Assalamu'alaikum..
Selamat pagi...
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH SWT kerana masih beri aku kesempatan untuk bernafas menikmati rezeki limpah kurniaNYA di muka bumi ni hari ni...justeru memberi kesempatan kepada aku untuk terus-menerus sambung post kat blog aku ni..
Pagi ni macam biasa, aku sampai opis sebelum jam 7 pagi dah tercongok depan laptop kat meja opis. Hehehehe...Apa lagi kepala pun ligatlah cari idea, apa yang aku nak post kat blog aku hari ni...
Hmmm..tiba-tiba aku teringatkan teman-teman diploma aku dulu. Banyak betul kenangan aku dengan budak-budak tu...sometimes I miss 'em a lot! So lemme shares dengan korang openhoz kami pada 25 September 2010 lepas. Walaupun tak se-grand rumah terbuka yang lain, tapi kami betul-betul enjoy and very happy to gather with each others again. Again? Yeee hampir setiap tahun kami akan cuba meluangkan masa juga untuk berkumpul sama-sama, makan sama-sama dan kami suka senang macam tu. Orang kata always keep in touch. Tak nak terputus hubungan walaupun tau masing-masing sibuk bekerja dan ada juga yang sudahpun berumah tangga. Pada 25 September tu, tak semua yang datang. Lebih kurang dalam 30 orang je termasuk yang datang dengan tunang, girlfriend bahkan dengan somi atau isteri masing-masing pun ada. Hehehehe..Aku? Aku datang dengan member baik aku laa...Hehehehe
Aku tak sempat nak snap gambo bebanyak. Ni antara gambo yang ada...Hehehe. Ehhh lupa pulak aku nak bagi tau buat kat mana kan? Adehhh sengal betul! Openhoz ni dibuat kat rumah sewa Bobon, Pian, Zed, Pekweh dan sorang lagi aku tak tau nama di Seri Kembangan. Hukhukhuk...sorry! Aku sampai kat umah sewa dorang dalam jam 6 petang.
Masa ni aku ni tak menyebokkan diri lagi. Sempat lagi berjalan sana sini snap gambo orang tu orang ni...ke depan ke belakang. Hehehe sebab aku dah selesai part aku potong buah tembikai siap hidang. Buah tembikai je la.Hehehehe..Menu tak banyak sangat pun...cuma ayam, sosej, nasi goreng kicap dgn nasi goreng cina, pisang tembikai sebagai pencuci mulut, spageti, sambal belacan dengan air 'rebena' bak kata Pekweh. Kekeke
(Pali yang terlalu obses dengan tembikainya!Wahaha..nasik goreng tu Pian yang masak tau korang!Sedap!Kekeke)
Aku makan tak banyak sangat pun. Aku just ambik nasik goreng cina sikit, sosej sebatang, ayam seketul. Spageti aku merasa dari pinggan Angah jek sebab dia tak habis makan..kekeke..majlis bandaran la aku tolong dia habiskan makanan. Lepas aku dengan Angah dah kekenyangan, Angah stop pegi solat, yang aku pulak kebetulan cuti bulan terus keluar ambil alih tempat BBQ. Yeaahhh ini lah yang aku tunggu-tunggukan. Tadi petang nak menyebok, penuh sangat dengan budak laki. Tapi sayang betullaaaa tak ada sape pun yang sudi snap gambo aku time tu. Buat penat je aku susah payah berpeluh berpanas dok belek ayam-ayam kongkang dengan batang-batang sosej tuh! Uwaaaa...hahaha
Pekweh cakap dia jemput dalam 40 orang je, tapi yang datang tak sampai 30 orang kot. Banyak makanan lebih. Gambo Mat Ija dengan tunang dia aku tak sempat snap. Padel pun datang sorang, tak bawak tunang dia. Hmmm sape lagi yang aku terlupa nak sebut..Haa Asrul Shariff a.k.a Lat datang dengan wife die.
P/S: Jumpa lagi korang tahun depan pulak...sama ada majlis berbuka atau openhoz lagii ^^ SELAMAT HARI GHAYEE..!
Update 18/08/2011 : Aku realize something, so aku nak buat nota kaki kat sini...semua gambar gambar di atas aku snap sendiri guna camera digital kawan aku. Sekali lagi aku bagi tau, sekiranya ada yang tidak selesa, sila tinggalkan komen, dan aku akan ambil tindakan segera. InsyaALLAH. Yang baik dari DIA, yang buruk dari aku.
Update 18/08/2011 : Aku realize something, so aku nak buat nota kaki kat sini...semua gambar gambar di atas aku snap sendiri guna camera digital kawan aku. Sekali lagi aku bagi tau, sekiranya ada yang tidak selesa, sila tinggalkan komen, dan aku akan ambil tindakan segera. InsyaALLAH. Yang baik dari DIA, yang buruk dari aku.
If some one needs expert view on the topic of blogging after that
ReplyDeletei suggest him/her to visit this webpage, Keep up the pleasant job.