Assalamu'alaikum...
Selamat pagi semua! Untuk hari ni buat kali keduanya aku post lagi entri. Hehehe. Tiba tiba pulak rasa macam nak say something. Eh silap bukan say tapi share something dengan semua.
Seperti biasa sejak sejak akhir ni dah macam rutin harian aku pulak asal bukak Internet mesti aku nak bukak iluvislam.com. Dulu aku dok beli majalah dia je. Tapi dah tak berkesempatan nak beli setiap keluaran. Asyik terlupa sebab beli bukan aku nak baca sangat. So dari aku membazir beli tak baca, baik aku baca terus online dari laman web dia. Kaaannn...? :) Lagi ada untungnya. Teknologi di hujung jari anda! Aiceh! :-P
Aku terpandang satu topik ni BUDAYA 'SUKA BANDING'. Ahah!! Terus rasa macam jatuh cinta pandang pertama! Huuu! Belum baca kandungan tapi dalam hati AKU SUKA TOPIK NI! Haha sebab hmmm aku pun pernah punya pengalaman seperti ni. Situasi di mana DIBANDING BANDING KAN!
SEKOLAH RENDAH
Aku ingat lagi masa aku kecik kecik...zaman aku sekolah, aku tak ada la pandai sangat. Boleh dikatakan pelajar sederhana je lah walaupun anak cikgu. Mak aku mengajar di sekolah yang sama. Masa tu famous kau! Wakaka. Famous dengan gelaran "ANAK CIKGU!".
Kalau nak tau, aku tak pernah bangga dengan panggilan tu. Sebab aku malu bila digelar macam tu. Aku segan (orang utagha panggil) sebab aku tak pandai macam anak anak cikgu lain. Aku kesian Mak aku. Masa tu tak matang lagi kan. Dalam kepala fikir kesian Mak dapat anak dungu macam ni. Hohoho. Aku lebih suka dilayan macam pelajar pelajar lain. Tapi biasalah tak boleh lari.
Sikit sikit COMPARE!! Antara cikgu nak gunakan anak masing masing untuk di COMPARE, anak siapa lagi pandai, dapat result bagus. Asal lepas keluar keputusan apa apa peperiksaan sekalipun, tu lah saat yang paling aku benci! Get ready to be compared! Hoohh! Annoying!
Sikit sikit COMPARE!! Antara cikgu nak gunakan anak masing masing untuk di COMPARE, anak siapa lagi pandai, dapat result bagus. Asal lepas keluar keputusan apa apa peperiksaan sekalipun, tu lah saat yang paling aku benci! Get ready to be compared! Hoohh! Annoying!
"Ehh Ruhiza (nama Mak aku), anak you dapat berapa subjek Matematik? BM?"
Last sekali tak sah kalau tak tanya,
"Subjek BI? (memandangkan Mak aku mengajar subjek BI)"
Dalam hati, sibuk je orang tua nih! Aku faham sangat dah budaya cikgu cikgu aku kat situ tanya bukan sebab concern nak support tapi menjatuhkan lagi ada la! Dia tau dah Mak aku mengajar subjek tu, kalau aku dapat rendah dari anak dia, nanti mesti dia akan cakap...
"Aikkk sikit je! Anak I pun lebih kurang tu jugak tapi sikit lagi nak A" Mak aku senyum je.
Lebih kurang mende nya kalau dah nak hampir dapat 100%? Nampak tak hati busuk dia. Wakakaka. Konon nak ambik hati Mak aku dengan menggunakan word 'lebih kurang' supaya tak nampak ketara sangat bezanya dari markah aku yang terang terang sikit ni. Tapi hakikatnya!! Kalau boleh nak bagi tau satu dunia anak dia pandai! Erghhhh....benci! Ampunkan saya Mak, saya malas belajar! Huhuhu...(sabarlah Mak, nanti dah sekolah menengah saya akan buktikan saya rajin belajar ye) Wahaha masa tu pemikiran aku sangatlah tidak matang menyalahkan cikgu aku sendiri.
SEKOLAH MENENGAH
Apabila dah masuk sekolah menengah, aku ingat sebab dah jatuh mandat gelaran 'ANAK CIKGU' tu, aku tak akan mengadap lagi masalah BANDING! Rupanya sama sajaaaaaaa....situasi berbeza kali ni, bukan antara pelajar...tapi antara sepupu sepapat aku pulak. Bapa sedara aku memang suka 'concern' pasal result exam anak anak sedara dia. Terutama sekali anak sedara dia yang namanya anak Mak aku! Hahaha. Aku dengan Along aku la selalu jadi mangsa dia.
Almaklum aku dengan Along aku ni dikira pelajar sederhana je. Tak adalah cemerlang sangat tapi Alhamdulillah. Tapi disebabkan anak sulong dia (anak sulong dia je lah...anak anak dia yang lain lebih kurang aku je jugak..keke) lebih pandai dari kami dua beradik ni...dia punya 'concern' bertukar jadik MENYEBOK! Sedihnya masih ada budaya BANDING ni lagi jugak walaupun aku dah sekolah menengah.
Ampunkan saya Mak sekali lagi! Tunggu saya masuk menara gading Mak Aba! Tekad!
UNIVERSITI
Alhamdulillah aku diterima masuk ke UiTM tahun 2006 sambung Diploma Sains Komputer. Awal awal semester biasalah hangat hangat tahik ahyam! Berkobar kobar ni semangat. Konon tanam azam baru nak buktikan pada bapa sedara aku tu yang aku pun boleh jadik macam anak sulong dia tu.
Tapi atas sebab sebab pengaruh luar, aku leka, aku kecundang 1 paper! Terpaksa repeat paper next semester. Dapat satu mandat gelaran REPEATERS! Hahahaha. Masa ni lagi mencabar aku punya sindrom COMPARE. Bukan saja dengan bapa sedara aku malah dengan lecturers pun. Membanding para repeaters dengan student yang on time. Waaaa....
Semua ni berlanjutan sampailah aku sambung ijazah. Alhamdulillah mangkuk mangkuk aku pun boleh jugak aku sambung. Begitula ye adik adik ambik iktibar dari cerita akak ni. Jangan putus asa! Wakaka.
OFFICE
Alhamdulillah aku da keja sekarang!!! Ha tengok adik adik...walaupun selalu dicompare itu dan ini, berkat doa dan doa Mak Aba kita..ditambah dengan usaha, semua akan berjaya. Samada cepat dan lambat je. Kena banyak banyak sabar. Hukhuk tiba tiba blog ni jadik macam rancangan motivasi pulak kan.
Aku dah pun bekerja sekarang dan dalam dunia kerja pun pendek kata even dah dewasa budaya tu tak pernah hilang. Tak bagus untuk kesihatan rohani kita sebenarnya. Sekarang pun aku masih dicomparekan antara staf kat sini pulak. Kadang kadang dalam keluarga sendiri pun timbul isu yang sama. Pendek kata tak pernah hilang selagi pemikiran kita sendiri tak berubah. Pesanan untuk diri aku jugak yang serba kekurangan.
Credit to siapa siapa di luar sana yang pernah mengalami situasi yang sama macam aku ni...bertabahlah!! Aku bukan jenis yang suka membalas dengan kata kata apabila dibandingkan itu ini. Aku lebih senang untuk berdiam diri kerana kata kata itu lebih tajam dari mata pisau...mata pedang atau mata mata lain lagilah yang sewaktu dengannya.
Once kita mengeluarkan kata kata walaupun pada hanya seorang sekalipun ia mampu melukai lebih dari seorang sebenarnya.
Once kita mengeluarkan kata kata walaupun pada hanya seorang sekalipun ia mampu melukai lebih dari seorang sebenarnya.
Berwaspadalah setiap bicaramu kerana ia mampu mengguris hati orang lain tanpa sedar atau pun sedar. Sekali anda melakukannya terhadap orang lain, tak mustahil suatu hari anda jugak akan merasai sepertimana insan yang pernah anda lukai tu.
Walau apapun pengalaman pahit pernah aku alami terima kasih cikgu cikgu, pensyarah pensyarah dengan bos bos!! Jangan salahkan pendidik anda kalau mereka laser. Ada hikmah disebalik kejadian. Take it positively! Inilah yang dikatakan cabaran dan warna kehidupan yang sentiasa akan membuatkan hidup anda amat bermakna :)
P/S: Tiada perbezaan antara kekurangan dan kelebihan kerana ia saling melengkapi. Ce tengok gambo selipar tu walaupun berbeza tapi apabila diletakkan bersama ia lengkap satu wajah LEMBU GEMOK :-P Yang baik dari DIA, yang buruk datang dari aku sendiri.
ha?ape pnjg sgt ni entry..x sempat nak bace..awak ni dulu BM dpt bape?
ReplyDelete;P
hahaha cuyaaa jahaaattt~ xpela kang sempat baca..nnt para pendek kan sikit entri..hahaha
ReplyDeleteaku perasan.. bwh skali blogger of the year.. waaa
ReplyDelete@hamzah:: vote laaaaa!!! ^^ jgn tgk sj....wuwuwu..
ReplyDeletexpe..dah bace abis dh para..wahaha..
ReplyDeletewahahaha...para tak update apa2 dah..rasa malas menjelma...huhuhu
ReplyDeleteWAHHH...DCS...???
ReplyDeleteteruja jap...
calculus I and II dapat brape...?
Data Structure dapat brape...?
OOP dapat brape...?
Network dapat brape...?
System Analysis n Design dapat brape...?
keh3x....kejam tak soalan....=p
@Xavi De wahh! pakcik ni dekan ke apa tnya mcm tu?? bertubi2...
ReplyDeletekalau para malas jawap boleh x? para jawap je lah..semua failed! wakakakaka
bagus...sbb pakcik pun failed gak...keh3x...:p
ReplyDelete@Xavi De hahahaha...bagus! pelajar contoh!..DCS jgk ke?? belajo mana?
ReplyDeleteerr..pakcik blajo kt PhD jer...keh3x..
ReplyDelete*Pondok hj. Daud
@Xavi De...alaa pakcik low profile plak xnk btau..xpelah cmtu :) para pun atas pago je pakcik...repeat paper toksah ckp..lecturer pun naik meluat dah nama para..wakaka..tp Alhamdulillah leh jgk caik makan..bg mak aba kt kg sama kan..hehe
ReplyDeleteni mmmg dah jadi rutin harian masyarakat kita. sabar je la..
ReplyDelete@Cik Kibod hehe..rutin ek? kalau da dikata rutin tu lebih dr tabiat dan budaya dah kan? kira hari2 mmg kena comparing each other..hehe
ReplyDelete