Recent Posts

Search This Blog

Wednesday, 30 May 2012

SOLAT JEMAAH



ASSALAMU'ALAIKUM

Salam sejahtera kepada non muslim.
Hampir sebulan aku tak update blog. Hari ni terasa gatal tangan nak menaip entri blog. Almaklum broadband aku dah kena potong servis. Sebab tak bayar bil untuk 2 bulan. Haha...ni pun melangut kt office curi bukak blog kejap. Kuikui...

Bercakap soal solat jemaah, aku bukan nak bercakap pasal makna solat jemaah sebenarnya. Aku percaya mesti ada banyak lagi laman atau blog lain yang menceritakan soal solat jemaah ni.

Apa yang aku nak berkongsi hari ni cuma pengalaman aku berjemaah bersama satu keluarga di surau stesen minyak. Pernah terjadi tak pengalaman ni pada korang? Mungkin ada yang pernah, mungkin tak.
Kenapa di surau stesen minyak bukan di masjid?
Hehe sebab masa tu aku singgah stesen minyak untuk solat.
Itu je yang terhampir. Sebab dah nak habis waktu, dari aku buang masa mencari masjid baik aku singgah je surau berdekatan kan?

Aku dari mana?
Aku naik bas dari Perlis turun Ipoh.
Ok sambung...
Aku singgah surau. Surau wanita berkunci. Surau lelaki je bukak dan tempat wudhuknya diluar. Terpaksalah aku ambik wudhuk di dalam bilik air.
Alamak aku pakai kasut! Selipar tak ada.

Tetiba sorang adik perempuan ni tegur aku...
"Eh kak nak pinjam selipar pakai lah!"

Aku...
"Eh tak pe ke? Hmm akak pinjam kejap ye?! Mekasehh"

Usai ambik wudhuk masuk surau.
Adik tadi tegur aku lagi...
"Hmm kak, kitorang nak solat jemaah dengan ayah. Ayah kat luar tu"

Aku pandang keluar...
"Kalau akak tak keberatan bolehlah jemaah sama.." sambil senyum.
Aku pun...terdiam kejap boleh ke jemaah sekali ni. Tapi difikirkan balik apa salahnya. Bukan aku jemaah berdua je dengan Ayah dia. Ada anak anak dia 2 orang lagi sebagai makmum. Sama jelah kalau aku berjemaah berimamkan imam masjid sekalipuin
"Hmmm...bolehlah dik!" 
Aku pun solat jemaah sama. Hehe.

Selesai je solat, on the way nak gerak dari stesen minyak aku ternampak mak bebudak tu. Senyum je mak bebudak tu. Mungkin bebudak tu ada bagi tau kot yang aku solat jemaah sama tadi.

Moralnya kat sini, apa yang aku cuba nak sampaikan ialah Alhamdulillah syukur, sejuk hati tengok bebudak yang aku rasa masih bersekolah tu sopan tutur katanya mengajak aku berjemaah sekali, bijak dan terdidik.
Aku ni pun sejuk hati tengok apatah lagi Mak Ayah dia kan?
Bak kata orang.sejuk perut Mak dorang kan? Hehehe...

Itu saja untuk entri kali ni....sekadar berkongsi. Yang baik dari DIA, yang buruk dari diri aku sendiri.

"Solat Jemaah lebih baik dari Solat Sendirian"

3 comments:

  1. hurmmm....dah dapat lebih pahala kat situ. Alhamdulillah. I pun seronok bila jumpa adik2 yang manis mcm tu. Thanx for sharing.

    ReplyDelete
  2. hmm r u confirm they r human? hehe solat tu mencegah diri dari berbuat kejahatan dan maksiat. Tapi kalau solat tak tinggal still lakukan maksiat tu mcm mana?

    Maksiat tu bukan takat berzina+berkhalwat. Pegang-pegang tangan, bercakap lucah dengan bf dalam mesej atau chatting. Maksiat mata, maksiat tangan, maksiat telinga dan mcm2 lagi jenis maksiat.

    Manusia tu tak sempurna tapi kena la belajar untuk terus perbaiki diri. Jangan nampak salah orang, cermin dulu diri sendiri.

    Sekadar renungan dan ingatan.
    (^_^)

    ReplyDelete
  3. pah : tulahkan pah?! hehe alhamdulillah...sekadar berkongsi xda niat lain...

    anonymous : hehe InsyaAllah they're human..tak pernah terfikir plak nak pk selain human..hehe
    haa betul2...manusia tu tak sempurna kita kena sentiasa memperbaiki diri to be a better muslim InsyaAllah

    ReplyDelete

What's on your mind?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...