Recent Posts

Search This Blog

Monday, 24 October 2011

Thanks to All Followers :)



ASSALAMU'ALAIKUM


Selamat pagi semua...Alhamdulillah syukur kepada ALLAH SWT masih bagi peluang pada kita untuk sehari lagi hari ni selepas semalam, kita masih bernafas di muka bumi ciptaanNYA Yang Maha Kaya. Subhanallah... :)

Hari ni hari Isnin kan? Huwarghhhh sejujurnya aku ke-malas-an betul nak bangun pegi kerja pagi ni. Aku sempat jugak bukak laptop sebelum iron baju. Hahaha..Badan sudah la sakit lenguh lenguh bagai. Selalu tu terus bangun mandi je..hari ni aku sempat juga bermalas-malasan dulu.

Apa apa pun berbanyak banyak terima kasih daun keladi pokok kemuncup sebabnya bukak je blog pagi ni..aku tengok followers aku dah sampai 44 orang (baru 44 orang da kecoohh...haha..aku tak dulikkk sebab bagi aku bukan senang nak cari followers. Nak nak lagi blogger malas macam aku, entri pun langsung tak cukup memberansangkan, jarang update...ha apa lagi pakej yang aku boleh offer untuk korang..hahaha...) Alhamdulillah...dalam masa kurang seminggu 3orang dah bertambah.

Setinggi tinggi terima kasih kepada followers LembuGemok sepanjang kurang seminggu ni....

dreamy-Gurl 
(please feel free to drop your comment so that I can find your blog link)

Follower dreamy-Gurl aku tak dapat cari link dia tu sebab aku tak boleh nak buat backlink ke blog dia...apa apa terima kasih banyak ye dan tak lupa juga kepada followers LembuGemok yang lain, yang sudi meninggalkan komen samada di ruang komen atau pun di shoutbox. Terima kasih banyak sebab bagi support kepada LG untuk terus 'hidup'. Hari tu aku dah nyaris nyaris tutup dah blog ni ^_^

Kalau ada aku terkurang apa apa mintak tunjuk ajar ye. Korang mesti dah bertahun berblog. Lebih arif dengan selok belok dunia blog ni. Aku ni sekadar suka suka je blog ni. Tempat aku nak merepek..Hehehe..

~THANKS IN ADVANCES!~


Friday, 21 October 2011

ENTRY UPDATED







ASSALAMU'ALAIKUM

Akhirnya ada jugak benda aku nak post hari ni..
Thanks to seorang hamba ALLAH ni yang sentiasa meng-follow blog aku secara invisible :)
Aku nak update entry aku yang pasal RUMAH SERAM SEKSYEN 2 SHAH ALAM,
ni link penjelasan dari tuan rumah tu sendiri. KLIK SINI 

Aku buat entri tu dulu pun bukan lah berniat nak menganiayai sesiapa.
Sekadar berkongsi cerita dari emel yang aku dapat.

Mungkin ada sesetengah pihak rasa kurang selesa dan menganggap seolah olah aku menganiaya tuan rumah tersebut dengan menyebarkan berita tidak benar.
Aku tidak memaksa sesiapa untuk mempercayai cerita tersebut pun.
Tapi berkemungkinan ada yang percaya, secara tidak langsung dah 'JATUH' hukum MENGANIAYA ke atas aku.
So, untuk mengelakkan salah faham, korang bolehlah baca link daripada abang Mazidul kita tu.
Terima kasih untuk dia sebab buat liputan pasal rumah tu.
Kalau tak sampai bila bila pun aku dan yang lain lain di'jatuh'kan hukum menganiaya secara tidak langsung.
Kepada sesiapa yang pernah menyebarkan cerita palsu ni diharap lepas ni berhati hati dengan setiap kata kata di dalam blog korang ye.
Peringatan untuk diri sendiri jugak ^-^

IKHLAS DARI SAYA,
MINTAK MAAF KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN SEKIRANYA ADA YANG TIDAK SELESA :)




P/S: Aku pun tak tau apa kaitan gambar yang aku ambik dari Google tu dengan entri aku kali ni...apa apa pun aku pasti lepas ni hamba ALLAH yang inform aku pasal blog abang Mazidul ni akan baca entri ni.. hehe terima kasih...
untuk pengetahuan hamba ALLAH ni..walaupun anda follow secara invisibly saya boleh detect anda dari Nuffnang sendiri :) Terima Kasih Nuffnang. Buat apa nak invisible, visible kan je lah kan...



Thursday, 20 October 2011

Sensitive Person




Whoever have the sensitive heart, it looks much more suffer than others. 
REALLY?




Tuesday, 18 October 2011

Arwah Ashraf Yusof AlFarabi

(Ehsan Google)

ASSALAMU'ALAIKUM


Selamat pagi semua...dah lama pulak aku tak update blog aku ni...bak kata pakcik Xavi De, bersawang dengan sarang labah tak berkemas dah..haha pinjam ayat kejap ye pakcik..dah backlink blog pakcik dah. Jangan risau..hakmilik tercipta anda terpelihara.

Apa aku nak sampaikan hari ni...petang semalam selepas jam 5 Facebook baru unblocked di office aku ni. Aku bukak wall kawan aku. Aku ternampak dia post

Al-Fatihah buat kwn sekelas Ashraf Yusof AlFarabi =( "

Aku rasa macam baru hari tu aku berbalas komen dengan dia kat FB. Aku pun terus check dekat wall kawan kawan aku yang lain. Ramai jugak post berita yang sama. Tak kan benda benda macam ni nak dibuat main pulak kan. Rupa rupanya betullah, arwah dah pulang ke rahmatullah. Innalillahi wainna ilaihirhoji'un. ALLAH lebih sayangkan arwah.


Arwah, kawan sekelas aku masa di UiTM. Walaupun kurang rapat tapi aku kenal dan pernah buat kerja berkumpulan dengan arwah.
Aku sangkakan dia kemalangan sejak arwah mula upload gambar gambar berjahit di bahagian leher bawah telinga kanan kalau tak silap aku. Teruk jugak jahitan dia. Aku sekadar membalas komen mendoakan dia cepat sembuh seperti sediakala InsyaALLAH.

Masa bulan puasa baru baru ni pun ada dia mengajak ke iftar alumni UiTM. Tapi aku tak dapat hadirkan diri. Itu je lah last aku berhubung dengan dia. Rupanya dia dah lama mengidap kanser kelenjar air liur. Dah lama rupanya dia menderita dengan kanser tu.

Gambar yang aku nampak hari tu sebenarnya operation untuk kanser tu lah. Pembedahan berjaya tapi ada kompilasi pulak dekat tulang belakang dia.

Nampak je dia aktif ber-FB rupanya arwah dah kritikal. 2 minggu lepas dia terpaksa berkerusi roda. Dah tak mampu untuk berjalan. 

Hari ni masuk hari ke-3 arwah meninggalkan kita sebagai saudara Islam. Dia menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Ahad lepas dan dikebumikan di Cheras jam 2 petang.

Moga rohnya dicucuri rahmatNYA dan diletakkan bersama dengan golongan orang orang beriman. InsyaALLAH. Semoga rohnya tenang disana. Al-Fatihah.


P/S: Entah bila pulak masa kita...moga dijemput dalam keadaan beriman. InsyaALLAH...ameen~

Sunday, 9 October 2011

Find out what thousands of bloggers will be posting up this 16th of October!

Find out what thousands of bloggers will be posting up this 16th of October! (<< please click this link to get more info) : 
Last year, Blog Action Day 2010 brought together 10,000 bloggers from all around the world to blog about one global topic - Water.

This year we got new topic!

Let's join us talking about FOOD!!

(From http://www.tolearnphotography.com)

(http://www.cureontour.com)

(Laksa Penang from http://tehfatihah.blogspot.com)


Saturday, 8 October 2011

KONGSI :: Cara Mandi Wajib Yang Betul dan Sah



Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” 

tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara: 

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: 

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah:

 "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. 

Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. 

Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2
iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.
Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].

‎*Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg sy nak share dgn semua Sahabat pun.

*Bukan entri asal aku..tetapi sekadar berkongsi hasil pembacaan aku dari laman lain...pemilik asal aku tidak pasti siapa tapi seperti yang dinyatakan..aku hanya sekadar berkongsi untuk semua..


Daisypath Friendship tickers