.
Hmmm dah macam anak aku pulak yang bawa penyakit. Subhanallah...

Kalau dah begitu katanya, alkisahnya, itulah pengasuh yang keempat untuk Adam dalam tempoh setahun sebulan ni....

Operasi mencari pengasuh yang baru berterusan lagi...
Lepas satu, satu dugaan datang...
Alhamdulillah...

Semoga pengasuh yang baru nanti serasi dengan Adam inshaaAllah.
Kesian Adam asyik bertukar sana sini...Hmmm...kalaulah Mama boleh berhenti kerja kan..

8 comments:

  1. lagi?
    bomba dah...
    TM dah...
    balai polis dah...
    adam, suruh abah bwk p keja jaga oke..
    main dgn pistol senapang pulak...hukhukhuk...
    dah tu yg baru ni kat mana pulak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu tu lah kak...kesian adam
      abah dia nk babysit? mmg dak la haha
      tgh dok mencaik lg kak..buat masa ni atok opah dia babysit kt umah tu...huhu

      Delete
  2. kalau yan dok k.l n tak kije..yan nak jadi pngasuh adam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yan...
      kan bagus kalau yan dok sini boleh jg kami hantar dkt yan..hehe..
      tp yan pun tgh sarat tu cna? hehehe..
      bila due nya yan? moga dipermudahkan urusan ye..inshaaAllah

      Delete
  3. Assalamualaikum,, saya sedang mencari pengasuh di balai polis pantai juga..
    boleh saya dapatkan detail pengasuh yang fara hantar tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam...
      maaf ye sy dah padam nombor akak tu
      memandangkan terlalu geram dgn sikap dia haha...
      xpun awak pegi je balai polis tu naik tingkat 1 paling hujung menghadap ke jalan besar dan pintu masuk balai...ada buai depan rumah dia...

      Delete
  4. Salam fara,
    Saya bru nk hntr bby sy kat area situ..
    Alamak....seriau nya..
    Boleh sy tau nama kakak pengasuh tu?
    Utk sy lebih hati2..
    Sbb yg sy nk hntr ni pun umah paling hujung..tp xsure ada buai ke x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...
      hmm mcm xelok pulak nk sebut nama dia huhu..
      mungkin anak sy xserasi dgn dia...
      baby lain elok lak dia jg...tp tulah..mcm xptut jg la dia buat anak sy gitu...
      tahun baru ni harap dia ok la...
      PM sy lah ye nintaizuyoku@gmail.com
      id skype : nintaizuyoku

      Delete

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers