Recent Posts

Search This Blog

Tuesday, 1 May 2012

HAPPY LABOR DAY!



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat Hari Buruh semua!!
Hari penghargaan kepada semua pekerja tapi pasai pa sehari ja cuti? Hahaha..alang alang tu bagilah banyak sikit cutinya kan? Suka hati aku ja mintak mintak..Alhamdulillah, syukur orang bagi jugak cuti dari tak ada langsung.

Dulu masa aku sekolah, Abah dan Mak aku selalu cakap. Hari Buruh tak ada sesiapapun dibenarkan bekerja. Kalau bekerja jugak akan dikenakan tindakan.
Masa tu aku percaya ja. Aku dah terbayang mesti semua pejabat, semua bangunan tutup, kosong dan sunyi, pakat bercuti.

Tapi sekarang, bila aku pun dah bekerja, ada ja insan insan yang kena bekerja di Hari Buruh untuk mencari rezeki. Bukan senang nak jadik senang...bukan susah nak jadik susah...
Kita bercuti tapi masih ada insan yang perlu bekerja untuk mencari rezeki yang halal demi menyara keluarga...

Yelah yang bekerja shift tak kan la nak kena bercuti jugak. Tak beroperasi mesin di kilang kilang tu ha. Tak berjalan semua pusat khidmat pelanggan. Mau hangin pelanggan seluruh dunia telefon asyik tak berangkat kan?
Tak bergerak pengangkutan awam, semua orang pun yang tak punya kenderaan sendiri pun susah nak bergerak kemana mana...
Kesimpulannya, semua saling memerlukan tolong menolong antara satu sama lain secara tak langsung...antara sedar atau tidak..semua pekerjaan yang halal itu adalah mulia..tak kiralah walaupun dia hanya seorang tukang sapu sampah di tepi jalan...
Syukur Alhamdulillah :)


Apa apa pun...

HAPPY LABOR DAY!

Untuk besok...

SELAMAT KEMBALI BEKERJA!!!


No comments:

Post a Comment

What's on your mind?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...