Recent Posts

Search This Blog

Friday 8 October 2010

'Makcik Balang'

Assalamu'alaikum...

Selamat Pagi semuaaaa...

Alhamdulillah hari ni macam biasa aku sampai opis sebelum jam 7 pagi...
Rutin harian aku hari bekerja, sampai saja opis apalagi kalau bukan Facebook! hehehe...Check comments, check messages in inbox...finally menyebok pula dalam page member aku yang lain-lain...
Tiba-tiba...
Aku terpandang page Makcik Balang. Soalan pertama yang bermain dalam kepala aku yang sewel ni..."Apa khabar lah Makcik Balang sekarang ek?" Tersenyum aku sorang-sorang apabila teringatkan perangai sengal siput aku pada Makcik Balang dulu...hahahahaha...
Mesti korang tertanya-tanya apa hubungan skandal aku dengan Makcik Balang ni kan? Dan paling utama, mesti korang tertanya-tanya siapakah gerangan insan yang dipanggil Makcik Balang ni? Dan kenapa mesti Makcik Balang bukan Makcik Botol kan? hahaha

Meh aku 'story-mory' kat korang siapakah sebenarnya Makcik Balang dalam hidup aku selama ni...
Sebenarnya aku pun tak tau nama penuh Makcik Balang ni...hahaha ada rasa macam nak rimbuk tak muka aku sekarang ni? Tapi itulah kebenaran lagi kenyataan yang tidak boleh disangkal lagi...memang aku tak pernah kenal nama penuh Makcik Balang ni walaupun hampir 3 tahun lebih aku bersama hubungan skandal dengan Makcik Balang...

Aip...aip..aip jangan fikir bukan-bukan dulu! hahaha
Makcik Balang ni sebenarnya aku kenal dengan dia sejak aku sambung diploma kat UiTM, kampus Arau. Makcik Balang ada bukak satu kedai kat dalam kampus dan apabila korang tengok je kedai dia...di situ lah korang akan bertemu jawapan dari mana panggilan Makcik Balang tu datang. hehehe... Kedai makcik amat terkenal pada masa tu. Semua student tak kita siang malam sebelum pergi ataupun selepas balik kelas mesti akan menyinggah kedai makcik beli jajan. Mungkin sebab sikap ramah makcik buat kami semua selesa dengan makcik. Waaaa rindu pulak tiba-tiba aku pada Makcik Balang. huhuhu..Meh aku perkenalkan kat korang Makcik Balang dan Pakcik Balang bersama kedai nya...

(Taraaa....perkenalkan MAKCIK DAN PAKCIK BALANG yang amat kami rindui)

(Ni lah kedai makcik dan pakcik Balang dari pandangan depan...aku tak pasti sekarang dah macam mana keadaannya kedai makcik)
 
Hmmm...abeh tu apa kena-mengena gambar-gambar dengan panggilan Makcik Balang tu? Mananya ikon Balang tu datang? Mesti korang tertanya-tanya macam tu kan? hahaha sabo laa...ha ni dia proof nya!

(Ni lah balang-balang yang menjadi punca rezeki Makcik dan Pakcik Balang)

(Balang-balang yang menjadi sejarah dalam hidup aku bersama makcik Balang..wahaha)

Haaa sekarang dah tau kan dari mana datangnya nama panggilan Makcik Balang di situ yee...hehehe itulah sejarahnya panggilan Balang tuu...kat sinilah kami selalu menyinggah beli jajan sebelum dan selepas pergi kelas mesti nak singgah Mushroom. Ha? Mushroom pulak? Apa pulak Mushroom tu? hehehe Mushroom tu nama panggilan untuk kawasan kedai-kedai yang dah macam pulau kedai kat situ...selain kedai Makcik Balang, ada banyak lagi kedai-kedai lain disekeliling tu tapi kedai makcik antara yang ter-pemes.

Wahhhh rindunya nak masuk kampus semula...mesti dah banyak perubahan sekarang kan..tup tup lebih kurang tolak bahagi darab tambah hampir 4 tahun aku dah tak jejak masuk dalam kampus tu. Banyak kenangan aku tinggal kat sana. Huuuuhhh...sedih pulak tiba-tiba...

Aku ingat lagi ada satu hari tu, aku baru balik dari test subjek Pn.Shahrizat. Aku dah tak ingat dah apa nama subjek tu, tapi yang aku ingat test tu dijalankan sebelah malam dekat dewan kuliah (DK). Aku tak boleh jawap langsung test tuh sebab aku tak study langsung. Hahahaha padanla dengan muka aku kan?

Tapi nak dikatakan sengal tak sengal...aku tak puas hati jugak sebab tak boleh jawap. Balik je dari test aku singgah kedai Makcik Balang, aku masuk bahagian jajan paling tepi kedai sekali...aku sepah-sepah kan barang Makcik Balang. Elok-elok makcik susun, aku ubah sana sini...keropok aku letak tah kat mana-mana...gula-gula pun aku perkotak katikkan...Hahahahahahaha. Lepas dah selesai keja sengal aku tu, aku pun dengan muka tak malu tak rasa bersalah aku balik kolej macam tu je...dahla sepahkan barang makcik, aku tak beli apa-apa pun masuk kedai dia. Aku just masuk hanya untuk nak sepahkan sahaja...hahahaha apala dosa kedai tu kat aku kan?? Hahahaha...kenangan tengik!
Mintak maaf mintak ampun pakcik dengan makcik. Saya tak sepahkan banyak pun, sikit jee..kekekeke...


Semoga perniagaan pakcik makcik sekeluarga lancar dengan jayanya...tak lupa juga saya doakan pakcik makcik dimurahkan rezeki dan panjang umur hendaknya. Mintak maaf ye makcik pakcik. Hehehehe InsyaAllah berkelapangan akan saya jejakkan jugak kaki ni ke kedai makcik pakcik semula suatu hari nanti. Jaga diri kesihatan yeee....Got to go guys. Jumpa lagi!
P/S: Makcik Balang ada fans tau korang kat Facebook. Hahaha. Nanti rajin-rajin jenguk-jenguk la page makcik search Makcik Balang.



Update 18/08/2011 : Aku realize something, so aku nak buat nota kaki kat sini...semua gambar gambar di atas aku ambil dari FB Makcik Balang sendiri. Sekali lagi aku bagi tau, sekiranya ada yang tidak selesa, sila tinggalkan komen, dan aku akan ambil tindakan segera. InsyaALLAH. Yang baik dari DIA, yang buruk dari aku.

2 comments:

  1. wahaha...ini ke die makcik & pkcik balang tu??
    haha..memg kne ngan nama kedai die la..(^_^)

    ReplyDelete
  2. surprise! hehehe...dah lama aku tak jenguk kampus lama aku tu min...ehh da tak jenguk jenguk blog aku ke min..?

    ReplyDelete

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers